Anda di halaman 1dari 6

Tip & Panduan Penjagaan Kereta Part 1

TIP & PANDUAN


PENJAGAAN KERETA

Oleh:
A&A Marketing Resources

1
Tip & Panduan Penjagaan Kereta Part 1

Kenyataan Hak Cipta & Penafian

Ebook ini adalah hakcipta sepenuhnya pemilik syarikat A&A Marketing


Resources. Sesiapa pun tidak dibenarkan mengubah semula atau
penjenamakan semula ebook ini atau sebarang isi ebook ini tanpa kebenaran
syarikat.

Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai sebarang cadangan tambahan


dan pembetulan isi kandungan ebook ini, sila maklumkan kepada
syarikat di mydcarbo@yahoo.com

Untuk makluman semua, ebook ini adalah percuma. Tetapi, anda dan sesiapa
sahaja tidak dibenarkan membuat salinan, mengedarkan secara percuma
atau memberinya kepada orang ramai sebagai bonus untuk tujuan
menjual semula atau sebagai bonus keahlian.

Jika anda ingin memberikannya kepada sahabat/kenalan anda,hanya


minta mereka pergi ke laman utama e-book ini iaitu di
http://www.dcarbo.my

Sebarang isi maklumat, nasihat dan pernyataan dalam ebook ini bukanlah
khidmat nasihat kepakaran dari penulis melainkan hanyalah berdasarkan
hasil kajian dan pengalaman penulis ebook ini sahaja.

Jadi, pihak penulis ebook ini tidak bertanggungjawab jika anda mendapat
sebarang kerugian, kerumitan, masalah atau sebagainya daripada isi
kandungan ebook ini. Walau apapun, maklumat ini sudah diketahui umum
sebagai maklumat yang boleh dipercayai.

2
Tip & Panduan Penjagaan Kereta Part 1

Dari Meja Penerbit


Salam sejahtera para pembaca sekelian,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi

mendownload dan membaca ebook yang tidak seberapa ini. Dengan kesungguhan anda

mendownload dan membaca ebook ini, dapat saya simpulkan bahawa anda

sememangnya amat sayangkan kereta anda. =)

Tidak dinafikan kos untuk membaiki sebuah kereta adalah amat tinggi jika kerosakan

yang berlaku melibatkan bahagian utama seperti enjin. Punca yang menjadi kepada

kerosakan ini boleh disebabkan oleh kenderaan itu sendiri, keadaan muka bumi dan cuaca

yang tidak menentu ataupun disebabkan oleh faktor-faktor luar yang lain. Namun begitu,

faktor utama yang menjadi punca kepada masalah ini ialah kurangnya ilmu pengetahuan

oleh pemilik atupun pemandu kereta itu sendiri. Kekurangan ini juga menyebabkan pemilik

kenderaan terpaksa menghantar mengeluarkan wang yang banyak untuk membaikinya.

OIeh itu, di dalam e-book ini, pihak kami akan menceritakan serba sedikit tip dan

panduan yang anda perlu tahu untuk menjaga kenderaan anda agar anda dapat

meminimumkan kos membaiki kereta anda. Diharap, anda mendapat manfaat daripada ilmu

yang tidak seberapa ini.

Selamat membaca.

Sekian, Wassalam
========================

Ammar
Tip & Panduan Penjagaan Kereta – Part 1
http://www.dcarbo.my
========================

3
Tip & Panduan Penjagaan Kereta Part 1

Bab 1

Di dalam bab yang pertama ini, panduan ini amat berguna kepada mereka yang ingin

memulakan perjalanan jauh. Sebelum memulakan perjalanan, perkara pertama yang perlu

anda lakukan ialah memeriksa tayar kereta kerana tayar merupakan elemen yang sangat

penting bagi sebuah kenderaan. Kegagalan anda berbuat demikian akan mengundang

padah. Pastikan di dalam bonet kereta anda ada satu tayar spare. Juga, pastikan tayar

tersebut cukup angin. Ada tayar tapi tiada angin tidak berguna juga kan? Hehe.. Sila

pastikan juga tiada paku, besi atupun apa-apa obek keras yang melekat di bahagian tayar

atau mana-mana bahagian kereta.

Mengapa saya katakan tekankan periksa tayar dahulu sebelum memulakan

perjalanan? Ini kerana, pernah terjadi kepada seorang kawan perempuan kepada kawan

saya, beliau terus masuk dalam kereta dan jalan, sampai di tengah highway, tayarnya flat

kerana terdapat paku sepanjang 2.5 inci menusuk ke dalam tayar disebelah tepi dan tembus

ke bahagian tengah. Jadi beliau terpaksalah menjadi penunggu selama 1 jam setengah

untuk kereta PLUS sampai dan memberi pertolongan.

Bukan itu sahaja, perkara yang hampir sama juga pernah terjadi kepada saya sendiri

di mana saya lupa memeriksa tayar spare, akibatnya, tayar kereta saya pecah di tengah

jalan. Bila periksa tayar spare, tayar tersebut bocor! Terpaksalah bermalan di tengah jalan

selama hamper 8 jam untuk menuggu hari siang.. Waktu kejadian adalah jam 4 pagi! =D..

Anda juga boleh membaca kisah ,mengenai tayar spare di sini >>

http://afyan.com/ver1/?p=263

4
Tip & Panduan Penjagaan Kereta Part 1

Seterusnya , sebelum anda hidupkan enjin, sila onkan suis dan tunggu apa-apa

lampu yang sepatutnya padam sebelum enjin dihidupkan terutama kalau pakai satria GTI,

pastikan lampu "engine check" padam sebelum hidupkan injin. Ini bagi memastikan keadaan

bateri enjin berada dalam keadaan yang elok.

Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan enjin dan tunggu sehingga enjin melahu

padar kadar RPM yang normal kemudian barulah boleh mulakan perjalanan. Selepas enjin

dihidupkan, pastikan system brek anda berada dalam keaadaan yang sempuran. Caranya

ialah, tekan brek dan lepas kemudian jalan ke depan sedikit dan tekan brek, jika kereta

berhenti, baru boleh jalan sambung jalan. Kawan saya pernah terjadi, masuk sahaja ke

dalam kereta, start enjin dan terus jalan. Sampai simpang bila nak tekan brek, kereta tak

berhenti. Akibatnya, dia berhenti dengan bantuan belakang wira aeroback dan kena bayar

RM1000 untuk tukar bumper, lampu belakang wira aeroback tu. Kan dah melayang beribu-

ribu tu..

Perkara asas lain lain yang perlu anda periksa ialah, kesemua lampu brek dan juga

lampu brek ketiga. Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua

lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet enjin, buka penutup bateri dan periksa air

bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup

minyak brek (Botol besar pada body di hadapan pemandu dalam bonet enjin), pastikan

minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak injin. Untuk kancil ia ada di bahagian

depan dekat belt yang bergerak kalau injin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan

lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai

lima dan cabut kembali. Pastikan paras minyak berada pada aras di antara minimum dan

maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak enjin sehingga ke

5
Tip & Panduan Penjagaan Kereta Part 1

paras yang saya katakan tadi. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama

bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk

periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.

Sebulan sekali, sila pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang

sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang)

sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari

guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan

yang sesuai (akan diterangkan lebih lanjut di dalam tip mengenai tayar pada masa

hadapan). Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak enjin (jika gunakan minyak

biasa), tukar penapis minyak setiap 2 kali tukar minyak enjin dan tukar plug setiap 3 kali

tukar minyak enjin. Kalau kereta model lama (kancil 660 sehingga 1996) yang pakai

"Petnam" atau contact point, suruh mekanik anda mencuci contact point setiap 3 kali tukar

minyak enjin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak enjin.

Dan yang terakhirnya, setiap minggu atau 2 atau 3 minggu sekali, pergila vacum

kereta kita, terutama kusyen kereta kita (cuba tepuk kusyen kereta kita, perhatikan habuk

keluar dari kusyen). Nampak macam sukar untuk dilakukan tapi itulah perkara-perkara asas

yang anda patut tahu supaya kereta anda kekal berseri dari segi luaran dan dalaman

walaupun sudah berusia.. =)

Anda mungkin juga menyukai