Anda di halaman 1dari 1

Permainan telefon berkarat...

hari ni aku nak cerita sikit tentang permainan telefon berkarat...mesti semua orang tau kan apa itu
permainan "telefon berkarat"...satu permainan dimana, murid atau satu kumpulan makhluk
berada dalam bulatan atau barisan yang memanjang..seterusnya orang yang paling belakang
dalam group tu akan diberikan teks untuk dihafal...teks tesebut selalunya berbunyi sama pada
hujung setiap ayat, jadi agak susah nak ingat dan potensi untuk tertukar sangatlah tinggi...ni
contoh2 ayat untuk permainan telefon berkarat ni...

1. Jijah jalan2, jijah jumpa jepun, jijah jerit "jepun jahat", jijah jatuh....

2. Ahmad budak petah, ibunya bernama bedah, ahmad buat tak endah, akhirnya terima
padah.

3. Pak jang dan mak jang pindah ke kampung panjang, mereka tinggal di rumah panjang,
mereka suka menanam kacang panjang, anak mereka suka telanjang...

selalunya akan menjadi lawak apabila kita membacanya...seperti yang jadi minggu lepas pada
saya, ayat numb 2 itu akhirnya menjadi "AHMAD BUAT KOTAK, IBUNYA BERNAMA
ENDAH, AHMAD BUAT ENDAH, AKHIRNYA TERIMA DADAH"
ayat pertama pula menjadi "JIJAH JALAN-JALAN, JIJAH JUMPA NINJA"....hahaha

sesiapa yang tak pernah main game ni, cube la yer...motif game ni untuk menyedarkan budak2
bahawa "kita perlu menyampaikan sesuatu maklumat dengan betul dan tepat supaya tidak
menimbulkan kekeliruan atau menjadi fitnah...sekian =]

Anda mungkin juga menyukai