Anda di halaman 1dari 4

PANDUAN PENYUSUNAN LAPORAN

KERJA AMAL

PANDUAN PENYUSUNAN LAPORAN KERJA AMAL


A: Bilangan aktiviti
Calon mesti menjalankan 4 aktiviti

 2 aktiviti berkaitan Bidang Alam Sekitar


 1 aktiviti berkaitan Bidang kekeluargaan
 1 aktiviti berkaitan Perkembangan Diri

B: Penyediaan dan Penyusunan Folio 


Kulit luar folio
 Nama dan alamat sekolah
 Kod sekolah
 Nama mata pelajaran
 Tajuk folio
 Nama penuh
 Nombor kad pengenalan
 Angka giliran
 Nama guru pentaksir

Bahagian dalam folio


 Isi kandungan
 Kulit Tugasan Harian (menyatakan kelapan-lapan tajuk laporan tugasan harian)
 Laporan tugasan harian 1 hingga 8 (disusun mengikut urutan seperti di kulit tugasan harian)
 Kerja amal 1
 Kerja amal 2
 Kerja amal 3
 Kerja amal 4

Perkara-perkara yang perlu diambil kira

 Tajuk tugasan
 Tajuk aktiviti
 susunan folio
 lampiran bukti
 kekemasan
 mematuhi ketepatan masa
 kebersihan folio
 kekemasan tulisan
 kekemasan penyusunan folio

C: Penglibatan dan Peranan - berdasarkan laporan


aktiviti 

 menyumbang tenaga
 menyumbang idea
 meluangkan masa
 bertanggungjawab
 rajin
 kerjasama
 kepimpinan
 toleransi
 prihatin
 mengawal keadaan
(calon perlu nyatakan peranan dan ciri-ciri di atas di dalam laporan aktiviti)

D: Kesan (mesti dinyatakan di dalam laporan)

Kesedaran (mengetahui dan memahami keadaan yang sebenarnya selepas


menjalankan kerja amal) 

Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim


tersebut, saya sedar bahawa setiap manusia memerlukan perhatian dan kasih
sayang. 

Insaf (mamahami sesuatu perkara sehingga menimbulkan kesedaran dalam diri


sendiri)

Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim


tersebut, saya insaf bahawa bukanlah senang untuk ibu saya menyediakan makanan
untuk kami sekeluarga, dan saya akan cuba untuk membantu ibu saya memasak. 

Iktibar (pengajaran atau teladan yang pelajar perolehi selepas menjalankan kerja


amal)

Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim


tersebut, saya mendapat iktibar bahawa saya perlu bersyukur kerana masih
mempunyai ibu dan bapa

Perubahan sikap (perubahan sikap yang dialami pelajar selepas menjalankan


aktiviti) 
Contoh: Setelah selesai menjalankan aktiviti kerja amal di rumah anak-anak yatim
tersebut, saya merasai perubahan sikap dalam diri saya. Saya mulai prihatin
terhadap nasib orang-orang yang kehilangan anggota keluarga. 

E: Penyediaan Bahan Bukti

Sekurang-kurangnya 1 keping gambar bagi setiap aktiviti


1 sijil penghargaan atau surat akuan bagi setiap aktiviti

KATA KUNCI PENGLIBATAN DAN


PERANAN SAYA
 menyumbang tenaga
 menyumbang idea
 meluangkan masa
 bertanggungjawab
 rajin
 kerjasama
 kepimpinan
 toleransi
 prihatin
 mengawal keadaan

KATA KUNCI KESAN

 sedar/kesedaran
 insaf
 iktibar
 perubahan sikap

Anda mungkin juga menyukai