Anda di halaman 1dari 40

PRAKATA

Hai. Terima kasih kerana telah mendapatkan eBook Panduan First

Gear Shopee ye. Saya berterima kasih atas sokongan dan dukungan

anda kepada saya.

Tujuan ebook ini ditulis bukanlah untuk memberi panduan penuh A-Z

bagaimana nak menjual di Shopee. eBook ini lebih berbentuk ‘Get

Started’, untuk anda ‘masuk first gear’ buat bisnes di Shopee –

Macam mana nak set up kedai, sourcing product dan memahami

konsep-konsep seperti cari produk hot dan penentuan harga jualan.

Kenapa idea ‘First Gear’ sebegini? Ini adalah untuk mengurangkan

situasi ‘overwhelm’ kepada ramai orang – mereka bersemangat

mahu mencuba sesuatu, jadi mereka berhabis mencari ilmu produk

tersebut, tetapi kemudian apabila terlalu banyak informasi, mereka

jadi overloaded, atau ‘terkejut’ perlu buat sebegitu banyak perkara.


Akhirnya ramai give up sebab merasakan terlalu banyak yang perlu

dibuat.

Selain itu, ebook ni juga menulis tentang cara kreatif untuk menjual

tanpa produk di Shopee, dan juga macam mana nak identify dan cari

barang ‘laku keras’ di Shopee.

Kuncinya adalah baca, dan get started. Anda tidak akan

‘overwhelmed’, tetapi akan ‘fired up’ and masuk first gear, dah

masuk first gear baru pergi cari ilmu untuk ‘2nd, 3rd, 4th gear’.

Di penghujung ebook, saya ada juga memberi cadangan panduan

penuh Shopee, dan kod diskaun khas yang anda boleh guna (Terhad

kepada 100 pertama sahaja). Jadi jika anda dah habiskan gunakan

ilmu dalam ebook ni, dan nak proceed dengan ilmu lebih ‘tinggi’ lagi,

bolehlah consider dapatkan panduan penuh di belakang ebook ni ye.

Selamat membaca, dan selamat mencuba!


#1 DAFTAR DAN SET UP SHOPEE STORE GUNA

SMARTPHONE JE

Of course langkah pertama adalah untuk set up Shopee store anda

sendiri. Kalau tak ada, macam mana nak buat sales kan?

Untuk bukan shopee store…

1. Download app Shopee di Play Store (Google), atau App Store

(iOS)

2. Picit ‘sign up’ dan masukkan nombor phone anda. Tunggu kod

masuk, dan masukkan kod yang diberi.


3. Di bahagian username, pastikan anda masukkan nama kedai

anda, dan bukan nama lain. Ini kerana username anda akan

menjadi link untuk ke kedai anda – contohnya di sini saya letak

“getmogadgets”, maka link website ke kedai anda akan menjadi

shopee.com.my/getmogadgets. Jadi fikir baik-baik ye. Pastikan

anda upload gambar logo online shop anda sekali di profile

picture.
4. Anda kini akan dapat lihat profile anda di Shopee. Sabar, masih

ada perkara yang perlu diurus lagi ye.


5. Pastikan anda mengisi penuh setiap ruangan yang diperlukan di

‘My Account’ – iaitu My Profile, My Addresses, dan Bank

Accounts/Cards. Ini supaya anda dapat dibayar bila ada sales

nanti!
6. Selesai semua, maka kedai online Shopee anda kini selesai

dibuka!
#2 Cari Supplier Product Untuk Dijual

Masalah terbesar ramai online seller di dunia e-commerce ini

adalah… Mana nak cari produk untuk dijual?

Jadi di sini saya sertakan beberapa sumber produk untuk anda

consider dan explore.

1. Gedung Borong
Gedung borong seperti di GM Klang, Mydin atau Plaza Pudu

merupakan tempat paling senang untuk anda dapatkan produk

untuk dijual. Anda boleh terus ke sana, pusing keliling pusat

pemborong, tengok apa produk yang sesuai dengan selera, dan

beli dalam jumlah kecil – 10 unit contohnya. Anda kemudian

boleh luangkan masa ambil gambar produk-produk tersebut,

dan listkan dalam Shopee.

Satu perkara yang anda perlu titikberatkan semasa di pusat

borong ini adalah untuk mendapatkan harga borong, anda

perlu membeli dalam ‘jumlah minimum’. Jadi cuba confirmkan

dahulu harga borong dan jumlah pembelian minima sebelum

membuat apa-apa pembayaran.

2. Distributors

Distributors ini merupakan syarikat yang mempunyai hak

pengedaran untuk sesuatu produk – seperti contoh produk-

produk Amway ini hanya boleh diedarkan oleh

syarikat/pengedar/stokis yang dipilih.


Anda tidaklah perlu menjadi pengedar sah produk-produk ini,

cukuplah mengambil stok dari pengedar-pengedar ini dan buat

jualan di Shopee.

Salah satu isu yang penting di sini adalah dalam kebanyakkan

kes, produk-produk ini datang dengan Recommended Retail

Price (RRP), iaitu harga jualan cadangan. Jika anda menjual

pada harga rendah dari RRP, anda mungkin berdepan masalah

dengan pengedar. Jadi cuba tentukan dahulu sama RRP itu

boleh membawa keuntungan kepada anda, barulah laburkan

duit ambil stok.

3. Taobao.com / 1688.com
Jika anda ingin mencari produk pada harga yang lebih murah,

anda boleh consider untuk import produk-produk ini direct dari

China secara online, melalui Taobao atau 1688.

Laman-laman web ini merupakan website penjualan produk di

China, namun kerana harganya dalam Yuan China, maka

apabila disbanding dengan di Malaysia, harganya berbeza. Saya

sendiri pernah menjana untung sehingga 900% untuk produk

yang diimport dari 1688.com.

Isu terbesar tentang penggunaan Taobao dan 1688 ini adalah

ianya adalah dalam Bahasa Cina. Ramai yang tidak pandai

Bahasa Cina, menyebabkan website-website ini sukar diakses.


Tetapi jika anda mempelajari bagaimana anda boleh

memborong dari sana walaupun kalau tidak pandai Bahasa

Cina, anda boleh rujuk panduan Rahsia Taobao atau Rahsia

1688 saya.

4. Alibaba
Jika anda pemain besar yang boleh memborong dalam unit

yang banyak, anda boleh consider untuk memborong dari

Alibaba. Anda tidak akan berurusan dengan pemborong seperti

di 1688/Taobao, tetapi dengan pengilang.

Jadi harga di Alibaba adalah cukup murah, tetapi anda perlu

membeli dalam kuantiti yang agak besar. Anda juga akan perlu

membayar menggunakan Alipay, sistem escrow payment yang

bertujuan melindungi wang anda sekiranya produk tidak

menepati piawaian.

Yang baiknya dengan Alibaba ini adalah ia beroperasi dalam

Bahasa Inggeris, jadi jauh lebih senang untuk ramai orang.


#3 Cara Menjual Di Shopee TANPA PRODUCT

Kemajuan e-commerce sekarang juga telah memberikan anda

peluang untuk menjual secara online di Shopee tanpa perlu

memegang stok.

Jadi kalau difikirkan dengan sedikit teliti, jika anda tidak memerlukan

stok, maka anda TIDAK LAGI MEMERLUKAN MODAL YANG BESAR! Ini

kerana anda tidak lagi perlu menghabiskan wang modal untuk

‘masuk stok’. Anda hanya perlu fokus untuk marketing dan

fulfillment (menyelesaikan tempahan) sahaja.

Jika ini laluan yang anda pilih untuk menjual di Shopee, maka anda

perlu memahami konsep ‘Dropship’ terlebih dahulu. Jika anda telah

jelas dengan idea Dropship, anda boleh skip bahagian ini. Tetapi

mungkin ada pembaca lain yang tidak tahu, jadi saya terangkan juga

konsep ini just in case ye.


DROPSHIP

Secara asasnya, ini konsep Dropship:

a. Anda letakkan produk dropshipper (penjual) di kedai

anda, dan anda tidak pegang stok.

b. Berlaku pembelian. Anda terima pembelian dari

customer.

c. Anda ambil keuntungan anda, kemudian bayarkan

pembelian customer kepada dropshipper.

i. Contoh. Product harganya RM40. Anda jual RM55 di

Shopee. Apabila berlaku pembelian, anda bayarkan


RM40 kepada dropshipper, anda simpan RM15 extra

itu sebagai keuntungan sendiri.

d. Tugas anda selesai. Dropshipper akan bungkus produk,

dan hantar kepada customer.

Mana Nak Cari Dropshipper?

Sebagai permulaan, anda boleh consider untuk mencari dropshipper

dari dua sumber ini:

1. Kumoten
Kumoten adalah website dropshipper terbesar di Malaysia.

Selain membekalkan khidmat dropship kepada seller di Shopee,

ia juga ada khidmat dropship kepada seller di Lazada, 11th

Street dan juga Lelong. Anda juga boleh buka website sendiri

dan menggunakan Kumoten untuk menjual produk.

Apa yang menarik, Kumoten menawarkan perkhidmatan

mereka secara percuma, anda hanya perlu topup ke akaun

anda di Kumoten dan wallet anda itu akan digunakan untuk

membeli barang untuk dihantar kepada pelanggan anda di

Shopee. Barang yang dihantar tidak mempunyai label Komuten

dan pelanggan tidak tahu pihak lain yang melakukan

pengeposan untuk anda.

Selain itu anda dengan mudah boleh synchronize produk di

dalam Kumoten ke akaun Shopee anda.

2. Dropship Aliexpress
Aliexpress adalah website membeli produk secara runcit dari

China, dan anda dengan senangnya boleh sahaja mengambil

produk dari sana, dan menjualnya di kedai Shopee anda.

Apabila anda mendapat tempahan di Shopee, maka anda

bolehlah ke Aliexpress, buat pembelian, dan pastikan alamat

penghantaran produk tersebut adalah kepada customer anda.

Sistem dropship Aliexpress ini adalah kunci kejayaan kepada

ramai dropship seller, apabila mereka menjual di US. Beli

produk 1.5USD, jual di US pada harga 15USD satu. Anda juga

boleh menggunakan konsep yang sama, tetapi di Malaysia,

dengan menjualnya di Shopee.

Isu dengan dropship di Aliexpress ini adalah produk mungkin

akan mengambil masa untuk sampai, biasanya dalam 5-10 hari

bekerja. Jadi seeloknya anda menulis dengan terang di

deskripsi produk yang produk akan mengambil masa untuk

sampai, dan pastikan customer faham sebelum mereka

membuat pembelian.
3. Group-Group Dropship di Facebook
Anda juga boleh mencari produk untuk dijual secara dropship di
Facebook. Terdapat banyak group-group dropship luar sana
yang sedang mencari agent/ramai penjual untuk produk-
produk mereka.

Kunci ketika berada di group-group ini adalah untuk


memastikan yang product owner tersebut adalah ‘trusted’,
bermakna mereka betul-betul mempunyai produk, dan mampu
untuk mengirimkan produk kepada customer anda selepas
menerima wang dari anda. Jika anda terjumpa dropship tidak
amanah, anda pula yang akan kena ‘burn’ apabila terpaksa
refund balik duit customer sendiri. Salah satu cara yang saya
sendiri suka buat adalah dengan ‘berlakon’ sebagai customer
dan membeli dari mereka.
#4 Masukkan Produk Dalam Shopee Store

Harap-harap pada stage ini, anda dah set up kedai, dah tengok-
tengok mana nak cari produk, dan dah ada hati dan keputusna nak
jual barang-barang apa.

Di bahagian ini, kita setting pula masukkan produk dalam kedai


Shopee kita, pakai smartphone je.

1. Di dashboard Shopee, boleh picit tab ‘Selling’, dan pilih ‘Add


New Product’
2. Upload semua gambar produk yang ada, dan kemudian isikan
details untuk product tersebut.

3. Apabila mengisi details produk, pastikan anda memilih kategori


yang betul kerana ia akan membantu produk anda untuk listing
dengan lebih baik di enjin carian Shopee. Penggunaan hashtag
yang bersesuaian juga membantu ketika membuat listing.

Selain itu, produk anda juga lebih berkemungkinan untuk


muncul di search result Google.
4. Sekiranya semua dibuat dengan teliti, maka anda telahpun
berjaya menjadi online shop seller di Shopee!
#5 Kemaskini Profile Kedai Shopee Anda

Apabila anda telah upload product pertama anda di store, anda akan
perasan di dashboard ‘seller’ anda di Shopee, telah ada penambahan
pelbagai opsyen.

Satu bahagian yang paling penting adalah di ‘Seller Assistant’, kerana


anda perlu meletakkan lagi sedikit usaha untuk mengemaskini Kedai
Shopee anda.

1. Di dashboard Seller shopee, picit ‘Seller Assistant’, dan pilih


‘Shop Profile’
2. Anda boleh tukar gambar background untuk kedai shopee
anda, dan juga menulis deskripsi tentang kedai shopee anda.
Untuk gambar, boleh pilih gambar yang berkaitan dengan kedai
Shopee anda – contohnya jika menjual gadget elektronik, boleh
letakkan gambar gadget-gadget elektronik.
3. Untuk deskripsi, anda boleh menulis tentang:
a. Apa yang anda jual
b. Proses dan masa penghantaran
c. Ada open untuk dropship atau tidak
d. Promosi apa-apa produk khas
#6 Cari Barang ‘Hot’ & Tentukan Harga ‘Mampu
Bersaing’

Kadang-kadang ketika buat listing nak jual barang dalam Shopee, kita
tidak tahu sama produk yang kita nak jual itu ada sambutan atau
tidak – laku tak nanti? Dan…

Kalaulah produk kita itu memang ramai orang tengah cari, macam
mana kita nak tahu kalau harga jualan yang kita letak pada produk
tersebut mampu bersaing dengan seller lain? A.k.a adakah kita
menjual pada harga terlalu mahal sehingga orang tak nak beli, atau
adalah kita menjual terlalu murah sehingga keuntungan pun
terlepas?

Jadi ini caranya.

1. Anda boleh ke homepage Shopee, dan pilih ‘Top Products’


2. Pilih kategori produk yang anda minati.
3. Lihat pada produk yang di muncul awal di senarai. Maknanya
itu adalah produk paling ‘panas’.
4. Kita ambil contoh powerbank ini. Perhatikan pada rating
product ini, iaitu sebanyak 9092. Dari sini kita boleh rumuskan
bahawa powerbank ini telah terjual sekurang-kurangnya 9092
unit (hanya pembeli sahaja boleh bagi rating).

Pada masa yang sama, kita pun boleh andaikan yang harga
RM31.90 ini adalah harga yang ‘cantik’ kerana ia mampu
menjana sehingga sebegitu banyak jualan.

Jadi jika anda ingin menjual produk yang sama, anda boleh
memikirkan untuk memasang harga yang sama atau lebih
murah, yang penting anda rujuk kepada kos dan kebenaran
harga dari distributor anda.
DAH SIAP BUAT SEMUA DI
ATAS?

READY DAH NAK MASUK


GEAR 2, 3, 4, 5?

Tengok Next Page >>>>>


Sekiranya anda ingin ‘proceed’ untuk belajar Teknik sales di Shopee
ini, saya ingin suggest anda untuk mencuba dengan sifu satu orang
ini…

Tengok je result dia. Hebat kan?


Tu result dia. Kita tengok pula result student-student dia:
Lagi hebat kan?

Namanya Tuan Azian Usman. Panduan Teknik Rahsia Shopee ini telah
terjual banyak, dan menjana hasil yang cukup lumayan kepada
student-student beliau.

Saya telah discuss dengan Tuan Azian, dan berjaya ‘memujuk’ beliau
untuk bagi discount kepada mereka yang datang dari rakan-rakan
niaga NigelOng.com.

Jadi kalau anda berminat nak dapatkan Panduan Teknik Rahsia


Shopee beliau ni, gunakanlah discount code ‘sayangketatketat’ dan
dapatkan diskaun misteri.
Kenapa ‘sayangketatketat’? Sebab saya sayang korang ketat-ketat.
Kekeke…

Tunggu apa lagi? Jom tengok tentang Teknik Rahsia Shopee dari Tuan
Azian Usman ni.

NAK TENGOK PANDUAN TEKNIK RAHSIA SHOPEE

Anda mungkin juga menyukai