Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN

PERUJIAN BARZANJI PERINGKAT


DAERAH MERSING TAHUN 2020

Tempat : Darul Ukhuwah Mersing


Tarikh : 29 Februari 2020
Masa : Bermula pada pukul 8.00 pagi, Perasmian pada pukul 3.00 petang

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia..

Yang Berbahagia
Yang Berusaha..

- Alu-aluan kepada tetamu kehormat yang hadir -

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia


dan izin-Nya kita dapat berhimpun pada petang yang mulia ini untuk sama-sama
menyerikan dan menjayakan Majlis Perujian Barzanji Peringkat Daerah Mersing 2020.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa Perujian atas
undangan untuk saya hadir dan seterusnya merasmikan majlis yang penuh keberkatan
ini. Tidak lupa juga kepada Tuan-tuan dan Puan-puan atas kesudian meluangkan masa
bersama kita pada petang ini serta para peserta yang menyertai pertandingan ini,
syabas dan tahniah sekali lagi saya ucapkan.. Saya difahamkan peserta perujian
barzanji pada majlis hari ini.

Saya yakin bahawa kepentingan perujian yang diadakan ini dapat memperkukuh
dan menyemarakkan lagi ukhuwah Islamiah. Saya berharap nilai ini akan terus dipupuk
dan ditingkatkan ke arah membina ummah yang bersatu padu, dinamik dan progresif.
Hadirin Hadirat Sekalian,

Seni barzanji dan marhaban merupakan salah satu daripada seni suara warisan
Islam. Ia merupakan bait-bait doa, puji-pujian serta penceritaan riwayat Baginda Nabi
Muhammad S.A.W. Kebiasaannya barzanji dialunkan mengikut taranum tertentu
seperti rast, yaman hijaz, rakhbi, hijaz, sikha dan juga maya . Barzanji telah lama
diamalkan oleh masyarakat Islam dalam majlis-majlis tertentu. Seni barzanji dan
marhaban adalah rangkaian puisi tentang kisah Rasulullah SAW yang disampaikan
dengan iramanya yang tersendiri. Barzanji akan hilang seninya jika dialunkan tanpa
bertaranum. Amalan ini memberikan implikasi yang baik kepada penghayatan sirah
Rasulullah SAW serta mampu memupuk perpaduan kalangan masyarakat.
Kebiasaannya Barzanji dialunkan ketika majlis akikah, Maulidurrasul, perkahwinan dan
juga majlis berkhatan. Namun perkembangan terkini amalan barzanji dan marhaban
semakin terhakis dalam masyarakat.

Seni barzanji dan marhaban berfungsi sebagai satu media dakwah yang
memaparkan tentang keperibadian dan perjuangan Rasulullah SAW yang mana
tentunya boleh diteladani oleh masyarakat.Isi kandungan Barzanji pula menceritakan
tentang kisah perjalanan hidup Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang disebut
secara berturutan daripada salasilah keturunannya, zaman kanak-kanak, zaman
remaja, zaman muda baginda sehinggalah diangkat menjadi rasul. Selain daripada itu,
di dalam Barzanji juga menceritakan sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Baginda
Rasulullah serta pelbagai peristiwa untuk dijadikan teladan umat manusia.

Sejarah awal amalan barzanji dan marhaban dikatakan bermula pada zaman
kerajaan Fatimiyyah yang memerintah Mesir atau zaman Abasiyyah ketika
pemerintahan Harun Ar -Rasyid. Ia dapat dikesan selepas 200 tahun kewafatan
Rasulullah SAW. Pengarang Kitab Maulid Barzanji ialah Sayyid Ja’afar bin Hasan bin
Abdul Karim bin Sayyid Muhammad Al-Madani. Perkataan Barzanji itu dinisbahkan
kepada kampung asal keturunan penulis iaitu Barzanj yang terletak di Iraq.
Seni barzanji dan marhaban mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ianya
memberi kesan daripada kecenderungan orang-orang Arab untuk menghasilkan puisi-
puisi serta ucapan-ucapan dalam bentuk yang dilagukan. Kata-kata puitis mempunyai
nilai kesusasteraan menjadi kesukaan masyarakat Arab. Menjadi media menyampaikan
mesej baik berupa kata-kata pujian terhadap Rasulullah SAW ataupun kebesaran Allah
SWT, juga sebagai kaedah meluahkan rasa kegembiraan, kesenangan hati atas segala
yang telah dianugerahkan . Sayyid Ja’afar Al-Barzanji telah menukilkan puisi-puisi
dalam mengungkapkan keperibadian unggul Rasulullah SAW dan akhirnya pembacaan
puisi berlagu dikenali sebagai seni Barzanji

Hadirin Hadirat Sekalian,

Dengan menganjurkan program ini, ianya dapat menyuburkan minat membaca


dan juga salah satu strategi kepentingannya mengadakan perujianan ini adalah untuk
mencungkil bakat taranaum barzanji serta dapat menanam minat orang ramai mewakili
mukim dan daerah secara umumnya dan khususnya daerah Mersing. Alunan yang
indah dan merdu dapat menghayati sirah nabawi terhadap pembacaan barzanji
mahupun si pendengar. Juga dapat meningkatkan lagi qari dan qariah barzanji secara
terperinci dan dinamik serta banyak lagi peluang dan kebaikan yang boleh didapati dari
kemerduan alunan seni bacaan barzanji selain menghidupkan semula peranan dalam
membangun komuniti Islam di setiap lapangan hidup disamping mengingatkan kita
tentang sirah dan akhlak Rasulullah. Mesej-mesej yang ingin disampaikan melalui
alunan yang merdu melalui perujian barzanji akan memberi kita inspirasi dan galakan
untuk lebih berusaha menyayangi dan mengingati Rasulullah .

Dengan kata-kata demikian, dengan lafaz Bismillahirahmanirahhim, saya merasmikan


Perujian Barzanji Peringkat Daerah Mersing bersamaan 1441H/2020M.

Sekian, wabillahit taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai