Anda di halaman 1dari 2

AKHLAK DAN SIFAT-SIFAT SEORANG PIMPINAN

Disampaikan oleh EDY


Pada acara LDKS MTs Nurul Ihsan Cibinong

Dalam islam kepimpinan amat perlu dalam membina dan membangunkan sesebuah organisasi
atau persatuan. Gagal atau berjayanya sesebuah organisasi itu banyak ditentukan oleh ciri-ciri
dan gaya pemimpin organisasi berkenaan. Firman Allah swt :

‫ضللوُّسن سعللنَ سسلللبيِلل ٱللللل‬


‫لل إللن ٱلللذيسنَ يس ل‬
‫ك سعنَ سسلبيِلل ٱ ل ل‬ ‫ق سوسل تستلبللع ٱللهسسوُّىى فسيِي ل‬
‫ضل ل س‬ ‫س لبٱِللسح ق‬
‫ض سفٱِلحيكمُ بسليِسنَ ٱلنلاَّ ل‬ ‫ل‬
‫ك سخلليِفسةة لفيِ ٱلسلر ل‬ ‫ىيسسداَيوۥُيد إلنلاَّ سجسعلل ىنس س‬
٢٦ ‫ب‬ ‫لسهيلمُ سعسذاَبب سشلديديد بلسماَّ نسيسوُّااَ يسلوُّسم ٱللحسساَّ ل‬
‫ل‬
Artinya: Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi,
maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu
mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya
orang-orang yang sesat darin jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka
melupakan hari perhitungan

Tindakan Saidina Abu Bakar apabila mendepani kewafatan Rasulullah SAW, tindakan utama
yang dilakukan oleh beliau sebelum menguruskan jenazah baginda SAW ialah bermusyawarah
untuk memilih Khalifah sebagai pengganti Rasulullah SAW.

Sifar-sifat Seorang Pemimpin


1. Pemimpin mestilah dari orang yang mengharapkan akhirat, ikhlas kepada Allah, mempunyai
hati yang sejahtera dan sunyi dari penyakit-penyakit hati yang meruntuhkan amalan seperti
riya’, tidak kasihkan pangkat dan jawatan, tidak berebut untuk jadi pemimpin atau sombong
dan lain-lain.

2. Mempunyai akal yang waras, kebijaksanaan, pengalaman dan luas pemerhatian, berupaya
menganalisa pelbagai persoalan serta dapat memahami dan bertindak dengan baik
terhadapnya. Ia mestilah bukan seorang yang kerap lupa(pelupa) atau tertutup pemikirannya.

3. Mesti bersifat dan berakhlak lemah-lembut, berbelas kasihan dan mudah berurusan. Pimpinan
akan terdedah kepada pelbagai ragam manusia. Oleh itu pimpinan perlu memudahkan urusan
manusia lainnya dan jangan menjauhkan dan menjarakkan diri daripada pergaulan dengan
masyarakat.

4. Berani dan bermaruah dan tidak penakut atau membuta tuli. Alangkah bahayanya ke atas
jamaah jika terdapat pimpinan yang penakut dan bertindak membuta tuli. Dasar keberanian
ialah ketetapan hati dan kepercayaan terhadap Allah serta kosong hati dari sifat wahan, iaitu
kasihkan dunia dan takut mati. Keberanian yang dituntut ialah berterus terang dalam
menyatakan kebenaran, menyembunyikan rahsia, mengakui kesalahan, dan berlapang dada.

5. Tawaddhu’ dan tidak meninggi diri ke atas orang lain. Kesombongan adalah penyakit yang
menyebabkan hati tertutup untuk didekati. Inilah penyakit yang paling sukar diubati oleh
pimpinan.
6. Menunaikan janji dan perjanjian. Akhlak ini adalah antara akhlak yang paling dituntut ke atas
umat Islam secara umum dan bagi mereka yang bekerja dalam jamaah secara khusus. Akhlak
ini akan mewujudkan suatu suasana kerja yang damai, penuh dengan kepercayaan,
ketenangan dan kerjasama. Menunaikan janji adalah suatu tuntutan agama dan mengingkari
janji akan memahatkannya sebagai calon ‘munafik’.

7. Sabar. Pimpinan adalah golongan yang paling banyak diuji dengan perkara kesabaran.
Pimpinan perlulah golongan yang paling banyak bersabar di dalam menghadapi karenah ahli-
ahli dalaman serta ancaman luaran. Kerana kesabaran pimpinan akan menjadi ukuran kepada
anggota bawahan untuk terus cekal dan istiqamah dalam perjuangan.

8. Suci diri dan mulia. Antara ciri-ciri seorang pemimpin adalah orang yang mampu mengawal
diri daripada mengikut tuntutan hawa nafsunya dan keseronokan dunia. Ia perlulah mampu
mengawal diri dan menjadi contoh yang baik untuk diikuti oleh orang bawahannya.

9. Adil dan saksama walaupun kepada diri sendiri. Pemimpin perlu bersikap adil dan saksama.
Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya, memberi hak kepada mereka yang berhak
menerimanya dan membuat keputusan dengan adil walaupun ia akan merugikan dirinya
sendiri.

AKHLAK DAN ADAB SEORANG PENGIKUT

Di sini secara ringkas dibentangkan adab dan akhlak seorang pengikut:

1. Beriman dan rajin beribadah


2. Mengutamakan kepentingan jamaah lebih daripada dirinya dan memberikan komitmen
sepenuhnya.
3. Mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh jamaah.
4. Beriltizam dengan kefahaman yang betul dan menyeluruh terhadap Islam.
5. Menjadi orang yang setia(tidak khianat) dan amanah terhadap tugas yang diberikan.
6. Menguatkan diri dengan jihad di jalan Allah.
7. Melatih diri untuk berkorban di jalan Allah dengan diri, harta, masa dan tenaga.
8. Merasa hormat (thiqah) terhadap pimpinan dan sesama ahli yang lain serta merasa kasih
sayang terhadap sesama ahli yang lain.
9. Sentiasa peka dengan suasana sekeliling.

Wallohu alam

Anda mungkin juga menyukai