Anda di halaman 1dari 9

International Journal of Social Science Research

e-ISSN: 2682-nnnn| Vol. 1, No. 1, 31-39, 2019


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr
ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS

PENJAGAAN CUCU OLEH WARGA EMAS

Siti Azura Binti Bahadin1*


1
Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia

*Corresponding author: sitiazura@uum.edu.my

Accepted: 15 September 2019 | Published: 17 October 2019

Abstrak: Kajian ini mengemukakan isu penjagaan cucu oleh warga emas yang menjadi trend
masyarakat hari ini, Perubahan sosial dan struktur keluarga yang berlaku dalam masyarakat
hari ini telah menyebabkan warga emas terlibat dalam tugas menjaga cucu. Datuk nenek
merupakan kategori warga emas sememangnya memainkan peranan penting dalam
mengukuhkan hubungan intergenerasi keluarga di negara ini. Tugas menjaga cucu yang diambil
alih oleh datuk nenek bukanlah suatu tanggungjawab yang mudah. Pelbagai aspek berkaitan
dengan permasalahan ini berjaya diterokai. Artikel ini menghuraikan punca peralihan tugas
pengasuhan dan didikan kepada ibu-bapa dan kesan psikologi perkembangan yang dialami oleh
cucu tersebut. Kajian ini merumuskan bahawa dalam era modenisasi, anak dewasa perlu ada
kesedaran dan prihatin mengenai kesejahteraan hidup ibu bapa tua (datuk nenek) yang
menghadapi pelbagai cabaran dalam menjaga cucu secara sepenuhmasa. Tahap perkembangan
yang kritikal dan perlu diberi fokus adalah di awal tumbesaran anak-anak di mana ianya proses
awal membentuk tingkahlaku dan sosial anak-anak di masa dewasa kelak dan usaha
membesarkan anak bukannya mudah terutama di usia remaja yang perlu diberi perhatian serius
dalam menjamin kehormanian tumbesaran generasi akan datang. Kerjasama semua pihak amat
penting dalam menjamin dua generasi ini selesa berkembang di dalam ruang lingkup kehidupan
yang patut dan sempurna.

Kata Kunci: Penjagaan cucu, datuk nenek, warga emas, faktor, cabaran, psikologi
perkembangan.

1. Pengenalan
Dewasa ini, peranan keibubapaan menjadi semakin mencabar di mana berlaku dua tahap berbeza
pengurusan anak dan cucu. Keadaan ini seolah-olah menjadi trend masyarakat hari ini
menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak kepada ibu-bapa yang berpangkat datuk dan
nenek. Pada pandangan individu ianya seperti perkara remeh namun dari sudut ilmu psikologi
perkembangan ianya menimbulkan pelbagai kesan serius dari pelbagai sudut ke atas kedua pihak
tersebut. Isu penjagaan cucu bukan sahaja berlaku di Malaysia malahan melibatkan negara-
negara lain di dunia ini. (Dorothy, 2007)
Datuk nenek merupakan tempoh masa transisi daripada alam dewasa pertengahan ke alam akhir
hayat. Ia juga dikenali sebagai dilema generativiti berbanding kepentingan diri (generativity
versus stagnation) oleh Levinson. Generativiti ialah konsep merangkumi keibubapaan datuk
nenek, penerusan generasi dan ingin melabur sesuatu dalam bentuk kehidupan dan pekerjaan.

31
Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS-All rights reserved
International Journal of Social Science Research
e-ISSN: 2682-nnnn| Vol. 1, No. 1, 31-39, 2019
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr
ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS
Generativiti dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu, generativiti biologi dimana orang dewasa
mengembangkan keturunan melalui reproduktif; generativiti keibubapaan dimana penjagaan,
mendidik dan membimbing akan dan generativiti kebudayaan dimana orang dewasa mencipta,
inovasi dan melestarikan budaya dan adat resam dalam generasi penerus (McAdam, 1990)

Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas (World Assembly on Ageing
1982). Di Malaysia pihak kebajikan masyarakat (JKM) telah menyediakan bantuan kepada
golongan ini dalam pelbagai aspek dalam meraikan kehidupan mereka di fasa akhir seperti
kewangan, pusat aktiviti warga emas (PAWE), Unit Penyayang warga emas (UPWE) dan lain-
lain. Ini menunjukkan golongan warga emas amat dilindungi dan disayangi.
Kanak-kanak pula merupakan modal insan penting kepada negara. Kehidupan seorang anak
bermula selepas ianya dilahirkan sehingga ke peringkat remaja. Mereka memerlukan penjagaan
yang selamat dan kondusif, perlindungan daripada pengabaian, jauh dari penderaan, keganasan
dan eksploitasi. Kanak-kanak mempunyai hak untuk disayangi dan perlukan jagaan yang sesuai
dengan tahap umur perkembangan. (Hj. Ishammudin Hj. Ismail, 2009).
Pelbagai faktor dikenalpasti transisi peranan keibubapaan datuk dan nenek dalam kalangan
masyarakat Malaysia, antaranya masalah keluarga yang berpunca dari ibu dan bapa yang
menagih dadah, alkohol, pendera dan pengabaian kanak-kanak, penjenayah yang dipenjarakan,
kehamilan luar nikah, kesihatan mental, gelandangan, masalah wang kronik, penyakit kronik,
keganasan rumahtangga, kemalangan jalan raya, kematian dan penceraian ibubapa juga pelbagai
masalah dan isu yang dihadapi oleh anak dewasa yang menyebabkan datuk dan nenek perlu
mengambil tanggungjawab menjaga cucu. (Alavi, k., Dagang, D., & Manap, J., 2016)
Salah satu sebab peralihan penjagaan anak-anak ini adalah pnguasaan wanita dalam sesetengah
bidang dan pekerjaan mewujudkan pula masalah baru iaitu tanggungjawab mereka terhadap
rumah tangga. Ramai dalam kalangan ibu bapa yang bekerja dan kesuntukan masa,
menyebabkan mereka berdepan dengan masalah penjagaan anak. Bagi wanita yang sudah
berkahwin dan terus bekerja, anak-anak terpaksa dihantar untuk penjagaan warga tua iaitu datuk
dan nenek yang sedikit sebanyak telah menyumbang masalah baru iaitu hubungan anak dengan
ibu bapa kandung kurang mendapat perhatian dan hak penjagaan. Di Malaysia, salah satu punca
utama transisi keibubapaan datuk nenek adalah disebabkan oleh perceraian. (Alavi, k., Dagang,
D., & Manap, J., 2016)

Selain itu, kes kematian pada umur dewasa yang meragut nyawa kebanyakan ibu bapa juga turut
menyumbang kepada transisi peranan. Hal ini disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit yang
boleh mengundang maut tanpa mengira usia seperti strok, sakit jantung, diabetes dan sebagainya
serta mati mengejut akibat daripada kemalangan jalan raya. Hal ini menyebabkan ramai anak-
anak yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka dijaga oleh datuk nenek.

32
Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS-All rights reserved
International Journal of Social Science Research
e-ISSN: 2682-nnnn| Vol. 1, No. 1, 31-39, 2019
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr
ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS

2. Objektif kajian

Artikel ini untuk meneroka faktor yang menyumbang kepada keibubapaan warga emas dalam
proses penjagaan cucu

3. Metodologi

Kaedah penyelidikan kualitatif yang menggunakan kaedah temubual secara mendalam.


Persampelan secara bertujuan telah digunakan bagi memilih informan yang sesuai dengan tujuan
kajian. Seramai 4 orang warga emas yang menjalankan tugas menjaga cucu telah ditemubual.
responden dikenalpasti melalui teknik snowballing berdasarkan criteria seperti jantina iaitu lelaki
dan perempuan, kaum, Kriteria umur responden iaitu 65 tahun ke atas serta tempoh telah
menjalankan tugas menjaga cucu. Temubual digunakan sebagai alat pengumpulan data untuk
memperoleh maklumat tentang fakta, perasaan, kepercayaan dan aspek-aspek lain yang ingin
diselidik dalam sesuatu kajian atau penyelidikan. Penyelidik telah menjalankan temuduga separa
berstruktur. Kaedah proses data dalam kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian. Kaedah tersebut
termasuklah proses mendengar pita rakaman, proses pengekodan maklumat dan proses
mempersembahkan data kajian. Proses mendengar pita rakaman: Dalam proses mendengar pita
rakaman atau transkripsi data, pengkaji mendengar semula rakaman yang telah direkodkan
semasa proses pengumpulan data sekurang-kurangnya dua kali dan kemudiannya membuat
transkripsi temubual. Melalui kajian ini, terdapat empat transkripsi temubual telah dijalankan
memandangkan terdapat empat responden yang telah ditemubual dalam kajian ini untuk proses
menganalisis data.

4. Hasil Kajian dan Perbincangan

Profil Responden

Seramai empat orang responden telah dipilih secara bertujuan oleh penyelidik dalam kajian
ini. Bagi memulakan temubual bersama responden, penyelidik telah mengemukakan soalan
berkaitan dengan latar belakang mereka terlebih dahulu.

Jadual 1: Profil Responden

Responden Umur Status Pekerjaan Pekerjaan Pasangan


Perkahwinan
A 85 Balu Tidak bekerja -
B 70 Berkahwin Tidak bekerja Kerja kampung
C 65 Balu Tidak bekerja -
D 66 Berkahwin Tidak bekerja Pesara kerajaan

Maklumat latar belakang responden adalah merangkumi umur, status perkahwinan, bangsa dan
Pekerjaan dan pekerjaan pasangan.responden terdiri daripada warga emas yang menjaga cucu.

33
Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS-All rights reserved
International Journal of Social Science Research
e-ISSN: 2682-nnnn| Vol. 1, No. 1, 31-39, 2019
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr
ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS
Responden telah didapati dalam lingkungan umur 65 tahun hingga 85 tahun. Seramai dua orang
responden masih dalam ikatan perkahwinan atau lebih jelas lagi masih ada pasangan suami atau
isteri. Manakala dua orang daripada responden adalah balu dimana pasangan mereka telah
meninggal dunia. Dari segi pekerjaan, keempat-empat orang responden didapati tidak bekerja
dan dua pasangan responden yang bekerja sebagai kerja kampung dan pesara kerajaan.
Kepelbagaian maklumat latar belakang responden sedikit sebanyak mampu mempengaruhi
dapatan kajian kerana kepakaran serta pengalaman di antara mereka adalah berbeza-beza.
Melalui temubual yang telah dijalankan, penyelidik telah mendapati beberapa faktor-faktor yang
menyebabkan datuk dan nenek sebagai penjaga cucu.

5. Faktor penyumbang warga emas menjaga cucu

5.1 Penglibatan Ibu bapa dalam pekerjaan

Hampir kesemua responden memberi penjelasan bahawa mereka menjaga cucu disebabkan ibu-
bapa cucunya bekerja.
“.. Anak makcik bekerja, siang dan malam..cari duit lebih. Dia tidak ada pilihan
selain menyerahkan makcik jaga. “
“.. Dia kerja tak tentu masa,mengurut sana sini dan jaga orang bersalin.. takda
siapa jagakan anak di rumah. Terpaksalah saya tengok-tengokkan juga..”
“.. Maknya bekerja di kelantan, ayahnya menagih dadah. Anak-anak bior le makcik
nengokkan senang dema nak buat kerja. Harap ke ayahnya, haram.. susah budak-
budak tu nanti..”
“.. sementara muda dan larat anak pergi kerja, kena OT nak bayar itu ini. Lepas
siang di Ampang, malam di klinik Wangsa Maju..”
Pernyataan ini menunjukkan penglibatan ibu bapa dalam pekerjaan menyumbang kepada faktor
penjagaan cucu oleh datuk dan nenek bagi penerusan kehidupan yang selesa. Ibu bapa
seharusnya bekerja untuk memenuhi keperluan hidup. Datuk dan nenek merupakan salah satu
penyelesaian kepada masalah menjaga anak.

34
Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS-All rights reserved
International Journal of Social Science Research
e-ISSN: 2682-nnnn| Vol. 1, No. 1, 31-39, 2019
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr
ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS
5.2 Penceraian dalam kalangan ibu bapa

Faktor penceraian dalam kalangan anak dewasa juga merupakan faktor warga emas terlibat
dalam penjagaan cucu. Isu penceraian adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi masyarakat hari
ini. Dalam kajian ini responden C bahawa beliau menjaga cucu disebabkan anaknya telah
bercerai dengan menantunya. Kemudian beliau mengambil alih tugas menjaga cucu demi
kelangsungan hidup. Anaknya terlibat dengan penagihan dadah tegar..

“.. Hmm, susah nak cakap. Anak makcik tak cukup duit nak jaga anak dia.
Makan sendiri pun tak mampu. Depa bercerai..bini dah balik rumah dia di
sana (kelantan), anak-anak semua tinggal ke makcik..makcik jaga semua
cucu....”

Penjelasan ini menunjukkan bahawa responden C menjaga cucunya disebabkan faktor


penceraian anak-menantunya. Kajian menunjukkan bahawa penceraian boleh menimbulkan
masalah kepada pasangan malahan juga anak-anak (Duniform, & Kowalksi-Jones, 2007).
Dadah juga boleh merosakkan generasi muda dan punca penceraian sesebuah institusi
kekeluargaan. Oleh yang demikian datuk dan nenek terlibat dalam menangani dari masalah ini
bertambah teruk dalam urusan penjagaan cucu.

5.3 Kematian dalam kalangan ibu dan bapa


Kematian yang berlaku dalam kalangan ibu bapa di peringkat awal dewasa menjadi faktor
kepada penjagaan datuk dan nenek terhadap cucunya. Antara sebab kematian adalah penyakit
kronik iaitu kanser usus dan kemalangan jalan raya. Inilah penjelasan responden A dan B.
“.. Anak makcik dah mati, suaminya kemalanganja jalan raya. Siapa lagi boleh
jaga kalau bukan makcik. Kesian, depa kecik-kecik lagi..”
“.. Ayah dia meninggal masa budak-budak kecil lagi. Sakit kanser usus.
Suaminya pun masa tu muda lagi. Banyak kali berubat, tak menjadi juga.
Akhirnya meninggal di hospital di Melaka”
Oleh yang demikian, datuk dan nenek perlu membantu memudahkan urusan kehidupan cucu-
cucunya. Dalam psikologi perkembangan kanak-kanak memerlukan sokongan moral dan mental
dari orang terdekat dan dipercayai dari segi penjagaan dan kelangsungan hidup apabila berlaku
kematian ibu-bapa. (Kamaruzzaman, 2016)
5.4 Kesunyian dalam kalangan warga emas

Antara faktor lain yang menjadi penarik kepada penjagaan cucu oleh datuk dan nenek adalah
kesunyian dalam kalangan warga emas di mana responden B, C dan D menjelaskan bahawa
tanpa cucu di sisinya hidup tidak meriah Mereka akan lebih rasa gembira bila dikelilingi anak
dan cucunya.

35
Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS-All rights reserved
International Journal of Social Science Research
e-ISSN: 2682-nnnn| Vol. 1, No. 1, 31-39, 2019
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr
ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS
“ .. Pernah mak depa amik cucu sat dok sana.. Tak tahan saya call suruh
balik.. Sunyi la dok sorang-sorang. Nanti saya sedih..saya susah sikit takpa
asal tak sunyi..”
“.. dok ramai-ramai pun tak pa. cucu sana datang rumah tak sunyi, depa pun
dah besar boleh tolong jaga saya balik.. kalau saya dan tokwan dia lagi lah
tak tahu nak buat apa..boring”
“.. makcik pernah duduk dengan depa awal dulu, kemudian pakcik ajak
pindah. Sedih, sunyi, tak oleh duduk, gelisah, sedih.. Makcik datang semula
ke sana untuk sambung terus jaga cucu. Biar letih sikit tapi makcik happy, tak
sunyi. Seronok…”
Faktor kesunyian berlaku pada tahap lanjut usia di mana anak-anak dan cucu tidak lagi tinggal
bersama. Kesunyian boleh menyebabkan kemurungan. Oleh yang demikian faktor ini menjadi
penyebab mengapa warga emas mahu anak dan cucunya terus berada di sisi walaupun ramai dan
menghadapi sedikit kesulitan namun mereka berasa gembira dan bahagia dan tidak kesunyian.
(Siti Azura Bahadin, Siti Rozaina Kamsani, Azmi Shaari, Daisy Jane C. Orcullo, Zarina Mat
Saad, Noor Azniza Ishak, Mohd Makzan Musa & Nabisah Ibrahim, 2018).
6. Cabaran penjagaan Cucu oleh warga emas
6.1 Cabaran Fizikal
Fizikal warga emas akan merosot dan menyusut dengan perubahan usia dan kesihatan diri.
Mereka menghadapi kesukaran untuk melaksanakan tugas-tugas berat seperti menyiapkan
makanan, menyalin lampin, berjaga malam, menguruskan cucu-cucu ke sekolah dan urusan
harian seperti mengemas rumah, mencuci pakaian, memasak dan lain-lain. Selain itu struktur
rumah menyukarkan pergerakan warga emas dan telah mendatangkan masalah. Keadaan ini
dijelaskan dari jawapan kesemua responden.
“… makcik uzur, mana nak urus diri mana nak urus cucu. Memang mencabar
nak buat sendiri. Nak harap anak makcik sorang tu, anak dia pun tak sihat.
Dia bantulah setakat yang boleh.. kesian juga…”
“.. Kena jalan kaki pi mana-mana, nak bawak motor tak larat. Kederat
takdak.. Harap tokwan depa, tu pun mata rabun, bahaya takut accident..”
“.. Muda-muda dulu biasala mangkit bancuh susu. Tua-tua ni pakat lena,
kesian budak. Makcik tak larat jaga baby..harap ayah dia tak peduli dah
semua tu. Semua serah ke kita”
“.. Letih sangat rumah dua tingkat, basuh baju di atas.. Pernah terjatuh di
tangga..naik turun naik turun, memang payah, letih. Nak senang malam nak
tidur baru basuh baju.. bilik tidur sebelah laundry room..”
Penjelasan di atas menunjukkan kesemua responden menghadapi kesukaran fizikal menguruskan
anak-anak yang masih kecil kerana keperluan mereka lebih rumit. Keadaan diri mereka
membataskan pergerakan dan tidak mampu melaksanakan dengan sempurna. Apa yang

36
Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS-All rights reserved
International Journal of Social Science Research
e-ISSN: 2682-nnnn| Vol. 1, No. 1, 31-39, 2019
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr
ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS
dilakukan seminima yang mungkin di samping mengharapkan pasangan membantu dan orang-
orang terdekat di sekeliling rumah dalam memudahkan urusan hidup.
6.2. Cabaran kewangan
Faktor kewangan memainkan peranan penting dalam semua aktiviti hidup hari ini untuk membeli
makanan, membayar bil rumah, kos perubatan, yuran, belanja sekolah dan keperluan luar
jangkaan. Kekurangan ini bahagian ini boleh memberi masalah besar kepada datuk dan nenek.
Sumber kewangan mereka perolehi dari bantuan Jabatan kebajikan (JKM), sumbangan ihsan
anak-anak dan pinjaman dari jiran dan kenalan. Namun ada yang tidak mencukupi menurut
responden A, B dan C
“.. Ada JKM bagi bantuan RM300, tak cukup.. Cucu ramai, yang lain pun
mai tumpeng...cucu sulung tak ambik SPM, takda duit nak urus persekolahan.
Dia berhenti sekolah bantu makcik cari kerja..”
“..anak makcik yang duduk sekali makcik bantu sikit-sikit tapi dia pun tak
cukup.. Anak tak sihat juga, duit nak pakai banyak..”
“..ikut depa bagi apa.. Makan apa ada. Kerja pun takda..kadang bagi
banyak, kadang sikit..harap tokwan depa kerja kampung. Tak larat mana
pun”
Generasi hari ini merupakan tunggak negara yang sangat memerlukan kehidupan yang sempurna
terutamanya bab persekolahan. Dengan pendidikan mampu mengubah hidup seseorang menjadi
lebih baik masa di masa depan. Selain itu manusia memerlukan nutrisi yang baik untuk tumbesan
dengan pemakanan yang sihat dan lengkap samada di peringkat kecil sehinggalah dewasa. Oleh
yang demikian sumber kewangan amat penting dalam melengkapkan keperluan di atas.
(Kamaruzzaman, 2017)
6.3. Cabaran Kesihatan
Keseluruhan responden mengakui mereka menghadapi masalah kesihatan samada yang
sederhana dan kritikal. Mereka terasa beban untuk menjaga cucu kerana pergerakan mereka juga
terhad. Selain memerlukan kos membeli ubat, mereka tidak mampu mengurus cucu dengan
sempurna. Paling tragis mereka mendapat penyakit kritikal setelah tertekan (stress) menjaga
cucu dan ada responden mengalami kemalangan semasa melaksanakan kerja-kerja harian.
“.. makcik kena strok. Duit nak pakai banyak.. harap anak sendiri dia pun tak
cukup anaknya pun sakit jantung berlubang…”
“..sakit macam-macam.. Dah tua. Darah tinggi ada. Susah juga nak urus depa
bila sakit. Tokwan depa pun pernah kena strok. Kalau nak ke mana-mana kena
minta tolong orang lain bawakan….”
“.. kadangkala stress dengan anak yang menangih tu. Ada saja masalah
timbul. Kita pulak yang sakit.., mujur jiran-jiran ada yang prihatin..tolong
bantu mana boleh.. ”

37
Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS-All rights reserved
International Journal of Social Science Research
e-ISSN: 2682-nnnn| Vol. 1, No. 1, 31-39, 2019
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr
ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS
‘’.. Sejak jatuh dan jari patah, nak gengam pun susah. Buat kerja tak boleh
kuat-kuat. Takut sakit lagi… saya jatuh tangga sebab terpijak mainan cucu..”
Oleh yang demikian, dapatlah disimpulan di sini cabaran yang dihadapi oleh responden adalah
masalah kesihatan yang kebiasaanya dihidapi oleh warga emas. Masalah kesihatan ini
dikenalpasti setelah mereka menggalas tanggungjawab menjaga cucu. Selain itu, faktor fizikal
yang sudah tua dan tidak kuat dan tidak secergas diusia muda mereka dahulu. Tambahan pula
pasangan turut menderita penyakit kritikal dan strok menyukarkan kegiatan harian dan urusan
anak cucu yang tinggal bersama dan mengharapkan bantuan jiran yang prihatin.

7. Kesimpulan

Tanggungjawab menjaga cucu bukanlah satu tugas yang mudah terutamanya dalam kalangan
datuk nenek yang kian mencapai usia tua (warga emas). Kajian ini telah dijalankan empat
kawasan berbeza mengambil kira bandar dan luar bandar dan ramai ibu bapa yang keluar
bekerja. Ekoran daripada kesibukan bekerja, ramai yang meninggalkan anak-anak di bawah
pangkuan datuk nenek untuk dijaga walaupun ada yang mengambil alternatif lain seperti
mengupah pengasuh dan meletakkan anak-anak di taska. Pengkaji telah memilih 4 orang datuk
nenek di usia emas untuk dijadikan sebagai subjek kajian ini bersesuaian dengan tujuan kajian.
responden telah ditemubual secara mendalam dan identiti mereka dirahsiakan oleh pengkaji.

Tanggung jawab menjaga cucu di usia emas bukanlah perkara mudah kerana ianya memerlukan
kudrat dan badan yang sihat, kewangan yang kukuh dan kekuatan mental dan emosi yang stabil.
Memanusiakan manusia ini bukan kerja sembarangan, seharusnya ibu-bapa memainkan peranan
paling besar dalam hal ini bukan sekadar menyogok makan dan minum sahaja. Pendidikan anak-
anak perlu dititik beratkan kerana setiap kanak-kanak merupakan permata negara sepatutnya
mendapat penjagaan, asuhan dan persekitaran yang sempurna untuk membesar. Situasi ini boleh
memberikan kesan psikologi dan mental ke dalam diri anak-anak kerana keinginan mereka
banyak terpendam (impuls terpendam) dan situasi storm dan stress remaja yang tidak diurus
dengan baik di waktu kecil. (Siti Azura, et al., 2018)

Selain daripada ibu bapa, kerajaan juga merupakan pihak yang berkepentingan dalam membantu
serta memberi sokongan kepada datuk nenek yang menjaga cucu. Misalnya, Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM), Lembaga Kemajuan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) dan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu mengambil alternatif
dengan mempelbagaikan program sama ada secara teori mahupun pratikal berkenaan dengan
datuk nenek yang sedang menjaga cucu. Di samping itu, semua masyarakat perlu berganding
bahu dalam memberi sokongan sosial dan sokongan fizikal kepada datuk nenek terlibat dalam
isu penjagaan cucu.

38
Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS-All rights reserved
International Journal of Social Science Research
e-ISSN: 2682-nnnn| Vol. 1, No. 1, 31-39, 2019
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr
ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS
Rujukan

Dorothy Ayer’s Conts (2007). Introduction: The Practice and Prospects of Grandparenting in
the Pacific. University of British Columbia, Okanagan.
Duniform, R., & Kowalksi-Jones, L. (2007). The Influence of Grandparents in Single Mother
Families. Journal of Marriage and Family.
Gerald Y. Michaels, Wendy A. Goldberg. (1998). The Transition Of Parenthood. Cambridge
Press Syndicate of the University of Cambridge.
Gregory. E. Kennedy. (2006). Updating for Curriculum Development. Grandparenthood
Literature for Family Life Educators. Central Missouri State University.
Hj. Ishammudin Hj. Ismail. (2009). Kaunseling Keibubapaan ke Arah Pembentukan Sahsiah
Mulia Bakal Pewaris Negara. Selangor Darul Ehsan. Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Kamaruzzzaman Kamaruddin (2016). Psikologi Perkembangan: Panduan Untuk Guru. Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim. Perak.
Khadijah Alavi, Doris Dagang & Jamiah Manap (2016). Datuk Nenek Menjaga Cucu: Faktor
Penyumbang dan Cabaran Penjagaan. Journal of Science and Humanities. Vol. 11, No. 1
(2016) 125-136.
Kenneth H. Rubin Ock Boan Chung. (2006). Parenting Beliefs, Behaviours, and Parent Child
Relation. Britain. Taylor & Francis Group.
Kvale S. 1996. Interviews: An Introduction to Qualitative Research Interviewing. London.Sage
Publications.Vol. 11, No. 1 (2016) 125-136.
ldrop, D. P., & Weber, J. A. (2001). From grandparent to caregiver: The stress and satisfaction
of raising grandchildren. Families in Society: Journal of Contemporary Human Services.
Merrim, S.B. (1998). Qualitative Research and Case Study Application ini Education. Ed ke-
2.Thousand Oaks, Caluff: Sage.
Mikiyasu Hakoyama & Eileen E. MaloneBeach. (2012). Young Adult Grandchildren’s
Perceptions of Grandfather Roles. The American Association of Behavioral and
SocialSciences Journal.
Nattavudh Powdthavee. (2011). Life Satisfaction and Grandparenthood. Evidence from a
Nationwide Survey. Nanyang Technological University and IZA.
Siti Azura Bahadin, Siti Rozaina Kamsani, Azmi Shaari, Daisy Jane C. Orcullo, Zarina Mat
Saad, Noor Azniza Ishak, Mohd Makzan Musa & Nabisah Ibrahim (2018). Pengantar
Psikologi. Penerbit Universiti Utara Malaysia. Sintok.

39
Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS-All rights reserved

Anda mungkin juga menyukai