Anda di halaman 1dari 4

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunga.

2. Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.

3. Puan Sarah menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.

4. Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah.

5. Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama
dalam pertandingan tersebut.

6. Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.

7. Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.

8. Mereka menyusun kerusi-kerusi itu di padang sebelum acara sukan bermula.


9. Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.

10. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.

11. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.

12. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.

13. Ali telah mengambil buku itu semalam.

14. Ayah memarahi Kamal kerana pulang jauh malam.

15. Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air.


Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

 Ceramah tentang bahaya merokok itu disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Kesihatan.

 Para pelajar diingatkan oleh pengetua sekolah itu agar sentiasa berwaspada sewaktu
berulang-alik ke sekolah.

 Gadis dari Brunei Darussalam itu diperisteri oleh Encik Halim sebulan yang lalu.

 Anak ayam emak saya telah disambar oleh helang pada tengah hari semalam.

 Sampan itu didayungnya dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam
pertandingan itu.

 Penyalahgunaan dan pengedaran dadah telah diharamkan oleh kerajaan di negara ini.

 Bunga telur itu dibuat oleh Rosliza untuk majlis perkahwinannya.

 Beg pakaian yang besar dibawa oleh Hazif untuk ke Kuala Lumpur.
 Buah-buahan ini mesti anda makan sehingga habis.

 Kereta api itu saya naiki untuk menziarahi nenek di Singapura.

 Kebun pisang ayah saya dirosakkan oleh kerbau jantan yang liar itu.

 Badan peserta gimnastik Rusia digulingkan di atas lantai semasa pertandingan itu.

 Seekor rusa jantan telah ditangkap oleh ayah sewaktu memburu di hutan.

 Buah rambutan di belakang rumah telah dipetik oleh adik untuk diberi kepada pak cik yang
datang dari Singapura.

Anda mungkin juga menyukai