Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Ujian Pertama (18 Jun 2019)

Pengajaran dan pembelajaran murid saya pada hari ini perlu


ditundakan ke esok, 19 Jun 2019 kerana saya telah menjalankan satu ujian
bagi Tahun 4. Skop ujian ini adalah termasuk gabungan nilai wang,
penambahan dan penolakan nilai wang ringgit dalam lingkungan RM100 000.
Tujuan utama saya melaksanakan ujian ini adalah untuk mengetahui tahap
penguasaan murid dalam subtopik wang. Dengan adanya ujian ini juga, saya
dapat mereka aktiviti pengajaran yang lebih sesuai dengan tahap murid.

Berdasarkan keputusan yang saya peroleh melalui ujian kali ini, murid-
murid masih tidak dapat menguasai sub topik seperti gabungan nilai wang,
penambahan dan penolakan wang. Kebanyakan daripada mereka agak
lemah dan banyak salah dalam soalan gabungan wang. Bagi menyelesaikan
masalah ini, saya telah memperbanyakkan latihan dalam subtopik tersebut
sehingga murid mahir dalam soalan sebegini.

Anda mungkin juga menyukai