Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN MAJLIS BERBUKA PUASA@IFTAR RAMADAN 2017 SK INANAM LAUT

PIBG SK Inanam Laut dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Kelab Kebajikan Guru
dan Staf (KKGS) SK Inanam Laut telah melaksanakan Majlis Berbuka Puasa @ Iftar Ramadan pada
17 Jun 2017, bersamaan hari Sabtu di Dewan Terbuka Myrna SK Inanam Laut. Program ini telah
bermula seawal 4:30 petang dan telah berakhir pada 7:30 malam. Program tersebut telah hadiri oleh
wakil YB Jumat iaitu Encik Marino Ahmad, merangkap CDO Karambunai selain dijayakan oleh
guru - guru SK Inanam Laut bersama para AJK PIBG, barisan warga SK Inanam Laut, ibubapa serta
murid - murid tahun 6 SK Inanam Laut. Majlis ini telah bermula pada pukul 4:30 dengan bacaan
Yaasin di surau SK Inanam Laut yang diketuai oleh Ustaz Mahadi serta disambung dengan tazkirah
ringkas. Turut diadakan adalah penyerahan sumbangan kepada murid - murid yatim yang
disempurnakan oleh Encik Marino Ahmad. Doa berbuka puasa turut dibacakan oleh Ustaz Mahadi
dan para hadirin menjamu selera dengan aneka makanan yang dibawa oleh para hadirin ibubapa dan
guru secara bufet. Setelah menjamu selera, hadirin menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di
surau SK Inanam Laut. Majlis bersurai pada pukul 7:30 malam.

Anda mungkin juga menyukai