Anda di halaman 1dari 2

COVID-19: Patuh PKP kunci kejayaan

perangi coronavirus
Sophia Ahmad
bhnews@bh.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share
 
Tweet

KUALA LUMPUR: Kepatuhan terhadap tiga perincian utama


sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah kunci
yang akan menentukan kejayaan negara dalam memerangi
pandemik coronavirus (COVID-19).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata tiga


perincian itu iaitu duduk di rumah, penjarakan sosial dan
penjagaan aspek kebersihan dilihat efektif dalam
mengurangkan jangkitan baharu dalam kalangan penduduk
negara.

Menurut beliau, peringkat akhir fasa kedua PKP yang


dijadualkan tamat 14 April ini adalah tempoh paling kritikal
dalam memastikan usaha kerajaan membasmi COVID-19
tidak sia-sia.

“Kerajaan memang sangat memerlukan kerjasama orang


ramai untuk mematuhi sepenuhnya PKP khususnya tiga
perkara utama yang digariskan iaitu penjarakan sosial,
duduk di rumah dan penjagaan aspek kebersihan.

“Kita dapat melihat bagaimana tiga perincian ini jika


dipatuhi sepenuhnya mampu memutuskan rantaian dan
meratakan lengkung penyebaran COVID-19,” katanya ketika
dihubungi menerusi siaran langsung Selamat Pagi Malaysia
di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Dr Adham berkata, rawatan peringkat awal
secara komprehensif turut berkesan dalam menurunkan
kadar jangkitan baharu COVID-19.

Usaha berterusan pasukan kesihatan negara ini katanya,


turut berhasil membantu meningkatkan jumlah pesakit yang
dibenarkan discaj.

“Setakat ini kita merekodkan bilangan 321 kes yang sudah


dibenarkan discaj dari keseluruhan 3,963 jangkitan positif
COVID-19 di Malaysia,” katanya.

Malaysia katanya, memiliki rangkaian pakar dan kemudahan


kesihatan yang mencukupi dalam merawat kes COVID-19,
namun ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk
mematuhi PKP sepenuhnya.

“Apa yang penting ialah kawal diri, kita tak mahu ada kes
import kerana itu akan menyukarkan usaha memutuskan
penularan COVID-19 di Malaysia.

“Sebab itu PKP ini dilaksanakan. Kita mahu meratakan


lengkung penyebaran virus dan seterusnya memastikan
negara bebas dari COVID-19,” katanya.

Anda mungkin juga menyukai