Anda di halaman 1dari 2

Kebakaran merupakan salah satu malapetaka yang sering

berlaku di negara kita sekarang. Berikan pendapat anda


tentang langkah-langkah mencegah kebakaran. (PMR)

Api semasa kecil ialah kawan, apabila besar menjadi lawan. Ungkapan ini tidak lagi
diendahkan oleh masyarakat kita kerana kebakaran berlaku di mana-mana sahaja.
Kelalaian manusia dianggap sebagai punca utama kes kebakaran di negara kita.
Kebakaran bukan sahaja melenyapkan harta benda dalam sekelip mata malah
mengorbankan berpuluh-puluh ribu nyawa tiap-tiap tahun. Justeru, kita perlu
mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mencegah kebakaran kerana
malang tidak berbau.

Antara langkah penting untuk mencegah kebakaran adalah dengan


mengemaskinikan kemudahan pencegahan api. Alat pencegahan api ini penting di
sekolah-sekolah, bangunan tinggi, premis-premis perniagaan, pusat-pusat hiburan,
kilang dan bangunan kerajaan. Dalam hal ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat perlu
menyelia kemudahan pencegahan api dari semasa ke semasa bagi menentukan
semua alat itu dalam keadaan yang baik dan mencukupi. Dendaan dan hukuman
yang berat perlu dikuatkuasakan bagi pemilik bangunan yang enggan bekerjasama
dalam hal ini.

Selain itu, peranan ibu bapa adalah besar dalam usaha pencegahan kebakaran.
Dalam hal ini, ibu bapa haruslah menegah anak-anak daripada bermain dengan poin
tenaga di rumah. Perbuatan seumpama ini amat berbahaya kerana boleh
menyebabkan litar pintas dan renjatan elektrik. Tambahan pula, perbuatan anak-anak
kecil yang bermain dengan mancis dan mercun boleh menyambar bahan-bahan yang
mudah terbakar seperti minyak petrol, kain langsir dan tong gas di dapur. Justeru, ibu
bapa haruslah selalu mengingatkan anak-anak tentang bahaya bermain dengan api.
Ibu bapa juga tidak seharusnya sama sekali meninggalkan anak-anak kecil duduk di
rumah berseorangan.

Pemeriksaan sistem pendawaian dan peralatan elektrik di rumah juga penting untuk
mencegah kebakaran. Kita mestilah memeriksa semua penyambungan elektrik di
rumah bagi memastikan tiada retakan, wayar terdedah atau longgar. Sistem
pendawaian perlu diperiksa dari semasa ke semasa bagi mengesan dan membaiki
kerosakan. Misalnya penebat getah wayar yang sudah keras atau retak perlu diganti
dengan segera. Kata orang mencegah adalah lebih baik daripada merawat.
Sebagai kesimpulan, kesedaran masyarakat tentang bahaya kebakaran dan langkah
pencegahan kebakaran amatlah penting. Sikap kebanyakan anggota masyarakat kita
seperti melepaskan batuk di tangga dalam kemelut ini hanya mengundang
kecelakaan. Oleh itu, penglibatan dan kerjasama semua lapisan masyarakat sangat
diperlukan untuk menangani masalah ini.

Langkah-langkah :

1. Mengemaskinikan kemudahan pencegahan api. Alat mencegah api penting di sekolah-sekolah


kerajaan dan swasta, bangunan tinggi, pusat-pusat hiburan malam, kilang, bangunan awam dan
bangunan kerajaan. Jabatan perkhidmatan bomba perlu menyelia kemudahan pencegahan api dari
masa ke semasa bagi menentukan semua alat itu dalam keadaan baik dan mencukupi. Kerjasama pihak
pemilik bangunan adalah penting. Dendaan dan hukuman perlu dikuatkuasa bagi pemilik bangunan yang
enggan bekerjasama. Penggunaan alat itu juga perlu ditunjuk ajar oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba.

2. Mengemaskinikan Jabatan Perkhidmatan Bomba. Menambahkan bilangan kakitangan bomba dan juga
peralatan yang mencukupi dan canggih. Pertambahan bangunan-bangunan dan kawasan petempatan
adalah tidak selaras dengan pertambahan bilangan kakitangan perkhidmatan bomba.
Peralatan-peralatan semasa operasi kebakaran seperti alat pernafasan perlu ditambah. Sistem pili
perlu lebih maju dan moden. Ini dapat mengelakkan masalah tekanan air rendah.

3. Mewajibkan pemasangan alat pengesan kebakaran. Diwajibkan di semua bangunan dan kawasan
petempatan. Memudahkan anggota bomba mengesan tempat kejadian kebakaran dengan cepat.
Mengelakkan kerugian harta benda dan nyawa yang maksimun. Sebelum meluluskan kegunaan
bangunan untuk kerajaan dan swasta, pihak jabatan bomba perlu mewajibkan mereka memasang alat
pengesan ini. Hal ini perlu dikuatkuasakan melalui undang-undang. Peraturan ini perlu dikuatkuasakan
dengan tegas.

4. Memperkenalkan perkhidmatan Unit Bomba Sukarela. Unit ini perlu ditubuhkan di kilang, bangunan
dan kawasan petempatan. Mengurangkan pergantungan masyarakat terhadap ahli bomba. Tindakan
pengawalan api dan pengurusan orang awam dijalankan oleh Unit Bomba Sukarela sementara menunggu
ketibaan ahli bomba. Pihak bomba perlu memberi latihan dan memberi ceramah kepada unit-unit ini.
Kursus- kursus khas juga perlu dianjurkan untuk ali-ahli unit ini. Contoh kilang yang mempunyai unit
“fire fighting squat” ialah Advanced Micro Devices (M) Sdn. Bhd. Penang.

5. Kempen mencegah kebakaran dan demonstrasi. Masyarakat perlu disedarkan tentang pentingnya
mencegah kebakaran. Mengadakan demonstrasi tindakan semasa kebakaran di sekolah, kilang,
bangunan tinggi dan kawasan petempatan. Mengadakan demonstrasi ciri-ciri jerjak yang sesuai di
rumah-rumah kediaman. Media massa seperti televisyen dan radio serta majalah dan suratkhabar amat
penting untuk menjalani kempen ini. Poster-poster perlu dilekatkan di mana-mana sahaja. Program
televisyen merangkumi filem dokumentari mengenai teknik pencegahan kebakaran dan temuduga
diadakan dengan mangsa-mangsa kebakaran.

Kesimpulan : 1. Pencegahan adalah baik lebih baik daripada menghadapi kebakaran. Penglibatan dan
kerjasama semua lapisan masyarakat sangat diperlukan untuk mengatasi masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai