Anda di halaman 1dari 11

Asas Nyanyian

Apa Itu Nyanyian?

Nyanyian adalah sesuatu kegiatan ataupun perbuatan membunyikan suara untuk menghasilkan
sesebuah irama. Secara amnya, setiap orang boleh menyanyi. Namun perbezaan dalam
keupayaan menyanyi itu terletak kepada bakat seni dan usaha di antara setiap seseorang
individu. Nyanyian merupakan salah satu cabang seni yang berdasarkan daya kreativiti
seseorang penyanyi.

Asas nyanyian terbahagi kepada 5 komponen iaitu Nada (Pitch), Irama (Rhythm), Pernafasan,
Suara dan Sebutan.

Apa Itu Seni?

Seni adalah suatu saluran komunikasi manusia yang berdasar pada pengalaman, perasaan dan
naluri. Antara sifat-sifat dasar seni adalah Ekspresif, Abadi dan Semesta. Karya seni ditujukan
kepada penghayatan sepanjang zaman. Terdapat 2 unsur dalam seni muzik iaitu Vokal dan
Instrument. Vokal adalah alunan nada-nada yang keluar dari suara manusia. Instrument adalah
nada-nada yang keluar dari alat muzik yang digunakan.

Apakah tujuan dan matlamat nyanyian?

Setiap manusia mempunyai keinginan dan hasrat yang berbeza. Ada yang minat menyanyi
kerana tertarik dengan muzik dan lagu-lagu yang didengari. Ada pula yang cuba untuk
menyampaikan luahan isi hati dan fikiran, yang sukar dijelaskan melalui percakapan biasa,
seumpama bersyair, berpuisi, di samping bernyanyi. Ada juga yang ingin meneroka bakat
ataupun mencabar kemampuan mengalunkan vokal. Dan banyak lagi sebab jika hendak
diulaskan.

Apa Itu Vokal?

Vokal adalah suara yang dihasilkan dari mulut, yang mengandung makna atau erti tertentu.
Teknik Vokal adalah cara mengeluarkan suara yang jelas, indah, merdu dan nyaring.Unsur-
unsur teknik vocal terdiri daripada:

1) Artikulasi
2) Pernafasan
3) Phrasering
4) Sikap Badan
5) Resonansi
6) Vibrato
7) Improvisasi
8) Intonasi
Setelah memahami segala definisi mengenai nyanyian yang diberikan, ayuh ikuti tips permulaan
untuk berlatih/memanaskan vokal yang berikut:

1. Buka Mulut Anda Ketika Bernyanyi (dengan jarak 2 jari)

Buka mulut selebar kemampuan anda, seolah-olah sedang menyebutkan huruf “A” secara
ekstrim. Jaga posisi lidah tetap sejajar dengan baris gigi depan bawah. Majukan rahang
bahagian bawah ke depan, kiri dan kanan.

2. Rileksasi Lidah

65% – 85% dari semua masalah vokal adalah ketegangan di lidah. Untuk mengelaknya, lihat di
cermin sambil bernyanyi, pastikan hujung lidah anda dominan pada gigi depan bawah anda. Jika
tidak ia bererti anda masih kurang rileks, Cubalah berusaha untuk lebih rileks dalam bernyanyi.

3. Pengambilan Nafas

1) Ambil nafas dari lubang hidung, masukkan seolah-olah ke dalam perut..


2) Diamkan selama 10 saat.
3) Buang udara melalui mulut, seolah-olah sedang menngucapkan huruf “ef”.
4) Berhenti selama 10 minit, kemudian ulangi dari langkah pertama dan seterusnya. Usahakn
untuk latihan, jangan lebih dari 2 minit.
Jika anda mengambil nafas yang terlalu banyak, maka anda tercipta tekanan yang akan
menghalang kemampuan bernyanyi anda secara bebas. Ini akan mencegah anda dari
menyanyikan nada tinggi dan menyebabkan ketegangan di leher.

4.Laring (Larynx)

Laring berada pada leher anda. Ia berfungsi untuk menaikkan atau menurunkan nada sambil
bernyanyi, maka anda harus melemparkan seluruh mekanisme suara anda yang mengarah ke
komplikasi yang berbeza. Tempatkan mic anda pada laring ketika anda bernyanyi agar suara
anda tetap stabil.
5. Buka Bahagian Belakang Mulut

Dengan ini secara tidak langsung dapat membuka mulut bahagian depan. Jika bahagian
belakang mulut anda tertutup, maka suara anda seperti di tembak dan saya jamin anda sedang
tegang. Apabila belakang mulut terbuka itu akan membantu anda menciptakan resonansi yang
lebih indah.

6. Bernyanyi Dengan Tenaga

Menyanyi adalah kegiatan yang sangat fisikal. Anda harus bertenaga dan bersemangat pada
saat anda bernyanyi. Bernyanyi dengan tenaga membantu anda menekan nada yang lebih
tinggi dan membantu menjaga suara keluar dari kerongkong. Anda harus merasa selesa
sebelum menyanyi.

7. Menghayati Ketika Bernyanyi

Muzik adalah bentuk ekspresi hidup dan memiliki pengertian besar untuk mempengaruhi
pendengar. Tapi itu hanya berlaku bila anda menjiwai dan menghayati ketika bernyanyi.
Cubalah bayangkan diri anda dalam lagu tersebut , itu akan sangat membantu anda untuk
menghayati lagu yang anda nyanyikan.

8. Alunkan Vokal Dengan Gaya Anda Sendiri

Menyanyi harus merasa seperti berbicara. Seharusnya tidak ada ketegangan, menekan,
tegang,mencapai, atau ketika meraih vokal aktif. Apa yang kita lakukan waktu kita bernyanyi
sebagian besar berdasarkan pada kebiasaan, jadi pastikan untuk berlatih secara konsisten.

Demikianlah perkongsian pengenalan mengenai nyanyian dan teknik-teknik vokal yang penting
untuk diketahui dan diterap oleh setiap orang yang ingin mendalami nyanyian secara serius dan
progresif. Penerangan yang lebih lengkap dan terperinci boleh didapati dari Webinar & Kelas
Asas Vokal Sajakiri. Sila lungsuri ke:
Sila Pilih :

Kelas Vokal SV

Webinar : Asas Vokal

Mikrofon Kondenser
PERCUMA!

Pos Berkaitan:

Single atau Album?

5 Sebab Mengapa Anda Mesti Sertai Pertandingan SV

Neng Neng Nong Neng


Tips Muzik / Tips Nyanyian Posted by Puteri Norhada 18 Apr 2018 / 3 komen

Kongsikan




3 komen

 Master J-dai April 19, 2018 Balas →

Sebuah artikel yg simple dan baik dari segi konten…

Cuma kalau setiap konten tu diperhalusi lagi isinya, mmg sgt menarik utk dibaca…

o Zainal Zulia April 19, 2018 Balas →

Marilah menulis bersama kami…

 Faiz J July 20, 2019 Balas →

Sy nk memperdalami lagi ilmu dlm bidang nyanyian.sy nk bljr key vibrato dlm nnyian dan
key key high and low.klau boleh tlong mmperluaskan isi tntg vokal ni
Tinggalkan Soalan / Komen...

Tulis Di Sini

Nama*

Email (tidak akan diterbitkan)*

Laman Web (Jika Ada)

Notifikasi email jika ada balasan.

Carian…

Tawaran Untuk Anda!

Stor SV

Kelas Vokal/Mikrofon/Rakaman Studio dan pelbagai lagi.


Sajakiri-Vokal

Ujibakat : Single Original untuk dimenangi!

Affiliate Sajakiri

Mari bantu kami buat pemasaran (komisen untuk anda)!

Entri Popular Sejak 7 Hari Lalu

 Interpretasi Lagu Gemuruh [Search dan Wings]89 views


 Asas Nyanyian73 views
 Tips : Bagaimana Mencipta Lagu Bermakna Untuk Diri Anda Sendiri58 views
 Pitching Kelaut..48 views
 Bagaimana Memiliki Single Sendiri?40 views
 Temuramah : Azlan Abu Hassan [PERCUMA]21 views
Temubual SV

Temubual SV : JD dengan 'Direct Access'nya Dec 18th, 2018

Temubual SV : Syahir Miswan dari Longan Garage Studio Oct 17th, 2018

Temuramah : Zulkif Headwind [PERCUMA] May 30th, 2018

Perjalanan Seni SV Juhairi Rasimin May 8th, 2018

Pengalaman Menyanyi : Papa Kamal Apr 23rd, 2018

Temuramah : Zarul Umbrella Feb 22nd, 2018

Temuramah : Azlan Abu Hassan [PERCUMA] Mar 7th, 2016

Temuramah : Rosli Ahmad [PERCUMA] Feb 25th, 2016


Temuramah : Karl Cromok [PERCUMA] Oct 25th, 2015

Temuramah : JD Pop Shuvit [PERCUMA] Jul 25th, 2015

Tips Nyanyian
Interpretasi Lagu Gemuruh [Search dan Wings] Jul 31st, 2018

Kenapa YouTube Penting untuk Artis? Jul 25th, 2018

Pelancaran Kelas Vokal SV Jul 11th, 2018

10 Tips Menghilangkan Rasa Gemuruh (Ketika Membuat Persembahan) May 15th, 2018

Asas Nyanyian Apr 18th, 2018

Bagaimana Memiliki Single Sendiri? Aug 5th, 2016

Tak Berani Sertai Pertandingan? Aug 1st, 2016


Perlukah Anda Belajar Instrumen Muzik? Jul 27th, 2016

Akademi Fantasia : Pengalaman Menyertai Ujibakat Jul 22nd, 2016

Pitching Kelaut.. Jul 19th, 2016

Kategori

 Buletin (13)
 Karya (3)
 Pertandingan SV (17)
 Temuramah (11)
 Tips Muzik (18)
 Tips Nyanyian (10)

Komen Terkini

 Nisa on Tips : Bagaimana Mencipta Lagu Bermakna Untuk Diri Anda Sendiri
 Sabreena Mahmod on Bilik
 Sabreena Mahmod on Bilik
 syafawani ahmad on Bilik
 Anizan on Tips : Bagaimana Mencipta Lagu Bermakna Untuk Diri Anda Sendiri
 Zack on Kelas Vokal
 Aliexcoyy on Bagaimana Memiliki Single Sendiri?
 Mohamad Alif Firdaus Bin Mat Yasin on Affiliate
 Ahmad shah on Affiliate
 Keai on Rakaman Demo

Anda mungkin juga menyukai