Anda di halaman 1dari 2

TEMA AMALAN SIVIK YANG SEMPURNA DENGAN KURIKULUM STANDARD

PRASEKOLAH KEBANGSAAN SEMAKAN 2017

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017), amalan bermaksud perbuatan yang
dilakukan menjadi suatu kebiasaan. Sivik pula merujuk kepada ilmu tatarakyat yang
menunjukkan bagaimana seseorang individu itu hidup dalam satu kelompok masyarakat
dengan memasukkan aspek hak dan perasaan tanggungjawab seseorang terhadap
masyarakat sekeliling. Amalan sivik membawa maksud pengaplikasian pengetahuan,
kesedaran dan tindakan sivik yang bermula dari diri secara berterusan dalam kehidupan
harian menjadi amalan sivik dan memberi sumbangan kepada masyarakat dengan
berkesan. Amalan sivik sangat penting untuk diterapkan dalam diri kanak-kanak sejak kecil
untuk memberikan pendedahan tentang hidup bermasyarakat secara praktikal. Ini menepati
matlamat Modul Sivik Prasekolah (2019) iaitu kanak-kanak dapat membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian serta memberi sumbangan terhadap
masyarakat melalui amalan sivik.
Amalan membasuh tangan dapat diterapkan dengan menjadikan kurikulum DSKP
KSPK (Semakan 2017) sebagai medium penerapan amalan sivik melalui Standard
Pembelajaran berikut:

FK 5.1.7 Mempraktikkan cara menjaga kebersihan: (i) anggota tubuh


KE1.3.1 Melakukan pergerakan kreatif berdasarkan lirik lagu

Amalan ini perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak supaya mereka memahami
kepentingan menjaga kebersihan diri untuk kesihatan yang optima serta dapat mengajak
warga sekeliling bersama-sama menjaga kebersihan dan kesihatan kerana tahap
kebersihan yang memuaskan boleh meningkatkan kesihatan individu dan masyarakat
(Hidayatul, 4 Jun 2017). Pengajaran cara membasuh tangan dengan betul penting untuk
memastikan tahap kebersihan tangan kanak-kanak terjamin. Oleh itu, guru perlu membuat
demonstrasi cara membasuh tangan dengan betul kepada kanak-kanak berpandukan 7
Langkah Membasuh Tangan Yang Betul yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (2017). Setelah itu, kanak-kanak mengikut pergerakan guru semasa demonstrasi
dilakukan agar memberi pemahaman secara langsung cara-cara membasuh tangan dengan
betul. Ini bertepatan dengan teori Piaget di mana kanak-kanak akan lebih memahami dan
mengingati sesuatu perkara apabila mereka melakukan perkara tersebut secara praktikal
(Fatimah, 2015). Bagi memudahkan kanak-kanak dalam mengingati cara membasuh tangan
dengan betul, guru boleh melaksanakan pergerakan kreatif Guru boleh melaksanakan
aktiviti pergerakan kreatif menggunakan lagu Membasuh Tangan di mana guru melakukan
pergerakan membasuh tangan mengikut lirik lagu tersebut dan diikuti oleh kanak-kanak.
Seterusnya, kanak-kanak melakukan aktiviti berpasangan kanak di mana seorang kanak-
kanak menyanyikan lagu Membasuh Tangan manakala pasangannya melakukan
pergerakan membasuh tangan mengikut lirik yang dinyanyikan oleh pasangannya. Ini
adalah untuk meningkatkan lagi ingatan kanak-kanak cara membasuh tangan dengan betul
dan dapat mengamalkan di dalam kehidupan seharian.
Seterusnya, guru memberi penerangan kepada kanak-kanak mengenai waktu di
mana perlunya membasuh tangan iaitu sebelum dan selepas makan, selepas menggunakan
tandas dan selepas bermain. Guru juga boleh menyelitkan isu semasa yang berkaitan
seperti isu corona virus yang semakin berleluasa di Malaysia. Virus ini boleh tersebar
melalui sentuhan. Oleh itu, tangan seharusnya dalam keadaan bersih dan elakkan daripada
menyentuh sebarang objek tanpa keperluan supaya tidak berlaku jangkitan kepada
penyentuh. Justeru, guru perlu memberi peringatan kepada kanak-kanak untuk sentiasa
membasuh tangan setiap kali melakukan aktiviti di luar sebagai langkah berjaga-jaga bagi
menghindari corona virus daripada menjangkiti kanak-kanak dan orang di sekelilingnya.
Jadi, jika amalan membasuh tangan dipraktikkan kesannya kepada tahap kebersihan diri
kanak-kanak meningkat malah kesihatan juga terjamin. Di samping itu, kanak-kanak boleh
mempersembahkan pergerakan kreatif lagu Membasuh Tangan di sekolah untuk
mendedahkan cara membasuh tangan dengan betul kepada dan mengajak warga sekolah
mengamalkan budaya membasuh tangan. Pembudayaan amalan membasuh tangan dalam
satu kelompok masyarakat memberi kesan positif dalam kehidupan yang bermasyarakat
majmuk.
Kesimpulannya, tema amalan sivik perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak melalui
DSKP KSPK (Semakan 2017) supaya mereka dapat mempraktikkan amalan tersebut dalam
kehidupan seharian. Secara tidak langsung, kanak-kanak dapat mempengaruhi orang
sekeliling bagi membudayakan amalan sivik demi kesejahteraan masyarakat. Hal ini kerana
tindakan sivik itu bermula dari diri dan berkembang kepada keluarga, masyarakat, negara
dan global. Maka, kebersihan dapat dijaga dengan baik dan kurangnya penyakit berjangkit
yang berlaku.

Anda mungkin juga menyukai