Anda di halaman 1dari 1

Biografi

( Lee Chong Wei )


 
Wajahnya keanak-anakan tetapi jangan terpedaya, di sebalik wajah comel itu,
kehebatannya menggegarkan ramai. Pemain utama perseorangan lelaki dalam
acara badminton ini, Datuk Lee Chong Wei, sudah membuka banyak mata untuk
melihat taring anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini dalam sukan itu.
Dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia ini, kejayaannya bukan
sedikit. Beliau merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, maka
menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan
lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996.
Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak  sebagai wira kebangsaan.
Dilahirkan 21 Oktober 1982, Chong Wei, pemuda yang terkenal dengan sifat
peramah ini sudah menundukkan ramai pemain dunia, termasuk pemain nombor
satu dunia, Lin Dan, dari China. Beliau mendapat pendidikan awal di Jit Sin Primary
School (B) sebelum  menyambungkan pelajarannya di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungai Way.
Satu perkara `pelik’ yang mungkin harus dikongsi bersama pembaca dan
peminat Chong Wei, anak muda ini tidak menggemari artis Hong Kong seperti
kebanyakan anak muda berketurunan Cina di negara ini. Idolanya juga bukan
bintang badminton dunia, sebaliknya kelab bola sepak terkaya di dunia,Manchester
United. Pada zaman kanak-kanaknya, Lee gemar bola keranjang, namun ibunya
melarangnya dari menceburi sukan itu gara-gara bahang yang melayur
digelanggang bola keranjang luaran.
Lee mula mempelajari badminton seusia 11 tahun, apabila bapanya yang
gemar bermain sukan ini membawanya ke dalam gelanggang badminton. Setelah
menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa Lee
agar Lee menjadi anak didiknya. Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu
mula melatih Lee selepas waktu sekolah. Setelah ditemui oleh Misbun Sidek,
barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun. Kini, sudah lebih
10 tahun beliau bermain untuk negara namun masih tiada seorang pun pemain yang
dilihat dapat menggantikan tempatnya.

Anda mungkin juga menyukai