Anda di halaman 1dari 10

Intima’ dan Ibtila’ dalam Perjuangan

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Sunday, 9 July 2017

Memahami tujuan-tujuan intima’ (penggabungan) dalam sebuah gerakan Islam merupakan peringkat terpenting
untuk memastikan kelangsungan perjuangan menegakkan syariat Allah di muka bumi ini dapat direalisasikan.
Penggabungan dengan gerakan Islam ini mestilah berdasarkan kefahaman bahawa bekerja untuk Islam adalah
sangat ditekankan dalam menentukan kesudahan dirinya demi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Mestilah
percaya bahawa perkara tersebut hanya tercapai dengan memberikan komitmen kepada Islam dan melaksanakan
tuntutan Islam.

Nilai intima’ kepada jamaah yang bersandarkan semata-mata kepada populariti tokoh, kehebatan sumber, elemen
sentimental dan seumpamanya akan menyebabkan individu itu gagal mendepani kesengitan ibtila’ (halangan) di
sepanjang jalan yang sentiasa dipenuhi polemik dan krisis sama ada melibatkan ahli mahupun yang telah bertaraf
pimpinan. Abu Bakar al-Siddiq radhiallahu anhu pernah berkata dalam menenangkan para sahabat yang masih
tidak dapat menerima akan kewafatan Rasulullah ‫ ﷺ‬:
ِ َّ ‫من َكا َن ي عب ُد ُُم َّم ًدا صلَّى‬
‫ َوَم ْن َكا َن يَ ْعبُ ُد‬،‫ات‬ َ ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم فَِإ َّن ُُمَ َّم ًدا قَ ْد َم‬ َ َ ُْ َ َْ
‫الر ُس ُل‬ُّ ‫ت ِمن قَ ْبلِ ِه‬ ٌ ‫ وقرأ؛ َوَما ُُمَ َّم ٌد إِالَّ َر ُس‬.‫وت‬
ْ َ‫ول قَ ْد َخل‬ َّ ‫اَّللَ فَِإ َّن‬
ُ ُ‫اَّللَ َح ٌّي الَ ََي‬ َّ
‫اَّلل‬ ‫ر‬
َّ ‫ض‬‫ي‬ ‫ن‬ ‫ل‬
َ ‫ف‬
َ ِ ‫أَفَِإن َّمات أَو قُتِل ان َقلَب تُم علَى أ َْع َقابِ ُكم ومن ين َقلِب علَى ع ِقب ي‬
‫ه‬
َ‫َ ُ ه‬ َْ َ َ َ ْ َ َ َ ْ َ ْْ َ ْ َ
‫ين‬ ِ
‫ر‬ ِ‫َشي ئًا وسيج ِزي اَّلل الشَّاك‬
َ ُ‫ْ َ َ َ ْ ه‬
“Sesiapa yang menyembah Muhammad ‫ﷺ‬, maka Muhammad telah pun mati, tetapi sesiapa yang menyembah
Allah, sesungguhnya Allah itu terus hidup dan tidak sesekali akan mati. Kemudian membaca ayat 144, surah
Aali-Imran, mafhumnya; Muhammad ‫ ﷺ‬itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu
sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)?
Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah
sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”

Tuntutan intima’ kepada jamaah mestilah yang mempunyai objektif-objektif berikut:-

1. Mengembalikan penghambaan manusia kepada Allah Ta’ala semata-mata.


2. Mengembalikan kejayaan umat di dunia dan di akhirat.
3. Menegakkan keadilan.
4. Mensejahterakan masyarakat.
5. Membuktikan bahawa Islam itu ‘rahmatan lil alamin’ (rahmat bagi seluruh alam).
Intima’ Demi Matlamat Menegakkan Agama Allah
Menurut Mustafa Mashur, saat yang paling bahaya kepada gerakan Islam ialah penyimpangan intima’ kerana
memburu matlamat-matlamat yang lain bersifat duniawi seperti kehormatan, kekuasaan dan sebagainya yang
boleh merosakkan niat dan membatalkan amal di sisi Allah Ta’ala. Intima’ yang salah dan tidak menepati
piawaian Gerakan Islam yang menjadikan al-Quran dan Sunnah sumber rujukannya, menyebabkan aktivis sama
ada ahli atau pimpinan terperangkap dalam laluan yang salah malah membawa akibat yang buruk buat masa
depan perjuangan.

Allah Ta’ala berfirman:

‫ي‬ ِِ َّ ‫َّه ْم ُسبُ لَنَا َوإِ َّن‬ ِ ‫والَّ ِذين جاه ُدوا فِينا لَن ه‬
َ ‫اَّللَ لَ َم َع الْ ُم ْحسن‬ ‫ن‬ ‫ي‬ ‫د‬
ُ َ َْ َ َ َ َ َ
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami,
sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta
beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang
berusaha membaiki amalannya.” (Surah al-Ankabut, ayat 69)

Allah Ta’ala berfirman lagi:

ِ ِ َّ‫َي أَيُّها ال‬


ْ ‫نص ْرُك ْم َويُثَبِه‬
‫ت أَقْ َد َام ُك ْم‬ ‫ي‬ ‫اَّلل‬
َّ
ُ َ َ ُُ ‫ا‬
‫و‬ ‫ر‬ ‫نص‬َ‫ت‬ ‫ن‬ ‫إ‬ ‫ا‬
‫و‬ ‫ن‬
ُ ‫آم‬
َ َ‫ين‬‫ذ‬ َ َ
“Wahai orang-orang yang beriman jika kamu membantu agama Allah, nescaya Dia membantumu dengan
meneguhkan langkah kaki kamu.” (Surah Muhammad, ayat 7)

Ayat-ayat di atas merupakan motivasi bagi aktivis gerakan Islam agar tetap berintima’ ke atas dasar-dasar
menegakkan agama Allah Ta’ala. Dasar-dasar tersebut pula mustahil dapat dicapai secara fardhiyah (individual),
ia mestilah menerusi saluran jama’ah yang mampu mengorganisasikan seluruh potensi yang ada demi mencapai
matlamatnya. Jama’ah yang ada pula tidak mungkin berupaya tanpa adanya kepimpinan (qiyadah) yang menjadi
sandaran komitmen para anggota jama’ahnya.

Justeru, kepatuhan dan ketaatan anggota jama’ah kepada pimpinan sangat dituntut selagi arahan tersebut tidak
menyuruh melakukan dosa dan maksiat kepada Allah. Lantaran itu, ketaatan kepada pemimpin yang
menegakkan syariat Allah merupakan tanggungjawab yang sangat vital dan mempunyai kesan langsung terhadap
keimanan yang akan dipersoalkan kelak. Allah Ta’ala berfirman dalam surah al-Isra’ ayat 71:

‫ك يَ ْقَرءُو َن كِتَ َاَبُ ْم َوَال‬


َ ِ‫ُوِتَ كِتَابَهُ بِيَ ِمينِ ِه فَأ ُْولَئ‬
ِ ‫يَ ْوَم نَ ْد ُعو ُك َّل أ ََُن ٍس ِبِِ َما ِم ِه ْم فَ َم ْن أ‬
‫يُظْلَ ُمو َن فَتِ ًيل‬
“Pada hari kiamat kelak Kami menyeru setiap golongan manusia berdasarkan (jenis) pemimpin mereka, maka
sesiapa yang diberikan catatan amalnya dari sebelah tangan kanannya maka mereka itu membacanya (dengan
penuh rela) sedang mereka sedikitpun tidak dizalimi.”
Pembahagian Intima’
Para ulama’ telah membahagikan intima’ kepada beberapa bahagian, iaitu :-

1. Intima’ al-Syakhsi ( ‫) اإلنتماء الشخصي‬


2. Intima’ al-Maslahi ( ‫) اإلنتماء املصلحي‬

3. Intima’ al-‘Afawi ( ‫) اإلنتماء العفوي‬

4. Intima’ al-Irtijali ( ‫) اإلنتماء االرجتايل‬

5. Intima’ al-‘Aqidi ( ‫) اإلنتماء العقيدي‬

Pertama, Intima’ al-Syakhsi iaitu keterlibatan dalam perjuangan tersebut kerana tokohnya yang “glamour” atau
individu-individu popular yang terlibat dengan perjuangan tersebut. Kebiasaannya mereka yang mengamalkan
intima’ ini adalah atas dasar minat kepada figur perjuangan tersebut. Intima’ seperti ini adalah intima’ yang
rapuh. Mereka yang mengamalkan intima’ ini amat besar risikonya untuk kecundang kerana tidak ada kefahaman
yang kukuh tentang dasar perjuangan jema’ah tersebut. Intima’ al-Syakhsi juga boleh mewujudkan kesan
negatif, iaitu :

1. ‘Kutlah’ (kelompok-kelompok kecil) dalam jema’ah.


2. Sikap fanatik dan ta’assub.
3. Sikap sukar menerima pandangan orang lain.
4. Kerencatan amal disebabkan oleh kematian tokoh tersebut.
5. ‘Inhiraf’ (peyelewengan) dari jalan dakwah yang sebenar.

Kes ini banyak kali berlaku dalam PAS. Apabila seseorang tokoh keluar meninggalkan PAS, maka ramai juga
yang turut keluar mengikut jejak individu terbabit.

Kedua, Intima’ al-Maslahi iaitu keterlibatan dalam perjuangan tersebut kerana mempunyai kepentingan tertentu
yang hendak dimiliki. Contohnya, jika mendaftar menjadi ahli dalam platform perjuangan tersebut, mereka akan
mendapat duit atau mereka inginkan jawatan atau mereka akan dapat memegang “share profit” syarikat dalam
platform tersebut atau mereka mendapat apa sahaja jenis habuan duniawi (termasuklah diskaun atas sesuatu
pembelian). Ini adalah intima’ yang bersifat ananiyyah (individualistik) dan kemungkinan besar boleh
menyebabkan individu yang terlibat mengabaikan tanggungjawab perjuangan ketika diuji dengan harta duniawi.

Intima’ dan penglibatan bersifat ‘maslahi’ seperti ini sememangnya rapuh kerana ia berasaskan kepentingan
tertentu yang ingin dicapai dengan menyertai PAS. Maksudnya PAS hanya menjadi batu loncatan untuk
mengapai sesuatu tujuan bersifat peribadi. Lebih parah apabila kepentingan yang dicari telah hilang atau gagal
dicapai, nescaya dia akan meninggalkan jamaah dan perjuangannya. Inilah pencetus kepada gejala keluar parti
atau merajuk lalu menghilangkan diri dari pentas perjuangan.

Ketiga, Intima’ al-‘Afawi iaitu keterlibatan kerana kecenderungan terhadap elemen-elemen “trendy” yang
disukai dalam organisasi atau perjuangan tersebut. Contohnya, “fesyen” yang dipakai kebanyakan ahlinya atau
gaya hidup atau jenis pemikiran (suka benda-benda berunsur Islamik atau sebaliknya) dan sebagainya. Intima’
seperti ini adalah intima’ yang sangat terpesong dari landasan perjuangan kerana mempunyai bibit rasuah.
Intima’ ini juga terdedah kepada kelemahan kerana kecenderungan manusia berubah-ubah mengikut peredaran
zaman dan kesesuaian tempat serta jenis manusia.
Keempat, Intima’ al-Irtijali iaitu keterlibatan dalam organisasi tersebut secara spontan atau tergesa-gesa. Mereka
yang berintima’ dengan intima’ ini kebanyakannya tidak tahu kenapa dan mengapa mereka berada dalam
organisasi tersebut. Setelah habis zaman kanak-kanak barulah mereka menyedari bahawa mereka telah ada
dalam organisasi tersebut. Kebanyakan orang yang berintima’ dengan spontan ini berlaku kerana lahir dalam
keluarga yang terlibat dengan organisasi tersebut atau telah didoktrinkan dengan organisasi tersebut sejak kecil.
Bentuk intima’ ini boleh digoncang kerana ia bersifat subjektif dan boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan
situasi. Seharusnya mereka yang terlibat dengan keterlibatan seperti ini perlu melalui proses pentarbiyahan
supaya intima’ mereka dapat dipulihkan ke landasan yang sebenar.

Demikian antara contoh-contoh intima’ yang salah dan gagal malah tidak jelas, yang pasti sahaja menjejaskan
prestasi keiltizamannya bersama aktiviti amal Islami yang dianjur oleh jema’ah. Dalam perspektif yang lain, kita
melihat isu intima’ ini berkait rapat dengan soal hati atau keikhlasan kita menyertai perjuangan ini. Adapun
intima’ yang dikehendaki oleh syara’ dan mampu pula meletakkan kita iltizam dan istiqamah ialah Intima’ al-
‘Aqidi. Iaitu intima’ atau penglibatan yang bertunjangkan aqidah yang sahih dan keyakinan yang mendalam
berdasarkan petunjuk Allah Ta’ala.

Berpegang Intima’ Yang Sahih


Mereka yang berintima’ dengan Intima’ al-‘Aqidi adalah mereka yang pastinya thabat dan meletakkan penuh
komitmen dalam mendepani apa jua cabaran yang mendatang. Sekali-kali tidak meninggalkan perjuangan biar
apa yang menghambat. Tidak sanggup hidup hina tanpa perjuangan bahkan rela mati syahid demi agama dan
perjuangannya yang didokong untuk memperjuangkan Islam hanya kerana Allah Ta’ala berlandaskan hukum-
hukum Allah (al-Quran), sunnah Rasulullah ‫ﷺ‬, ijma’ ulama’ dan qiyas serta bertepatan dengan syara’ mengikut
waqi’ semasa.

Mereka yang berintima’ kerana aqidah adalah mereka yang benar-benar yakin dan terus kukuh dalam perjuangan
Islam untuk mengabdikan diri kepada Allah dan menentang taghut dan kesesatan. Mereka juga bersedia untuk
bekerja dalam lingkungan amal Islami secara berjema’ah (amal jama’ie) dan tersusun. Inilah yang menjadi rahsia
di sebalik kekal dan berterusannya seseorang itu dalam gerakan dakwah. Gerakan Islam juga menolak intima'
(penggabungan) diri yang dibuat secara melulu yang didorong oleh semangat semata-mata, kerana : -

1. Islam adalah cara hidup yang tertegak di atas dasar kefahaman yang tertentu tentang alam, insan dan
kehidupan.
2. Beramal untuk Islam adalah bermatlamatkan untuk melaksanakan metode kehidupan yang dikehendaki
oleh Islam dalam masyarakat.
3. Membangunkan Islam bermaksud perlaksanaan yang lahir dari kefahaman, ketelitian dan secara
objektif.

Intima’ al-‘Aqidi mempunyai ciri-ciri berikut :-

1. Tidak terikat dengan satu jangka waktu yang tertentu.


2. Tidak terikat dengan satu keadaan tertentu.
3. Tidak terbatas dalam masa muda dan sebelum berumahtangga dan menarik diri setelah menjangkau
peringkat dewasa dan berumahtangga.
4. Tidak dibataskan oleh keadaan kemiskinan dan kesusahan dan akan menghilangkan diri setelah kaya
dan senang.
5. Tidak hanya terbatas dalam keadaan tenang dan damai tetapi cabut lari sewaktu ditimpa dugaan dan
bala.
Kita masuk PAS kerana faktor memperjuangkan aqidah diri dan masyarakat, bukan kerana syakhsiyah
seseorang. Inilah rahsia kekalnya dakwah PAS walaupun 1001 tribulasi melintang. Allah Ta’ala telah
mengingatkan:

‫َوإِن تَتَ َولَّْوا يَ ْستَ ْب ِد ْل قَ ْوًما َغ ْ َْيُك ْم ُُثَّ ال يَ ُكونُوا أ َْمثَالَ ُك ْم‬
“Dan jika kamu berpaling maka nescaya Allah Ta’ala akan mengganti kamu dengan kaum yang lain dan mereka
tidak akan seperti kamu.” (Surah Muhammad, ayat 38)

Ujian Kepada Pejuang di Jalan Allah Ta’ala


Firman Allah Ta’ala:

‫ين ِمن‬ ِ َّ‫ ولََق ْد فَت نَّا ال‬.‫أَح ِسب النَّاس أَن يْتُكوا أَن ي ُقولُوا آمنَّا وهم ال ي ْفت نو َن‬
‫ذ‬
َ َ َ َُ ُ ْ ُ َ َ َ َ ُْ ُ َ َ
‫ي‬ ِ
‫ب‬ ِ ‫اَّلل الَّ ِذين ص َدقُوا ولَي علَم َّن الْ َك‬
‫اذ‬ َّ ‫ن‬
َّ ‫م‬‫ل‬
َ ‫ع‬ ‫ي‬َ‫ل‬ ‫ف‬
َ ‫م‬ ِ
‫ه‬ ِ‫قَبل‬
َ َ َْ َ َ َ ُ َ َْ ْ ْ
“Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami telah beriman, sedang
mereka belum lagi diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang
dusta.”

Firman Allah Ta’ala lagi:

‫ين َخلَ ْوا ِمن قَ ْبلِ ُكم َّم َّسْت ُه ُم الْبَأْ َساء‬
َ ُ
ِ َّ‫اْلنَّةَ ولَ َّما َيْتِ ُكم َّمثل ال‬
‫ذ‬ َ َ َ َ ُ ْ ‫ا‬
ْ‫و‬‫ل‬
ُ ‫خ‬ ‫د‬
ْ ‫ت‬
َ ‫َن‬ ‫أ‬ ‫م‬ ‫ت‬
ُ ‫ب‬
ْْ َ ْ
ِ ‫أَم ح‬
‫س‬
َِّ ‫اَّلل أَال إِ َّن نَصر‬
‫اَّلل‬ َِّ ‫ول والَّ ِذين آمنُواْ معه مَّت نَصر‬ َ ‫الضَّراء َوُزلْ ِزلُواْ َح ََّّت يَ ُق‬
َْ ُ ْ َ َ ُ َ َ َ َ َ ُ ‫الر ُس‬ َّ ‫ول‬ َّ ‫َو‬
ٌ ‫قَ ِر‬
‫يب‬
“Apakah kamu menyangka bahawa kamu boleh memasuki syurga sedang kamu belum didatangkan (ujian)
sebagaimana yang ditimpakan kepada orang-orang sebelum kamu. Mereka ditimpa malapetaka dan
kesengsaraan serta digoncang (dengan pelbagai cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang
beriman bersamanya; Bilakah lagi pertolongan Allah. Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu terlalu
amat hampir.” (Surah al-Baqarah, ayat 214)

Firman Allah Ta’ala lagi:

‫َخبَ َارُك ْم‬


‫أ‬ ‫و‬‫ل‬
ُ ‫ب‬ ‫ن‬
َ‫و‬ ‫ين‬
‫ر‬ِ ِ
‫ب‬ ‫ا‬‫الص‬
َّ ‫و‬ ‫م‬ ‫ك‬
ُ ‫ن‬‫م‬ِ ‫اه ِدين‬
ِ ‫ولَن ب لُونَّ ُكم ح ََّّت نَعلَم الْمج‬
ْ َََْ َ ْ َ َ ُ َ ْ َ ْ َ َْ َ
“Dan sesungguhnya kami benar-benar akan menguji kamu agar kami mengetahui orang-orang yang berjihad
dan bersabar di antara kamu dan agar kami menyatakan (baik buruk) hal ehwalmu.” (Surah Muhammad, ayat
31)

Sesungguhnya orang yang berjuang di jalan Allah akan mendepani dua ujian asas :-

1. Fatamorgana dunia (nafsu syahwat)


2. Konspirasi musuh durjana
Firman Allah Ta’ala bahawa mereka ini diuji dengan perkara-perkara keduniaan:

‫ب‬ َّ ‫اط ِْي الْ ُم َقنطَرِة ِم َن‬


ِ ‫الذ َه‬ ِ َ‫ات ِمن النِهساء والْبنِي والْ َقن‬ ِ ‫ب الشَّهو‬ ُّ ‫ح‬ ِ
‫َّاس‬‫ن‬ ‫ل‬ِ‫زيِن ل‬
َ َ
َ ََ َ َ َ َ ُ َ ‫ُه‬
‫اْلَْر ِث‬
ْ ‫اْلَْي ِل الْ ُم َس َّوَم ِة َواألَنْ َع ِام َو‬ َّ ‫َوالْ ِف‬
ْ ‫ض ِة َو‬
“Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa yang diingini, iaitu : wanita-wanita, anak-
anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah
ladang.” (Surah Aali-Imran, ayat 14)

Sementara itu aspek yang lebih menguji dan mencabar kepada pejuang-pejuang agama Allah ialah konspirasi
musuh Islam sedunia. Firman Allah Ta’ala:

‫َّلل‬
َُّ ‫اَّللُ َوا‬ َ ‫وك أ َْو ُُيْ ِر ُج‬
َّ ‫وك َوَيَْ ُكُرو َن َوَيَْ ُكُر‬ َ ُ‫ين َك َفُرواْ لِيُ ثْبِت‬
َ ُ‫وك أ َْو يَ ْقتُ ل‬ ِ َّ‫وإِ ْذ َيَْ ُكر بِك ال‬
‫ذ‬
َ َ ُ َ
‫ين‬ِ
‫ر‬ ِ‫خْي الْماك‬
َ َ ُْ َ
“Dan ingatlah tatkala orang-orang kafir mengatur tipu daya terhadapmu untuk menangkap dan
memenjarakanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menyusun konspirasi itu dan Allah
menggagalkan konspirasi mereka dan Allah sebaik-baik pembalas konspirasi.” (Surah al-Anfal, ayat 30)

Kemudian Allah Ta’ala berfirman bahawa orang-orang yang beriman ini akan diuji dengan musuh yang
membenci mereka:

ً َ‫اخ َش ْوُه ْم فَ َز َاد ُه ْم إَِي‬


ْ‫اَن َوقَالُوا‬ ْ َ‫َّاس قَ ْد ََجَ ُعواْ لَ ُك ْم ف‬
‫ن‬ ‫ال‬ َّ
‫ن‬ ِ‫الَّ ِذين قَ َال ََلُم النَّاس إ‬
َ ُ ُ َ
‫يل‬ ِ‫اَّلل ونِعم الْو‬
ُ َ َ ْ َ َُّ ‫َح ْسبُنَا‬
‫ك‬
“(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul-Nya) yang kepada mereka ada orang-orang yang
mengatakan; Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah
kepada mereka. Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab; Cukuplah Allah
menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.” (Surah Aali-Imran, ayat 173)
Ibtila’ Dalam Perjuangan
Mendokong PAS ini memerlukan nafas yang panjang. Merancang perjalanan PAS memerlukan mata yang tajam.
Menjulang syiar PAS memerlukan semangat yang menunjang. Menggerakkan jentera PAS memerlukan langkah
yang mampan. Justeru ia suatu kewajipan dan tanggungjawab yang sukar dan berat. Allah Ta’ala berfirman di
dalam surah al-Taubah, ayat 38 hingga 42:

‫ض‬ َِّ ‫انفرواْ ِِف سبِ ِيل‬


ِ ‫اَّلل َّاَّثقَ ْلتُ ْم إِ ََل األ َْر‬ ِ ‫َي أَيُّها الَّ ِذين آمنواْ ما لَ ُكم إِ َذا قِيل لَ ُكم‬
َ ُ ُ َ ْ َ َُ َ َ َ
َّ‫ إِال‬.‫يل‬ ِ‫اآلخرِة إِالَّ قَل‬
ِ ‫اْلي ِاة الدُّنْيا ِِف‬ ْ ‫اع‬ ‫ت‬ ‫م‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ف‬
َ ِ
‫ة‬‫ر‬ ِ ‫أَر ِضيتُم ِِب ْْلي ِاة الدُّنْيا ِمن‬
‫اآلخ‬
ٌ َ َ ََ ُ َ َ َ َ َ َ ََ َ
‫اَّللُ َعلَى ُك ِهل‬ َّ ‫ضُّروهُ َشْي ئًا َو‬ ِ ِ ِ ِ
ُ َ‫تَنفُرواْ يُ َع هذبْ ُك ْم َع َذ ًاِب أَل ًيما َويَ ْستَ ْبد ْل قَ ْوًما َغ ْ َْيُك ْم َوالَ ت‬
‫ي إِ ْذ ُُهَا‬ ِ ْ َ‫َخر َجهُ الَّ ِذين َك َفرواْ ََّثِِن اثْن‬ ‫أ‬ ‫ذ‬
ْ ِ‫اَّلل إ‬
َّ ‫ه‬‫ر‬ ‫ص‬ ‫ن‬
َ ‫د‬
ْ ‫ق‬
َ ‫ف‬
َ ‫وه‬ ‫ر‬ ‫نص‬ ‫ت‬
َ َّ
‫ال‬ ِ
‫إ‬ .‫ير‬ ِ َ‫شي ٍء ق‬
‫د‬
َ ُ َ َ ْ ُ َُ َ ُ ُُ َْ
‫اَّللُ َس ِكينَ تَهُ َعلَْي ِه َوأَيَّ َد ُه‬ ِ ِ ‫ول لِص‬
ِ ِ‫احب‬
َّ ‫َنزَل‬ ‫أ‬َ‫ف‬
َ ََ َ ‫ا‬َ‫ن‬ ‫ع‬ ‫م‬ ‫اَّلل‬
َّ َّ
‫ن‬ ‫إ‬ ‫ن‬
ْ ‫ز‬َ ‫َت‬
ْ َ ‫ال‬
َ ‫ه‬ َ ُ ‫ِِف الْغَا ِر إِ ْذ يَ ُق‬
َّ ‫اَّلل ِه َي الْ ُع ْليَا َو‬
‫اَّللُ َع ِزيٌز‬ َِّ ُ‫الس ْفلَى وَكلِمة‬
َ َ ُّ ‫ا‬
ْ‫و‬ ‫ر‬
ُ َ‫ف‬
َ ‫ك‬
َ ‫ين‬ ِ َّ‫ود ََّّل تَروها وجعل َكلِمةَ ال‬
‫ذ‬ َ َ َ َ َ َْ ْ ُ َ
ٍ ُ‫ِِبن‬
‫اَّلل َذلِ ُك ْم َخ ٌْْي‬َِّ ‫اه ُدواْ ِِبَموالِ ُكم وأَن ُف ِس ُكم ِِف سبِ ِيل‬
َ ْ َْ َ ْ
ِ ‫انفرواْ ِخ َفافًا وثَِقاالً وج‬
ََ َ
ِ .‫ح ِكيم‬
ُ ٌ َ
‫ت‬ ِ َ ‫اص ًدا الَّتَّب ع‬ ِ َ‫ضا قَ ِريبا وس َفرا ق‬ ِ َّ
ْ ‫وك َولَكن بَ ُع َد‬ َُ ً َ َ ً ً ‫ لَ ْو َكا َن َعَر‬.‫ل ُك ْم إن ُكنتُ ْم تَ ْعلَ ُمو َن‬
َُّ ‫استَطَ ْعنَا َْلََر ْجنَا َم َع ُك ْم يُ ْهلِ ُكو َن أَن ُف َس ُه ْم َو‬
‫اَّلل‬ ِ ِ
ْ ‫ُّقةُ َو َسيَ ْحل ُفو َن ِِب ََّّلل لَ ِو‬ َّ ‫َعلَْي ِه ُم الش‬
‫يَ ْعلَ ُم إِ ََّّنُ ْم لَ َك ِاذبُو َن‬
“Wahai orang-orang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu; Berangkatlah (untuk
berjuang) pada jalan Allah, kamu berasa berat dan ingin tinggal ditempatmu? Apakah kamu puas dengan
kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan
dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berjuang, nescaya Allah
menyeksa kamu dengan seksaan yang amat pedih dan digantinya kamu dengan golongan yang lain dan kamu
tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad ‫ )ﷺ‬maka sesungguhnya Allah telah menolongnya iaitu ketika
orang-orang kafir mengeluarkannya (dari Makkah) sedang ia salah seorang dari dua orang yang ketika itu
keduanya berada di dalam gua, di waktu ia berkata kepada temannya; Janganlah kamu berduka cita,
sesungguhnya Allah beserta kita. Maka Allah menurunkan ketenangannya kepada Muhammad ‫ ﷺ‬dan
membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir
itulah yang rendah sementara kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Berangkatlah kamu, baik dalam keadaan ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di
jalan Allah. Yang sedemikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Kalau yang kamu serukan kepada
mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak berapa jauh pastilah mereka
mengikutimu tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan nama
Allah; Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu. Mereka membinasakan diri mereka
sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta .”

Suatu yang wajar difahami bersama bahawa ibtila’ atau mehnah di jalan perjuangan ini berfungsi sebagai satu
saringan. Namun, tiada ruang untuk kita mengelakkan diri sebaliknya terus istiqamah dalam perjuangan ini.
Adapun saringan Allah tersebut bertujuan untuk melahirkan di kalangan hamba-Nya golongan mujahid yang
benar bersabar serta mereka layak mendapat petunjuk di sepanjang jalan. Antara faedah-faedah lain ibtila’ ialah

1. Menebus dosa ( ‫)تكفْي السيئات‬


2. Mengangkat kedudukan (‫)رفع املنزلة‬

3. Sebagai ganjaran di dunia (‫)املكافأة ِف الدنيا‬

4. Mengikhlaskan diri (‫)إخلص النفوس‬

5. Menunjukkan akan hakikat manusia (‫)إظهار الناس على حقيقتهم‬

6. Meniru orang-orang yang sabar (‫)اإلقتداء ِبلصابرين‬

Satu-satunya kekuatan bertahan menghadapi ibtila’ yang pelbagai ialah yakin pada nusrah Ilahi. Ibtila’ suatu
kepastian. Kita tidak boleh mengelak diri dari ibtila’ justeru perjuangan ini amat mahal harganya. Sebagaimana
kita tidak boleh lari dari gelombang, kerana laut tetap bergelombang. Namun, kita harus mahir cara menghadapi
gelombang itu. Sabda Rasulullah ‫ﷺ‬:

‫ فَلَ ُه‬،‫ فَ َم ْن َر ِض َي‬.‫ب قَ ْوماً ابْتَلَ ُه ْم‬


َّ ‫َح‬‫أ‬ ‫ا‬‫ذ‬
َ ِ‫ إ‬،‫اَّلل‬
َّ َّ
‫ن‬ ِ‫ وإ‬.‫اْلَز ِاء مع ِعظَِم الْبلَ ِء‬
ْ ‫م‬َ‫ظ‬ ِ
‫ع‬
َ َ َ َ ََ َ ُ
‫ط‬ ُّ ُ‫ فَلَه‬،‫ َوَم ْن َس ِخ َط‬.‫ضا‬
ُ ‫الس ْخ‬ ِ‫ه‬
َ ‫الر‬
“Besarnya pahala bergantung kepada besarnya ujian, dan sesungguhnya apabila Allah menyenangi suatu
kaum, Dia menguji mereka. Barangsiapa yang redha (atas ujian yang ditimpa) maka Allah meredhainya, dan
barangsiapa yang marah, maka Dia marah.” (Riwayat Ibnu Majah)

Sebagai anggota PAS, apabila kita menghadapi aneka ibtila’, kita mesti kaya perasaan dan berjiwa besar.

Ingatan Kepada Mereka Yang Meninggalkan Perjuangan


Mereka yang tidak tahan dengan ibtila’, menyebabkan perjalanan bersama gerakan Islam terkandas kerana
dibelenggu pelbagai masalah dalaman seperti :-

1. Luntur ketaatan pada pimpinan (mengklasifikasikan pimpinan)


2. Kehadiran program dalaman yang agak jarang
3. Keprihatinan terhadap maklumat PAS tumpul
4. Sering beralasan dalam pelbagai keadaan

Antara kepincangan lain yang timbul juga adalah hanya melaksanakan amal fardi dengan meninggalkan amal
bersifat jama’ie. Sedangkan Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:
ِ ‫اصيةَ والن‬
‫ فَِإ ََّي ُك ْم‬،َ‫َّاحيَة‬ َ
ِ ‫ َيْخ ُذ الشَّا َة الْ َق‬،‫ب الْغَنَ ِم‬
ُ َ ِ ْ‫ان َك ِذئ‬ ِ ‫اإلنْس‬ ِْ ‫إِ َّن الشَّْيطَا َن ِذئْب‬
َ َ ُ
‫اع ِة َوالْ َع َّام ِة َوالْ َم ْس ِج ِد‬
َ ‫ َو َعلَْي ُك ْم ِِب ْْلَ َم‬،‫اب‬ ‫َو ِه‬
َ ‫الش َع‬
“Sesungguhnya saithan adalah serigala (kepada) manusia sebagaimana serigala (kepada) kambing. Ia
membunuh kambing yang bersendirian dan berasingan. Maka awasilah kamu dan juga masyarakat dan
diwajibkan ke atas kamu berjamaah, berinteraksi dan mengimarahkan masjid.” (Riwayat Ahmad)

Manakala kata Abdullah ibnu al-Mubarak:

‫ من كان ُيضب‬.‫ لو أب ص رت ن ا ل ع ل م ت أنك ِبلع بادة ت ل ع ب‬،‫َي ع ابد اْلرم ي‬


‫ فنح ورَن بدم ائ نا ت ت خض ب‬،‫خده بدموعه‬
“Wahai hamba dua tanah haram kiranya engkau lihat (apa yang berlaku kepada) kami (yang berjuang di medan
perang), nescaya engkau akan mengetahui betapa engkau hanya bermain-main terhadap ibadahmu. Orang yang
kebasahan pipinya dek air mata yang laju mengalir, sedangkan tengkuk-tengkuk kami kebasahan dek darah
yang mengalir.”

Kita tidak perlu meninggalkan perjuangan yang bergelombang ini, kelak kita amat rugi berbuat demikian. Firman
Allah Ta’ala di dalam surah al-Ma’idah, ayat 54 hingga 56:
ِ ِ ٍ َّ ‫ف َيِِْت‬ ِ ِ‫َي أَيُّها الَّ ِذين آمنُواْ من ي رتَ َّد ِمن ُكم عن ِدين‬
ُ‫اَّللُ بَِق ْوم ُُيبُّ ُه ْم َوُُيبُّونَه‬ َ َْ َ ‫و‬ ‫س‬ َ‫ف‬ ‫ه‬ َ ْ َْ َ َ َ َ َ
َِّ ‫اه ُدو َن ِِف سبِ ِيل‬
َ‫اَّلل َوالَ َُيَافُو َن لَ ْوَمة‬ ِ ‫أ َِذلٍَّة علَى الْمؤِمنِي أ َِعَّزٍة علَى الْ َكافِ ِرين ُُي‬
َ َ َ َ َ ُْ َ
َّ ‫ إََِّّنَا َولِيُّ ُك ُم‬.‫اَّللُ َو ِاس ٌع َعلِ ٌيم‬
ُ‫اَّللُ َوَر ُسولُه‬
َِّ ‫ضل‬
َّ ‫اَّلل يُ ْؤتِ ِيه َمن يَ َشاء َو‬ ُ ْ ‫ف‬
َ ‫ك‬
َ
ِ‫الئٍِم َذل‬
ََّ ‫ َوَمن يَتَ َو َّل‬.‫الزَكا َة َوُه ْم َراكِ ُعو َن‬
‫اَّلل‬ َّ ‫الصل َة َويُ ْؤتُو َن‬ َّ ‫يمو َن‬ ِ ‫والَّ ِذين آمنواْ الَّ ِذين ي‬
‫ق‬
ُ ُ َ َُ َ َ
‫اَّلل ُه ُم الْغَالِبُو َن‬
َِّ ‫ورسولَه والَّ ِذين آمنُواْ فَِإ َّن ِحزب‬
َْ َ َ َ ُ ُ ََ
“Wahai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya maka Allah akan
menggantikan dengan kaum yang lain, di mana Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, bersikap
lemah-lembut kepada orang yang beriman dan bersikap tegas terhadap orang-orang kafir, mereka berjihad di
jalan Allah dan mereka tidak takut celaan orang-orang yang mencela. Demikian itu kurniaan Allah yang
diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas pemberian-Nya dan Maha
Mengetahui. Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya jua orang-orang yang beriman yang
mendirikan solat, menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan barangsiapa mengambil Allah,
Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah
itulah yang pasti menang.”

Ingatlah, kita satu hari nanti akan kembali juga kepada Allah Ta’ala sebagaimana firman-Nya:

‫اْلَِْْي فِْت نَةً َوإِلَْي نَا تُ ْر َج ُعو َن‬ ِ‫َونَْب لُوُكم ِِبلشه‬
ْ ‫َّر َو‬
“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). Dan hanya
kepada Kami-lah kamu dikembalikan.” (Surah al-Anbiya’, ayat 35)

Penutup
Intima’ dan Ibtila’ selayaknya ditangani oleh setiap anggota jema’ah dengan kesedaran tarbawi yang tinggi
kerana ia tidak bersifat teori, sebaliknya perbahasan ini bersifat fikratul amal. Tanpa langkah yang tidak betul
dalam kita menetapkan matlamat dalam perjuangan Islam ini, maka kita akan terdedah kepada gejala ‘inhiraf’
(penyelewengan), kegelinciran dan futur. Kata seorang ulama’ tasawwuf di tahun ke-4 H, Abu al-Qasim al-Nasr:

‫ فإن فساد االبتداء يؤثر ِف‬،‫ما ضل أحد ِف هذا الطريق إال ب فساد االبتداء‬
‫االنتهاء‬
“Tidaklah sesat atau menyeleweng salah seorang dari kalangan kamu di jalan ini kecuali bermula dari
permulaan yang salah, kerana permulaan yang salah akan memberi kesan kepada pengakhirannya.”

Anda mungkin juga menyukai