Anda di halaman 1dari 4

Skrip Forum

Pengerusi Salam sejahtera, salam satu Malaysia, kepada


Ahli panel dan sidang hadirin yang disayangi sekalian.

Hadirin yang dihormati, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel


kita yang bergaya pada hari ini, izinkan saya untuk mengupas terlebih
dahulu tajuk forum kita pada hari ini.
Tajuk forum yang berkisar tema pendidikan dari segi kemahiran iaitu
Pendidikan Teknik dan Vokasional TVET di Malaysia: cabaran dan
harapan.

TVET merupakan singkatan bagi pendidikan bagi latihan teknik dan


vokasional. TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang
mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama dalam bidang
perindutrian. Ia juga bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang
kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu. Skop TVET perlu
berdasarkan standard pekerjaan yang diiktikraf, dengan penekanan
dengan komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan
kepada latihan industri.

Walaubagaimanapun, TVET juga sering disalah anggap sebagai bidang


yang menjadi pilihan terakhir dalam meneruskan pengajian. Hal ini
berlaku kerana mungkin sistem negara sejak dahulu menekankan
pencapaian akademik bukanya meningkatkan nilai-nilai Individu. Oleh itu,
TVET juga perlu dianggap sebagai satu bidang pendidikan utama
negara.

Baiklah sidang hadirin, sebelum kita menelusuri lebih mendalam topic


perbincangan moleknya kita berkenalan dengan ketiga-tiga ahli panel
kita pada hari ini. Di sebelah kanan saya saudara Ridhwan yang
merupakan ahli panel pertama. Selamat datang saudara, apa khabar?
Ahli panel 1
Pengerusi Seterusnya, saya perkenalkan ahli panel kedua yang berada di sebelah
ahli panel pertama iaitu saudari kirthana. Selamat datang saudari, apa
khabar?
Ahli panel 2
Pengerusi Berada di sebelah ahli panel kedua, tak lain tak bukan tentulah ahli panel
yang kita yang ketiga iaitu saudara Aliff. Walaupun nampak pemalu,
namun petah bicaranya. apa khabar saudara ?
Ahli panel 3
Pengerusi Usai salam, perkenalan daripada semua ahli panel, kembali kita kepada
topik forum kita tentang TVET di Malaysia: cabaran dan harapan .

Sidang hadirin yang dihormati,


Apakah sebenarnya TVET dan sejauh manakah masyarakat diberikan
pendedahan tentang TVET. Bagi menjawab persoalan ini, izin saya
mengajukan soalan pertama kepada ahli panel pertama. Saudara
Ridhwan, mohon saudara memberikan penjelasan tentang maksud atau
konsep TVET. Silakan saudara.
Ahli panel 1
Pengerusi Sidang Hadirin, demikian tadi penjelasan TVET yang pada pandangan
saya lebih menarik dan lebih terperinci. Seterusnya, saya mohon
penjelasan daripada ahli kedua tentang apakah kepentingan TVET
kepada masyarakat pada masa kini.
Ahli panel 2
Pengerusi Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar berhubung
pengetahuan sedia ada. Saya yakin dengan pelaksanaan TVET
meningkatkan peluang pendidikan dan menjamin masa depan seseorang
pelajar. oleh itu, soalan saya seterusnya kepada ahli ketiga saudara Aliff,
bagaimana TVET dilaksanakan di Malaysia. Dipersilakan ahli panel
ketiga untuk menjawab persoalan ini.
Ahli panel 3
Pengerusi Terima kasih saudara Alif, ahli panel yang ketiga.

Ya sidang hadirin, kita masih berada dalam majlis forum remaja 2020.
Pada ketika dan saat ini, kita masih mengupas tajuk TVET di Malaysia:
cabaran dan harapan. Kita teruskan bual bicara kita pada hari ini. saya
tertarik dengan pendapat dengan semua ahli panel kita yang
membayangkan ahli-ahli panel terdiri daripada para remaja yang
berinformasi tentang TVET. Yang pasti saudara dan saudari tentu boleh
menerangkan cabaran-cabaran TVET di Malaysia. Bukan begitu ahli-ahli
panel kita ?
Ahli panel 1
Ahli panel 2 Saudari pengerusi, izinkan saya menyuarakan buah fikiran tambahan.
Pengerusi Silakan saudara, kita masih membicarakan tentang cabaran yang boleh
dihadapi dalam pelaksanaan TVET di Malaysia
Ahli panel 2
Pengerusi Terima kasih ahli panel kedua saudari Kirthana kerana berkongsi
pendapat beliau berhubung cabaran TVET.

Nampaknya, dua orang ahli panel kita telah berkongsi pendapat mereka
tentang cabaran TVET di Malaysia. Saya percaya bukan sahaja malah
sidang hadirin juga ingin mendengar pendapat ahli panel kita yang ketiga
iaitu Alif, silakan saudara
Pengerusi Terima kasih saudara Alif, ahli panel ketiga. Kita masih lagi
membicarakan tentang cabaran TVET di Malaysia.

Selanjutnya, sebelum mengakhiri perbincangan, saya ingin


mempersilakan ahli-ahli panel kita mengupas tentang harapan mereka
terhadap pelaksanaan TVET. Silakan mana-mana ahli panel untuk
mengemukakan pandangan
Ahli panel 2 Saudari pengerusi, izinkan saya mulakan dengan pendapat saya.
Pengerusi Silakan saudari.
Ahli panel 2
Pengerusi Terima kasih ahli panel kedua. Kita dengar pula harapan ahli panel yang
pertama.
Pengerusi Terima kasih ahli panel pertama dan perbincangan itu tidak diakhiri
apabila kita tak mendengar harapan daripada ahli panel ketiga. Silakan
saudara Alif

Konkluasinya, pendidikan dan latihan vokasional terbukti telah banyak


memb eri sumbangan dalam melahirkan modal insan yang berkemahiran
yang diperlukan dalam pembangunan negara. Dengan pendidikan dan
latihan yang disediakan melalui program TVET, tenaga kerja berupaya
menjadi terlatih dan kompeten.

Insitusi TVET perlu menjadi insitusi yang dirujuk dan mempunyai


kepakaran serta profesionalisme yang tinggi dan boleh dicontohi serta
dijadikan perunding dalam bidang-bidang tertentu. Dengan adanya
pelbagai insentif, dijangka lepasan sekolah menengah yang memiliki
aliran TVET akan meningkat.

Terima kasih kepada semua ahli panel yang sudi hadir untuk
membicarakan tentang cabaran dan harapan TVET di Malaysia. Semoga
forum ini menjadi wadah yang melahirkan remaja yang cakna terhadap
isu-isu pendidikan, selanjutnya dapat membantu dengan pelaksanaan
TVET di negara kita. Harapan saya, forum ini juga dapat memberi
informasi bermanfaat buat semua hadirin yang dihormati.

Kalau berjalan dah sampai ke batas


Kalau bergayuh dan sampai ke pulau
Kalau mendaki dah sampai ke puncak
Kita telah sampai ke penghujung bicara

Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi-tinggi terima


kasih kepada semua hadirin kerana sudi menyaksikan pertandingan
forum remaja ini. sekian terima kasih. Salam sejahtera dan salam satu
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai