Anda di halaman 1dari 2

BORANG PENILAIAN PENGAWAS SEKOLAH

Tandakan √ pada petak.


Jantina: L P Tingkatan: 2 3 4 5

1. Sejauh manakah penerimaan anda apabila dilantik menjadi pengawas sekolah?


Terima dengan gembira dan senang hati
Terima dengan berbelah bahagi
Terima dengan paksaan pihak tertentu

2. Sejauh manakah pemahaman anda undang-undang yang terdapat dalam Buku Peraturan Sekolah?
Sangat faham dan mampu menerangkan sebab peraturan kepada rakan
Faham tetapi tidak mampu menerangkan sebab peraturan kepada rakan
Tidak faham, saya hanya mengikut arahan Guru/Ketua Pengawas/Ketua Kumpulan

3. Sejauh manakah kesanggupan anda dalam menguatkuasakan peraturan sekolah?


Saya sanggup menguatkuasakan semua peraturan tanpa peduli tanggapan rakan sebaya
Saya sanggup menguatkuasakan sesetengah perkara sahaja tanpa peduli tanggapan
rakan sebaya
Saya sanggup menguatkuasakan sesetengah perkara sahaja dan berbelah bahagi dengan
pandangan rakan sebaya
Saya tidak sanggup menguatkuasakan peraturan kerana tidak rela diperkecil,dikecam
oleh rakan sebaya

4. Adakah anda sanggup bertugas dengan rakan pengawas yang tidak akrab?
Sanggup Tidak sanggup

5. Adakah anda sanggup datang awal untuk bertugas awal pagi?


Sanggup Tidak sanggup

6. Pada pendapat anda, adakah kehadiran ke sekolah seawal 7.20 pagi suatu perkara yang
menyusahkan diri dan ibu bapa?
Ya, menyusahkan Tidak menyusahkan

7. Sejauh mana tahap keyakinan anda berada di pentas?


Sangat gugup dan tidak terkawal Gugup dan terkawal Selesa
BORANG PENILAIAN PENGAWAS SEKOLAH

8. Sejauh mana tahap keyakinan anda dalam memberi arahan kepada rakan sebaya atau lebih muda?
Sangat Yakin Yakin Kurang Yakin Tidak Yakin

9. Sejauh mana tahap keyakinan anda dalam memberi arahan kepada rakan yang lebih senior?
Sangat Yakin Yakin Kurang Yakin Tidak Yakin

10. Sejauh mana tahap keupayaan anda dalam mengawal suasana secara berkumpulan? (Contoh:
menguruskan barisan sebelum perhimpunan pagi, membuka dan menyusun kerusi di dewan,
mengawal suasana rehat di kantin)
Saya tahu dan mampu melaksanakan tanpa arahan ketua kumpulan/guru
Saya tahu tapi teragak-agak dan menunggu arahan ketua kumpulan/guru
Saya tahu tapi teragak-agak dan mengikut sahaja pergerakan rakan pengawas
Saya tidak tahu dan tidak pasti bagaimana memulakan sesuatu

11. Sejauh manakah peranan Guru-guru Unit Disiplin & Pengawas dalam menyokong dan membantu
anda menguatkuasakan peraturan dan melaksanakan tanggungjawab harian?
Sangat membantu dan memberi sokongan penuh
Kurang membantu dan kurang sokongan
Tidak membantu dan tidak memberi sokongan

12. Adakah anda memerlukan Bilik Pengawas untuk memudahkan operasi harian pengawas?
Perlu Tidak Perlu

13.
(a) Adakah anda memerlukan kursus/bengkel/bimbingan yang lebih spesifik untuk membina
keyakinan dan keupayaan melaksanakan tugas pengawas?
Ya, perlu Tidak perlu

(b) Jika Ya, Nyatakan jenis kursus/ bengkel/ bimbingan spesifik yang anda perlukan:
_____________________________________________________________________________

14. Nyatakan harapan anda apabila menyertai Badan Kepimpinan Pengawas Sekolah.
_______________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai