Anda di halaman 1dari 51

Bil TEMA CATATAN

1.1 Masyarakat feudal


1. Huraikan perkembangan sistem masyarakat Feudal yang diamalkan di England pada
abad ke-16 hingga ke-17.
2. Bandingkan ciri- ciri sistem feudal yang diamalkan di England dan Jepun pada abad
ke 16 hingga ke 17.
3. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan masyarakat feudal di
Eropah.
4. Bincangkan struktur masyarakat feudal England pada abad ke-16 hingga abad ke-17.
5. Bincangkan susun lapis masyarakat feudal di England pada Zaman Pertengahan.
6. Bincangkan ciri-ciri sistem manor yang diamalkan di England pada zaman feudal.
1.2 Masyarakat agraria
1. Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 hingga abad ke-17.
2. Terangkan definisi masyarakat agraria dan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda
pada abad ke-16 hingga abad ke-17 M.
3. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kemajuan yang pesat dalam
sektor pertanian di China pada abad ke16 hingga abad ke-17 M. (OF 40)
1.3 Masyarakat maritim
1. Huraikan ciri-ciri masyarakat Maritim di Jepun pada abad ke-16 hingga abad ke-17
M. (QA 26)
2. Kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim pada abad ke-16 hingga abad ke-17
membawa kepada perkembangan dalam bidang ekonomi dan sosial. Bincangkan.
(QA 28)
3. Huraikan kesan kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim dalam bidang ekonomi
dan sosial pada abad ke-16 hingga abad ke-17. (OF 57)
1.4 Masyarakat industri
1 Jelaskan Ciri masyarakat industri di England pada abad ke-18 M. (P 65)
2 Terangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke-18 hingga abad ke-19
M. (QA 35 + P 65)
3. Huraikan ciri-ciri masyarakat industri yang diamalkan di England dan Jerman pada
abad ke-18 hingga abad ke-19.
4. Bandingkan ciri-ciri masyarakat industri di England dan Jerman pada abad ke-18
hingga abad ke-19 M. (QA 38)
5. Huraikan faktor-faktor perkembangan Revolusi Perindustri di England pada abad
ke-18 hingga abad ke-19 M. (QA 30)
6. Huraikan faktor-faktor yang mendorong kemunculan masyarakat Industri di Jerman
pada abad ke-19 M. (QA 43)
7. Bincangkan takrif masyarakat Industri dan huraikan ciri-ciri masyarakat industri yang
muncul di England pada abad ke-18 hingga abad ke-19 M. (P65)
8. Jelaskan ciri-ciri masyarakat industri di Eropah Barat pada abad ke-18 hingga abad
ke-19 M. (QA 33)
9. Bincangkan kesan Revolusi Industri yang tercetus di Jerman dalam bidang politik dan
sosial pada abad ke-18 dan abad ke-19 M. (OF 86)
10 Bincangkan kesan-kesan berlakunya revolusi perindustrian di England pada abad ke-
. 18 hingga abad ke-19 M. (mod 15)
11 Huraikan kesan revolusi perindustrian ke atas masyarakat pertanian di England pada
. abad ke-18 hingga abad ke-19 M. (mod 16)
12 Huraikan secara kritikal kesan revolusi perindustrian ke atas keadaan pekerja kilang
. di England pada abad ke-18 hingga abad ke-19 M. (mod 18)
13 Jelaskan kesan-kesan revolusi perindustrian di Jerman pada abad ke-18 dan abad
. ke-19 M. (mod 89)
14 Huraikan kesan revolusi perindustrian dengan merujuk kepada dasar yang
. dilaksanakan oleh kerajaan di Jerman pada abad ke-18 dan abad ke-19 M. (mod 22)
TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
2.1 Institusi pemerintahan
1 Bincangkan peranan Maharaja dalam siistem pentadbiran pada zaman dinasti Ming.
(OF 105)
2 Sejauhmanakah maharaja memainkan peranan penting dalam pemerintahan di
negara China pada abad ke-16 hingga abad ke-20 M.
3. Bandingkan kedudukan dan peranan pembesar di China dan Rusia bermula abad ke-
16 hingga awal abad ke-20 M. (IB 8)
4. Huraikan peranan pembesar di Rusia antara abad ke-16 hingga abad ke-20 M. (IB
16)
5. Jelaskan sistem pentadbiran wilayah dalam siistem pentadbiran pada zaman dinasti
Ching. (OF 105)
6. Huraikan pembaharuan yang dilakukan oleh Peter The Great pada tahun 1682
sehingga 1725.(mod)
7. Huraikan faktor perubahan dasar perhambaan yang dilakukan oleh Tsar Alexander II
pada tahun 1855 hingga 1881. (mod)
8. Huraikan dasar pemerintahan yang dilakukan oleh Tsar Nicholas II pada tahun 1894
hingga 1917. (mod)
9. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan tercetus Revolusi 1905 di Rusia semasa
pemerintahan Tsar Nicholas II. (0f 127)
2.2 Negara bangsa
1 Bincangkan kedudukan dan kekuasaan maharaja China bermula tahun 1500 hingga
tahun 1911. (IB 4)
2 Bandingkan kekuasaan pemerintahan raja berkuasa mutlak di Perancis dengan raja
berperlembagaan di England pada abad ke-16 hingga abad ke-20 M. (IB 2)
3. Huraikan Pertikaian antara golongan raja dengan golongan parlimen yang berlaku di
England pada abad ke-16 hingga tahun 1688. (mod)
4. Bincangkan konsep pemerintahan raja berkuasa mutlak dan pelaksanaannya di
Perancis dari abad ke-16 hingga abad ke-18 M. (IB 6)
5. Huraikan perkembangan sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak di England dari
abad ke-16 hingga abad ke-18 M. (Ib 12)
6. Huraikan kesan Revolusi Cemerlang yang berlaku di England pada tahun 1688. (OF
137)
7. Jelaskan ciri-ciri negara kesatuan dan stuktur negara kesatuan di Perancis pada abad
ke-19 M. (NM 24)
8. Bincangkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap struktur parlimen di Perancis pada
abad ke-19 M.(mod)
9. Bincangkan dasar kerajaan Republik Kedua di Perancis semasa pemerintahan
Lamartine. (OF161)
10 Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Perang Kemerdekaan
. Amerika. (OF 184)
11 Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Perang Saudara di Amerika
. Syarikat antara tahun 1861 hingga 1865. (OF 184)
12 Huraikan sistem pemerintahan persekutuan di Amerika Syarikat pada abad ke-19
. M. (NM 43)
3. Kemajuan dan Pembangunan
3.1 Sistem ekonomi
1 Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan industri di
Amerika Syarikat pada abad ke-18 hingga abad ke-19 M. (NM 24)
2
Huraikan perkembangan sistem ekonomi feudalisme di Jepun pada abad ke-16 M.
(IB2)

3.
Bincangkan perkembangan aktiviti pertanian di Jerman pada era feudalisme bermula
abad ke-16 Masihi. (IB 10)

4. Bincangkan ciri-ciri sistem ekonomi kapitalisme yang berkembang di England pada


abad ke-19 M.(OF 230)
5. Bincangkan perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika syarikat pda
abad ke-18. (mod)
3.1.2 Perkembangan ekonomi

1. Sejauhmanakah kemajuan kegiatan industri di Jepun bermula pada abad ke-19 M


dicetuskan oleh Maharaja Meiji. (IB 4)
2. “Pembaharuan yang dilakukan  semasa pemerintahan Maharaja Meiji meletakkan
asas bagi kemajuan dalam sektor perindustrian di Jepun.”Nilaikan pernyataan
ini. (MOD)
3. Huraikan perkembangan sistem ekonomi perindustrian di Jepun pada abad ke-19 M.
(mod)
4. Huraikan faktor-faktor yang mendorong perkembangan sektor perindustrian di
Jepun pada abad ke-19 hingga abad ke-20 M. (OF 12 + mod)
5. Huraikan perubahan-perubahan yang berlaku dalam sektor pertanian di England
mulai abad ke-18 Masihi. (IB 14)
6. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan perdagangan di Belanda
antara abad ke-16 hingga abad ke-19 M. (OF 2)
7. Bincangkan kemajuan yang berlaku dalam bidang pertanian selepas berlaku Revolusi
Pertanian di England. (OF 6)
8. Huraikan perkembangan sistem ekonomi perindustrian kedua di Jerman pada abad
ke-18 hingga abad ke-19 M. (mod)
3.2 Intelektual
1. Bincangkan sebab-sebab berlakunya Gerakan Penyerlahan di Eropah pada abad ke-
19 M. (IB 6)
2. Nilaikan sumbangan Adam Smith dalam perkembangan pemikiran ekonomi di
Eropah. (IB 8)
3. Huraikan perubahan-perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada Zaman
Pencerahan. (OF 14)
4. Huraikan sumbangan Jean Jacques Rousseau dalam perkembangan intelektual di
Eropah pada abad ke-18 M. (IB 12)
5. Bincangkan karya dan sumbangan Charles Louis Montesquieu dalam aspek
intelektual.(Mod)
3.3 Kemajuan pendidikan
1. Bincangkan perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan di Jerman
mulai abad ke-18 M.(IB 2)
2. Huraikan perkembangan yang berlaku dalam institusi-institusi pendidikan di Jerman
pada abad ke-18 dan abad ke-19 M.(OF 10)
TEMA 4 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
4.1 Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa Barat dan kesan
penjajahan Barat
1. Bincangkan isu-isu / Faktor-faktor yang merenggangkan hubungan China dan Barat.
(Mod)
2. Bincangkan isu-isu yang menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat India
terhadap British. (mod)
3. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan Gerakan Islah yang
diperkenalkan pada tahun 1898 di di China. (OF 342)
4. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Pemberontakan Boxer
pada tahun 1898. (OF 342)
5. Huraikan faktor-faktor yang dijadikan alasan oleh kuasa Barat untuk menguasai
China pada abad ke-19. (P 328)
6. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Gerakan 4 Mei 1919. (OF
451)
7. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895)
menemui kegagalan. (Ox 16)
8. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Perang Candu Kedua (1856-
1860) di China. (ox 6)
9. Bincangkan kesan Perang Candu Pertama (1839-1842) dalam bidang politik dan
ekonomi. (Ox 12)
10. Huraikan sebab-sebab yang menimbulkan kemarahan masyarakat India terhadap
perluasan kuasa Barat.(NM 2)
11. Huraikan reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa British di India
pada abad ke-19 hingga abad ke-20 M. (IB 10)
4.2 Konflik antarabangsa
1. Huraikan kesan Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada 28 Jun 1919
terhadap Jerman. (Ox 12)
4.3 Dekolonisasi dan pengembalian kedaulatan
1. Huraikan Usaha-usaha mendaulatkan India dalam menuju kemerdekaan pada abad
ke-20. (P 328)
2. Bincangkan faktor-faktor yang membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam
kalangan rakyat di India.(OX 4)
3. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan nasionalisme di India. (OF
451)
4. Sejauhmanakah pendidikan di Barat telah membangkitkan kesedaran
kebangsaan dalam kalangan rakyat di India pada abad ke-20 M. (mod)
5. Huraikan transformasi sosial, ekonomi, dan pendidikan yang dilakukan untuk
memelihara kedaulatan China pada abad ke-19. (QA 160)
6. Bincangkan proses dekolonisasi di China yang membawa kepada kejatuhan Kerajaan
Manchu pada tahin 1911. (IB 2)
7. Bincangkan proses dekolonisasi dan pengembalian kedaulatan yang berlaku di India.
(QA 179)
4.4 Perhubungan luar
1. Bincangkan kelemahan-kelemahan yang menyebabkan Liga Bangsa tidak dapat
memainkan peranan denga berkesan. (OF 479)
2. Huraikan sumbangan PBB dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan
masyarakat dunia. (OF 478)
3. Huraikan matlamat dan dasar penubuhan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB).
-mod
4. Bincangkan faktor faktor penubuhan NATO dan peranan Amerika Syarikat serta
United Kingdom dalam NATO. (mod)
5. Terangkan penglibatanAmerika Syarikat dan United Kingdom dalam North Atlantic
Treaty Organisation (NATO). (mod)
6. Huraikan sejarah dan perkembangan komanwel serta peranan Negara United
Kingdom dan India.(mod)
7. Bincangkan peranan organisasi yang terdapat dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB). (mod)
Sejauhmanakah maharaja memainkan peranan penting dalam pemerintahan di negara
China pada abad ke 16 hingga 20.
Pengenalan
            Negara China merupakan Negara yang mengamalkan raja dan monarki mutlak pada abad
ke 16 sehingga akhir abad ke 20.  Sistem maharaja yang diamalkan ini memperlihatkan
pemerintahan beraja mengikut amalan yang diguna pakai oleh masyarakat China.  Dalam
masyarakat China, sistem maharaja menduduki hierarki teratas dalam struktur sosial dan
merupakan kuasa penentu dalam pentadbiran kerajaan.
Isi
            Institusi beraja memperlihatkan kedudukan maharaja sangat penting dalam masyarakat
China, mempunyai kuasa yang cukup besar serta merupakan perlambangan kedudukan kerajaan. 
Pegangan konsep beraja ini menjadi penentu kepada maharaja dalam mempertahankan
pemerintahannya.
            Kedudukan politik maharaja dilegitimasikan berdasarkan konsep mandate of haven atau
mandat dari syurga.  Maharaja dikatakan sebagai wakil dari syurga atau “anak syurga” dan
mendapat kuasa spiritual yang tidak terhingga.  Konsep ini juga menjelaskan bahawa maharaja
dianugerahkan kuasa memerintah oleh tuhan.  Melalui konsep mandat dari syurga, maharaja
menduduki hierarki teratas dalam susunan  masyarakat dan merupakan individu yang paling
berkuasa dalam kerajaan.  Maharaja juga dianggap sebagai anak syurga yang diberi mandat
untuk memerintah di atas muka bumi.
            Dalam bidang eksekutif, maharaja mempunyai kuasa untuk memutuskan dasar kerajaan,
melantik dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai kerajaan, serta mengurniakan gelaran. 
Maharaja China berkuasa mutlak dalam melantik pegawai-pegawai mentadbir wilayah dan
daerah yang menjalankan tugas di bawah arahannya.  Pentadbiran dan pemerintahan maharaja
dilaksanakan melalui sistem berpusat, iaitu kuasa pentadbiran pusat berada di tangan maharaja
yang seterusnya dipecahkan kepada beberapa unit, iaitu Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi (6
Badan Menteri), dan Censorate (Lembaga Penapis).
            Bagi melicinkan pemerintahan, mahajara membahagikan pentadbiran kepada tiga fasa,
iaitu pentadbiran awam, pentadbiran ketenteraan, dan pentadbiran tempatan di bawah badan
pengawas.  Maharaja dibantu oleh Majlis Tertinggi yang menjadi badan penasihat utama dan
terbahagi kepada enam kementerian, iaitu Kementerian Personal, Kementerian Kewangan,
Kementerian Adat, Kementerian Perang, Kementerian Keadilan, dan Kementerian Kerja Raya. 
Selain itu, demi memastikan amanah dan kesetiaan pembesar, maharaja turut menubuhkan
Lembaga Penapis yang bertindak sebagai mata dan telinga kepada maharaja bagi memaklumkan
segala aktiviti-aktiviti pembesar China.
            Seterusnya, pada peringkat wilayah pula maharaja Ming membahagikan empayarnya
kepada 15 wilayah yang seterusnya dipecahkan kepada unit-unit tempatan yang lebih kecil. 
Struktur organisasi pentadbiran pada peringkat wilayah ini diketuai oleh seorang pesuruhjaya
yang dibantu oleh dua orang pegawai, iaitu hakim dan komander tentera wilayah.  Maharaja
Ming juga menyerahkan urusan pemerintahan wilayahnya kepada pegawai awam, pegawai
tentera, dan pegawai pengawas.  Selain itu, pentadbiran pegawai di daerah pula ditadbir urus
oleh 6 orang menteri yang terdiri daripada Menteri Personal, Menteri Kewangan, Menteri Adat,
Menteri Perang, Menteri Keadilan, dan Menteri Kerja-kerja Awam. Menteri tersebut akan
dibantu oleh gabenor bagi setiap daerah, penyelia wilayah dan pegawai-pegawai tempatan.
            Namun begitu, Dinasti Ch’ing memperlihatkan pentadbiran wilayah diketuai oleh
gabenor dan dibantu oleh pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja.  Pentadbiran ketenteraan
berada di bawah ilmu ketua suruhanjaya tentera  yang mempunyai kuasa kawalan ke atas
wilayah tertentu.  Malah, maharaja turut berperanan sebagai ketua tentera bagi seluruh
empayarnya.  Hal ini dibuktikan melalui usaha maharaja untuk mempertahankan negara dari
serangan luar dan meluaskan empayar pada awal kemunculan Dinasti Ming.
            Seterusnya, pemerintahan maharaja China adalah berkuasa mutlak dalam bidang
perundangan.  Antara tugas maharaja ialah menggubal undang-undang, mengendalikan kes
rayuan serta memberi pengampunan kepada seseorang yang didapati bersalah.  Sistem
perundangan China melaksanakan hukuman secara kolektif dan seseorang itu dianggap bersalah
sehingga terbukti dia tidak bersalah.
            Di samping itu juga, maharaja China menguasai segala sumber ekonomi negara seperti
pungutan cukai, hasil bumi, perdagangan, dan sebagainya.  Hal ini diperkuatkan lagi dengan
pengiktirafan tanah sebagai hak maharaja.  Maharaja memainkan peranan penting dalam urusan
dasar luar Negara.  Dasar pemerintahan maharaja ini membawa kepada peluasan perdagangan
dan perkembangan ilmu Barat di China.  Ini dapat dilihat melalui dasar keterbukaan semasa
Dinasti Ming yang membenarkan kuasa Barat masuk berdagang di China.  Semasa pemerintahan
Dinasti Ch’ing, iaitu pada abad ke 19 dan awal abad ke 20, Maharaja China menjalankan dasar
tutup pintu atau konsep pengasingan.  Hal ini jelas menunjukkan peranan maharaja dalam
menentukan dasar luar  negara.
            Maharaja juga berkuasa dalam bidang keagamaan.  Dalam bidang keagamaan, maharaja
merupakan ketua agama dan melantik ketua-ketua agama bagi mengendalikan hal ehwal
keagamaan di China.  Baginda juga mengetahui semua upacara pemujaan yang diadakan di
dalam negara. 
            Peranan maharaja dalam bidang intelektual pula adalah penaung dalam bidang
pembelajaran dan memberi bantuan kewangan kepada golongan intelektual yang terlibat dalam
menyelenggarakan serta menerbitkan kitab dan ensiklopedia.  Baginda turut terlibat dalam
perkembangan ilmu pengetahuan dengan memberi  ceramah kepada pelajar-pelajar yang
menuntut di Kolej Imperial.  Malah, maharaja juga mengarahkan pengendalian peperiksaan
awam serta terlibat dalam pemilihan calon dalam peperiksaan awam di peringkat kebangsaan.
Kesimpulan
            Kesimpulannya, Maharaja China berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pemerintah
yang  berkuasa sehinggalah kepada Perang Candu Pertama yang menyaksikan kekalahan pihak
China dengan British. Keterpaksaan menandatangani perjanjian-perjanjian telah membawa
padah kepada sistem kemaharajaan China.  Segala pembaharuan yang dilakukan untuk
menaikkan imej kemaharajaan hanya menemui kegagalan dan akhirnya sistem beraja China
selama 267 tahun ditumbangkan dalam Revolusi 1911 di China.

Soalan 12: Bincangkan kesan-kesan berlakunya revolusi perindustrian di England.

A. PENDAHULUAN

 Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat dlm kaedah pengeluaran barangan selain
pertanian.Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan drpd penggunaan tangan kepada
menggunakan mesin dan proses kimia.
 Negara England mengalami Revolusi Perindustrian memperlihatkan ciri2 masyarakat industri
seperti penggunaan sains,pengkhususan dalam bidang ekonomi,perpindahan penduduk dari
pendalaman ke kawasan bandar,penggunaan sumber2 modal secara pesat,dan kemunculan
kelas sosial baru.

B. ISI-ISI PENTING

1.Masyarakat Pertanian.

 Masyarakat pertanian sebelum zaman perindustrian mengamalkan kaedah tanaman lama iaitu
Open Field yg bergantung kepada sistem pusingan.
 Pada zaman perindustrian,masyarakat petani di England telah memulakan sistem tanah
berpagar utk menggantikan tanah lapang.
 Berikutan dgn kepesatan proses pemagaran tanah awam,parlimen England telah mengeluarkan
akta berhubung dgn proses pembahagian tanah awam kpd pemilikan secara perseorangan.
Akhirnya, golongan petani tradisional di kawasan luar bandar England telah pupus krna kwsn
tanah pertanian persendirian tlh bertukar kpd tanah ladang persendirian yg besar saiznya.

2.Masyarakat Perindustrian.

 Bidang perindustrian tekstil berkembang pesat pada zaman perindustrian membawa kpd
penciptaan mesin pemintal (Spinning Jenny) yg pertama oleh James Hargreaves pada tahun
1764. Pada tahun 1795, Edmund Cartwright tlh mencipta mesin tenun yang menggunakan kuasa
air.
 Perkembangan perindustrian besi tlh membawa kpd kemajuan peleburan besi dgn menggunakan
arang bagi menghasilkan besi tempa bagi membuat peralatan mesin. Pada akhirnya abad ke-18,
kuasa wap tlh digunakan dlm industri utk mengendalikan jentera.

3. Kemajuan Sistem Pengangkutan.

 Revolusi perindustrian tlh membawa kemajuan dlm bidang pengangkutan seperti


perkapalan,jalan raya, kereta api,dan terusan. Kapal2 mula dibina daripada besi menggantikan
balak Baltik.Teknologi pembinaan kapal besi oleh Wilkinson pada tahun 1787 tlh menyaksikan
kapal2 dibina menggunakan besi sebagai rangka dan kayu sebagai dinding.
 Pada tahun 1802, kapal2 menggunakan enjin kuasa wap dan keluli menggantikan besi dlm
industri pembinaan kapal. Pada tahun1801, Richard Trevithick mencipta lokomotif atau jentera
wap utk menarik gerabak.
 Lokomotif ini kemudiannya dikenali sebagai kepala kereta api dan kemajuan lagi oleh George
Stephenson pada tahun 1825.

4. Penghijrahan Penduduk dan Pertambahan Penduduk Revolusi Perindustrian Menyumbang


Kepada Pertambahan Penduduk.

 Pertambahan penduduk tlh meningkat dua kali ganda di England antara tahun 1800 dan 1500.
Pertambahan drpd 11 juta org kpd 21 juta org.Penduduk bandar London sahaja antara 50 000
orang dan 100 000 orang pada tahun 1800.
 Pada tahun 1850, penduduk meningkat kpd 2363 000 orang dan lebih separuh populasi England
tinggal di pekan dan bandar.
 Pada tahun 1851, penduduk dan Ireland telah berhijrah beramai-ramai ke England.

5. Kerajaan dan Perdagangan bebas.

 Parlimen England byk membantu dlm amalan dasar perdagangan bebas. Pada tahun 1820-
an dan 1830-an,parlimen England tlh meluluskan akta pemansuhan ekonomi perdagangan
syarikat Hindia Timur Inggeris dgn Negara China
 Pada tahun 1883. Seterusnya, mengurangkan senarai barangan yang dikenakan duti import
dan eksport serta meminda akta perkapalan pada tahun 1825
 Pada tahun 1822, parlimen England tlh melonggarkan undang2 jagung (CoinLaw).
 Pada tahun 1849, undang2 pelayaran dimansuhkan.

C) PENUTUP

 Perkembangan industri di England membawa kpd perkembangan masyarakat industri.


 Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kpd masyarakat.

Soalan 13: Huraikan kesan revolusi perindustrian ke atas masyarakat pertanian di England.

PENDAHULUAN

 Revolusi perindustrian di England pada 1760 hingga 1850 mempunyai banyak


pengertian.Revolusi ini diertikan sebagai peubahan pesat dalam kaedah pengeluaran selain
pertanian.
 Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada
penggunaan mesin proses kimia.
 Revolusi perindustrian juga memperlihatkan perubahan dalam penggunaan sumber tenaga.

ISI-ISI PENTING

1.Masyarakat Pertanian

 Sebelum zaman perindustrian mengamalkan kaedah tanaman lama iaitu “open field”yang
bergantung kepada sistem pusingan.Setiap dua daripada ladang diusahakan manakala yang
satu lagi dikosongkan.Kesemua petani dikehendaki menanam tanaman yang sama sepanjang
tahun dan kegiatan membajak dijalankan serentak serta jentera seperti tenggala dikongsi
bersama.
 Pada zaman perindustrian,masyarakat petani di England telah memulakan sistem tanah
berpagar untuk menggantikan tanah lapang.Berikutnan dengan kepesatan proses pemagaran
tanah awam,parlimen England telah mengeluarkan akta berhubung dengan proses pembahagian
tanah awam kepada pemilikan perseorangan.Para petani turut mengamalkan sistem pertanian
campuran iaitu menternak biri-biri dan lembu serta menanam rumput dalam kawasan yang sama.

2.Masyarakat Perindustrian

 Bidang perindustrian tekstil berkembang pesat pada zaman ini,permintaan yang tinggi bagi
barangan tekstil telah membawa kepada penciptaan mesin pemintal(spinning jenny)yang
pertama oleh James Hargreaves pada tahun 1764.Perkembangan perindustrian telah membawa
kepada kemjuan peleburan besi dengan menggunakan arang bagi menghasilkan besi tempa bagi
membuat peralatan mesin

3.Kemajuan sistem pengangkutan

 Revolusi perindustrian telah membawa kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti


perkapalan,jalan raya,kereta api dan terusan.Landasan kereta api moden yang pertama di bina di
Engaland pada tahun 1825 yang menghubungkan lombonh arang batu Durham di Stockton
dengan Darlington.

4.Penghijrahan penduduk dan pertambahan penduduk

 Pertambahan penduduk telah meningkat dua kali ganda di England antara tahun 1800 dan
1850.Kemajuan infrastruktur turut menyumbang kepada penghijrahan penduduk dari kawasan
luar Bandar ke kawasan Bandar untuk pendapatan pekerjaan.

5.Perluasan perdagangan antarabangsa

 Masyarakat industry juga mengalami pertambahan penghasilan barangan industri juga menerima
permintaan dalam kapas mentah.Demi meningkatkan perdagangan antarabangsa,England telah
memansuhkan tarif import bahanmentah bagi membolehkan negara luar membeli barangan
siapnya.

6.Kerajaan dan perdangan bebas

 Parlimen England banyak membantu dalam amalan dasar perdagangan bebas.Pada tahun
1820an dan 1830an,parlimen England telah meluluskan beberapa akta yamg menghapuskan
dasar-dasar ekonomi yang boleh menyekat kebebasan.Antara yang telah diluluskan ialah
pemansuhan ekonomi perdagangan SyarikatHindia Timur Inggeris dengan negara china pada
tahun 1883.Seterusnya,mengurangkan senarai barangan yang dikenakan duti import dan eksport
serta meminda akta perkapalan pada tahun 1825.

7.Perubahan gaya hidup

 Sebelum Revolusi Perindustrian di England,masyarakat teriat kepada tradisi kekeluargaan yang


kuat dan kebanyakannya mereka tinggal di luar Bandar.kehidupan bebas di Bandar telah
membawa kepada masalah sosal yang kritikal,iaitu aktiviti pelacuran dan jenayah.

8.Masalah pencemaran dan kesihatan

 Penggunaan bahan bakar seperti arang batu telah membawa kepada pencemaran udara yang
teruk di England.Masyarakat menghadapi masalah pecemaran air dan membawa kepada
penyebaran pelbagai penyakit.Akta kesihatan awam telah diluskan pada taun 1875 bagi
memperbaiki keadaan kesihatan masyarakat di Bandar.

9.kemunculan kelas baharu


 Revolusi perindustrian telah membawa perubahan dalam masyarakat di England.Golongan kelas
pertengahan yang baharu in disertai oeh kuasa poliitik.Golongn tersebut bertukar menjadi
golongan “proletariat”.

10.Pekerja dan keadaan kerja di kilang

 Perkembangan drastic dalam bidang perindustrian telah menyebabkan pertambahan pekerja


dalam perkilangan semua kilang dan lombong di Britain mengambil pekerja wanita.Buruh kanak-
kanak di ambil bekerja di kilang dan lombong arang batu dan bekerja selama empat belas jam
sehari.Pekerja kilang terpaksa menghirup udara tercemar dalam kilang dan dipaksa bekera
megikut kelancaran mesin.

11.Perubahan dalam pemikiran politik

 Perubahan dalam politik berlaku pada abad ke-18 di England.kewujudan masyarakat yang
terbahgi kepada dua kumpulan.hasilnya lahirlah idea sosialisme pada tahun 1830-an.

PENUTUP

 Perkembangan industry di England kepada perkembangan masyarakat


Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat.

Huraikan secara kritikal kesan revolusi perindustrian ke atas keadaan pekerja kilang di England.

PENDAHULUAN

 Revolusi perindustrian memperlihatkan perubahan yang belaku di Britain dan negara


perindustrian.Perubahan ini menyebabkan pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan
pertumbuhan penduduk yang tinggi.

ISI-ISI PENTING

 Perkembangan drastik dalam perindustrian telah menyebabkan pertambahan pekerja dalam


perkilanganPekerja-pekerja kilang pada abad tersebut mempunya tempoh masa kerja yang
panjang iaitu selama 12 jam sehari dan enam setengah hari bekerja setiap minggu.Manakala
upah yang dibayar pula hanya sekadar untuk cukup hidup sahaja.
 Semua kilang dan lombong di Britain mengambil pekerja wanita antaranya kilang besi,kilang kulit
kawasan perlombongan dan pembinaan.dianggarkan pada tahun 1840an,6000 pekerja wanita
telah bekerja di lombong-lombong.
 Buruh kanak-kanak di ambil bekerja di kilang dan lombong arang batu dan bekerja selama empat
belas jam sehari.kanak-kanak bekerja dalam keadaan yang berbahaya dan gelap.mereka
terpaksa menarik da menolak kereta sorong di dalam lombong arang batu.kanak-kanak yang
bekerja dalam sektor perkilangan pula menghadapi risiko kehilangan jari.
 Pekerja kilang terpaksa menghirup udara tercemar dalam kilang dan dipaksa bekerja mengikut
kelancaran mesin. Jika ke tandas atau berehat pekerja akan didenda.Keadaan ini menyebabkan
pekerja keletihan dan mengakibatkan kematian apabila pekerja terjatuh ke dalam mesin.
 Tempat tinggal pekerja juga tidak disediakan dengan baik oleh pengusaha klang. Rumah pekerja
hanya dibina sederet, tiada tandas dan tiada bekalan air etapi dikenakan sewa yang tinggi.
keadaan tempat tinggal yang padat dan tidak menjaga kebersihan menyebabkan pelbagai
penyakit melanda seperti taun dan batuk kering.
 Tekanan yang dialami oleh pekerja menyebabkan mereka mengambil beberapa tindakan untuk
menentang penindasan. Antaranya penganggur telah meminta kerajaan menyekat penggunaan
mesin namun ditolak oleh Parlimen.
 Para pekerja membuat rusuhan antara yang terkenal ialah rusuhan Luddite yang dilakukan oleh
pekerja-pekerja mahir dari bahagian penenunan. Mereka berjaya kerana kerajaan berjaya
memansuhkan Akta Kombinasi 1800 dan membenarkan pekerja menubuhkan kesatuan sekerja.
 Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja pengambilan buruh kanak-kanak di kilang untuk
meninjau keadaaan kanak-kanak yang sedang bekerja.
 Penggubalan Akta kilang pada tahun 1833 iaitu masa bekerja kanak-kanak dihadkan tidak lebih
daripada 9 jam
 Beberapa akta digubal untuk menjamin nasib pekerja kilang. Akta tersebut ialah Akta Lombong
1842 yang melarang kanak-kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan arang batu. Akta
sepuluh jam 1847 yang menghadkan masa bekerja bagi wanita dalam perusahaan tekstil ialah 10
jam.

PENUTUP

 Perkembangan industri di England kepada perkembangan masyarakat meninggalkan pelbagai


kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat.

kesan-kesan berlakunya revolusi perindustrian di Jerman.

A) Pendahuluan.

 Revolusi yang berlaku di Jerman telah membawa perkembangan kepada Jerman.


 Terdapat enam kesan berlakunya revolusi di Jerman. Antaranya, melalui masyarakat pertanian,
kemajuan system pengangkutan, perluasan perdagangan antarabangsa, kemajuan sistem
kewangan, dan dasar kerajaan Jerman.
 Kesan ini membawa kemajuan kepada Jerman.

B) Isi-isi

Masyarakat Pertanian

 Perkembangan Revolusi Perindustrian dalam sektor pertanian. Kemajuan teknologi pada abad
ke-18 dan ke-19 menyebabkan meningkatnya mekanisme dalam kegiatan pertanian, khususnya
proses penanaman dan penuaian apabila terciptanya mesin. Masalah pembajakan tanah dapat
diatasi apabila traktor dicipta.
 Kegiatan pertanian juga menghasilkan pengkajian saintifik tentang tanah. Pada tahun 1802, ahli
sains British, Humphry Davy telah menerbitkan buku ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-
tumbuhan. Beliau mengemukakan sumbangan ilmu kimia bagi mengatasi masalah kesuburan
tanah dan tanaman.
 Jerman telah menghasilkan beberapa uji kaji untuk mengamalkan bahan kimia yang boleh
digunakan untuk tanaman. Pada tahun 1840, ahli kimia Jerman, Justus von Leibig telah
menjalankan beberapa uji kaji dan menemui formula untuk menghasilkan baja tiruan atau baja
kimia.

Masyarakat Industri

 Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia barat Jerman.
Pengeluaran bijih besi juga meningkat pada tahun 1900. Muncul pengusaha terkemuka seperti
Alfred krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi.
 Pada tahun 1851, Syarikat Krupp telah mengadakan pameran gerabak kereta api yang terkini
dan meriam bagi memperlihatkan besi-besi keluaran Negara Jerman di Istana Crystal, London.
Permintaan kereta api dari Jerman meningkat dan bilangan pekerja juga meningkat pada tahun
1873.
 Kemajuan dalam industri kulit antara tahun tahun 1870 dan tahun 1914, Jerman mengambil alih
tempat England dalam industri kulit. Perkembangan industri kulit di Jerman ini menyebabkan
perubahan kehidupan masyarakat kepada gaya hidup yang mewah, pertambahan sistem
komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sihat, dan mementingkan pendidikan.
 Pembangunan industri tekstil berlaku di Jerman. Bandar Berlin mengeluarkan mesin-mesin yang
meningkatkan lagi industri tekstil di Jerman.
 Ciptaan-ciptaan baharu berkembang di Jerman. Ciptaan Siemens menyebabkan firmanya
terkenal dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Kemajuan sistem pengangkutan

 Penggantian bahan dari besi kepada keluli telah menyebabkan perkembangan pesat dalam
sektor pengangkutan khususnya pembinaan jalan kereta api.
 Jalan kereta api dibina dengan pesat pada tahun 1870 dan firma Jerman di Borsig telah menjadi
pengeluar utama kereta api di Jerman.

Perluasan perdagangan antarabangsa

 Bismark mendapat tekanan daripada Liga Koloni Jerman, iaitu sebuah pertubuhan yang terdiri
daripada sebuah pertubuhan yang terdiri daripada ahli perniagaan dan penjelajah Jerman.
Pertubuhan tersebut menekan Bismark supaya meluaskan tanah jajahan Jerman untuk
mendapatkan sumber dan meluaskan perdagangan antarabangsa Jerman.
 Desakan perluasan jajahan menyebabkan Jerman memeteraikan perjanjian dalam Persidangan
Koloni Berlin pada tahun 1884. Pada tahun 1884, Jerman telah berjaya mengambil alih bahagian
barat daya Afrika, Togolang, dan Cameron serta menguasai Tanganyika dan Afrika Timur.
 Jerman memluaskan perdagangan dan kegiatan mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik
dengan menguasai sebahagian New Guinea dan pembelian Kepulauan Carolina dari Sepanyol
pada tahun 1884.
 Pada tahun 1897, Jerman telah meluaskan hubungasn perdagangan dengan China bagi
mendapatkan arang batu dan mewujudkan pangkalan tentera laut di pinggir laut China.

Kemajuan sistem kewangan

 Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan


perniagaan di Jerman. Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank, iaitu penggabungan
empat buah bank utama di Jerman.
 Tugas D Bank ialah menguruskan kewangan serta menggalakkan penggabungan perniagaan di
Jerman. D Bank turut menggalakkan hubungan Jerman dengan Negara-negara luar serta aktif di
Timur Jauh, Amerika Latin, Eropah Selatan, dan Timur Tengah.
 Perkembangan dalam sistem perbankan telah membawa kepada kemunculan kelas pengusaha
industri baharu di Jerman pada abad ke-18 kerana mereka mendapat bantuan modal bank.
 Bantuan modal yang dikeluarkan oleh bank-bank Jerman telah mempercepatkan perkembangan
perindustrian di Jerman pada tahun 1870. Seterusnya, penubuhan kartel di Jerman telah banyak
membantu perkembangan perindustrian. Matlamat penubuhan kartel adalah untuk menguasai
bekalan dan harga jualan.

Dasar kerajaan Jerman

 Sekolah pertukangan dan teknikal Jerman diiktiraf sebagai pengeluar tenaga mahir oleh Negara-
negara lain. Bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan, Bismarck telah
memperkenalkan undang-undang insurans sosial yang dikuatkuasakan pada tahun 1883.
Fungsinya ialah menjaga kebajikan pekerja semasa ditimpa kemalangan sewaktu bertugas.
 Merupakan insurans kesihatan. Memberi jaminan terhadap keadaan tidak boleh bekerja akibat
kemalangan yang membawa kecacatan dan jaminan hari tua. Pada tahun 1884, parlimen
(reichstag) meluluskan undang-undang insurans kemalangan. Pembayaran bagi rawatan
perubatan.
 Pelbagai usaha dilakukan oleh pemerintah Jerman untuk meningkatkan perkembangan
perindustrian dan ekonomi Jerman.
 Mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel, dan bank-bank Jerman.
 Jerman juga terkenal dalam bidang ketenteraan.

Penutup

 Kesan yang berlaku di Jerman membawa perubahan perkembangan di Jerman dari semua
aspek.
 Revolusi perindustrian di Jerman telah menjadikan Jerman sebuah kerajaan yang maju.

Terangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke 18 hingga ke 19

A) Pendahuluan

 Masyarakat industri ,mengalami ledakan dunia Eropah dalam kekayaan kebendaan kesan
kemunculan baharu dalam perindustrian ,sumber kuasa,dan pengeluaran .

B) Isi-isi penting

1) Masyarakat pertanian

 Perkembangan Revolusi Perindustrian membawa perkembangan sector pertanian.Kemajuan


teknologi pada abad ke-18 dan ke-19 menyebabkan meningkatnya meknisme dalam kegiatan
pertanian, khususnya proses penanaman dan penuaian apabila terciptanya mesin.
 Pengkajian saintifik tentang tanah.Misalnya,Humpry Davy telah menerbitkan buku mengenai ilmu
kimia dengan fisiologi tumbuh-tumbuhan
 Mengadakan beberapa uji kaji untuk menghasilkan bahan kimia yang boleh digunakan untuk
tanaman. Contohya tahun 1840,Justus von Leibigtelah menemui formula untuk menghasilkan
baja tiruan atau baja kimia.

2) Masyarakat perindustrian

 Pertambahan pembukaan lorong arang batu dan besi di Saxony dan Silesia barat Jerman.
Pengeluaran arang batu dan besi bertambah antara tahun 1860 hingga tahun 1870. Muncul
pengusaha terkemuka seperti Alfred Krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti yang
berkualiti tinggi dan peralatan besi.
 Kemajuan industri kulit mengubah kehidupan masyarakat kepada gaya hidup mewah,
pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sihat dan
mementingkan pendidikan.
 Pembangunan industri tekstil di Jerman bertumpu di wilayah Rhineland,Saxony,dan Silesia.
Bandar Berlin pula mengeluarkan mesin- mesin yang menigkatkan lagi industri tekstil di Jerman.
 Ciptaan baru berkembang di Jerman. Misalnya inovasi yang dihasilkan oleh Siemens dan Martin
menyebabkan pengeluaran keluli meningkat pada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6
juta. Firmanya juga terkenal dengan kejuruteraan elektrik.

3) Kemajuan sistem pengangkutan

 Pembinaan jalan kereta api pada tahun 1870.


 Firma Jerman di Borsig menjadi pengeluar utama kereta api di Jerman

4) Perluasan perdagangan antarabangsa

 Pada tahun 1870-an, berlaku perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman yang


menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masaah dalam memasarkan
barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah.Perindustrian di Jerman
berkembang kepada 243.8% dari tahun 1887 hingga tahun 1912.
 Perluasan empayar berlaku pada tahun 1884 apabila Jerman berjaa mengambil alih bahagian
Barat daya Afrika,Togonland,dan Cameron.Seterusnya Jerman menguasai Tanganyika dan
Afrika Timur. Perluasan empayar dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha
mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik. Misalnya penguasaan sebahagian New Guinea
dan pembelian Kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun 1884.
 Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan
arang batu dan membina pangkalan tentera laut di pinggir laut China.

5) Kemajuan sistem kewangan

 Pada tahun 1840-an, Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai joint stock
dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital. Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D
Bank, iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto of
Stuttgard (1851), Deutsche Bank (1870) dan Dresdender Bank (1872)
 Kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yang baru di Jerman pada abad ke-
18,menggalakkan pertumbuhan industry perlombongan arang batu,besi,keluli,kapas dan kain
bulu,serta sisitem pengangkutan darat dan laut.
 Kartel di Jerman membantu perkembangan sektor perindustrian.Matlamat penubuhan kartel
adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan bagi barangan keluaran yang akan
memaksimumkan keuntungan bagi industri secara keseluruhan dan meminimumkan turun naik
harga dalam pasaran dan perkhidmatan perindustrian.
 Jerman menyelaraskan tariff dan cukai kereta api tertentu bagi tujuan pertahanan.

6) Dasar kerajaan Jerman

 Menubuhkan sekolah pertukangan dan teknikal yang menghasilkan ramai tenaga mahir dan
diiktiraf oleh Negara lain.
 Undang-undang insuranssosial dikuatkuasakan pada tahun 1883 untuk menjaga kebajikan
pekerja jika ditimpa kemalangan semasa bertugas.
 Banyak pusat kesihatan didirikan di daerah dan kos pembiayaan ditanggung oleh satu pertiga
daripada pihak majikan dan dua pertiga daripada pekerja.
 Pada tahun 1884, Reichstag meluluskan Undang-undang Insurans Kemalangan.
 Memanipulasi pengeluaran akhbar di Jerman sebagai langkah untuk mengawal pemikiran
rakyatnya.

Penutup

 Perkembangan industri di Jerman membawa kepada perkembangan masyarakat industri.


 Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat.

Huraikan kesan revolusi perindustrian dengan merujuk kepada dasar yang dilaksanakan oleh
kerajaan di Jerman

Pendahuluan

 Perkembangan industri di Jerman membawa kepada kemajuan pengeluaran tenaga


mahir.Sekolah pertukangan dan teknikal Jerman diiktiraf sebagai pengeluar tenaga mahir oleh
Negara lain.
 Bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan, Bismarck telah memperkenalkan
undang-undang insurans pada tahun1883.

Isi-isi penting:
 Fungsi undang-undang insurans tersebut ialah menjaga kebajikan pekerja semasa ditimpa
kemalangan sewaktu bertugas. Merupakan insurans kesihatan. Memberi jaminan terhadap
keadaan tidak boleh bekerja akibat kemalangan yang membawa kecacatan dan jaminan hari tua.
Banyak pusat kesihatan didirikan di daerah-daerah dan kos pembiayaan di tanggung stau
pertiga daripada pihak majikan dan dua pertiga daripada kalangan pekerja. Reichstag telah
meluluskan
 Undang-undang Insurans Kemalangan pada tahun 1884,yang meliputi pembayaran bagi rawatan
perubatan.Pencen bagi pekerja industri yang berhenti kerja akibat penyakit.Kos pembiayaan
ditanggung sepenuhnya oleh majikan.Skim ini seterusnya diperluaskan kepada pekerja dalam
bidang pertanian.
 Pelbagai usaha dilakukan oleh pemerintah Jerman untuk meningkatkan perkembangan
perindustrian dan ekonomi Jerman.
 Memanipulasi pengeluaran akhbar untuk mengawal pemikiran rakyatnya. Membentangkan rang
undang-undang anti-sosialis di Reighstag pada tahun 1878. Kerajaan boleh menyekat kebebasan
berpolitik di daerah yang difikirkan ‘terancam’ serta menarik balik lesen penerbitan, pencetakan
dan pengedaran.
 Mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bank Jerman. Kesemuana di kawal
oleh pengurusan professional yang lebih kepada dasar esprit de corps yang mengutamakan
ganjaran dan penghormatan kenaikan pangkat dalam masyarakat perdagangan daripada
kepentingan individualistic dan kewangan.
 Kakitangan awam mentadbir jalan kereta api,lombong,telegraf,dan perkhidmatan telefon di
Jerman.
 Jerman juga terkenal dalam bidang ketenteraan. Jerman di kenali sebagai kilang pengeluaran
tentera dan senjata di Eropah.
 Kemenangan Prusia ke atas Austria pada tahun 1866 dan ke atas Perancis pada tahun 1870
hingga tahun 1871 menyebabkan semua Negara Eropah tertumpu ke atas Prusia.

Penutup:

 Kegagalan golongan liberal memanfaatkan kesepakatan mereka dengan Bismarck dalam kes
tarif telah membawa perubahan besar dalam dasar ekonomi pasaran bebas di Jerman. Bismarck
mengamalkan dasar ekonomi pasaran bebas walaupun tidak di sukai oleh segolongan tuan
tanah dan pengusaha industri.
 Jerman mengalami kekurangan bijirin dalam Negara sendiri dan pemansuhan dasar ekonomi
bebas. Tahun 1879, Bismarck telah memperkenalkan Undang-undang Tarif. (Qasim
Ahmad,2003:121)

Huraikan pembaharuan yang dilakukan oleh Peter The Great pada tahun 1682 sehingga 1725.

a) Pendahuluan

 Peter menjadi pemerintah Rusia antara tahun 1682 hingga tahun 1725.Era pemerintahan Peter
menyaksikan banyak pembaharuan uang membolehkan empayar Rusia mencapai kemajuan
standing dengan Negara eropah yang lain.
 Peter menggunakan pengalaman pengembaraanya ke Negara eropah seperti Jerman, Britain,
Britain, Belanda, Austria dan Perancis yang diperoleh sebelum menjadi raja untuk memajukan
empayar Rusia semasa era pemerintahan Peter, Rusia mengalami banyak pembaharuan dari
segi politik, ekonomi, sosial dan perluasan kuasa.

b) Isi-isi penting

1) Politik

 Peter menyusun semula sistem pentadbirann Rusia yang diwarisi sejak era Moscow dan dinasti
Rurik. Pada era Moscow, badan pemerintahan dan pentadbiran yang bertanggunjawab
membantu urusan seharian ialah Duma, Zemski Sabor dan Prikazi. Penyusunan semula sistem
pentadbiran penting untuk melshirksn sistem pentadbiran berpusat, seragam, cekap dan tidak
berlaku pertindihan kuasa antara institusi tertentu.
 Pada tahun 1711, Duma dan Zemski Sabor digantikan dengan majlis senate yang mempunyai
anggota seramai sembilan orang. Colleges dibentuk untuk memikul beban tugas Majlis senate
yang semakin memberat.
 Peter juga menekankan tanggungjawab keputusan secara kolektif bagi menggantikan Prikazi
yang lebih memberi laluan kepada individu tertentu ntuk membuat keputusan.
 Pada tahun172, pusat pentadbiran dan ibi kota Rusia dari Moscow ke St.Petersburg. Pada tahun
1914, nama St. Petersburg ditukar kepada Petrograd yang lebih menjurus kepada identity
Rusia.Segala tindakan Peter ni telah memperkukuhkan kedudukannya sebagai Tsar.

2) Ekonomi

 Peter memberi sokogan kepada industry perkilangan membuat senjata,perlatan teknikal


tentera,dan pembuatan makanan.Tumpuan kapada sector pembuatan seperti tekstil,kertas,kaca
dan barangann kulit.Industri besi dan keluli dimajukan di ural yang kemudiannya menyebabkan
Rusia menjadi pembekal besi utama untuk pasaran eropah pada abad ke-18.
 Bagi menambah hasil perbendaharaan Negara Peter telah memperkenalkan pelbagai cuki
terhadap penduduk tempatan sebagai contoh,cuki tidak langsung dan cukai kepala.Semua cukai
mesti dibyar dalam bentuk wnag tunai.
 Bagi memastikan kutipan cukai berjalan lancer kaedah banci diperkenalkan.Kaedah ii dapat
memastikan jumlah keseluruhan rakyat Rusia dan memudahkan kutipan cukai kepala.

3) Sosial

 Peter yang mengamalkan pemeritah berkuasa mutlak telah melakukan pembaratan melalui
penampilan masyarakat Rusia dengan meminta pegawai tinggi mencukur janggut dan
mewajibkan mereka memakai pakaian ala Jerman dan Hungary. Hal ini diwajibkan kepad semua
kecali petani dan institusi gereja. Mereka juga diwajibkan menghisap cerut. Bagi mereka yang
enggan dikehendak membayar cukai yang telah ditetapkan.
 Selain itu, bagi pembahagian tanah tak alih ia dibahagikan secara sama rata dalam kalangan
anak lelaki pemilik tanah yang telah meninggal dunia. Namun, semasa pemerintahan Peter,
beliau telah mengeluarkan dikri satu anak lelaki sahaja sekiranya tidak mempunyai anak lelaki
maka akan diserahkan kepada anak perempuan atau saudara waris.
 Peter turut mengubah sistem kalender Rusia yang menyambut tahun baru pada setiap
September kepada sistem takwim Julius iaitu pada bulan Januari.Rakyat Rusia juga digalakkan
menterjemah bahan bacaan dari Negara luar.kaum wanita diberi kebebasan untuk keluar dari
rumah.
 Di samping itu, untuk menjadikan Rusia sebagai Negara yang berdaya saing, Peter telah
menghantar ramai pelajar Rusia untuk belajar di barat.Institusi juga banyak didirikan seperti The
Navigator school, Naval Academy dan Artillery Academy serta ebuah university iaitu The
Imperial Academy of Science.

4) Agama

 Peter juga memaikan peranan penting dalam menyuburkan agama Kristian. Beliau telah
mengambil inisiatif dengan menawarkan kemewahan dan kebendaan untuk menukarkan
pegangan agama orang Islam.Tetapi terdapat juga bentuk paksaan seperti merampas tanah
orang islam yang tidak menukar agama dalam masa enam bulan dan mewajibkan mereka
berkhidmat dalam ketenteraan untuk tempoh yang panjang dan sebaliknya sekiranya mereka
bersetuju untuk bertukar agama.
 Peter juga mengarahkan mubaligh Kristian untuk menterjemah kitab Bible ke dalam bahasa
masyarakat tempatan.

5) Pengukuhan ketenteraan
 Kedudukan Rusia yang sering terancam menyebabkan Peter mengukuhkan pertahanan melalui
ketenteraan.
 Peter telah maningkatkan peruntukan untuk ketenteraan.beliau telah memastikan belanjawan
pusat memberi tumpuan kepada pertahanan negara dan sebahagian besar hasil perbebdaharaan
adalah untuk ketenteraan.

6) Perluasan Empayar

 Peter telah berusaha untuk mencari jalan baruuntuk meluaskan empayar Rusia.Hal ini kerana
jalan yang biasa digunaka tidak sesuai iaitu Laut artik yang mengalami suhu takat beku
sepanjang tahun dan menghalang keluar masuk kapal-kapal Rusia.

c) Penutup

 Kejayaan Peter the Great meluaskan empayar dan kredibiliti serta kepimpinannya yang
sistematik telah membawa banyak perubahan yang baik kepada Rusia.
 Pemimpin yang berbiwabawa ini telah membawa Rusia sebagai negara yang berdaya saing
dengan negara-negara di Eropah pada ketika itu.

Huraikan faktor perubahan dasar perhambaan yang dilakukan oleh Tsar Alexander II pada tahun
1855 hingga 1881

A) Pendahuluan

 Lahir pada 17 April 1818 di Moscow dan anak sulung kepada Tsar Nicholas II
 Pada tahun 1841, beliau berkahwin dengan Marie Alexandrovia
 Menjadi Tsar Russia pada akhir hayat ayahnya pada tahun 1855

B) Isi-isi penting

1) Pemberontakan golongan hamba

 Berlaku pertambahan bilangan golongan kesan peningkatan pertanian atau dikenali sebagai
Black Earth Region. Golongan hamba terdiri daripada golongan petani, tawanan perang dan
individu bebas.
 Golongan petani yang menjadi hamba ialah golongan yang tidak dapat melunaskan hutang dan
kos sewa tanah kepada tuan tanah persendirian. Mereka terpaksa mengerjakan tanah pertanian
yang disewa untuk melangsaikan hutang mereka.
 Tawanan perang yang menjadi hamba ialah tawanan semasa pemerintahan Ivan II, Ivan IV,
Peter dan Catherine yang melaksanakan misi perluasan empayar.
 Individu bebas pula berubah menjadi hamba selepas berkahwin dengan golongan hamba.

 Golongan hamba sangat ramai dan melebihi separuh daripada penduduk di kawasan pertanian
seperti Poland, Kier, Raizan, Tula, Minsk, Vladimir dan Kalaga.
 Pertambahan bilangan hamba dalam bidang pertanian tidak seiring dengan kenikmatan hidup
yang dilalui oleh golongan hamba.
 Banyak penderitaan yang ditanggung oleh hamba seperti hidup menderita, bekerja lebih masa
untuk tuan tanah, tidak boleh meninggalkan tanah pertanian sejak dilahirkan, membayar pelbagai
jenis cukai, melaksanakan sistem kerahan tenaga seperti membaiki istana dan sebagainya.
 Selain itu, petani yang bekerja di bandar terpaksa menyerahkan sebahagian gaji kepada tuan
tanah dan ada petani yang terpaksa melakukan kerja di rumah tuan-tuan tanah.
 Di samping itu, hampir keseluruhan petani buta huruf dan tidak berdaya memajukan diri serta
mengamalkan penanaman yang primitif.
 Ketidakpuasan terhadap layanan yang diterima daripada pemerintahan telah menyebabkan
beberapa pemberontakan petani dan hamba berlaku antara tahun 1820an hingga tahun 1860an.
 Antara pemberontakan yang berlaku ialah pemberontakan di wilayah Vladimir, Riazan, Tambor,
Sarator, Penza dan Vorotech telah memaksa Alexander II mengarahkan tentera untuk
mematahkan pemberontakan.
 Alexander II merasakan penggunaan tentera tidak akan menyelesaikan masalah pemberontakan
golongan hamba. Oleh itu, beliau membuat perubahan dasar terhadap sistem perhambaan di
Rusia

2) Tekanan golongan pelajar yang menyokong idea liberalisme

 Golongan pelajar mahukan perubahan dilakukan dan mementingkan kebebasan individu.


 Mereka mendesak Alexander II menghapuskan perhambaan yang tidak sesuai dengan
peradaban manusia dan tidak produktif untuk memajukan ekonomi Rusia.
 Mereka mahu golongan hamba dibayar upah yang setimpal dengan perkhidmatan yang
diberikan.

3) Kekalahan dalam perang Crimea

 Kekalahan dalam perang Crimea yang berlangsung selama tiga tahun (1853 – 1856) telah
menjatuhkan kredibiliti Alexander II
 Perjanjian Paris yang ditandatangani oleh Alexander II menyebabkan Rusia kehilangan
pangkalan lautnya di Laut Hitam.
 Masalah kewangan dan perbendaharaan negara yang defisit diwarisi oleh Alexander II daripada
Nicholas I turut menjejaskan imej Alexander II.

C) Penutup

 Walaupun Alexander II melakukan menghadapi namun beliau masih mengamalkan autokrasi


dalam pemerintahannya. Dasar beliau masih tidak diterima oleh seluruh masyarakat Rusia dan
mendapat penentangan daripada golongan pelajar yang mahu kuasa Tsar dikawal dan menuntut
demokrasi tulen di Rusia.
 Ketidakpuasan hati golongan liberalisme menyebabkan mereka berpakat untuk menjatuhkan
Alexander II. Pada tahun 1866, satu cubaan untuk membunuh Alexander II dilakukan, namun
berjaya dipatahkan.
 Alexander II mengambil tindakan tegas dengan mengehadkan kemasukan pelajar ke universiti,
memecat pengarang akhbar yang menulis dan tidak memaparkan nama, menangkap dan
membuang mereka yang memberontak ke Siberia tanpa menjalani perbicaraan mahkamah, dan
membentuk Polis Rahsia untuk menangkap mereka yang mengkhianati Tsar.

: Huraikan dasar pemerintahan yang dilakukan oleh Tsar Nicholas II pada tahun 1894 hingga 1917

A) Pendahuluan
 Nama sebenar beliau ialah Nikolai Alexandrerich Demorau. Lahir pada 06 mei 1868.
 Tempat lahir beliau ialah St. Petersburg, Russian Empire (sekarang Russia). Anak pertama Tsar
Eritch Aleksandr III dan isteri, Maria Fyodorovna. Nama panggilan beliau ialah Nicky, Nicholas
the short dan bloody Nicholas. Meninggal dunia pada 17 Julai 1918 di Yekaterinburg, Russia.

B) Isi-isi penting:
1) Dasar autokratik
 Mempunyai kata pemutus dalam sebarang keputusan penting berkaitan dengan hal ehwal
kerajaan pusat.
 Berkuasa dalam sebarang hal perundangan, pentadbiran, ekonomi dan ketenteraan.
 Berhak melantik dan melucutkan jawatan seseorang menteri. Menteri yang dilantik
bertanggungjawab kepada Tsar.
 Mementingkan keluarganya dan bercita-cita untuk melantik puteranya sebagai pengganti serta
mendengar nasihat isterinya sehingga menolak sebarang pembaharuan yang boleh menjatuhkan
kekuasaan pemerintahan autokrasi di Rusia.
 Tidak memberi hak asasi dan kebebasan kepada rakyat Rusia. Misalnya, golongan bawahan
tidak dibenarkan mengadakan sebarang perhimpunan atau membentuk pertubuhan tanpa
kebenaran daripada pemerintah.
 Organisasi yang berbau keagamaan tidak dibenarkan wujud tanpa kebenaran pihak pemerintah
walaupun para penganut ajaran Kristian Ortodoks merupakan golongan majoriti dan berpengaruh
di Rusia. Jika tidak mematuhi arahan Tsar, mereka akan dipenjarakan atau dihantar ke Siberia
tanpa dibicarakan.

2) Dasar autokratik
 Mengehadkan kebebasan akhbar bagi membendung penyebaran idea subversif dalam kalangan
masyarakat. Sebarang penulisan atau berita yang ingin disebarkan perlu melalui tapisan yang
ketat.
 Kebebasan golongan Yahudi dihadkan. Tempat tinggal dikawal dan penempatan mereka
dinamakan The Jewish Pale Of Settlement. Golongan Yahudi hanya boleh menceburi bidang
pekerjaan yang ditetapkan dan hanya segelintir orang Yahudi yang mendapat tempat di
Universiti.
 Bagi mengawal pergerakan bawah tanah yang mengetengahkan ketidakpuasan hati rakyat dan
membendung kebangkitan masyarakat yang melalui fasa perubahan akibat ledakan ekonomi,
Nicholas II menubuhkan polis rahsia atau okhrana yang mempunyai jaringan wakil yang luas
serta pemberi maklumat dari kawasan luar bandar atau bandar. Mereka mendapat latihan khas
untuk berhadapan dengan gerakan bawah tanah yang menghasut rakyat dan menyebarkan
propaganda di Rusia. Oleh itu, penubuhan okhrana memperkukuhkan kekuasaan Nicholas II

3) Pembangunan ekonomi
 Pada tahun 1892, beliau telah melantik Sergei Witte sebagai Menteri Komunikasi dan
Pengangkutan Rusia. Antara tahun 1892 hingga tahun 1903, Sergei Witte telah menjawat
jawatan sebagai Menteri Kewangan Rusia dan melakukan pelbagai perubahan.
 Memberi keutamaan dalam pembinaan landasan kereta api kerana landasan kereta api
merupakan kunci kepada pembangunan ekonomi Rusia. Pada tahun 1894, Kerajaan Rusia
mengambil alih landasan kereta api St. Petersburg-Moscow, St. Petersburg-Warsaw dan St.
Petersburg-Nizhniy Novgorod. Pembinaan landasan kereta api ke timur menerusi projek Rentas
Siberia telah dimulakan pada tahun 1891 dan siap pada tahun 1905. Perkembangan ini
membawa kepada pembangunan ekonomi dan penghijrahan penduduk untuk membuka
penempatan baharu di Siberia.
 Menarik pemodal asing melabur di Rusia dengan mengambil beberapa tindakan yang strategik.
 Antara tindakan yang diambil ialah menstabilkan nilai semasa rouble dan menyekat kegiatan
spekulasi serta menambah simpanan emas dengan meningkatkan jumlah eksport hasil
pertanian.
 Selain itu, menguruskan pinjaman luar dan menawarkan kadar bunga yang tinggi kepada pelabur
Perancis, Britain dan Jerman.
 Di samping itu, mengendalikan sistem kewangan dengan baik dan memberi keyakinan kepada
pelabur untuk melabur di Rusia.

4) Pembangunan pendidikan
 Nicholas II kurang memperuntukan perbelanjaan dalam bidang pendidikan berbanding bidang
ekonomi.
 Buktinya, hanya 150 juta rouble dibelanjakan pada tahun 1890 hingga tahun 1900 untuk
pendidikan berbanding 120 juta rouble diperuntukan untuk pembinaan landasan kereta api
setiap tahun.
 Perkembangan pendidikan teknikal hanya diberi keutamaan oleh Sergei Witte demi memajukan
ekonomi di Rusia. Pada tahun 1894, terdapat lapan buah sekolah teknik di Rusia meningkat
kepada beratus-ratus buah di Kiev, Mosvow, dan St. Petersburg.
 Kesannya,kadar celik huruf meningkat daripada 20 peratus pada tahun 1890 kepada 38 peratus
pada tahun1914.

5) Kebangkitan penentangan masyarakat


 Pemerintahan Nicholas II kurang aman dan tidak mendapat sokongan padu daripada rakyat
Rusia. Nicholas II menghadapi kebangkitan daripada golongan intelligentsia.
 Namun, golongan intelligentsia menghadapi krisis dalaman sehingga berpecah kepada
Slavophiles dan Westernizers.
 Golongan Slavophiles menyakini pemerintahan Tsar dan ajaran Kristian Ortodoks sebagai
kepercayaan terbaik. Malahan, golongan ini mahu mengekalkan komun di wilayah pertanian.
 Golongan Westernizers pula mahukan perubahan mengikut model negara Eropah seperti
Perancis dan England yang mengamalkan pemerintahan raja berperlembagaan. Golongan ini
menuntut hak asasi masyarakat bawahan dihormati dan tradisi lama yang membelenggu
kemajuan masyarakat Rusia dihapuskan.
 Perubahan yang dikehendaki ialah membebaskan rakyat daripada belenggu tunggakan hutang
tanah, kemiskinan dan kebuluran. Kedua-dua golongan ini sependapat dalam mengekalkan
institusi pemerintahan beraja dan inginkan Tsar melaksanakan pembaharuan.
 Perkembangan pendidikan tururt mempengaruhi perkembangan liberalisme di Rusia. Penubuhan
Universiti di Rusia telah melahirkan banyak graduan dan peningkatan golongan profesional
seperti pensyarah, peguam, penulis, doktor, ahli sains dan jurutera. Golongan profesional ini
lebih cenderung kepada fahaman liberalisme.
 Mereka mendesak Tsar melakukan perubahan dengan kaedah dialog dan interaksi. Namun,
mereka gagal dan beralih kepada corak radikal menerusi penglibatan dalam Union Of Liberation
pada tahun 1903.

6) Kebangkitan penentangan masyarakat


 Nicholas II turut meghadapi gerakan politik baru di Rusia seperti Parti Buruh Sosial Demokrasi
(Russian Social Demokratik Labor Party) yang ditubuhkan pada tahun 1898 di Switzerland.
Antara pemimpin yang terkenal ialah Vladimir Ilyich Lenin.
 Dalam tempoh dua minggu ditubuhkan, polis Rusia telah menangkap pemimpin-pemimpin Parti
Buruh Sosial Demokrat. Penangkapan ini diarahkan oleh Nicholas II kerana tidak mahu
penyebaran idea yang mengugat kedudukannya sebagai Tsar yang berkuasa autokratik. Namun,
Nicholas II tidak mampu membendung penyebaran fahaman Marxisme di Rusia kerana semasa
dalam tahanan penjara, Lenin telah menggunakan masanya untuk mendalami teori Karl Marx
serta membaca hasil penulisan Chernyshevsky dan Nechaev.
 Selepas dibebaskan, Lenin telah mengikuti Plekhanov dan menyebarkan fahaman Marxisme di
Rusia. Melalui Parti Buruh Sosial Demokrat, Lenin menggunakan hak kebebasan akhbar di Barat
untuk menerbitkan akhbarnya, iaitu Iskra. Menerusi akhbar Iskra, propaganda Marxisme dapat
disebarkan kepada generasi muda di Rusia melalui saluran bawah tanah.
 Namun, pada tahun 1903, parti ini meghadapi konflik dalaman dan berlaku perpecahan antara
penyokong Lenin dan Menshevik. Lenin dan Bolshevik mengetatkan keanggotaan parti kepada
revolusioner profesional. Manakala, Menshevik diketuai oleh Martov yang mahukan keahlian
yang longgar, bebas bersuara pada setiap masa dan terbuka kepada umum.

7) Kebangkitan penentangan masyarakat


 Nicholas II turut menghadapi peristiwa Ahad Berdarah yang menyumbang kepada Revolusi 1905.
Peristiwa ini berlaku semasa Paderi Gapon yang membawa petisyen kepada Nicholas II di Winter
Palace yang ditandatangani oleh 15 000 orang.
 Malangnya, perkumpulan masyarakat untuk menyampaikan petisyen kepada Nicholas II di luar
istana Winter Palace hanya sia-sia kerana Nicholas II tiada sebaliknya berada di Tsar Skoe, di
luar St. Petersburg. Wakil dari Tsar pula tidak dibenarkan menerima petisyen itu bagi pihak
istana.
 Oleh yang demikian, daripada perkumpulan masyarakat yang bergerak secara aman, tidak
membawa senjata, kemudiannya telah bertempur dengan tentera Rusia. Mereka telah disuraikan
dengan cara kekerasan sehingga mengakibatkan seramai 130 orang terbunuh dan 299 orang
tercedera.
 Peristiwa Ahad Berdarah ini telah menyebabkan masyarakat mula hilang kepercayaan terhadap
Nicholas II. Pada masa yang sama, masyarakat antarabangsa seperti Amerika Syarikat dan
Jerman turut mengecam tindakan tentera Nicholas II yang menggunakan kekerasan terhadap
masyarakat massa.

C) Penutup
 Nicholas II terdesak dalam mempertahankan kedudukannya sebagai pemerintah autokratik dan
pada masa yang sama perlu menangani krisis politik yang semakin mencabar daripada
demonstrasi kelas sosial di bandar St. Petersburg dan Moscow.
 Masyarakat massa semakin berani memperjuangkan kehendak mereka yang ingin mengehadkan
kuasa yang dimiliki oleh Tsar. Akhirnya, Sergei Witte menasihatkan Nicholas II untuk memilih
sama ada pemerintahan secara diktator ketenteraan atau monarki berperlembagaan.
 Akhirnya, Nicholas II akur dengan tuntutan masyarakat dan cenderung kepada Monarki
berperlembagaan. Beliau mengisytiharkan manifesto pada 17 Oktober 1905.

Huraikan Pertikaian antara golongan raja dengan golongan parlimen yang berlaku di England
pada abad ke-16 hingga tahun 1688

Pendahuluan :

 pada abad ke-16, England diperintah raja-raja Dinasti Tudor dan Dinasti Stuart.
 Parlimen England terdiri daripada House of Lords dan House of Commons.
 House of Lords disertai oleh golongan tuan tanah yang kaya, golongan bishop, dan kerabat diraja.
 House of Commons disertai oleh golongan knight, orang kaya dan peguam.
 House of Lords lebih berpengaruh daripada House of Commons dari segi politik kerana raja
mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli-ahli House of Lords.

Isi-isi penting :

 Meskipun raja-raja Dinasti Tudor (1485-1603) mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak,
namun mereka masih menghormati prinsip perbatasan pemerintahan seperti yang terkandung
dalam Magna Carta. Raja-raja Tudor seperti Raja Henry VII, Raja Henry VIII dan Ratu Elizabeth I
tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerintahan mereka.

 Pada abad ke-17, wujud pergeseran antara mazhab Kristian di England. Terdapat sebilangan
kecil penganut mazhab Protestan yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican kerana gereja
Anglican mengamalkan sifat gereja tradisional Kristian (Katolik), walaupun kebanyakkan ahli
gereja Anglican merupakan penganut faham Calvin. Golongan yang tidak berpuas hati dengan
gereja Anglican dikenali sebagai golongan puritan. Matlamat perjuangan mereka ialah
membersihkan amalan agama di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom. Kumpulan ini
juga mahukan gereja di England bebas daripada kawalan politik.

 Raja-raja Stuart pula mengambil sikap yang berbeza daripada raja-raja Dinasti Tudor. Raja-raja
Stuart terpaksa berhadapan dengan penentangan ahli-ahli parlimen dan kebangkitan golongan
Puritan. Kesan penentangan tersebut mencetuskan perang saudara di England yang dikenali
sebagai Revolusi Puritan yang berlaku antara tahun 1642 hingga 1648. Pemerintahan Raja
James I dan anaknya Raja Charles I dari Dinasti Stuart tidak memahami tradisi politik England.
James I merupakan raja yang berpegang kuh kepada doktrin kuasa suci raja. Baginda
menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi segala undang-undang yang digubal oleh
manusia. Hal ini bermakna semua institusi pemerintahan diwujudkan untuk berkhidmat kepada
raja bukannya berkongsi kekuasaan dengan raja.

 Krisis antara Raja James I dengan parlimen semkain meruncing ekoran isu pengenaan cukai
oleh Raja James I tanpa persetujuan parlimen. Menurut baginda, sebagai raja yang memerintah,
baginda mempunyai hak dan kuasa dalam soal pungutan cukai dan kewangan. Ahli parlimen
menuduh baginda menjalankan pemerintahan tanpa mengikut perlembagaan dan
membelakangkan parlimen. Ekoran pertelagahan tersebut, pada tahun 1611, Raja James I
bertindak membubarkan parlimen dan keadaan politik di England semakin bercelaru. Keadaan
diburukkan lagi dengan kematian Raja James I pada tahun 1625. Baginda digantikan dengan
puteranya, Raja Charles I.

 Rasa tidak puas hati terhadap penggunaan kuasa mutlak raja telah dibuat secara rasmi pada
tahun 1628 apabila parlimen mengemukakan Petition of Right kepada Raja Charles I. Petisyen ini
mengutuk tindakan raja yang bersikap autokratik dan menentang amalan raja memungut cukai
tanpa kelulusan parlimen. Raja juga tidak boleh menahan dan memenjarakan seseorang dengan
sesuka hati tanpa mengikut peraturan dan proses undang-undang. Raja Charles I membubarkan
parlimen dan menjalankan pemerintahan secara mutlak. Baginda menjalankan pemerintahan
tanpa parlimen selama 11 tahun. Dengan membubarkan parlimen, Raja Charles I bebas
memerintah dan memperkenalkan pelbagai jenis cukai dan membentuk agensi pemungut cukai
bagi menjalankan urusan pungutan cukai.

 Raja Charles I menubuhkan kembali parlimen yang beliau mansuhkan 11 tahun lalu bertujuan
mendapatkan kelulusan parlimen untukmendapat peruntukan yang beliau perlukan.
bagaimanapun, majoriti ahli parlimen yang kebanyakkannya golongan puritan daripada gereja
Presbytrian enggan bekerjasama. Ahli parlimen menuntut baginda memansuhkan undang-
undang yang diluluskan tanpa persetujuan parlimen, menghapuskan undang-undang yang tidak
disenangi parlimen, dan memecat pegawai kerajaan yang rasuah. Jika baginda bersetuju,
barulah ahli parlimen meluluskan peruntukan yang dimintanya.

 Peperangan antara kedua-dua pihak tidak dapat dielakkan. Tentera parlimen yang dipimpin
Oliver Cromwell berjaya menewaskan tentera Raja Charles I pada tahun 1645. Pergeseran
antara kedua-dua kumpulan tersebut memberi ruang kepada Raja Charles I melancarkan
peperangan sekali lagi pada tahun 1648. Bagaimanapun, Raja Charles I dapat ditumpaskan.
Dalam persidangan yang diadakan selepas itu, parlimen mengambil keputusan menjatuhkan
hukuman bunuh ke atas Raja Charles I. Parlimen juga mengisytiharkan England sebagai negara
republik dan Cromwell sebagai ketua negara yang baharu.

 Kesukaran mendapat kerjasama daripada ahli-ahli parlimen untuk menjalankan pemerintahannya


menyebabkan Cromwell mengambil tindakan membubarkan parlimen pada tahun 1653 dan
membentuk sebuah kerajaan baharu yang dikenali sebagai Protectorate. Beliau memegang
jawatan Lord Protectorate. Parlimen dibentuk dan kerajaan baharu ini berasaskan satu
perlembagaan bertulis. Meskipun Cromwell memerintah mengikut perlembagaan namun
pemerintahan yag diamalkannya bercorak kediktatoran tentera. Banyak kejayaan yang dicapai
oleh Cromwell dalam bidang perdagangan dan dasar luar.

 Pada tahun 1658, Cromwell meninggal dunia dan digantikan oleh anaknya, iaitu Richard
Cromwell. Bagaimanapun, Richard Cromwell meletakkan jawatan setelah tidak sampai setahun
memerintah. Pemulihan sistem monarki di England dilakukan berasaskan kompromi dan
persefahaman antara raja dengan parlimen. Raja Charles II (putera Charles I) ditabalkan sebagai
raja England. Pada peringkat awal pemerintahannya, Raja Charles II cuba melaksanakan dasar
yang tidak mencetuskan perasaan tidak puas hati parlimen. Sekali lagi, soal agama menjadi
punca pertelagahan antara parlimen dan raja.

 Raja Charles II seterusnya telah membuat perisytiharan diraja yang dikenali sebagai Declaration
of Indulgence (1672) yang bertujuan memansuhkan undang-undang yang menyekat penganut
Katolik melakukan amalan tradisi mazhab mereka. Perisytiharan itu juga menandakan tiada lagi
sekatan kepada golongan Katolik untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam dan
pasukan keselamatan.

 Pihak parlimen bertindak balas dengan meluluskan Test Act (1673) yang melarang orang Katolik
daripada memegang jawatan dalam perkhidmatan awam. Satu lagi akta digubal pada tahun 1679
yang dinamakan Habeas Corpus Act bertujuan membolehkan rakyat mendapat penjelasan
daripada pihak berkuasa sekiranya mereka ditangkap dan ditahan. Raja Charles II meninggla
dunia pada tahun 1685 setelah memerintah England selama 25 tahun. Adiknya, Raja James II
menaiki takhta. Baginda mempunyai kecenderungan untuk memulihkan kembali doktrin kuasa
suci raja.

 Tentangan terhadap Raja James II menjadi semakin terbuka apabila baginda menjalankan dasar
agama yang lebih condong kepada mazhab Katolik. Raja James II akhirnya disingkirkan daripada
takhtanya. Mary II dan suaminya Willian of Orange dijemput dari Belanda dan ditabalkan sebagai
Raja England.

Penutup:

 Pergeseran antara parlimen dan Raja England berkisar kepada dua isu utama, iaitu isu
pemerintahan raja yang membelakangkan parlimen dan isu agama (kegerejaan).

Bincangkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap struktur parlimen di perancis

A) Pendahuluan

 Kelemahan struktur parlimen perancis dikatakan menjadi salah satu punca merosotnya
pengaruh pemerintahan beraja mutlak di Negara berkenaan
 Tindakan raja yang menyebelahi golongan bangsawan dan paderi akhirnya membawa kepada
keruntuhan pemerintahan beraja mutlak di perancis pada akhir ke-18

B) Isi –isi penting

 Ahli-ahli parlimen dibahagikan kepada 3 estet (blok) berdasarkan golongan masing-masing.


Estet pertama terdiri daripada golongan paderi, estet k-2 terdiri daripada golongan
bangsawan, estet k-3 diwakili oleh golongan bourjois dan petani. Mengikut tradisi, ahli-ahli
parlimen diminta oleh kerajaan untuk mengemukakan senarai rungutan atau dikenali sebagai
cahiers. Setelah mengetahui cahiers itu, kerajaan akan mengambil tindakan untuk
menyelesaikan aduan tersebut. Cahiers daripada estet pertama dan estet k-2 mengandungi
tuntutan yang tidak selaras. Estet pertama menuntut pengurangan hak istimewa golongan
bangsawan manakala estet k-2 pula berusaha mengurangkan hak istimewa golongan paderi
 Peraturan mengundi di parlimen adalah mengikut estet bukannya secara undi individu.
Sekiranya estet pertama yang terdiri daripada golongan paderi dan estet kedua yang terdiri
daripada golongan bangsawan meluluskan sesuatu usul ,bermakna estet ketiga yang terdiri
daripada rakyat biasa tiada kuasa untuk membantah usul tersebut. Peranan ketiga-tiga estet
itu merupai ‘parlimen’ yang membenarkan perbincangan berkaitan hal-hal di daerah masing-
masing
 Parlimen yang bersidang buat kali pertamanya pada 5 mei 1789 masih mengikut peraturan
cara lama. Semua upacara lama dikekalkan dan peraturan tersebut member keistimewaan
kepada estet pertama dan estet k-2. Cara persidangan di parlimen juga mengikut cara lama,
iaitu selepas membincangkan sesuatu usul.ahli-ahli dewan akan mengundi sama ada
menyokong atau membangkang,keadaan ini tidak akan menyebelahi estet ketiga kerana jika
estet pertama dan estet ke dua tidak menyokong bermakna undi akan menjadi satu melawan
dua
 Oleh itu, estet ke tiga menuntut supaya ketiga-tiga estet disatukan dan pengiraan undi
berdasarkan undi individu (kepala) yang terdiri daripada seluruh anggota parlimen (ketiga-tiga
estet).raja Louis XVI membuat keputusan supaya peraturan lama mesti di guna pakai. Estet
ke tiga mengingkari perintah raja Louis XVI dan menjemput anggota-anggota estet pertama
dan estet kedua berunding degan mereka.setelah perundingan dijalankan lebih kurang dua
minggu,kebanyakan anggota estet pertama dan estet kedua menolak cadangan
menggabungkan ketiga-tiga estet
 Pada 12 jun 1789,estet ketiga mengisytiharkan diri mereka sebagai perhimpunan kebangsaan
(atau parlimen Negara). Revolusi perancis bermula dengan perisytiharan estet ke tiga sebagai
perhimpunan kebangsaan. Bagaimanapun,apabila ahli-ahli perhimpunan kebangsaan
bersama-sama pemimpin mereka menuju ke dewan, mereka dapati pintu-pintu dewan telah di
kunci dan di kawal oleh tentera.ahli-ahli perhimpunan kebangsaan melarikan diri ke bangunan
lain apabila khabar angin menyatakan raja Louis XVI hendak menggunakan tentera untuk
menentang ahli perhimpunan kebangsaan.
 Mereka berhimpun di gelanggang tenis dan mengangkat sumpah bahawa mereka tidak akan
bersurai sehingga mereka menggubal perlembagaan perancis. Peristiwa ini di kenali sebagai
‘sumpah padang tenis’. Prinsip perjuangan golongan estet ketiga yang terdiri daripada kelas
menengah menjadi semakin ketara kerana mereka mahu konsep persamaan dan keadilan di
praktikkan bukannya di beri sesuatu keistemewaan kepada rakyat berdasarkan hak atau
warisan turun temurun . mereka mahukan hak individu golongan yang berkemampuan dan
berbakti. Khasnya kelas pertengahan di beri perhatian sewajarnya.
 Walaupun golongan bangsawan istana dan ahli keluarga raja mahu menggagalkan
perhimpunan kebangsaan dengan menubuhkan satu pasukan tentera dibawa pimpinan
marshall de Broglie tetapi tidak mampu menghalang kehendak rakyat menghapuskan sistem
monarki .malah sebahagian tentera de Broglie menyertai perhimpunan kebangsaan .
 Satu lagi peristiwa penting ialah kejatuhan bangunan bestille ketangan pemberontak pada 14
julai 1789.bangunan tersebut menempatkan tahanan politik seperti Voltaire dan
Diderot.kejatuhan bangunan ini memberi semangat kepada golongan revolusi dikawasan
Bandar dan desa .kejatuhan bastille tidak dilupakan oleh orang perancis hingga kini.malah
hari kebangsaan perancis dirayakan pada 14julai setiap tahun sempena peristiwa ini.
 Perhimpunan kebangsaan Berjaya menghapuskan sistem feudal,perhambaan,dan golongan
istimewa.monopoli golongan bangsawan dihapuskan (tanapa pampasan) ,cukai yang sama
untuk semua golongan ,menghapuskan buruh paksa,cukai dan semua jenis hak istimewa
gereja di tarik balik Selepas itu, berlaku hari ogos yang mengesahkan penghapusan
masyarakat feudal di perancis yang di amalkan turun temurun.Ahli parlimen dengan
sendirinya memansuhkan sendiri hak-hak istimewa feudal mereka
 Golongan feudal yang lain juga berlumba-lumba menyerahkan hak-hak lama mereka dan
pada masa yang sama, golongan paderi member kutipan cukai gereja dan hak-hak
gereja.Satu dikritelah dikeluarkan yang menandakan bahawa seluruh pemerintahan feudal
telah di musnahkan.
 Maka seterusnya ialah memperjuangkan kebebasan memiliki harta benda, perlindungan dan
menentang penindasan.Oleh itu pada 26 OGOS 1789 , parlimen telah meluluskan
perisytiharan hak-hak manusia dan warganegara. Perisytiharan ini mengiktiraf semua
manusia dilahirkan kekal bebas dan mempunyai hak yang sama dan perbezaan hanya boleh
diwujudkan berdasarkan kemanfaatan umum
 Pada julai 1790 perlembagaan sivil gereja telah diluluskan. Melalui perlembagaan ini,
golongan paderi akan dipilih oleh rakyat dan diberikan gaji.Golongan paderi dikehendaki
mengangkat sumpah taat setia kepada perlembagaan awam. Menjelang tahun 1791, majlis
perhimpunan kebangsaan telah menyiapkan satu perlembagaan baru yang ditandatangani
oleh raja Louis XVI. Berdasarkan idea MOSTESTQUIE melalui teori pengasingan kuasa
,kerajaan dibahagikan kepada badan legislatif ,badan eksekutif dan badan judisiari .
 Pemerintahan raja berpelembagaan berlangsung selama setahun, kemudian sistem
pemerintahan perancis bertukar menjadi republik. Raja Louis XVI dan isterinya marie
Antoinette dipancung menggunakan gilotin oleh puak-puak yang menyokong parlimen .
 Selepas kematian Robespierre pada julai 1794 berakhirlah zaman pemerintahan ganas di
perancis. Keadaan tidak stabil berlarutan sehinggalah munculnya napoleon Bonaparte
mengambil alih kuasa pemerintahan di perancis pada penghujung tahun 1799

C) PENUTUP

 Penindasan yang dialami sekian lama oleh golongan rakyat menyebabkan mereka bangkit
menentang ketidakadilan yang wujud disebabkan suara mereka tidak di dengar di parlimen
 Pembahagian parlimen mengikut blok akhirnya di mansuhkan dan hanya tinggal satu blok
sahaja yang mewakili semua golongan masyarakat perancis

Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan industri di Amerika syarikat.

A) Pendahuluan
- Tdpt pelbagai faktor yg mmbuatkn peningkatan ekonomi di Amerika Syarikat dgn sebab
mmpunyai sumber aasli yg byk, tenaga buruh yg ramai, penggunaan teknologi maju, teknik
pemasaran yg di gunakn kpd pengguna & mmggunakn dasar2 kerajaan yg tlh di ttpkn.

B) Isi2 penting :

1. Sumber Asli & Negara yg luas


- Amerika mrpakn sbuah Negara bsr serta mampu myediakn pnawaran tanah yg luas blum
dterokai spnuhnya. Prkmbngan revolusi prindustrian tlh mnambahkn pgeluaran hasil
pertanian,mningkatkn pnggunaan teknologi,& mgurangkn prmintaan tenaga buruh dlm prtanian.
- Pnawaran tenaga buruh tlh dgunakn dlam bidg industri tanpa mnjejaskn bidang prtanian d
Amerika.
- Amerika juga kaya dgn sumber asli sprti kayu balak,arang batu,&minyak yg mbwa kpda
prtumbuhan industri arang batu,besi keluli & minyak.

2. Imigrasi,buruh & perbandaran.


- Amerika mnjdi tumpuan imigran dr perancis pd thn 1695, & imigran jerman mlarikan diri dr tnh air
mereka krna tdk mahu trhimpit dgn pperangn antara jerman & perancis.
- Kmsukan buruh2 ini hsil galakkn drpd undang2 Buruh Kontrak yg tlh dwartakn pd thn 1864. Kdtgn
buruh2 luar & penghijrahn pnddk dr desa ke bndr tlh mdrong pertmbuhn ekonomi krna mmpunyai
tenaga buruh yg bnyak.
- Prtumbuhn prindustrian & prdagangan trut mndrong prtumbhn Bandar antara thn 1860 – thn
1900.

3. Kemajuan Teknologi
i. Ciptaan telegraf – Samuel F.B. Morse ( 1844 )
ii. Telefon – Alexander Graham Bell ( 1876 )
iii. Cahaya elektrik – Thomas Alva Edison ( 1879 )
iv. Kereta – Henry Ford ( 1893 )
- Pnciptaan teknik pgeluaran besi keluli scra bsr2an & pmbinaan & pertumbuhan jaringan
pengangkutan peringkat kebangsaan.
- Penciptaan baru slaras dgn pggunaan tenaga elektrik & telefon tlh mmudhkn sistem komunikasi
& mningkatkn hsl mgluaran prklangan di Amerika.

4. Teknik pemasaran
- Membantu pnjualan brngan siap & mmajukn bidang prniagaan di Amerika.

i). mail order house.


- prhidmatan mghntar brg mlalui sistem pos . Brgan dpt d hntar & d trima o msyrt luar bndr.
ii). Gedung jualan besar.
-mnawarkn plbgai brngn & prkhidmatan di 1 tmpt.
iii). Teknik pengiklanan.
-mempromosikn brngan mula brkmbg pd thn 1869.
iv). Ekspo Antarabangsa.
-Columbian yg prtama di Chicago tlh d anjurkn pd thn 1893.
-mrpkn upacara social & bdaya yg pplar & brjaya mnrik 27 juta plawat.
-plbgai brngan pgguna tlh di prknlkn kpd rakyat Amerika.

5. Peranan kerajaan.
- Mmainkn pranan pntg dlm prtumbuhan industry & prdagangan di Amerika. Antaranya :
i. Mwujudkn kstabilan mata wang
ii. Tarif yg brsesuaian
iii. Mmbnrkan pgguna mggunakn sumber semula jadi
iv. Mmbntuk polisi imigrasi yg longgar
v. Mgenakn kdr cukai yg rndh
vi. Mwujud kn sistem prbankan kbgsaan

- Kerajaan mwujudkn bbrpa akta bgi mnggalakkn & melindungi prdagangan. Antaranya :
i). akta landasan krta api pasifik pda thn 1862 & thn 1864 yg mmbolehkn kerajaan amerika
mnyumbangkn tanah awam kpd syrikat2 swasta utk mmbina landasan krta api merentas benua.
Kerajaan jga mnyumbang bantuan kewangan , iaitu mnjanjikn byrn $ 48 ribu dolar bgi stiap batu
jln krta api yg di bina di kwsn prgunungan . kerajaan jga mmberi pinjaman yg disubsidi slm 30 thn
dgn kadar faedah yg rendah di bawah harga pasarn.

ii) pengenalan akta ladang & akta majlis tanah .

Penutup:

 Apa-apa yang berkaitan.

: Bincangkan perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika syarikat pda abad ke-18.

Pendahuluan

- P’prangan Amerika dgn Britain yg berakhir pda thn 1812 mmbuka era baru bgi Amerika. Rakyat
Amerika berusaha gigih agar dapat brdikari dri segi ekonomi dan tidak dibelenggu olh Britain.
- Slps thun 1812, Amerika mula mengalihkan prhatian kpd dasar dlm negeri. Ekonomi masyarakat
Amerika beralih drpd mengusahakan prladangan kpd prkilangan.
- Pda abad ke-18 hingga ke-19 ekonomi Amerika beralih kpd prkembangan industri baru sprti
industri kereta api, pemprosesan makanan , besi keluli, dan perlombongan selari dgn industri lma
sprti industri tekstil dan pmbungkusan daging.

Isi-isi penting

1. Pertanian & industri.

- Pda thun 1800, 6 drpd 7 pekerja di Amerika mrupakan petani dan ketika itu tiada Bandar yg
mmpunyai pndduk melebihi 100 000 org. Pda thun 1860, populasi brtambah kpd 30 juta org dan
9 buah Bandar di Amerika mmpunyai kpd tan pnddk melebihi 100 000 org dan hanya 50%
pekerja Amerika adlh petani. Hal ini, mmperlihatkn bahawa benua Amerika yg luas dan hanya
bberapa kwsan yg masih mnjalankn kegiatan prtanian dan prladangan.
- Sebahagian drpd kwsn selatan dan barat Amerika masih mngusahakan pertanian sbgai sumber
ekonomi yg utama. Negari2 di selatan mngusahakn prtanian sbgai sumber ekonomi yg utama
dan mmerlukan byk buruh utk mengusahakn kegiatan prladangannya. Hasil keluaran negeri di
selatan yg utama ialah kapas , gula , beras , dan tembakau dibawa ke negeri di utara bagi tujuan
pemasaran dlm negeri atau luar.

- Hasil pertanian dri negeri2 dibarat tengah seperti gandum,daging dan tenusu dibawah ke utara
dan kemudian dipasarkn ke luar Negara.

- Perkembangan pertanian mmbawa kpd perkembangan perindustrian dan perkilangan diutara.


Kebanyakan pekerja datang dri dearah pedalaman New ,England. Mereka dri keluarga yg sma
trmsuk kanak2 & wanita. Selain drpd aktiviti prdagangan yg dijlnkn di wilayah utara, aktiiti
pemasaran barangan turut dijlnkn sma ada utk dlm negeri atau luar Negara.

2. Perkembangan sistem pengangkutan.

- Slps kerajaan meluluskn akta ladasan kereta api pasifik pda thun 1862, sistem landasan kereta
api Amerika tlh berkembang pesat.
- Jaringan landasan kereta api tlh meningkat drpd 31 ribu kpd 53 ribu dan mnjelang thun 1880-an
prluasan landasan kereta api berada pda kemuncaknya apabila jumlah prbatuan meningkat
sehingga 165 ribu batu.
- Landasan kereta api merentas benua yg pertama dibarat siap dibina pda thun1869. Landasan
kereta api union pasifik yg dibina di sebelah barat sungai Missouri brcantum dgn landasan kereta
api central pasifik yg dibina di sebelah timur sacramento,California tlh brtemu di promontory point
Utah. Kesan pembinaan jaringan landasan kereta api

 Menggalakkn prpindahan pendduk


 Mmbuka petempatan baharu
 Mmpercepatkn penghantaran barang dri bndr ke desa dan serata Amerika
 Menjadi satu cara pengiklanan utk mnggalakkn kedatangan imigran dri dlm dan luar ke
tempatan baru itu.

3. Industri minyak.

- Industry ini brmula di Amerika dgn pengunaan minyak tanah bgi tujuan pemanasan dan cahaya
smsa perang saudara ( 1861-1865 ). Telaga minyak yg pertama dijumpai di Pennsylvania pda
thun 1859. Seterusnya pda penghujung abad ke-19, industri minyak tertumpu di Cleveland,
pittburg, Philadelphia.
- Usahawan yg mula melibatkn diri dlam industry minyak ialah John D. Rockefeller pada thun
1863. Pda thn 1879, John dan rakan2nya mnubuhkan stantart oil of New jersey dan pda thn
1870, syarikatnya sendiri , iaitu standart oil company of ohio tlh mnjadi pengeluar trbesar di
Cleveland, Ohio. Kejayaan syarikat ini brterusn apabila mngeluarkn 90% drpd minyak Amerika
dan mnjadi pengeluar utama minyak pd 1880.
- John D. Rockefeller tlh mnggunakn pelbgai keadah utk memonopoli industry minyak.
Antarannya , mmbeli syarikat pesaing mmbeli scra trbuka arau scra senyap, mmulau, dan
memufliskn syarikat lain melalui perang harga.
- Kejayaan memonopoli perniagaan ini tlh brkembang kpd bidang lain dgn kewujudan syarikat2
lain. Misalnya, persyarikatan gula, tembakau, dan sebagainya. Hal ini mmperlihatkn
perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika.

4. Industri besi keluli

- Sprti indusri minyak ,indusri keluli juga menuju kpd penyatuan. Andrew Carnegie ialah org yg
bertanggungjawab mmajukn indusri keluli di Amerika. Menjelang tahun 1894, firmanya
menguasai 25 % drpd pengeluaran Negara .
- Pda thn 1901, Carnegie menjual syarikatnya kpd J.Pierpont Morgan. Morgan tlh mmulakn
penyatuan sehingga mmbawa kpd penubuhan U.S Steel Corporatin. Syarikat ini tlh Berjaya
mngatasi pesaingnya dan menguasai industry keluli di Amerika .

5. Perniagaan besar.

- Perniagaan bsr muncul mlalui gerakn penyatuan syarikat2 di Amerika syarikat yg mmbentuk
prsyarikatan dlm industri2 utama di Amerika syarikat. Langkah yg dimulakn olh carriegie &
Rockefeller tlh mnjadi ikutan industri2 lain di Amerika syarikat.
- Kemunculan prniagaan bsr tlh mmbawa kestabilan ekonomi kapitalisme di Amerika. Selain itu,
dpt mndominasi ekonomi & mngawal psran di Amerika.
- Gelombang pnyatuan besar ini brmula pd thn 1895 – 1905. Dri thn 1895- thn1904, lebih kurang
300 syarikat lenyap stiap thn. Dri thn 1898-1902, lebih drpd 2600 syarikat lenyap.
- Syarikat2 besar yg mnguasai psrn ialah syarikat Dupont & General Electric yg mndominasi 58 %
psrn bhn kimia & kuasa Elektrik

6. Perdagangan antarabangsa.

- Kelahiran perniagaan bsr yg mgeluarkn lebihn brngn prtanian & brngan prindustrian tlh myebbkn
Amerika mmerlukn psran yg lbh luas serta kprluan bhn mntah bg mykong kesinambungan &
kejayaan ekonomi Amerika.
- Amerika mrsakn prbhan dsr pmencilan kuasa kpda prluasn empayar akn mmbri manfaat kpda
prdagangan antabangsanya.
- Prbhan ini mmperlhatkn pningkatan prdagangan antarabangsa . pda thn 1897,nilai eksport yg
tinggi brbandig nilai import sbnyak $286 juta dolar mrupakn yg trbsr dlm sejarah Amerika.
- Prdgangan Amerika dgn Cuba .Amerika mrpakn psran utama gula dr Cuba.pd thn 1894,hmpir
90% hsil eksport Cuba ke Amerika & Cuba mgimport 38% dr Amerika.
- Brasaskan kpntingn industry & dagangan trsebut,Amerika mnruskan dsr prluasan kuasanya.pd
thn 1898, presiden McKinley mbyar $20 juta dolar kpda Filipina.Sepanyol myrahkn Cuba, Guam,
Puerto Rico,dan kpulauan Filipina kpda Amerika.

Penutup:

 Apa-apa yang berkaitan.

Huraikan perkembangan sistem ekonomi perindustrian kedua di Jerman

1. Pendahuluan:

 Revolusi perindustrian menyebabkan pembangunan industri yang pesat di Eropah Barat


(Britain,Jerman,Perancis),Amerika Syarikat dan Jepun.
 Revolusi kedua ini adalah kesinambungan daripada revolusi perindustrian pertama yang bermula
pada lewat abad ke-18 yang tersebar ke seluruh Eropah Barat dan Amerika Syarikat.
 Menjelang tahun 1890-an,perindustrian di kawasan ini telah mewujudkan syarikat gergasi pertama
industry seperti AS Steel,General Electric,Minyak Standard dan Bayer AG menyertai syarikat-
syarikat di pasaran saham dunia.

2. Isi-isi penting:

 Revolusi perindustrian kedua juga dikenali sebagai revolusi teknologi dan merupakan fasa revolusi
perindustrian yang lebih besar.pada tahun 1860,sir Henry Bessemer telah mencipta sebuah relau
baharu yang boleh menukar besi tempa menjadi keluli dalam kuantiti yang besar. Ciptaan tersebut
hanya digunakan pada 1870 selepas prosesnya diubahsuai menghasilkan kuantiti yang seragam.
Di Barat Jerman, perkembangan perindustrian meliputi pembukaan lombong arang batu dan bijih
besi di Saxony dan Silesia.Pengeluaran arang batu bertambah dua kali ganda antara tahun 1860
hingga tahun 1870.pengeluaran bijih besi meningkat dripada 1.5 juta tan pada tahun 1871 kepada
8.5 juta tan pada tahun 1900.
 Perkembangan membawa kemunculan penguasaha terkemuka seperti Alfred Krupp yang
mengeluarkan barangan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi.pada tahun
1851,syarikat Krupp mengadakan pameran di Istana Crystal, London yang mempamerkan gerabak
kereta api yang terkini dan meriam.Hasilnya,permintaan kereta api dari Jerman meningkat. Sistem
Kartel Jerman(Konzerne) digunakan sepenuhnya untuk memastikan penggunaan modal yang lebih
cekap.malah Jerman mencontohi dan melaksana daripada apa yang menjadi asas perindustrian
Perancis.
 Pada tahun 1870, Jerman telah mengambil alih tempat England dalam industri kulit.
Perkembangan indusrtri kulit di Jerman turut menyebabkan perubahan kehidupan masyarakat
kepada gaya hidup mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan,kehidupan yang
lebih sihat dan mementingkan pendidikan.pada pertengahan tahun 1830-an,pembangunan industri
tekstil berlaku dan tertumpu di wilayah Rhineland,Saxony dan Silesia.
 Pembangunan syarikat kimia dan elektrik Jerman telah menjadi perintis kepada kepesatan
perusahaan kimia baharu.Syarikat-syarikat kimia dan elektrik telah membina makmal penyelidikan
perindustrian yang dilengkapi dengan ahli kimia dan fizik yang terlatih di
university.kesannya,Jerman berjaya memimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik. Revolusi
perindustrian kedua ini telah berkembang secara beransur-ansur.perkembangan ini merangkumi
industri kimia,penapisan dan pengedaran petroleum serta industri elektrik.pada abad ke-20,industri
automotif turut berkembang pesat dengan peralihan teknologi dari Britain ke Amerika Syarikat dan
Jerman.pada tahun 1900,industri kimia Jerman telah menguasai pasaran dunia untuk pewarna
sintetik
 Pertambahan pembangunan perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan dalam eksport
sehingga menimbulkan masalah dalam meluaskan pasaran.Oleh yang demikian,Otto Von
Bismarck berusaha meluaskan tanah jajahan Jerman untuk mendapatkan sumber dan meluaskan
perdagangan antarabangsa Jerman.hasilnya,pada tahun 1884,Jerman berjaya mengambil alih
bahagian barat daya Afrika, Togoland dan Cameron. seterusnya menguasai Tanganyika dan Afrika
Timur.
 Jerman meluaskan perdagangannya dan kegiatan mendapatkan tanah jajahan di kawasan pasifik
dengan menguasai sebahagian New Guinea,dan membeli kepulauan Carolina dari Sepanyol pada
tahun 1884. Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi
mendapatkan arang batu dan mewujudkan pangkalan tentera laut di pinggir laut China.Jerman
telah mengugut China dengan menggunakan alasan pembunuhan dua orang paderi Jerman di
wilayah Shantung utuk mengadakan perjanjian dengan China.Pada tahun 1898,satu perjanjian
ditandatangi dan China bersetuju menyewakan Tsingtao kepada Jerman selama 99
tahun.sepanjang tempoh penyewaan,China tidak akan menjalankan kuasa politiknya ke atas
Tsingtao.Seterusnya,China memberikan hak pembinaan jalan kereta api dan mengusahakan
perlombongan arang batu di wilayanh Shantung,perjanjian ini memberi keuntugan pada Jerman.
Perkembangan ini membolehkan pendapatan negara Jerman meningkat. perolehan pendapatan ini
digunakan untuk meningkatkan pembangunan insfrastruktur seperti landasan kereta api.
 Penubuhan Kartel di Jerman telah banyak membantu perkembangan perindustrian.matlamat
Kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan. Kartel Jerman memerlukan kerjasama
dari negara luar untuk membantunya mengawal harga dan pasaran antarabangsa.melalui
kerjasama dengan bank dan penguasaha perindustrian dari Perancis,Belanda,dan
Britain.Kesannya,pada tahun 1907,terdapat 15 juta penduduk Jerman yang bekerja di kilang-kilang
perindustrian.

3.Penutup:

 Revolusi perindutrian kedua adalah kesinambungan revolusi perindustrian pertama yang juga
dikenali sebagai revolusi teknologi dan merupakan revolusi fasa yang lebih besar di Jerman.
 Revolusi ini menyaksikan perubahan gaya hidup masyarakat kepada kehidupan lebih mewah dan
mementingkan pendidikan.Pertambahan pembangunan perindustrian di Jerman juga menimbulkan
masalah dalam meluaskan pasaran.
 Pakar sosiologi,Werner Sombart menganggarkan 67%-68% penduduk tertumpu dalam bidang
perindustrian.

Huraikan perkembangan sistem ekonomi perindustrian di Jepun

Pendahuluan:

 Pada tahun 1868, sistem ekonomi feudal di Jepun telah digantikan oleh sistem pentadbiran dan
ekonomi gaya Barat yang dilaksana oleh Maharaja Meiji menjadikan Jepun lebih dihormati di
Barat.
 Zaman Meiji menjadikan Jepun sebagai negara terkuat di Asia. Permodenan zaman Meiji turut
menjadikan Jepun muncul sebagai negara yang termaju ekonominya yang bertukar ekonomi
perdagangan di rantau Asia Timur.
 Perkembangan negara Jepun melalui perindustrian dapat dilihat daripada empat elemen
perindustrian. Iaitu industri-proto, perkembangan melalui pelaburan, peralihan bidang dan
ekonomi dualisme.

Isi-isi penting:

 Sektor pertanian menjadi penyumbang utama ekonomi Jepun. Sektor pertanian menyumbangkan
hampir 60% daripada jumlah pendapatan kerajaan Jepun.Eksport pertanian seperti sutera dan
teh telah menampung pembelian kebanyakan dari jentera dan bahan-bahan perindustrian yang
diimport dari Barat. Produktiviti pertanian Jepun sangat tinggi dan berjaya mengekalkan
pengeluaran industri-proto Jepun dikawasan Bandar dan luar Bandar.Industri-proto merujuk
kepada satu bentuk pengeluaran pembuatan dan organisasi. Peningkatan dan pertambahan
pelaburan dicapai melalui pelaburan domestik dalam industri dan insfrastruktur. Kerajaan pusat
dan kerajaan tempatan menyelaraskan pembinaan tempatan.
 Kerajaan Jepun juga membangunkan perusahaan kilang-kilang penggulungan sutera moden di
Tomioka dan Maebashi pada tahun 1870,kilang memintal kapas di Nagoya pada tahun 1875,dan
kilang benang bulu kambing di Senju pada tahun 1875.Kerajaan Meiji turut membina kilang
simen Fukugawa pad atahun 1875 dan kilang kaca Shinnagawa pada tahun 1876. Untuk
memastikan perkembangan perindustrian berterusan,kerajaan Meiji telah menyerahkan
kebanyakan daripada milik perindustrian ini kepada beberapa buah syarikat seperti
Mitsui,Mitsubishi,Sumitomo,Yasuda dan lain-lain.Kemunculan zaibatsu telah mempercepatkan
proses perindustrian dan pertumbuhan kapitalisme di Jepun.
 Kemunculan ekonomi dualisme pada tahun 1910-an sebagai pemacu kepada industri berat
seperti industry bahan kimia,besi dan keluli,jentera telah melonjakkan permintaan untuk tenaga
kerja mahir yang fleksibel. Buruh-buruh yang dikategori mengikut kemahiran dan pasaran modal
muncul di Jepun selepas tahun 1910-an.Sektor yang memerlukan dan menggunakan tenaga
buruh yang tinggi mendapat upah yang lebih rendah.Ini disebut sebagai dualisme. Ekonomi
dualisme turut menyumbang kepada ketidaksamaan pendapatan dan menyebabkan berlaku
pergolakan social dalam negeri
 Penggunaan kaedah terbaik dalam pertanian telah menyumbang kepada kemajuan wilayah-
wilayah yang kurang produktif. pertemuan dan penyebaran benih-benih berkualiti telah
meningkatkan produktiviti pertanian di seluruh negara.Pada masa sama,berlaku kemajuan dalam
bidang pertanian apabila menggunakan teknoligi pertanian yang diimport dari Barat.
 Penggunaan teknologi kuasa wap telah meningkatkan produktiviti dan mengurangkan
kos,penggunaan kuasa elektrik membolehkan setiap mesin diselengara secara berasingan dan
menjadikan seluruh kilang menggunakan jentera elektrik. Kapasiti social untuk mengimport dan
menyesuaikan teknologi asing bertambah baik selepas Perang Pasifik. Kerajaan Jepun
mewujudkan consensus social dalam melaksanakan pembaharuan tanah dan subsidi
pertanian,mengurangkan pecah belah politik,melanjutkan pendidikan wajib,dan perpecahan
zaibatsu telah memberi kesan positif.
 Penubuhan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MITI bertindak sebagai
pembeli tunggal ekonomi dan memainkan peranan untuk mengurangkan persaingan dalam
kalangan industri Jepun dan dapat mengawal harga yang perlu dibayar untuk teknologi Barat.
Kawalan kualiti dalam industri pemasangan telah dilaksana dan pekerja velajar dengan tekun
bagaimana untuk mengendalikan mesin selain daripada berusaha untuk mengeluarkan
komponen-komponen sendiri.Jepun berjaya merevolusikan industri pemasangan pada tahun
1950-an dan tahun 1960-an

Penutup:

 Perkembangan perindustrian Jepun mempunyai empat elemen perindustrian iaitu industri-proto,


pelaburan, peralihan bidang dan ekonomi dualisme.
 Perindustrian yang pesat dan pemodenan Jepun menyumbang kepada peningkatan besar-
besaran dalam pengeluaran dan insfrastruktur
 Jepun membina industri seperti limbungan kapal dan pelaburan besi yangh kemudiannya dijual
kepada usahawan berkaliber.kesannya,syarikat-syarikat tempatan menjadi pengguna teknologi
Barat dan menggunakan untuk menghasilkan barangan yang dapat dijual murah di pasaran
antarabangsa.

Soalan 52: Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan perindustrian di


Jepun

A) Pendahuluan

 Jepun merupakan sebuah negara kepulauan di Asia Timur. Jepun di bawah kepimpinan
Tokugawa telah berjaya dalam bidang ekonomi komersial dan sifat nasionalisme dalam kalangan
penduduk turut berkembang. Namun, Jepun masih terus mengamalkan dasar tidak suka kepada
orang asing.
 Pemulihan Meiji telah mempercepatkan perubahan dan perindustrian di Jepun yang membawa
kepada peningkatan kekuatan kuasa tentera. Pemulihan Meiji mengubah empayar Jepun
menjadi negara industri moden dan sekaligus memperkuatkan angkatan tenteranya. Setelah
mengalahkan China dalam Perang China-Jepun Pertama dan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun,
Jepun menguasai Taiwan, separuh dari Sakhalin, dan Korea.

B) Isi-isi penting

 Perubahan perindustrian

Semasa dasar pintu tertutup yang diamalkan di Jepun. Tokugawa telah melaksanakan proses
pembandaran, membina rangkaian jalan raya yang baik, dan sebagainya. Langkah ini telah
menyumbang kepada pembangunan industri-proto di bandar seperti Osaka dan Edo (kini Tokyo)
dan menyediakan prasarana untuk perindustrian pada masa hadapan.

 Perkembangan perindustrian

Pertumbuhan yang berterusan dalam industri-proto di kawasan bandar Jepun turut berlaku di
kawasan luar bandar selepas tahun 1700. Hal ini telah memberi sumbangan yang besar kepada
pertumbuhan produktiviti dalam pengeluaran padi dan tanaman industri yang semakin meningkat
seperti the, buah-buahan, mulberi, dan kapas. Malah sumber-sumber domestik ini telah memberi
sumbangan yang besar kepada kejayaan industri di Jepun.

 Mencontohi kuasa Barat

Jepun juga membuka pintu negaranya dengan kesediaan untuk mencontohi kuasa Barat. Hal ini
disebabkan perubahan dan kemajuan domestic yang dicapai. Beberapa langkah dilaksanakan
seperti meningkatkan infrastruktur, membaiki pendidikan, dan melahirkan tahapcelik huruf yang
tinggi. Dalam bidang industri-proto, Jepun meniru dari Barat cara pengagihan kuasa, bentuk
organisasi dan teknik dalam pengeluaran tenaga, serta pengurusan sumber tenaga seperti arang
batu dan bahan api yang lain untuk menjana kuasa wap. Setelah membangunkan ekonomi organik
yang bergantung kepada aliran tenaga semula jadi seperti angina, air, dan api secara intensif, Jepun
sudah cukup bersedia untuk menguasai pengeluaran bukan organik.

 Perkembangan infrastruktur dan pertahanan negara

Jepun dapat membina pasukan tentera laut moden yang mampu mengehadkan kuasa Barat dan
menubuhkan zon penampan perlindungan di Asia Timur yang akhirnya membentuk asas bagi
empayar Jepun untuk berkembang di Asia dan Pasifik. Infrastruktur dipertingkatkan melalui peluang
pekerjaan,keupayaan untuk mengimport dan mengeksport melalui ekonomi antarabangsa, dan
akses kepada teknologi Amerika yang disokong melalui pakatan keselamatan dengan Amerika
Syarikat. Melalui langkah-langkah ini, Jepun mengalami pertumbuhan dramatik dan menakjubkan
turut mempengaruhi peningkatan dalam kadar pengumpulan modal tetap domestik dan kenaikan
dalam nisbah pelaburan terutamanya dalam tabungan isi rumah persendirian.

 Pembaharuan kerajaan Meiji

Pemimpin-pemimpin baharu kerajaan Meiji membentuk negara kesatuan dengan kementerian yang
kuat di ibu Negara, Tokyo. Kementerian Pelajaran yang ditubuhkan menggalakkan sekolah rendah
wajib bagi orang ramai. Memperkenalkan pendidikan universiti elit yang bertujuan meningkatkan
bidang kejuruteraan dan pengetahuan saintifik. Kementerian Kewangan membina Bank Jepun pada
tahun 1882 yangtelah meletakkan batu asas bagi sistem perbankan swasta. Kerajaan membina
landasan kereta api berkuasa wap yang menghubungkan empat pulau utama. Pemerintah Meiji
menggalakkan syarikat swasta mengambil bahagian dalam projek yang dirancang oleh pemerintah.

 Peralihan bidang

Satu lagi langkah untuk meningkatkan keupayaan dan penghasilan dalam bidang industri ialah
dengan beralih daripada pertanian yang menghasilkan produktiviti rendah ke bidang pembuatan
yang menghasilkan produktiviti yang tinggi, sektor perlombongan, dan pembinaan. Bidang-bidang
tersebut menyumbang kepada peningkatan dan pertumbuhan produktiviti. Semua ini dapat
direalisasikan melalui pelaburan.

 Pertumbuhan seimbang

Pertumbuhan seimbang pada penghujung abad ke-19 telah menyumbang kepada industrialisasi
Jepun. Pertumbuhan seimbang merujuk kepada sektor yang menggunakan teknologi tradisional dan
moden telah meningkat pada kadar yang lebih kurang sama dan penggunaan tenaga buruh
terutama gadis-gadis muda yang direkrut daripada isi rumah untuk bekerja di kilang tekstil
menggunakan kuasa wap turut meningkatkan produktiviti.

Penutup

 Oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempengaruhi perindustrian di Jepun telah mengubah
empayar Jepun menjadi sebuah negara industri yang moden.

“Pembaharuan yang dilakukan  semasa pemerintahan Maharaja Meiji meletakkan asas bagi
kemajuan dalam sektor perindustrian di Jepun.”
Nilaikan pernyataan ini. 

Pengenalan
Latar belakang Jepun : sebuah negara yang mengamalkan dasar tutup pintu (sakoku) atau dasar
pemencilan. Kedatangan Komondor Matthew Perry dengan “kapal hitam” Angkatan laut
Amerika Syarikat berjaya mengubah dasar tutup pintu
Perubahan sistem pemerintahan Jepun : melalui perjanjian Kanagawa (Konvensyen Kanagawa)
Matthew Perry dengan angkatan laut yang kuat dan berteknologi moden berjaya memaksa Jepun
menerima kehadiran kuasa Barat.
Pemerintahan Meiji :  peralihan era keshogunan (yang mengamalkan dasar feudal) kepada era
Meiji. Bermulanya zaman Pemulihan Meiji atau zaman pembaharuan Meiji. Membawa kesan
positif di Jepun seperti mempercepat proses pemulihan dan perindustrian di Jepun.

Isi 
Pembaharuan semasa pemerintahan Meiji:

1.      Dasar kerajaan Meiji


-      kerajaan  memberikan bantuan kepada pengusaha persendirian
-      bantuan modal kepada pengusaha industri
-      latihan dan khidmat nasihat kepada pengusaha industri
-      bengkel-bengkel mengenai teknik perniagaan
-      mendapatkan khidmat pakar daripada luar negara untuk memodenkan perindustrian

2.      Pembaharuan dalam bidang ekonomi


a)    sektor pertanian berkembang pesat
-      langkah tingkatkan pengeluaran hasil pertanian
-      hantar pelajar jurusan pertanian ke luar negara
-      import pakar pertanian
-      import benih baru
-      baja kimia digunakan secara intensif
-      sistem pengairan dibaiki
-      menggalakkan tanaman dagang seperti teh dan sutera

b)    dasar kewangan yang teratur


-      mata wang diperkenalkan                      
-      bank ditubuhkan (contoh: Mitsui-Ono Bank, Bank Negara, Bank                                  Pusat
Jepun, Bank Hypothec, Bank Perindustrian)
-      akhir abad ke-19, 200 buah bank) telah membantu pertumbuhan industri

                             
3.      Langkah lain
-                kemajuan dalam pengangkutan
-                kemajuan telegraf
-                kemunculan pengusaha-pengusaha baru

Kesimpulan
-                Peranan kerajaan amat penting sebagai asas kepada kemajuan negara dalam semua bidang.
-                Maharaja Meiji dan pemimpin-pemimpin Meiji memainkan peranan penting dalam meletakkan
asas perkembangan sektor perindustrian di Jepun.
-                Hingga kini Jepun menjadi negara maju yang setanding dengan negara Barat.
         

Bincangkan karya dan sumbangan Charles Louis Montesquieu dalam aspek intelektual.

a) Pendahuluan

 Chales Louis Montesquieu (Chales L.M) dilahirkan pada 18 Januarai 1689 dan meninggal dunia
pada 10 Februari 1775.Beliau dilahirkan di Chanteau de la Brede barat daya Perancis. Ayahnnya
Jacques de Scondat merupakan seorang tentera.Ibunya pula bernama Marie Francoise de
Pesnel .seorang wanita warak dan kaya.
 Montesquieu dan bersekolah di Chatholic Collage of Juiny dan melanjutkan pelajaran difakulti
undang-undang di university Bordeux dan berjaya menjadi seorang peguam (1708)
 Pada tahun berikutnya Montesquieu mewarisi kekayaan dan gelaran ‘Montesquieu’ setelah bapa
saudaranya meninggal.

b) Isi-isi penting:

1) Menghasilkan tiga karya iaitu, Lettres Persanes (1721), The Considerations on the cause of
the Grander and Decandenve of the Romans (1734) dan Spirit of the Laws (1748)

 Bagi karya Lettres Persanes mengisahkan dua orang Persia yang bernama Usbek dan Rica yang
menggembala ke perancis.
 Dalam bentuk surat karya ini menceritakan cara wanita dikawal oleh sida yang bertanggungjawab
terhadap wanita sehingga dibenarkan membunuh.
 Selain itu, pemerhatian kedua-dua pengembara ini tentang masyarakat Perancis dan persepektif
mereka sebagai orang luar juga di garap dalamkarya ini.
 Tema yang ingin dipaparkan ialah kemerosotan moral di penghujung zaman pemerintahan Raja
Louis XIV dan Raja Louis XV.

2) The Considerations on the cause of the Grander and Decandenve of the Romans

 Mengenai sejarah kebangkitan,kegemilangan dan kejatuhan kerajaan Rom . Dalam karya ini,
Monstesquie menyelidik sebab-sebab dan latar belakang serta kehancuran kerajaan Rom .
Beliau menyatakan bahawa untuk memahami kegemilangan dan kehancuran sebuah empayar
,seseorang harus memahami masyarakatnya. Beliau juga mengkaji peristiwa yang menimpa
tentera Rom yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Rom.
3) Spirit of the Laws (1748)

 Menjelaskan tentang undang-undang manusia dan institusi sosial. Beberapa perkara


dibincangkan di dalam buku ini seperti bentuk-bentuk pemerintahan,adat kebiasaan dan iklim.
 Menjelaskan konsep dan maksud pengasingan kuasa dalam pemerintahan mengikut doktrin ini,
kuasa pemerintahan sesebuah negara terbahagi kepada tiga buah badan iaitu
perundangan,eksekutif dan kehakiman. Selain itu, karya ini juga menekankan bahawa bidang
tersebut mempunyai bidang kuasa yang tersendiri.
 Tujuan pengasingannya ialah untuk menggelakan pertindihan bidang kuasa bagi memastikan
seseorang tidak berkuasa lebih daripada satu.

c) Penutup

 Menghabiskan sebahagian besar hidupnya untuk mengembangkan idea politik pemerintahannya


iaitu doktrin pengasingan kuasa di dalam tulisan tesebut. Atas kesungguhan beliau ,karya
tersebut telah member kesan yang mendalam sama ada intelektual mahupun politik.
 mereka juga mempopularkan istilah feudalisme walaupun telah lama wujud . Namun
Mosontesquieu menjadikan istilah ini dikenali dan diterima oleh masyarakatnya.

Bincangkan karya dan sumbangan Adam Smith dalam aspek intelektual.

a) Pendahuluan

 merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland yang terkenal kerana
pengaruh bukunya The Wealth of Nations dan dianggap sebagai bapa ekonomi moden.
 Merupakan anak kepada Margeret Dauglas. Dilahirkan di Kirkcaldy. Ketika berumur 4
tahun,pernah diculik oleh sekumpulan Gipsi tetapi Berjaya diselamatkan oleh bapa saudaranya.
 Beliau sangat rapat dengan ibunya dan ibunyayang menggalakkan beliau Berjaya dalam
pelajaran.
 Pada tahun 1762 ,pihak university Glasgow menganugerahkan belian Doktor undang-undang.
Beliau meninggal dunia pada 17 julai 1790 di Edinburg dan disemadikan di Canongate ,Kirkyard.

b) isi-isi penting

Pengasas kepada disiplin ekonomi moden .

 Beliau memperkenalkan satu teori yang mengatakan seseorang individu boleh membina
kehidupan lebih bermoral dengan mengetengahkan idea untuk mengakhiri sistem feudal dan
memperkenalkan laissez-faire iaitu satu kerajaan berasaskan pasaran bebas.
 Didalam bukunya , The Teory of moral Sentiment ,beliau menulis tentang teori motivasi yang
cuba untuk mengamankan perasaan yang menekankan kepentingan sendiri.

Karya The Wealth of Nations

 Beliau menyatakan bahawa pasaran dibawah sesuatu syarat mengaturi sistem dengan
sendirinya akan mengeluarkan lebih banyak barangan daripada satu pasaran yang terkawal yang
menjadi satu perkara yang biasa pada waktu itu.
 Hanya membenarkan kerajaan memegang tanggungjawab yang tidak dapat dilakukan oleh
badan yang bergantung kepada keuntungan sahaja .Sebagai contoh , menghalang seseorang
daripada menggunakan kekasaran atau penipuan untuk mengelakkan
persaingan,perdaganganatau pengeluaran.

Adam smith mempunyai amalan dan kepercayaan ekonomi yang tersendiri.


 Kekayaan Negara di nilai dari segi stok .emas dan perak .sebagai contoh, mengimport barangan
dari luar Negara dianggap merosakkan kerana ini bermakna kekekayaan mesti dilepaskan untuk
membayar barangan tersebut .Manakala mengisport barangan dianggap baik kerana kekayaan
,iaitu logam ,emas dan perak kembali kepada mereka.
 Seterusnya, pekeja-pekerja mahir tidak dibenarkan bergerak bebas ke Bandar lain untuk
memasarkan barangan. Pengilang dan pedagang hendaklah menghantar petisyen kepada raja
untuk melindungi monopoli. Peralatan yang menjimatkan tenaga buruh dilarang sekali kerana di
anggap menjadi ancaman kepada pihak pengeluar .

Menerbitkan karya pertama pada tahun 1759 bertajuk the theory of moral sentiments

 Kesedaran terhasil daripada perhubungan sosial .Beliau menyatakan bahawa moral bergantung
kepada simpati antara agen dan penonton. Dengan kata lain,indivudu dan masyarakat berkait
rapat dengan moral.
 Beliau cuba menyelaraskan tentang punca dan kebolehan manusia untuk membentuk
pertimbangan moral walaupun wujud kecenderungan kearah kepentingan semula jadi.
 Beliau juga menyelidik pemikiran moral masyarakat pada ketika itu dan menyatakan bahawa
kesedaran sebenarnya adalah hasil daripada perhubungan sosial.

c) penutup

 Adam s. Percaya bahawa kerajaan mempunyai tiga fungsi utama iaitu rakyat dilindungi daripada
pemikiran tentera, warganegara dilindungi daripada ketidakadilan dan menyediakan kemudahan
seperti jalan raya dan sebagainya yang tidak boleh disediakan oleh individu.

Soalan 58. Bincangkan Sumbangan Jean-Jacquas Rousseau Dalam Aspek Intelektual.

PENDAHULUAN.

 Intelektual atau intelengensia berasal dari Rusia dan digunakan pada abad ke-19. Merujuk
kepada satu kumpulan kecil golongan elit. Direkrut daripada segala kelas atau golongan. Selain
itu juga, ditemui dalam kalangan pendukung atau penentang pergerakkan budaya atau politik. Ia
juga menjauhi diri daripada bergaul dengan masyarakat tetapi bergaul didalam golongan
sendiri.Tertarik kepada idea pengetahuan mekanikal, teknikal, idea2 agama dan sebagainya.
 Seterusnya, beliau merupakan salah seorang pemikir yang sangat berpegaruh pada zaman
Englightmen pada abad ke-18 di Eropah. Zaman Englightmen merujuk kepada gerakkan budaya
intelektual yang berusaha untuk menggembleng kuasa mereformasikan masyarakat dan
berpengetahuan. Malahan, sains dan perkembangan intelektual diberi penekanan dan perkara
berkaitan tahyul tidak diterima.Gerakan ini menentang penyalahgunaa kuasa dalam gereja dan
negara.

ISI-ISI PENTING:

Menghasilkan karya muzik Diderot dan D’ Alemberts.

 Menghasilkan beberapa hasil karya muzik untuk Diderot dan D’ Alemberts. Pada 1750, beliau
menerbitkan karya bertajuk Discourse on the Arts and Sciences. Malahan, hasil karyanya telah
memenangi anugerah akademi dan menjadi terkenal. Selain itu, muzik masih merupakan perkara
penting dalam hidupnya dan selepas beberapa tahun operanya yang bertajuk Le Devin Do
Village telah menjadikan Rousseau sangat terkenal dan menyebabkannya diterima dan
dihargai.Selepas itu Rousseau telah berhenti berkarya dalam bidang muzik.Namun begitu,
terhasillah karyanya seperti Discourse On The Origen of Ineaquality (1755), La Novvella Heloise
(1761), Emile (1762), The Social Contract (1762) dan Confessions (1770) yang meningkatkan
popularitin beliau. Karya terakhirnya ialah Judge of Jean-Jaques dan Reveries of a Solitary
Walker.

Menghasilkan Karya Discourse on The Arts and Sciences


 Karya Discourse on The Arts and Sciences telah mengharumkan nama Rousseau. Selai itu,
bahagian pertama mengenai kajian sejarah dan Rousseau menunjukkan bagaimana masyarakat
yang maju berkembang dari segi seni dan sains mengalami kemerosotan dari segi moral dan
nilai2 murni. Seterusnya, beliau mendakwa bahawa Mesir purba mula runtuh setelah falasafah
dan seninya berkembang maju.Malahan, menurutnya lagi perkara ini turut berlaku kepada Greek
purba yang mengalami nasib yang sama walaupun asalnya Greek purba sangat mementingkan
nilai keberanian tetapi apabila sains dan seni mula berkembang, masyarakatnya menjadi
masyarakat yang berasaskan kemewahan dan keseronokkan.Di samping itu, beliau menyokong
Sparta yang mengetepikan artis dan para saintis.

Memperjuangkan pengetahuan tingkahlaku dan akhlak yang baik

 Rousseau juga mengiktiraf Socrates sebagai seorang yang bijak kerana menyedari kebinasaan
yang disebabkan oleh seni dan sains.Tambahan pula, beliau menyatakan seni dan sains lahir
daripada kemaksiatan manusia.Hal ini dapat dilihat seperti, geometri lahir daripada kerakusan,
fizik daripada semangat ingin tahu yang sia2 dan falsafah moral daripada rasa bangga.Malahan,
Rousseau terus menyerang sains dengan mengutarakan bagaimana sains tidak menyumbang
kepada nilai moral.Selain itu, menurut beliau sains menjadikan hidup lebih mudah dan
menyeronokkan tetapi bukan bertambah baik dari sei moral.Walaubagaimanapun,beliau
menyokong pemikir yang dianggap bijak seperti Bacon, Descrates dan Newton. Beliau juga mahu
majority rakyat memberikan perhatian kepada memperbaiki tingkah laku dan akhlak berbanding
memajukan seni dan sains.

Menghasilkan Karya Discourse on The Origin of Ineaquality pula didedikasikan oleh Rousseau
kepada Republik Geneva

 Karya Discourse on The Origin of Ineaquality pula didedikasikan oleh Rousseau kepada Republik
Geneva. Rousseau cuba menjelaskan sifat manusia secara semula jadi tanpa kualiti2 yang terbia
akibat sosialiasi, iaitu memahami manusia dalam keadaan alam semula jadi tulen.Namun begitu,
bertentangan dengan pendapat pada zaman itu terutamanya pendapat Aristotle yang
menyatakan bahawa keadaan masyarakat sivil itu adalah keadaan semula jadi manusia. Selain
itu, gambaran Rousseau tentang manusia dalam keadaan semula jadi adalah berbeza dengan
pendapat pada zamanya. Di samping itu, menurut Rousseau cara hidup seperti ini boleh
menghasilkan kebebasan dan keselamatan serta mewujudkan persaudaraan.

 Karya Discourse on The Origin of Inequality dikatakan salah satu dokumen yang paling
revolusioner pada abad ke-18 dieropah.Seterusnya, karya ini menujukkan bagaimana
perkembangan tamadun merosakkan kebahagiaan semula jadi dan kebebasan manusia dengan
mencipta ketidaksamaan tiruan dalam kekayaan,kuasa, dan keistimewaan sosial.Malahan,
menujukkan bahawa manusia primitif adalah sama dengan manusia lain kerana setiap individu
adalah bebas tetapi apabila masyarakat menjadi lebih moden, ahli2 yang kuat dan paling pintar
dalam masyarakat memperolehi kelebihan yang tidak semula jadi keatas saudara mereka yang
lemah.Selain itu, perlembagaan yang digubal untuk membetulkan ketidakseimbangan ini melalui
keamanan dan keadilan sebenarnya tidak melakukan apa2 tetapi mengekalkan perkara ini.

PENUTUP

 Jean Jaques Rousseau telah memberikan banyak sumbangan yang penting kepada
perkembangan intelektual di Eropah. Beliau juga telah menulis beberapa buku yang bermanfaat
dalam perkembangan tersebut.Malahan idea2 Rosseau telah menjadi elemen utama di dalam
pengisytiharan Perhimpunan Kebangsaan Revolusi Perancis serta digunakan oleh pemikir2
Amerika.Selain itu, Beliau juga menjadi terkenal melalui bidang pendidikan kerana teori
Naturalisme yang diperkenalkan melalui karyanya bertajuk Emile yang mengkhusus kepada
pendidikan awal kanak2.Akhir sekali, falsafah beliau juga menekankan empat perkara seperti
kebebasan, perkembangan, minat dan aktiviti.Kemudiannya pendapat yang diutarakan beliau
telah menjadi asas kepada pembentukan kurikulum.
: Bincangkan isu-isu yang menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat India terhadap British.

A) Pendahaluan

 Kuasa Barat mengalami perubahan besar dalam bidang ekonomi kesan daripada Revolusi
Perindustrian yang berlaku di Eropah yang bermula di England pada abad ke-18.
 Kesan daripada revolusi itu telah membawa kepada pertumbuhan kilang, Bandar-bandar baharu,
pertambahan penduduk, dan kekayaan kepada negara-negara Barat.
 Mereka memerlukan bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri-industri di Eropah dan
pasaran untuk barangan keluaran mereka.
 Oleh itu mereka perlu memperluaskan kuasa di kawasan yang kaya dengan bahan mentah,
khususnya di India.

B) Isi-isi penting:

1) Dahagi India

 Kebangkitan terbesar masyarakat India menentang kuasa Barat berlaku pada tahun 1857 yang
dikeali sebagai Dahagi India.
 Kebangkitan ini dianggap sebagai turning point kepada perjuangan orang India dibebaskan tanah
air mereka daripada belenggu penjajahan Barat.
 Peristiwa Dahagi India hanya semata-mata kebangkitan sepoi yang tidak berpuas hati terhadap
isu peluru rifle.
 Peluru rifle ini menggunaka lemak lembu yang merupakan sesuatu yang haram kepada penganut
agama hindu.

2) Perasaan tidak puas hati terhadap pembaharuan sosial British

 Tindakan Gabenor Jeneral British di India, Lord William Bentick menghapuskan amalan suttee
dan thugee yang diamalkan sejak turun-temurun menimbulkan rasa kurang senang orang Hindu
terhadap pentadbiran British di India.
 Melalui amalan suttee, seseorang balu beragama Hidu akan dibakar bersama-sama mayat suami
mereka semasa upacara pengebumian.
 Pihak British melihat adat ini sebagai tidak berperikemanusiaan lalu menggubal undang-undang
pada tahun 1928 bagi menghapuskan amalan ini.
 Amalan thugee pula ialah budaya merompak dan pembunuhan jalanan yang dilakukan oleh
kumpulan-kumpulan agama yang bersenjata.
 Mereka mencekik pengembara-pengembara sehingga mati atas nama Dewi Kali.
 Bentick turut menghapuskan amalan membunuh bayi perempuan.
 Lord Dalhousie, pengganti Bentick pula meluluskan Akta Kahwin Semula bagi balu-balu Hindu,
satu undang-undang yang melanggar tradisi masyarakat Hindu.

3) Teknologi baharu yang dibawa oleh Barat bercanggah dengan amalan tradisi

 Penduduk tempatan hanya dibenarkan menaiki kereta api kelas tiga sedangkan kelas satu dan
dua hanya utuk pegawai-pegawai Inggeris.
 Diskriminasi sebegini menjejaskan imej masyarakat India yang berkasta tinggi.

4) Alasan penyalahtadbiran

 Di Coorg dan Mysore, Bentick menggunakan alas an penyalahtadbiran pembesar tempatan dan
berjanji untuk menjalankan pentadbiran dengan adil dan stabil.
 Lord Ellenborough ingin merampas Sind dan membuat beberapa tuduhan terhadap amir-amir di
Sind.
 Amir-amir dipaksa menyerahkan beberapa sebahagian besar wilayah mereka dan tidak
dibenarkan membuat mata wang sendiri.
 Hanya mata wang British sah.
 Amir-amir marah dan menyerang British.
 Mereka ditewaskan dan Sind diletakkan di bawah pentadbiran British.
 Ellenborough berjaya menguasai wilayah Gwalior dan Paniar setelah kematian ketua puak
Maratha, iaitu Daulat Rao Sindhia.

5) Terusan usaha untuk menakluk

 Lord Dalhousie meneruskan usaha untuk menakluk lebih banyak wilayah di India.
 Melalui tiga cara:
 Menakluk Punjab.
 Beliau mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan mengalahkan mereka di Gujerat. Punjab
berjaya dikuasai.
 Cara kedua melalui “Undang-undang Lesap Waris”. Menurut doktrin ini, mana-mana pemerintah
yang tidak meninggalkan waris selepas kemangkatan mereka, secara automatik negeri itu akan
jatuh kepada pihak British.
 Beberapa wilayah diperoleh British melalui doktrin ini, iaitu Sarata, Jaipur, Jhansi, dan Tanjore.
 Cara ketiga melalui “kebaikan untuk diperintah”. Cara ini dilakukan atas alasan berlakunya
penganiayaan, kezaliman, dan ketidakstabilan politik dalam sesebuah negeri.

C) Penutup

 Isu-isu ini mendatangkan kemarahan kepada peduduk Negara India.


 Ekoran itu beberapa langkah penentangan telah dilakukan kepada pihak British.

: Bincangkan isu-isu / Faktor-faktor yang merenggangkan hubungan China dan Barat.

a) Pendahuluan

 Pertengahan abad ke 19, imperialis Barat mula mengasak China yg membuatkan era baharu
dalam sejarah China kerana kedaulatannya diceroboh oleh kuasa Barat. Hal demikian
membawa kepada kerenggangan hubungan pihak Barat dan China. Namun Kerajaan China
masih berbangga dengan menganggap negara mereka ‘Middle Kingdom’. iaitu mempunyai
tamadun yang tinggi.

 Mereka keberatan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Barat kerana


menggangap orang Barat sebagai Fan Len (orang gasar) dan Fan Kwae (hantu Asing)

 Sistem pemerintahan China juga tidak mempunyai pejabat hal ehwal luar. Maharaja institusi
tertinggi diikuti majlis tinggi dan sekretariat tertinggi.

 Timbul ketegangan hubungan antara kuasa Barat dengan China hingga membawa
peperangan kedua belah pihak dan memberi impak besar kepada sejarah perjalanan China.

b) Isi-isi penting

1) Isu perdagangan

 Pedagang barat terutamanya British mengharapkan keuntungan perdagangan yang berlipat


ganda jika mereka menjalankan perdagangan dengan Negara China tetapi impian mereka
tidak kesampaian disebabkan kerajaan Manchu mengamalkan dasar tutup pintu atau disebut
dasar pemencilan .
 Masyarakat china mempunyai pandangan yang negatif terhadap perdagangan dan
menganggap perdagangan sebagai pekerjaan yang hina. Justeru, perdagangan tidak
digalakan terutama dengan kuasa-kuasa barat. Sebaliknya perhatian diberikan kepada
pertanian sara diri.
 Pemerintaha china mengenakan pelbagai sekatan keatas pedagang asing. Pedagang asing
dibenarkan sebagai Co-hong .Barang yang diniagakan juga ditentukan oleh Co-hong .

2) Isu candu

 Perdagan barat dengan china lebih menyebelahi pihak china. Pihak british cuba membawa
barang mereka dari India dengan memperkenalkan barangan tekstil di china tetapi
gagalmenembusipasaran china. Mereka amat memerlukan eh dan sutera dari china yang
mendapat permintaan tinggi di Eropah.
 Keengganan china membeli barang dari britian menyebabkan wujudnya perdagangan satu
hala yang merugikan kerajaan british. Oleh yang demikian bagi mengimbangi perdagangan
yang berat sebelah itu ,pedagang Barat mencari alternatif dengan membawa masuk candu
dari Iindia.
 Candu kemudiannya menjadi barang paling digemari oleh masyarakat china tidak kira
golongan bangsawan atau atasan.
 Kemasukan Candu mengakibatkan pengaliranwang keluar yang banyak .Keadaan ini telah
menjejaskan ekonomi China.Pada tahun 1838,Maharaja Tao Kuang telah mengeluarkan
perintah yang mengharamkan penggunaan dan perdagangan candu.

3) Isu perudangan

 Isu perundangan turut menjadi isu yang merenggangkan hubungan china dengan kuasa-
kuasa Barat . Mengikut prinsip keadilan china “ seseorang yang dituduh melakukan jenayah
dianggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan “.
 Falsafah undang-undang di china berbeza dengan falsafah undang-undang barat .Undang-
undang barat berdasarkan konsep “ tanggungjawab individu “ manakal china pula “doktrin
tanggungjawab berkumpulan “ diamalkan.

4) isu agama Kristian

 Perasaan anti asing bertambah kerana kegiatan mubaligh Kristian di kawasan pendalaman
dan luar dari Canton. Ramai rakyat China Berjaya dikristiankan .
 Perkembangan ini mengancam kebudayaan dan tradisi orang China yang berpegang kepada
kepecayaan nnek moyang,Confucius,dan Taoisme.

5) isu kawasan petempatan orang asing

 Mempunyai sistem pentadbiran tersendiri dan tidak dikawal oleh pemerintahan


china.Penduduk hanya perlu membayar pajakan kepada China ..Diwilayah pajakan ini ,orang
asing membentuk majlis perbandaran mereka sendiri ,undang-undang,mahkamah,polis dan
pasukan pertahana awam.
 Pihak British dan Amerika Syarikat bersetuju menggabungkab wilayah konsensi mereka
kepada satu pentadbiran.
 Kuasa Barat juga menceroboh secara langsung wilayah China .Pengambilan Hong kong oleh
British ,Macau oleh Portugis, China juga menghadapi masalah pencerobohan Rusia di
lli,singkiang.

6) isu Pengenalan teknologi Barat.

 Pengenalan teknologi barat di china telah menyebabkan pengganguran berlaku dalam


masyarakat china dalam jumlah yang ramai.Pengenalan teknik baharu dalam bidang
perlombongan mempercepatkan penggunaan sumber alam yang jumlahnya terhad.
 Sarjana china percaya bahawa barat tidak ikhlas mengajar. Mereka juga percaya bahawa
pengenalan teknologi Barat hanya membawa keuntungan jangka masa pendek sahaja.
C) Penutup

 Kuasa barat akhirnya mengalami perubahan besar dalam bidang ekonomi kesan daripada
Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah bermula di England pada abad ke 12.
 Kesan daripada revolusi tersebut membawa kepad pertumbuhan penduduk dan kekayaan
kepada Negara-negara barat dan mereka juga inginkan bahan mentah.
 Bahan mentah tersebut untuk memenuhi lagi keperluan industry di Eropah dan pasaran untuk
barangan keluaran mereka.

Terangkan usaha-usaha mendaulatkan India dalam menuju kemerdekaan pada abad ke-20

Pendahuluan

Usaha-usahamenjadikan india sebagaisebuahnega yg berdaulat pada abab ke-20 berjalan


dengan rancak
Setelahhampir setengah abab usaha itu berlaku, barulah india keluar dari belenggu penjajahan

Isi-isi penting:

Sepanjang tempoh 1905-1918, muncul gerakan bersifat radikal yang deketuai oleh BG. TILAK,
LALA LAJPAT RAI, BIPIN CHANDRA PAI,dan AUROBINDHO GHOSH. Tokoh-tokoh ini
memainkan peranan yang penting dalam mengerakan penentangan terhadap british. Mereka
mahukan tindakan dilakukan terhadap penjajah british dan menyarankan supaya memulaukan
segala perkara yang berkaitan dengan penjajah british
Masyarakat islam secara umumnya menganggap TURKI mewakili pemerintahan islam dan
khalifah TURKI dianggap khalifah islam sejagat.
Abu kalam azad khan, Muhammad ali, dan shaukat ali melancarkan gerakan yang dinamakan
gerakakn khilafah. Pemimpin gerakan ini mendakwa india bukanlah Negara islam dan
menyarankan masysrakat islam berhijrah ke Negara islam, iaitu Afghasnistan
Selepas perang dunia pertama, perjuangan penduduk tempatan bercorak sederhana tetapi
enggan berkerjasama dengan pihak british. Gandha memimpin kongres kebangsaan india (INC)
dari tahun 1920 hingga tahun 1939. Prinsip swadesi atau berdikari sendiri bagi mendapatkan
keperluan tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Gandhi menyarankan penduduk india kembali kepada kehidupan sederhana, mengunakan
barangan buatan india seperti kapas, dan memasuki sekolah-sekolah india. Melalui prinsip ini
timbul kesedaran dalam kalangan penduduk india sepaya menghargai produk sendiri yang
mengalami kemerosotan sejak tahun ke-18 kesan monopoli perdagangan penjajah british,
perancis dan portoga. Gandhi seorang pejuang anti kekerasan. Baginya melakukan kekerasan
tidak dapat menyelesaikan masalah sebaliknya menimbulkan masalah lain. Gandhi mungkin
terpengaruh dengan kesan buruk yang di terima daripada peristiwa Dahagi India. Salah satu
daripada prinsip ahimsa adalah mogok lapar yang di lakukan pada tahun 1920. Penentangan
melalui mogok lapar menyebabkan kekuatan british tidak berguna kerana tiada penentangan
bersenjata.
Akibab desakan orang india, beberapa akta telah digubal bagi mempercepatkan orang tempatan
memerintah india. Antaranya termasuklah Akta Majlis India (1909) dan Akta Momage-
Chelmsford. Pada bulan mac 1930, Gandhi melancarkan gerakan penentangan awam dan
peristiwa itu dikenali sebagai perarakan garam. Kerajaan british yang memonopoli pengeluran
garam telah menaikkan harga garam dan tindakan itu menimbulkan kesukaran terutama
golongan bawahan.
Pihak british menahan dan memenjarakan pemimpon-pemimpin INC termasuk Gandhi pada
bulan mei 1930 dan mengharamkan parti INC. Bagaimanapun di Landon, satu desakan agar
british mengadakan perdamaian dengan INC. Persidangan meja bulat diadakan.
Pada tahun 1930, persidangan meja bulat yang di hadiri oleh raja-raja india, orang islam, hundu,
kristian, dan sikh gagal mencapai kata sepakat. INC memboikot persidangan itu. Tidak lama
kemudian, british bekerjasam dengan INC dan menganjurkan pakatan Gandhi-Irwin pada tahun
1931. Gandhi bersetuju dengan membatalkan kempen melanggar perintah awam. Sebagai
balasan, british akan menarik balik segala tindakan kekerasan dan memberi jaminan untuk
membebaskan nasionalis india yang ditahan.
Gandhi yang menghadiri persidangan itu mendapati pegawai-pegawai british bergodak-dalik
dalam hal memberi peluang kepada orang india mentadbir Negara mereka sendiri. British
mendakwa Gandhi gagal menyakinkan mereka cara menyelesaikan perpaduan dalam kalangan
masyarakat india. Sikap british itu mengecewakan Gandhi dan menjalankan semula gerakan
menentang british setelah pulang ke india. Sekali lagi beliau di tahan.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila pihak british mengumumkan anugerah perkauman pada
bulan ogos 1932. Menurut peraturan ini, masyarakat india dari golongan bawahan di beri pilihan
raya secara berasingan. Gandhi membantah dan mengadakan mogok lapar di penjara. Walau
bagaimanapun Gandhi menghentikan mogok lapar apabila british memperkenankan pakatan
poona(1932). Melalui pakatan ini, british bersetuju memberikan 143 kerusi kepada kelas
bawahan atas dasar persamaan bukan perkauman
Persidangan meja bulat ke 3 diadakan bagi menyelesaikan isi-isi berkaitan dengan
perlembagaan. Kerajaan british mencadangkan usul-usul dan kemudiannya dikenali sebagai akta
kerajaan india 1935. Melalui akta ini dicadangkan penubuhan sebuah persekutuan india dan
memberi kuasa autonomi kepada wilayah-wilayah jajahan british. Akta ini melantik gabenor
jeneral yang bertanggungjawab dalam hal ehwal luar negeri, pertahanan dan keagamaan.
Melalui perlembagaan ini, satu pilihan raya akan diadakan pada tahun 1937. Pengenalan akta
tersebut masih tidak memuaskan hati pemimpin politik di india kerana kuasa mutlak masih
berada di tangan gabenor jeneral dan gabenor wilayah.
Dalam pilihan raya umum 1937, INC memenangi 716 kerusi daripada 1161 kerusi yang
dipertandingkan. INC mencapai kemenangan besar di lapan wilayah sementara liga muslim
menguasai 3 kawasan sahaja. Liga muslim mendakwa INC memperjuangkan nasib orang hindu
sahaja. Muhammad Ali Jinnah mendesak wilayah-wilayah mejoriti penduduknya beragama islam
berjuang dibawah liga muslim. Beliau juga meminta parti Unionist pimpinan sikander Hyatt Khan
agar menyertai liga muslim demi perjuangan masyarakat islam di india.
Bermula dari sinilah, idea penubuhan Pakistan diperjuangkan diperingkat lebih luas. Pada tahun
1940-an, liga muslim menerima sokongan sebilangan orang islam tetapi menjadi sebuah parti
massa yang mendapat sokongan semua lapisan masyarakat. Isu pertikaian hindu dan islam tidak
dapat dibendung lagi. Gabenor Jeneral india, Lord Louis Mountbatten bersama-sama peminpin
INC dan LIGA MUSLIM telah mencapai kata sepakat. Kebuntuan politik mungkin dapat
diselesaikan jika india dipecahkan kepada dua iaitu satu untuk orang hundu dan satu untuk orang
islam.
Pada bulan ogos 1945, merupakan tarikh keramat bagi kedua-dua buah Negara, iaitu
berakhirnya era penjajahan british. Pakistan mencapai kemerdekaan pada 14 ogos 1945 dan
india mencapai kemerdekaan pada 15 ogos 1945. Muhammad Ali Jinnah dilantik sebagai
gabenor jeneral Pakistan dan Jawaharlal Nehru sebagai perdana menteri india yang pertama.

Penutup
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak bagi membebaskan india daripada
penjajahan dan menjadi sebuah Negara yang berdaulat.
Bagaimanapun usaha membebaskan diri dari penjajahan british terjejas kesan konflik antara
orang hindu dan islam dan akhirnya menyebabkan india berpecah kepada dua buah Negara iaitu
india dan Pakistan

Sejauhmanakah pendidikan di Barat telah membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam


kalangan rakyat di India pada abad ke 20.
Pengenalan
Kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India dapat dikesan sebelum tahun 1857 lagi.
Kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama sebelum tahun 1857, menandakan bermula
semangat kebangsaan di India.
Pendidikan Barat yang diperkenalkan British merupakan faktor utama yang melahirkan
kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India/ cerdik pandai
Pendidikan Barat menyebabkan  rakyat India terdedah kepada konsep-konsep seperti kebebasan,
demokrasi, persamaan dan hak asasi individu.
Pperkembangan ini melahirkan tokoh-tokoh nasionalis yang memainkan peranan dalam  gerakan
kebangsaan di India.
Tokoh-tokoh tersebut ialah Raja Ram Mohan Roy, W.C.Banerjee, Surendranath Banerjee, G.K.
Gokhale.
Isi-isi penting:
1. Bahasa Inggeris
-Bahasa Inggeris  memainkan peranan membangkitkan kesedaran kebangsaan
-lebihkurang 600 bahasa daerah yang dituturkan/ batu penghalang memupuk persafahaman
-Bahasa Inggeris juga memainkan peranan sebagai alat perpaduan yang menyatukan rakyat India
yang terpisah dari segi agama, bangsa dan wilayah.

2. Diskriminasi dalam perkhidmatan awam


-British mengamalkan dikriminasi dalam pengambilan rakyat India bagi memegang jawatan
tinggi dalam perkhidmatan awam
-mengadakan peperiksaan awam di England
-amalan diskriminasi ini melahirkan rasa tidak puas hati dalam golongan  terpelajar di India.
3. Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan
-pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan moden  juga pencetus kepada semangat
kebangsaan
- pembinaan jalan keretapi dan jalan raya menyatukan rakyat India yang terdiri daripada pelbagai
bangsa dan keturunan
4. Dasar pentadbiran Lord Lytton
-memperkenalkan Akta Senjata dan Akta Akhbar Vernakular yang melahirkan sentiment anti-
British
-langkah-langkah yang diambil seperti menggalakkan import kain kapas dari Englang dan
menghadkan umur penyertaan perkhidmatan awam kepada 18 tahun
-langkah-langkah ini menimbulkan kemarahan rakyat India terhadap pemerintahan British
5. Akta Illbert 1883
-merancakkan lagi sentimen anti-British
-akta ini memberi kuasa kepada hakim-hakim berketurunan India mengadili dan menjatuhkan
hukuman ke atas orang Inggeris
-mendapat tentangan daripada golongan Anglo-India hingga menyebabkan British menarik balik
akta tersebut
-tindakan British menyedarkan rakyat India tentang perasaan anti-India yang terpendam dalam
hati orang Inggeris
-Surendranah Banerjee mengambil langkah untuk menganjurkan Persidangan Kebangsaan bagi
menentang British
6. Peranan akhbar
-akhbar tempatan memainkan peranan penting dalam membengkitkan kesedaran kebangsaan
-Akhbar Kesari, The Maratha, Amrit Bazar Patrika dan Patriot  merupakan akhbar yang
mengkritik dasar British.
-akhbar ini turut menyebarkan idea pemerintahan sendiri dan amalan demokrasi dalam kalangan
rakyat tempatan
7. Kajian terhadap keagungan silam
-kajian ini melahirkan keyakinan rakyat India teradap kebudayaan dan peradaban mereka
-sarjana yang mengakaji peradaban India ialah Sir William Jones, Max Muller dan Monier
Williams
-kajian seperti ini membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India
8. Peranan kesusasteraan
-karya-karya kesusasteraan juga memainkan peranan penting
-karya-karya telah dimuatkan dalam akhbar-tempatan menyebabkan idea nasionalisme tersebar
keseluruh India.
-tokoh-tokohnya ialah Bankim Chandra Chatterjee dan Rabindranath Tagore
9. Dasar ekonomi British
-British mengamalkan dasar ekonomi bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian di England
-dasar ini menyebabkan British tidak menggalakkan perkembangan industry tempatan mengawal
perusahaan-perusahaan tempatan
-langkah-langkah ini membangkitkan perasaan benci rakyat tempatan terhadap British di India
10. Penindasan terhadap buruh-buruh India di seberang laut
-layanan buruk oleh British terhadap buruh-buruh India yang bekerja di seberang laut
-British tidak mengambil berat tentang kebajikan dan hak asasi mereka
-layanan demikian menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan nasionalisme
11. Gerakan refomasi sosioagama
-kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama
-pertubuhan yang memainkan peranan ialah Brahmo Samaj, Brahma Samaj, Arya Samaj dan
Pertubuhan Ramakrishna
-pertubuhan-pertubuhan agama ini meletakkan asas bagi kebangkitan semangat kebangsaan dan
kemunculan Parti Kongres India pada tahun 1885
Kesimpulan
-pendidikan Barat merupakan faktor utama melahirkan  kesedaran kebangsaan dalam kalangan
rakyat India disamping beberapa faktor lain
-dasar-dasar yang dilaksanakan oleh British merupakan asas kepada kemunculan sentiment anti-
British
-kebangkitan semangat kebangsaan melahirkan pemimpin-pemimpin nasionalisme yang
mengatur gerakan untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah

Huraikan matlamat dan dasar penubuhan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB)

Pendahuluan:

 Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu bertujuan mengekalkan perdamaian di dunia dengan cara


perundingan, bermuafakat dan bertukar-tukar fikiran dengan Negara anggota. Persidangan
Dumbarton Oaks mencadangkan supaya dibentuk 4 cawangan PBB ; iaitu Perhimpunan Agung ,
Mahkamah Keadilan Antarabangsa , Jabatan Setiausaha dan Majlis Ekonomi dan
Kemasyarakatan.
 Cara mengundi dalam Majlis Keselamatan diputuskan 5 kuasa besar; Amerika Syarikat , Russia ,
Britain , Perancis , dan China. Ditubuhkan pada 24 oktober 1945, 51 buah Negara telah
menandatangani pengisytiharan PBB di San Francisco dan dianggap sebagai ahli asal
pertubuhan ini.

Isi-isi penting:

 Negara-negara anggota pertubuhan ini harus akur dengan piagam PBB, iaitu satu perjanjian
antarabangsa yang menggalurkan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.Terdapat empat
matlamat piagam PBB,iaitu Menjamin keamanan dan keselamatan dunia, Menggalakkan
hubungan berbaik-baik antara Negara-negara anggota.Bekerjasama dalam menyelesaikan
masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan
warna kulit. PBB boleh menggalakkan kemajuan kemasyarakatan dan memperbaiki taraf hidup
manusia.
 Dasar-dasar yang menjadi pegangan PBB dan negara-negara anggotannya ialah PBB
didasarkan kepada persamaan taraf dan kedaulatan semua negara anggotannya.Setiap negara
anggota akan mematuhi kewajipannnya mengikut piagam PBB.
 Semua negara anggota akan menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa dengan perasaan dan
semangat dan keyakinan yang tinggi tanpa menggugat keamanan, keselamatan, dan keadilan
sejagat.
 Negara-negara anggota tidak boleh menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap kawasan
atau kemerdekaan sesebuah Negara ataupun dengan cara yang tidak sesuai dengan semangat
PBB.
 Negara-negara anggota diminta memberi bantuan dalam apa sahaja tindakan yang diambil oleh
PBB dan dikehendaki tidak memberi kerjasama kepada mana-mana pihak yang dikenakan
tindakan oleh PBB.PBB akan memastikan supaya Negara-negara yang tidak menyertai
pertubuhan ini mematuhi dasar-dasar PBB setakat yang perlu bagi memelihara keamanan dan
keselamatan antarabangsa.
 PBB tidak akan mencapai mencampuri urusan dalaman sesebuah Negara yang berkaitan
dengan bidang perundangan. Dasar ini akan diketepikan apabila tindakan terpaksa diambil untuk
menghadapi ugutan yang mengancam keamanan dan keselamatan dunia.

Penutup:

 PBB merupakan pertubuhan antarabangsa yang mempunyai hubungan saling bergantungan


antara satu sama lain dalam menjalankan usaha memelihara keamanan dan keselamatan
antarabangsa.
Bincangkan peranan organisasi yang terdapat dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Pendahuluan:

 PBB melaksanakan tanggungjawab bagi merealisasikan matlamat dan objektif yang digariskan.
PBB mewujudkan enam organisasi. Organisasi tersebut ialah Perhimpunan Agung, Majlis
keselamatan, Majlis Ekonomi dan Sosial, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Majlis Amanah,
dan Sekretariat.

Isi-isi penting:

Majlis Perhimpunan Agung merupakan badan PBB

 Perhimpunan Agung berperanan melantik ahli Majlis Sosial dan Ekonomi, ahli biasa Majlis
Keselamatan, dan ahli Majlis Amanah . Majlis ini mempunyai hak melantik hakim Mahkamah
Keadilan Antarabangsa. Perhimpunan Agung merupakan satu-satunya badan yang diwakili oleh
semua negara anggota dan setiap negara mempunyai satu undi. Antara tugas-tugas
Perhimpunan Agung ialah menimbang serta membuat syor tentang dasar kerjasama
antarabangsa dalam usaha memelihara keamanan dan keselamatan dunia.Mengambil langkah
mengkaji dan membuat syor bagi menggalakan kerjasama antarabangsa dalam bidang politik.
Menggalakkan kesedaran terhadap hak dan kebebasan asasi manusia. Mengawas dan membuat
syor berhubung dengan kawasan-kawasan amanah.Membuat syor untuk menyelesaikan
sebarang masalah secara damai. Menimbang dan meluluskan perbelanjaan PBB.

Majlis Keselamatan

 Majlis Keselamatan bertanggungjawab secara langsung dalam hal-hal berkaitan keamanan dan
keselamatan dunia. Sehingga tahun 1965, majlis ini mempunyai 11 ahli dan enam ahli biasa yang
dilantik setiap dua tahun.tindakan yang boleh diambil oleh Majlis keselamatan dalam
menyelesaikan sebarang pertelingkahan. Meminta semua Negara anggota PBB memutuskan
hubungan diplomatik dengan negara yang ingkar itu. Meminta semua anggota PBB memutuskan
perhubungan kereta api, laut, udara, perhubungan pos dan telegram, radio atau sebarang bentuk
komunikasi. Meminta semua negara anggota PBB memutuskan perhubungan ekonomi dengan
Negara tersebut dan mengambil tindakan ketenteraan terhadap Negara tersebut sama ada
melalui sekatan darat, laut atau udara.

Majlis Ekonomi

 Majlis Ekonomi dan Sosial bertanggungjawab menyelaras dan mengarahkan aktiviti PBB dalam
bidang ekonomi, social, kemanusian dan kebudayaan. Majlis ini bersidang sekurang-kurangnya
dua kali setahun dan bertanggungjawab terus kepada Perhimpunan Agung. Tugas majlis ini ialah
membuat kajian, laporan, dan syor dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan,
pelajaran, kesihatan dan sebagainnya. Agensi-agensi yang turut membantu majlis ini
termasuklah Food and Agriculture Organization (FAO), United Nations Educational, Scientific and
Cultural Organisation (UNESCO),International Labour Organisation (ILO), United Nations
Conference on Trade and Development(UNCTAD), International Bank for Reconstruction and
Development( IBRD) dan International Monetary Fund (IMF).

Majlis Amanah

 Majlis Amanah dipertanggungjawabkan menyelia wilayah yang diamanahkan di bawah


pentadbiran PBB.wilayah itu harus ditadbir oleh kuasa antarabangsa sebagai satu amanah
sehingga wilayah itu mampu membentuk pemerintahan sendiri. Selepas tahun 1945, terdapat 11
wilayah amanah yang diambil alih dari jerman,itali, dan jepun. Contoh kawasan-kawasan yang
pernah diletakkan sebagai kawasan amanah ialah New Guinea ditadbir oleh Austrialia.Samon
Barat ditadbir oleh New Zealand Cameroon, Tanganyika dan togoland ditadbir oleh Britain
akhirnya mencapai kemerdekaan pada awal tahun 1960-an.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa

 Mahkamah Keadilan Antarabangsa terletak di Hague, Belanda. Mahkamah ini mempunyai 15


hakim yang dipilih bersama oleh Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan. Terdiri daripada
warganegara yang berlainan dan berkhidmat selama 9 tahun dan berhak untuk dilantik semula.
Memberi nasihat atas permintaan Perhimpunan Agung atau Majlis Keselamatan dan
mengendalikan sebarang kes yang dibawa kepadanya. Mahkamah ini tidak ada ejen
penguatkuasa keputusan yang dibuatnya.

Sekretariat PBB

 Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dipilih oleh Majlis Perhimpunan Agung
PBB atas cadangan dan sokongan Majlis keselamatan.Sekretariat ini beribu pejabat di New York.
Setiausaha Agung merupakan pentadbir tertinggi dan keberkesanan Sekretariat bergantung
kepada kewibawaan. Setiausaha Agung melantik kakitangan jabatannya bertanggungjawab
memimpin dan mengawal pentadbiran PBB yang terdiri lebih daripada 3000 pegawai dan
kakitangan.

Penutup:

 PBB mewujudkan enam organisasi bagi merealisasikan matlamat dan objektif yang digariskan
dalam memastikan organisasi ini terus memainkan peranan penting dalam isu-isu sejagat.
 PBB harus terus menjaga keamanan dan kesejahteraan negara-negara di dunia tanpa
diselubungi oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Rusia dan
China yang mempunyai kuasa veto dalam memutuskan apa jua keputusan dalam menjalankan
peranannya.

Soalan 79: Huraikan sejarah dan perkembangan komanwel serta peranan Negara United Kingdom
dan India.

a) Pendahuluan:
Pertubuhan Komanwel dibentuk pada tahun 1931 (melalui Statue of West Minister) dan
anggotanya terdiri daripada bekas tanah jajahan British yg telah merdeka.Kini ,negara anggota
Komanwel tersebar di setiap Benua dan penduduknya pula terdiri daripada pelbagai bangsa,
agama, bahasa dan budaya. Komanwel pada abad ke 21 meliputi kira-kira suku daripada
permukaan bumi dan penduduknya yang di anggarkan melebihi 2.1 billion orang pada tahun
2005.
Komanwel hari ini menerima pengistiharan prinsip komanwel sebagai asas hubungan dalam
kalangan negara Komanwel.

b) Isi- isi penting


I. Sejarah dan perkembangan Komenwel
Idea untuk memberikan hak berkerajaan sendiri kepada tanah jajahan British ,
sebenarnya terkandung dalam laporan Lord Durham (1839) yang
diperkenalkan di kanada pada tahun 1847 .Pada tahun 1867, kanada
merupakan tanah jajahan yang pertama memperoleh taraf berkerajaan
sendiri .
Seterusnya, diikuti oleh Australia(1901 ) ,New Zealand (1907) dan Afrika
Selatan(1910) .Walaupun mendapat taraf pemerintahan sendiri ,namun kuasa
yang dimiliki pelbagai wilayah ini masih terhad . Parlimen Britian mempunyai
kuasa untuk menggubal undang-undang berhubung dengan hal ehwal
pertahanan,dasar luar, dan sebagainya .
Hasil dari Laporan Balfour , persidangan empyar 1926 telah mengisytiharkan
bahawa Negara dominan bebas dari ikatan Britain dari sudut undang-undang
setelah statutue of Westminster diluluskan pada tahun 1931. Statue ini telah
menghapuskan penguasaan parlimen Britain tehadap hal ehwal Negara-negara
dominan.
II. Peranan Negara United Kingdom dan India

a) Unitd kingdom. (UK)


UK boleh dianggap sebagi pengasas dan ketua komanwel .. Jika UK tidak bijak
menjaga dan mengawal negara-negara bekas tanah jajahannya,sudah tentu
hubungan UK dan tanah jajahanya akan lenyap begitu sahaja.
Kewujudan komanwel mempunyai kaitan dengan niat dan cita-cita pihak british
untuk membimbing tanah jajahannya ke arah berkerajaan sendiri seterusnya
memberi kemerdekaan. Keadaan tersebut juga dikaitkan dengan desakan rakyat
Britain supaya dipraktikan cita-cita untuk membimbing tanah
jajahan.Kebijaksanaan Pejabat Tanah Jajahan mengurus bekas –bekas Negara
yang dijajah mempunyai mekanisme sendiri.
Bekas tanah jajahan tidak dipaksa untuk menyertai komanwel dan ahli-ahlinya
bebas untuk menarik diri pada bila-bila masa.
Britain juga sedar akan tanggungjawab untuk membangunkan tanah jajahannya
termasuk wilayah-wilayah yang diamanhakna kepadanya yang ketinggalan dari
segi ekonomi.
Penubuhan komanwel adalha langkah wajar kerana kerjasama secara
multilateral dalam bidang ekonomi dalam kalangan bekas tanah jajahanya akan
mengukuhkan ekonomi Negara –negara berkenan.
Walau bagaimanapun , tidak dinafikan pada tahun 1950-an Britain menggunakan
pertubuhan ini untuk kepentingan sendiri khususnya dalam bidang ekonomi.
Negara Komanwelmengeksport lebih 50 peratus daripada teh, bijih timah , jut ,
getah , minyak sawit ,dan koko dunia . Negara Komanwel juga menyumbang
separuh daripada keluaran aluminium dunia.
Kekayaan hasil bahan-bahan mentah di Negara bekas tanah jajahannya
menyebabkan Britain mengambil kesempatan mengadakan hubungan bilateral
dan penetapan harga barang-barang utama itu dilakukan oleh Britain.
Dari sudut Negara-negara komanwel ,mereka sedar bahawa hubungan sedia ada
dengan Britain dan negara –negara Komanwel yang lain serta penglibatan
perdagangan .dan sterling Area akan member faedah seperti pemindahan
teknologi dan kepakaran ,perkhidmatan perkataandan sebagainya.
Disamping itu , Britain juga mengambil insiatif mewujudkan sebuah jawatankuasa
pada tahun 1950 ,iaitu jawatankuasa perhubungan pelajaran komanwel .
jawatankuasa in dibentuk bagi membantu Negara –negara menyediakan system
pelajaran yang sempurna .
Penubuhan komanwel juga mempunyai kaitan dengan hasrat Britain untuk
memperkenalkan sistem social ,ekonomi, dan politik berdasarkan model
barat.penerapan sistem undang-undang ,biroraksi ,ekonomi , dan lain-lain
menjadikan struktur pentadbiran Negara-negara komanwel lebih kemas dan
berkesan.
Salah satu isu yang menggugat perpaduan dalam kalangan Negara anggota
Komanwel ialah Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan .Kerajaan kulit
putih melaksanakan Dasar Apartheid antara tahun 1948 hingga 1991 .Majoriti
Negara- Negara anggota komanwel mahukan dasar ini dihapuskan , namun
Britain bertindak tidak sehaluan dengan anggota yang lain.
Sama ada disedari atau tidak ,komanwel akan berkembang kerana kepercayaan
dalam kalangan Negara-negara anggota terhadap pertubuhan ini masih wujud
.Pelbagai kerjasama diadakan dalam bidang ekonomi, pelajaran ,teknikal .dan
lain-lain menyebabkan Negara –negara anggota terasa berat untuk meniggalkan
komanwel .

b) India
India mempunyai sejarah yang tersendiri dengan pertubuhan komanwel anggota
“ bukan berkulit putih” yang ingin diberi taraf kerajaan sendiri oleh pihak British .
Pada tahun 1919 , undang- undang kerajaan india telah digubal .sistem diarchy
telah diperkenal di India . Melalui sistem ini ,pentadbiran wilayah –wilayah di India
dibahagikan kepada bahagikan, iaitu perkara-perkara yang tertentu yang ditadbir
oleh gabenor wilayah dan india .
Bagaimanapun , semua keputusan hendaklah mendapat kebenaran daripada
kerajaan atau Parlimen British . Satu suruhanjaya telah dibentuk untuk mengkaji
pemberian taraf berkerajaan sendiri di India .Suruhanjaya ini dipengerusikan
oleh Sir John Simon.

c) Penutup

Apa-apa yang bersesuaian

Soalan 80 : bincangkan faktor faktor penubuhan NATO dan peranan Amerika Syarikat serta United
Kingdom dalam NATO

a) Pengenalan
 NATO ditubuhkan pada 4 april 1949 . Pada asalnya , dua belas buah Negara sahaja menganggotai
pertubuhan ini. Ibupejabat NATO ialah di paris. NATO telah menonjolkan Amerika Syarikat sebagai
kuasa besar dan keselamatan di Eropah barat.
 Pada peringkat awal , Negara yang terlibat dengan NATO ialah Amerika Syarikat,United Kingdom ,
Kanada, Perancis, Itali, Belgium, Belanda,Norway,Denmark,Portugal,Iceland, dan Luxembang. Kini
keanggotaan dalam NATO telah meningkat kepada 28 anggota.

b) Isi –isi penting

I. Menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah.


Strategi Nato ialah bagi mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua
Negara anggotanya terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap Negara anggota. Pada
dasarnya , nato bertujuan membendung semula pengaruh komunis yan diterajui Soviet Union.
Tambahan pula, Negara eropah timuryang prokomunis sudah menambahkan kekuatan tentera
bagi menandingi negara jiran mereka di eropah barat . Jadi ,rancangan pihak Rusia dan
sekutunya perlu kawal di peringkat awal lagi.

II. Mengheret dan melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal
ketenteraan dan politik Eropah.
Nato megesahkan kehadiran Amerika syarikat dan britian selepas tahun 1945 di Eropah
terutamanya di Jerman dan Turki supayakomunisme yang diarah dari moscom dapat disekat
dengan keberkesanan. Tambahan pula, pada tahun 1949 ,Soviat union telah meletupkan bom
atomnya yang pertama.

III. Mengekang perluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah.


Soviet union sering dipersalahkan dan dilihat sebagai tidak demokratik,tidak menghormati hak
asasi manusia,dan tidakan menghormati kebebasan individu sebagaimana uyang dipraktikan di
Eropah.
Soviet union didakwa oleh pihak Barat lebih komited untuk melebarkan pengaruh politik yang
berideologikan komunisme di Eropah atau di Asia. Sikap Soviet Union dilihatsebagai
penghalang utama bagi kuasa-kuasa besar dunia mencapai kesepekatan dalam PBB bagi
menengani isu-isu antarabangsa
Perkembangan politik antarabangsa seperti ini sepanjang tahun 1945 sehingga tahun1949
menyebabkan Britian dan Amerika syarikat mengambil inisiatif untuk menubuhkan NATO.
Soviet union pula memberi satu persepsi bahawa Nato ialah Amerika syarikat dan Amerika
syarikat ialah Nato. Ini bermakna Nato didominasikan oleh Amerika syarikat berbanding
Negara-negara lain.
IV. Mengatasi ketidak upayaan eropah terhadap kemampuan PBB sama ada dari sudut
ketenteraan mahupun sudut pendekatan dan strategi bagi menyelesaikan atau mengatasi
pelbagai konflik antarabangsa, khususnya dalam konteks dunia secara berkesan.

Dalam PBB kelemahan yang dipersoalkan ialah pihak atau Negara mana yang akan mengetuai
misi ketenteraan PBB dan Negara mana yang akan membiayai segala perbelanjaan sepanjang
misi ketenteraan PBB.

Implikasinya ialah kuasa-kuasa besar dunia yang merupakan anggota Majlis keselamatan PBB
yang memiliki kuasa veto ketika itu selalunya lebih banyak bersetuju untuk tidak bersetuju
dalam menangani man-man konflik antarabangsa .

c) Penutup

Komitmen berterusan Amerika syarikat dalam NATO dilihat sebagai kunci keseimbangan
,keutuhan, dan kestabilan, Nato sebagi institusi yang berperana memelihara keamanan dan
keselamatan dunia secara praktikal bukan sekadar di Eropah sahaja malah di seluruh dunia .
Fokus NATO sering berubah mengikut keadaan memberikan tumpuan kepada soviet union ,kini
selepas peristiwa 9/11 fokusnya juga berubah kepada menangani bahaya pengganas dan
serangan cyber.

Rujukan

 Mahdi Shuid, 2012. Teks STPM Sejarah Dunia 1500-1950. Terbitan Pelangi, Bangi Selangor.

Anda mungkin juga menyukai