Anda di halaman 1dari 1

• Guru boleh menggunakan cara yang dapat merangsang naluri ingin tahu pelajar dan memotivasikan pelajar.

• Contohnya, guru boleh memulakan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dengan perisian "powerpoint" iaitu skrin dengan
animasi.
Menarik perhatian

• Pelajar dapat lebih bersedia terhadap pelajaran yang akan dilalui.


• Contohnya, guru boleh menerangkan tujuan kandungan dan mengemukakan matlamat untuk pelajar memilih.
Maklum murid tentang
objektif

• Tindakan ini bertujuan untuk memperoleh maklumat sedia ada pelajar sebelum kelas untuk mewujudkan asas yang kukuh
Merangsang ingatan
dalam menimba ilmu yang baru.
kembali pengetahuan • Antara prosesnya ialah proses menghubungkaitkan, proses mengenkod maklumat dan proses penyimpanan maklumat.
sedia ada atau
pembelajaran lepas.

• Menyediakan bahan-bahan yang dapat merangsang murid-murid.


Mengemukakan bahan
• Antara proses yang terlibat ialah mengelompok, mengorganisasi, menerangkan dan mendemonstransi.
rangsangan

• Bantuan dan bimbingan dapat membantu murid mengenkod maklumat dalam ingatan dalam jangka panjang.
Memberikan bimbingan
pembelajaran • Contohnya, guru boleh menggunakan analogi, perwakilan dan kes-kes kajian.

• Murid dikehendaki untuk melatih kemahiran dan tingkah laku yang baharu.
• Hal ini dapat memastikan murid-murid menguasai ilmu pengetahuan.
Menggalakkan perlakuan • Contohnya, murid diberikan peluang mengaplikasi kemahiran-kemahiran baharu dalam situasi yang berbeza.

• Maklum balas positif dapat membantu murid mengetahui prestasi mereka.


Memberikan maklum
• Contohnya, bimbingan dalam bentuk soalan dan jawapan merupakan maklum balas fomatif.
balas terhadap prestasi

• Guru membantu murid-murid mengimbas kembali dan memyediakan latihan tambahan untuk pengukuhan.
• Bertujuan untuk menguji keupayaan pembelajaran baharu.
Menilai prestasi • Contohnya, guru boleh memberi ujian pos atau pentaksiran akhir.

• Guru boleh memberikan latihan tambahan untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap pembelajaran.
• Hal ini dapat membantu murid-murid mengaplikasikan pengetahuan yang baru kepada situasi yang berbeza.
Merangsang
penyimpanan dan • Contohnya, mencipta peta konsep dan menggunakan metafora untuk membantu murid menghayati pengetahuan baharu.
pemindahan.

Anda mungkin juga menyukai