Anda di halaman 1dari 7

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SUBJEK KAJIAN BUDAYA


TUGASAN : CADANGAN PENYELIDIKAN

MOHD FAUZI B AHMAD SELO


7/11/2019
M20181001426
MOHD FAUZI AHMAD SELO
M20181001426

TAJUK CADANGAN PENYELIDIKAN

TARI GARAYU : PENCIPTAAN PERSEMBAHAN TARI BERDASARKAN IRAMA GHAZAL MELAYU JOHOR.

ABSTRAK

Penciptaan tarian berdasarkan irama Ghazal Melayu Johor, adalah idea yang bakal di ketengahkan oleh

pengkarya. Melalui persembahan ini pengkarya akan menghasilkan beberapa repertior tarian yang

merangkumi tarian berbentuk ciptaan baharu, tarian kreatif dan tarian kontemporari dalam segmen

yang berbeza. Idea asal ciptaan ini adalah bertitik tolak dari permasalahan yang di alami oleh pengkarya

dimana, konteks isu penciptaan tarian di malaysia. Isu ini melibatkan keaslian dan kesahan sesebuah

tarian samada ia mengalami proses rekonstruksi atau dekonstrusi.


MOHD FAUZI AHMAD SELO
M20181001426

1.0 Cadangan idea

Idea adalah perkara dasar yang akan menghasilkan sesuatu perkara. Dalam konteks ini idea

adalah cetusan minda bagi seseorang pengkarya menghasilkan karya mereka. Cetusan atau pekara dasar

ini boleh terhasil melalui pengalaman, pemerhatian atau ilmu yang di perolehi dari bahan bacaan.

Kebiasaannya idea yang di hasilkan haruslah dekat dengan pengkarya agar mudah pengkarya

menghasilkan karya mereka. Idea yang di cetuskan juga haruslah menarik agar karya yang dihasilkan

juga menarik.

Pada peringkat awal idea yang akan di bentangkan semasa projek akhir adalah berkaitan isu

penciptaan tarian di malaysia. Isu ini melibatkan keaslian dan kesahan sesebuah tarian samada ia

mengalami proses rekonstruksi atau dekonstrusi. Pengkarya menetapkan penciptaan tarian berdasarkan

irama ghazal melayu johor. Pada dasarnya, ghazal johor tidak mempunyai tarian. Berlandaskan idea ini

pengkarya akan menghasilkan beberapa rangkaian tarian dari irama dan lagu ghazal johor dalam bentuk

tarian ciptaan baharu tradisi dan tarian kontemporari.


MOHD FAUZI AHMAD SELO
M20181001426

2.0 Metodologi Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, pengkarya menggunakan kaedah pendekatan kualitatif sebagai

kaedah utama dalam penyelidikan. Dalam mendapatkan jawapan yang bertepatan serta hasil kajian,

pemilihan kaedah kajian sangat penting, agar bersesuaian dengan kajian yang dilaksanakan. Kaedah

utama yang digunakan adalah pemerhatian yang terbahagi kepada dua, iaitu pemerhatian secara luaran

atau pasif dan juga pemerhatian ikut serta atau aktif. Pengkaji memilih pemerhatian secara luaran,

pengkarya akan melihat terlebih dahulu beberapa karya yang menghampiri karya yang bakal di hasilkan.

Kaedah kedua yang digunakan adalah bacaan literasi begi mengenalpasti kajian yang bakal di

laksanakan dalam konteks penciptaan tari ini Antara buku dan artikel yang bersesuaian dengan kajian

pengkaji adalah Creative Dance a Manual for Teaching All Ages oleh Marcia L. Lloyd (2014), Dancing

Mosaic: Issues on Dance Hybridity oleh Mohd Anis Md. Nor (2012), Hybridity in The Performing Arts of

Southeast Asia oleh Mohd Anis Md. Nor, Patricia Matusky, Tan Sooi Beng, Jacqueline-Pugh Kitingan dan

Felicidad Prudente (2011), Diversity In Motion oleh Mohd Anis Md. Nor (2003), serta beberapa artikel

yang berkaitan antaranya. Creative Dance oleh Jennifer Wall (2000), Dance Identity: Authenticity and

Issues of Intepretation with specific reference of Siobhan Davies, oleh Sarah Whitley (2005 ).
MOHD FAUZI AHMAD SELO
M20181001426

3.0 Cadangan penari

Penari yang akan menarikan karya ini terdiri dari murid-murid serta beberapa orang penari yang di pilih

secara rawak dan pengkarya juga akan turut sama menari dalam karya ini.

Seramai 20 orang penari dan 10 orang pemuzik ghazal akan menjayakan projek akhir ini nanti.

4.0 Cadangan tempat

I. Auditorium sekolah seni malaysia johor

5.0 Cadangan / anggaran perbelanjaan

Secara kasarnya pengkarya masih belum membuat analisis budget. Buat masa sekarang budget yang di

perlukan adalah dari segi, bayaran artis tari dan pemuzik


MOHD FAUZI AHMAD SELO
M20181001426

6.0 Teori

Konsep Dekonstruksi Dalam Tari

Teori Dekonstruksi mula diperkenal oleh Jacques Deridda dalam Of Grammatology, dimana konsep ini

menjelaskan hubungan antara bahasa dengan makna dan pembinaan makna itu sendiri. Pada peringkat

awal, pembinaan konsep ini Deridda telah menekankan tiga kata kunci utama. Kata kunci yang pertama

menyatakan sesuatu perkara itu mempunyai pusat tumpuan sebagai contohnya didalam bahasa lama,

symbol di gunakan sebagai memberi makna, ini di sebut juga sebagai logocentrism. Dalam konteks

tarian, symbol boleh juga disamakan dengan motif atau pergerakan, motif atau pergerakan ini

kadangkala mempunyai maknak tertentu, makna ini boleh diruntuhkan jika motif itu tidak bercantum

atau bergabung. Kewujudan makna dalam setiap pergerakan bergantung kepada bagaimana motif itu

dibina semula selepas diruntuhkan. Kata kunci yang kedua pula menyatakan sebanyak mana makna di

kurangkan ia tetap boleh menjelaskan maksud yang hendak disampaikan, ini berbalik pada konsep asal

bagaimana Deridda, memecahkan satu persatu perkataan bagi mendapatkan maksud asal teks yang di

kaji, hal ini kadangkala menyebabkan maksud asal yang hendak di capai mungkin berkurangan akan

tetapi, maksud asal teks tersebut masih lagi boleh di perolehi. Jika kita melihat ini dalam konteks tari,

kadangkala semasa penciptaan atau pembinaan semula tarian sedia ada, dari bahan yang lama,

samaada melalui orang sumber atau video, terdapat gerak tari yang mungkin sukar di fahami dari segi

maksud atau gerak asalnya, proses pembinaan semula ini memerlukan pengkaji atau pengkarya

meruntuhkan dahulu makna atau gerak yang lama dalam proses mencipta kembali gerak yang lebih

mudah di fahami.
MOHD FAUZI AHMAD SELO
M20181001426

Konsep Dekonstruksi pengkarya gunakan kerana penciptaan tarian berdasarkan irama lagu agak sukar di

lakukan. Oleh yang demikian pengkarya akan memecahkan satu persatu elemen dalam lagu atau irama

tersebut bagi mencari idea yang sesuai dalam penciptaan gerak tari nanti.

Anda mungkin juga menyukai