Anda di halaman 1dari 1

Buku Pengurusan Sekolah 2018

KATA-KATA ALUAN PENGETUA


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, dan salam mufakat SDARY
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat kembali bertugas kepada guru-guru dan
semua staf sokongan sekolah ini. Marilah kita berdoa semoga sesi persekolahan tahun 2018 ini
akan menjanjikan kejayaan yang lebih cemerlang bagi sekolah kita dalam semua aspek.

Ucapan terima kasih tidak terhingga saya tujukan kepada Jawatankuasa Buku Panduan
Pengurusan Sekolah Sesi 2018 yang telah menyiapkan buku ini untuk rujukan semua warga
sekolah. Buku panduan Pengurusan Sekolah ini merupakan dokumen yang amat penting
sebagai rujukan dan garis panduan kepada guru-guru dan staf untuk melaksanakan tugas
dengan lebih berkesan.

Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua rakan guru SDARY dalam
kebersamaan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik pada tahun 2017.

Justeru itu, tahun 2018 sekali lagi saya mengharapkan semua warga sekolah akan dapat
berpadu tenaga dan bersama-sama untuk terus cemerlang dalam tugas masing-masing. Tahun
2018 ialah tahun yang penuh dengan cabaran dalam kita melaksanakan tugas merelisasikan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Antara cabaran yang perlu kita hadapi ialah memastikan pelaksanaan PAK-21 tahun 2018
secara menyeluruh, pelaksanaan PBS scara telus dan ikhlas bagi menjamin kemejadian murid
tingkatan 1, 2 dan 3 menguasai kemahiran yang telah ditetapkan. Selain itu, pelaksanaan KSSM
dengan penerapan unsur STEM dalam PdP secara penggabungjalinan juga menutut kita
sebagai guru menjadi lebih kreatif dan kritis. Hal ini kerana, "Project Based Learning" ( PBL )
mesti dilaksanakan dalam KSSM dan perlu dinyatakan dengan jelas di dalam RPT / RPH.
Dalam memastikan kita mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan PLC dan LDP
akan digunakan sebagai wahana meningkatkan kemahiran kita.

Sehubungan dengan itu, semua warga sekolah juga diharapkan dapat menjalankan kajian
tindakan dan inovasi dalam tugas masing-masing sama ada secara individu mahu pun kerja
berpasukan. Dengan adanya kajian tindakan dan inovasi baru, kita akan dapat membuat lebih
banyak perubahan dan penambahbaikan yang berterusan dari semasa ke semasa bersesuaian
dengan perubahan yang berlaku.

Akhir kata, semoga sesi persekolahan tahun ini akan seiring dengan azam dan tekad bagi
meningkatkan kualiti profesionalisme diri yang menuntut kepada perubahan bagi menjamin
SDARY akan dapat mencapai prestasi yang membanggakan dan melakar kejayaan dalam semua
bidang. Kejayaan yang kita harapkan bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi yang penting
dalam sahsiah murid , kokurikulum dan disiplin. Apa pun cabaran dan transformasi yang
datang kita harus berfikir dengan positif dan menerima dengan berfikiran terbuka. Sebagai
seorang pendidik kita patut rasa bangga karana terlibat secara langsung dalam membangunan
bangsa, dan negara Malaysia.

Sekian. terima kasih dan selamat bertugas

“SDARY TERUS BERJAYA”

ROGAYAH BINTI ABDULLAH


Pengetua,
SMK Dato’ Abdul Rahman Yassin
Johor Bahru

Sdary Terus Berjaya ii

Anda mungkin juga menyukai