Anda di halaman 1dari 2

PENGHASILAN ETANOL MELALUI PROSES PENAPAIAN DAN PENULENAN ALKOHOL MELALUI KAEDAH PENYULINGAN.

Untuk mengkaji proses penghasilan etanol secara penapaian dan penulenan alkohol secara proses
Tujuan :
penyulingan.

Pernyataan
: Bagaimanakah etanol dapat disediakan?
masalah

Penapaian larutan glukosa oleh yis akan menghasilkan etanol dan hasilnya dapat ditulenkan melalui proses
Hipotesis :
penyulingan.

Kelalang kon, tabung didih, salur penghantar, penyumbat getah, bikar 250 cm³, silinder penyukat, penunu
Radas dan
: Bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai, kondenser Liebig, kelalang penyulingan, salur getah, kaki retort,
bahan
termometer, glukosa, air suling,  air kapur, yis kering, serpihan porselin, penimbang elektronik.

A. Penapaian glukosa

1.       100 cm³ air suling disukat dengan menggunakan silinder penyukat, dan dimasukkan ke dalam
kelalang kon.
2. 20 gram glukosa ditimbang dengan penimbang elektronik dan dimasukkan ke dalam kelalang kon yang
mengandungi air suling. Larutan dikacau sehingga sebati.
3.      10 gram yis kering ditambahkan ke dalam kelalang kon dan dikacau sehingga sebati.
4.      Penyumbat getah dengan salur penghantar dipasangkan dan kemudian ditutupkan pada mulut
kelalang kon. Hujung salur penghantar yang satu lagi dimasukkan ke dalam air kapur seperti dalam rajah di
bawah.

Prosedur :

5.      Susunan radas dibiarkan pada suhu bilik selama tiga hari.
6.      Pemerhatian tentang keadaan larutan dan air kapur diperhatikan dan direkodkan.

Keadaan Pemerhatian
Larutan di dalam kelalang kon Air kapur
Awal Tiada perubahan Jernih
Pemerhatian
akhir Larutan menghasilkan buih-buih udara Keruh
dan paras larutan meningkat.

·         Proses yang berlaku di dalam kelalang kon adalah proses penapaian.
·         Enzim zimase yang dihasilkan oleh yis menguraikan glukosa kepada alkohol dan membebaskan gas
karbon dioksida.
·         Gas karbon dioksida menyebabkan air kapur menjadi keruh. Maka, perubahan air kapur dari jernih
Perbincangan
kepada keruh membuktikan kehadiran gas karbon dioksida.
·         Hasil proses penapaian glukosa adalah etanol yang ditunjukkan oleh persamaan:
·         Glukosa + Yis (zimase) ——> Etanol + Karbon dioksida

B. Penyulingan Etanol

1.      Campuran proses penapaian diisikan ke dalam kelalang penyulingan dan serpihan porselin
dimasukkan.
2.      Susunan radas disusun seperti dalam rajah di bawah.

Proses Penulenan Campuran Etanol


3.      Pili air dibuka untuk mengalirkan air ke dalam kondenser Liebig.
4.      Hasil penapaian dipanaskan dan cecair jernih yang terhasil keluar dari kondenser Liebig dikumpulkan
pada suhu 78-80 °C.
5.      Warna hasil sulingan diperhatikan dan baunya direkodkan.

Hasil sulingan Pemerhatian


Pemerhatian Warna Jernih
Bau Tajam

1. Alkohol mempunyai takat didih yang lebih rendah daripada air iaitu 78-80 °C.
Perbincangan 2. Oleh itu, alkohol dan air boleh diasingkan melalui proses penyulingan.

Hipotesis diterima.
Penapaian glukosa oleh yis menghasilkan alkohol dan dapat ditulenkan secara proses penyulingan pada
Kesimpulan
suhu 78 °C

Anda mungkin juga menyukai