Anda di halaman 1dari 2

BAB 5 : KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan

Bab ini akan mengemukakan rumusan analisis kajian yang membuktikan terdapat konflik dan
perasaan tersirat di dalam novel yang dipilih. Kebanyakan novel yang membawakan tema
kekeluargaan tidak diselitkan unsur-unsur dakwah yang cuba diperkenalkan melalui karya penulis ini.
Objektif kajian ini mempertimbangkan id, ego dan superego serta menganalisis perbezaan
pandangan, kemahuan dan keinginan yang muncul dalam konflik kekeluargaan.

Institusi kekeluargaan mempunyai nilai yang murni iaitu membina keluarga yang baik dan
membentuk akhlak yang sempurna sebelum membentuk masyakarat yang harmoni dalam
kehidupan yang normal. Suara-suara hati yang timbul dari watak-watak utama iaitu Adam Wafiy dan
Anis Safiya menonjolkan apa kemahuan hati dan pandangan berbeza dengan tindakan mereka.
Dengan bakat, ilmu dan daya imaginasi yang baik, penulis juga peka dengan hubungan kekeluargaan
yang baik memberi kesedaran kepada pembaca tentang situasi yang berlaku di sekeliling, iaitu
terdapat id, ego dan superego pada setiap watak yang ada.

Setiap penulis novel mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan pengajaran seperti penulis ini
yang berniat untuk menyampaikan dakwah melalui penceritaan novel ini. Pengungkapan yang
digunakan dalam karya dan dialog menimbulkan kesan-kesan yang bermanfaat kepada pembaca
walaupun tidak diberatkan pada setiap bab. Perihal penceritaan tentang adik beradik di antara Anis
Safiya dan adik lelakinya yang diselangi dengan kelucuan dialog Adam Wafiy bersama rakan-
rakannya wajar ditinjau secara mendalam akan makna-makna yang terkandung di dalamnya tentang
kehidupan masyarakat Melayu yang penuh dengan pesanan dan kelembutan dalam menyampaikan
pengajaran.

5.2 Rumusan Kajian

Analisis kajian tentang perbezaan pandangan, kemahuan dan keinginan yang muncul dalam konflik
kekeluargaan membuktikan bahawa pasangan muda kerap melakukan kesilapan dalam mengambil
tindakan seperti Anis Safiya yang tanpa usul periksa dan hanya percaya kepada satu sumber iaitu
sumber whatsapp tentang mesej yang dihantar oleh Aina berkaitan Adam Wafiy telah menghalau
suaminya tanpa mendengar penjelasan daripada mulut suaminya sendiri. Pembaca tidak menolak
pandangan Anis Safiya yang dambakan keindahan seperti di dalam novel-novel bacaannya selama ini
dan keinginan beliau yang mahukan suami yang baik dan alim untuk membentuk keluarga baru yang
bahagia tetapi tindakan Anis Safiya yang menghukum Adam Wafiy tanpa usul periksa tetap tidak
sewajarnya dilakukan oleh Anis Safiya yang dikatakan mempunyai akhlak yang baik. Konflik
kekeluargaan yang berlaku di antara Anis Safiya dan Adam Wafiy tidak menjejaskan hubungan Adam
Wafiy bersama keluarga mertuanya adalah sesuatu yang bagus kerana tiada campur tangan yang
boleh membawa kepada kemusnahan sebuah keluarga yang baru dibina. Hubungan individu
bersama keluarga masing-masing ada nilai yang baik untuk dicontohi. Perilaku watak yang ada di
dalam novel ini adakah benar-benar wujud di alam reality atau hanya sebuah imaginasi untuk
difikirkan sebagai iktibar kita sebagai manusia.
Peristiwa-peristiwa yang dibawakan penulis seharusnya membuka mata masyarakat tentang situasi
semasa. Terdapat peristiwa penting yang berlaku dalam kehidupan kita yang wajar dikenang dan
dijadikan panduan dan sempadan. Yang elok dijadikan teladan dan yang kurang elok dijadikan
peringatan.

Watak-watak yang diwujudkan di dalam novel ini adalah saling berkaitan dan teori psikologi dapat
dianalisis dengan garapan yang berbeza-beza pada setiap watak. Malahan konflik kekeluargaan tidak
keterlaluan malah fokus kepada perbezaan pandangan, kemahuan dan keinginan yang berkait rapat
dengan psikologi juga dapat dibawa dengan baik dan membuktikan bahawa kedua-dua objektif ini
telah tercapai

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian ini telah membuktikan bahawa teori psikologi mempunyai banyak keistimewaan dengan
watak-watak individu. Justeru kajian akan datang disarankan:

Kajian dalam genre sastera yang lain. Begitu juga dengan karya yang dibuat secara perbualan lisan
dan pendekatan penulis pada masa kini dalam bentuk entri teknologi perbualan telefon dan media
sosial dalam internet. Selain itu, penambahan dan pembaharuan dalam kajian berkaitan psikologi
yang berlainan juga dialu-alukan.

Anda mungkin juga menyukai