Anda di halaman 1dari 1

Kesimpulan

Setelah membincangkan pelbagai perkara tentang Tamadun Mesir Purba, saya telah
dapat membuat satu kesimpulan. Secara kesimpulannya, Setiap tarnadun yang
pernah wujud mempunyai keis timewaan dan ciri- ciri tersendiri dalam
memas tikan kelangsungan dan perkembangannya. Kesinambungan dari kelangsungan
sesebuah tamadun itu sebenarnya hasil sikap terbukadalam menerima sebarang perubahan
dan pengaruh tamadun lain. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi
antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan
keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubungan seperti ini dilihat telah
melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Perkara yang paling penting sekali, setiap
tamadun sebenarnya memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan kepada dunia
serta membawa dunia ketaraf yang lebih tinggi lagi. Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri dan
dan sejarah yang tersendiri yang perlu diketahui oleh kita semua bagi memberi kefahaman
yang mendalam tentang ketamadunan. Akhir sekali, kemunculan dan kejatuhan sesuatu
tamadun itu mempunyai sebab yang tersendiri dan menjadi tugas kita sebagai generasi
sekarang untuk mengambil pengajaran dari pengalaman dahulu bagi menjaga ketemadunan
negara dan agama kita.

Selain itu, Pencapaian Mesir Purba yang utama ialah kemajuan pendidikan serta penggunaan
kertas.Kertas yang dicipta daripada pokok papyrus. Penciptaan kertas Ini lebih mudah simpan
dan meninggalkan kebergantunganpada kepingan batu bata untuk menyimpan segala
khazanah bangsa.Tamadun Mesir Purba juga mampu melahirkan pengawal ibadat yang boleh
berkhidmat untuk Firaun dan masyarakat.Kemajuan bidang perubatan terutama proses
memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba. Tahap keilmuan
dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik,kimia,perubatan dan pembedahan
memberikan sumbangan yang besar.

Anda mungkin juga menyukai