Anda di halaman 1dari 1

Kamu telah diundang untuk menghadiri majlis sambutan hari lahir

seorang rakan. Tulis catatan tentang sambutan hari lahir tersebut.

Sabtu, 10 September 2011

3.30 petang
Ibu menghantar saya ke rumah rakan saya, Linda. Linda telah
mengundang saya ke majlis sambutan hari lahirnya. Dia meraikan hari
jadinya yang kedua belas pada hari ini.

3.45 petang
Saya tiba di rumah Linda. Dia menyambut kedatangan saya dengan
wajah yang ceria sambil mempelawa saya masuk ke rumahnya. Saya
menyampaikan buah tangan kepadanya, dia mengucapkan terima kasih
kepada saya.

4.00 petang
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti upacara memotong kek.
Kami menyanyikan lagu hari jadi untuk Linda. Selepas itu, Linda
membahagi-bahagikan kek tersebut kepada kami semua.

4.30 petang
Kami menjamah hidangan yang disediakan oleh keluarga Linda. Pada
masa yang sama, kami berpeluang menyertai permainan yang mencuit
hati. Kami bermain permainan rebut kerusi, tiup dan pecah belon serta
cari gula-gula misteri.

5.30 petang
Linda mengucapkan terima kasih kepada semua rakan yang menghadiri
majlis hari jadinya. Pada ketika itu, kakak sulungnya muncul dengan
membawa sebuah komputer riba. Linda amat terkejut dengan pemberian
istimewa daripada kakaknya itu.

6.00 petang
Majlis hari jadi sudah selesai. Saya minta diri untuk pulang. Ibu sudah
menunggu saya di dalam kereta.

Anda mungkin juga menyukai