Anda di halaman 1dari 2

Ayat 22, 23, 24 surat Al-Hasyr: maksud dan kelebihannya

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang
Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha
Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta
Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya.
Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa
(makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-
mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha
Bijaksana.

(Al-Quran, surah Al-Haysr (59), ayat 22,23 dan 24)

Dalam hadith berikut kita diajarkan oleh Rasulullah (s.a.w) kalimat penjaga kesejahteraan dan keselamatan kita setiap
hari. Pasti terpelihara kalaulah kita amalkan setiap hari, pagi dan petang atau siang dan malam. Kita terdedah kepada
pelbagai keburukan dan kecelakaan dunia yang dikerjakan oleh orang lain sama ada secara langsung terhadap kita atau
secara kebetulan kita berada di tempat yang bahaya tersebut berlaku. Oleh itu dengan membaca doa dalam hadith ini
Allah (s.w.t) menyuruh para malaikat menjaga keselamatan kita. (Musibah hanya terkena jika memang sudah Allah
(s.w.t) takdirkan mengenai kita.

Menceritakan hadith oleh Nafi' b Abi Nafi' hadith dari Ma'qil b Yasar hadith dari Nabi (s.a.w)
bersabda: 'Barangsiapa membaca (atau berdoa) di waktu pagi tiga kali (kalimah) 'A'uzubillahis-
sami'il 'alimi minas-syaitanir rajim' (yg bermaksud: 'Aku memohon perlindungan dgn Allah (a.w) zat
yg Maha mendengar lagi Maha Berilmu (yakni, mengetahui) dari syaitan yg direjam.') kemudian
membaca tiga ayat (terakhir) dari Surah al-Haysr, maka menyerahkan Allah (s.w.t) untuknya
(iaitu, orang yang membaca) 70,000 malaikat yang mendoakan keselamatan atasnya sehingga
sampai petang hari. Dan, jika mati dia di dalam demikian hari, maka matinya adalah seumpama
mati syahid. Dan, barangsiapa membacanya pula ketika petang ada baginya dengan demikian
tempat orang yang membacanya (iaitu, seumpama yang dikurniakan Allah (s.w.t) bagi orang yang
membacanya di pagi hari tersebut).' [Hadith Imam Ahmad di dalam Tafsir ibni Kathir]

Demikianlah tingginya manfaat kepada kita yang membaca doa tersebut di atas itu. Kita memperolehi beberapa
keuntungan: pertama, keselamatan kita pasti terjaga setiap hari, kerana dijaga oleh 70,000 malaikat yang ditugaskan
oleh Allah (s.w.t) menjaga kita. Dijaga dari pagi sampai petang apabila dibaca ketika pagi dan dijaga dari petang hingg
pagi esok apabila dibaca ketika petang. Kedua, jika ditakdirkan kita mati siang atau malamnya, kita dikira mati
seumpama mati syahid, pasti mendapat syurga.

Sila buka al-Quran dan lihat tiga ayat terakhir Surah al-Haysr, iaitu: Ayat-ayat 22, 23 dan 24.
Ayat 22 bermula dgn: 'Huallahul lazi lailaha illa hua ... ar-rahmanur-rahim'; Ayat 23 bermula dgn: 'Hual-lazi lailaha
illa hual-maliku ... 'amma yusrikun'; dan Ayat 24 bermula dgn: 'Huallahul-bariul musauwiru ...wa-hual 'azizul-
hakim''.
Jelasnya, baca dahulu kalimah Ta'awuz (i.e. perlindungan) yang disebutkan di atas itu tiga kali kemudian bacalah tiga
ayat akhir Surah al-Haysr tersebut sekali ketika subuh (atau, pagi) dan sekali ketika petang (sama ada selepas 'Asar
atau Maghrib). Sebaik-baiknya selepas mengerjakan Solat Subuh dan selepas mengerjakan Solat 'Asar, kerana ketika
dua waktu itulah malaikat yang menulis amalan manusia itu bertukar syif - yang bertugas malam naik ke langit ketika
Subuh dan malaikat bertugas siang turun ke dunia waktu tersebut, begitulah juga di waktu 'Asar yang bertugas siang
naik ke langit dan yang bertugas malam turun ke bumi. Mereka akan bertukar-tukar nota serah tugas dan kemudian
melapurkan kepada Allah (s.w.t). Hanya dua solat ini dilaporkan dua golongan malaikat tersebut, maka kerana malaikat
itu sentiasa mendoakan orang-orang beriman, maka doa mereka lebih afdhal. Maka dengan itulah Solat
Subuh dan Solat 'Asar itu amat penting tidak ditinggalkan kerana dipersaksikan oleh dua golongan malaikat yang
melaporkan kepada Allah (s.w.t) mereka yang mengerjakan solat-solat tersebut. Dan, dua solat fardu inilah yang sering
tertinggal atau terlepas oleh ramai orang Islam hari ini kerana mereka bangun lambat dan kerana disebokkan pada
waktu 'Asar. Dan, ingatlah, kedua-dua waktu solat ini pendek mudah terlepas.
Saudara, doa ini hanya mustajab bagi orang Islam yang berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, iaitu yang beramal
dan berpandu kepada al-Quran dan as-Sunnah sahaja. Doa ini hanya mustajab jika orang yang mengamalkannya adalah
orang yang tidak meninggalkan solat fardunya. Sesiapa yg dgn sengaja meninggalkan atau terlepas satu solat fardu,
maka dia jatuh kafir. Maka dengan itu doa yang disebutkan dalam hadith ini tidak sekali-kali dapat membantu mereka!
Kerana segala amalan, ibadah serta perbuatan baik orang kafir tidak diterima Allah (s.w.t).

Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2013/08/ayat-22-23-24-surat-al-hasyr-maksud-dan.html#ixzz5DYU5t6ZN

Anda mungkin juga menyukai