Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN

‘’Program Boost PPSR #jjno1’’ adalah satu pelan strategik sepanjang tahun yang dirangka untuk
meningkatkan kecemerlangan murid-murid tahun 6 dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui program ini, adalah diharapkan akan
berlaku peningkatan dari segi bilangan murid yang mendapat 6A. Selain itu, peratus
keseluruhan juga akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi berbanding dengan tahun-
tahun yang sebelumnya. Program ini juga merupakan salah satu program untuk
memperkasakan sekolah dalam bidang akademik.

OBJEKTIF

 Mencari dan mengenalpasti potensi untuk membina keyakinan diri murid.


 Menanamkan sikap mementingkan kaedah pembelajaran yang berkesan.
 Memberikan murid persediaan fizikal dan mental ke arah kecemerlangan potensi.
 Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.
 Melahirkan rasa akrab dan perkongsian antara murid dan guru.
 Meningkatkan mutu pembelajaran murid dan kaedah menjawab dengan lebih berkesan
dalam memperolehi pencapaian optimum.
 Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah secara aktif dalam mencapai sasaran
kecemerlangan.

1
PENUTUP

Semoga perancangan dan pelaksanaan Program Boost PPSR #jjno1 2020 pada kali ini menjadi
lebih baik dan menambahkan semangat terutamanya murid, guru dan ibubapa untuk
bekerjasama dan memberikan komitmen sepenuhnya. Semoga usaha daripada semua pihak
akan menjadikan SKJJ sekolah yang menduduki tangga teratas daerah Jerantut dari segi kualiti
dan juga kuantiti.

Disediakan oleh:

………………………………..

NORAZIAH BINTI MANSOR


Penyelaras
JK Kecemerlangan PPSR 2020
SK Jerantut Jaya

22

Anda mungkin juga menyukai