Anda di halaman 1dari 4

Meningkatkan Kemahiran Mempermudahkan Masalah Algbebra Bagi Murid

Tingkatan 1 Menggunakan Kaedah Mix & Match.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran mempermudahkan masalah algebra bagi


pelajar-pelajar Tingkatan 1 SMK Kompleks Gong Badak melalui penggunaan kaedah Mix &
Match. Kajian berfokuskan kepada penguasaan konsep ungkapan algebra dan melibatkan tiga
orang pelajar dari Tingkatan 1 Ibnu Khaldun. Tinjauan awal telah dilakukan melalui kaedah
temu bual serta pemerhatian jawapan dalam ujian pra dan mendapati pelajar tidak dapat
menyelesaikan masalah algebra dengan baik. Hal ini disebabkan oleh kekeliruan dalam
menentukan sebutan algebra yang berpunca daripada pemahaman mengenai konsep algebra
yang lemah. Oleh itu, peserta kajian telah didedahkan kepada kaedah Mix & Match dalam
mempermudahkan masalah algebra dengan harapan dapat membantu pelajar-pelajar
memahami konsep matematik yang melibatkan ungkapan algebra dengan lebih baik. Hasil
kajian mendapati penggunaan kaedah Mix & Match telah meningkatkan tahap penguasaan
pelajar dalam mempermudahkan masalah algebra dengan melihat perbandingan skor antara
ujian pra dan ujian pasca yang telah dijalankan. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan,
didapati bahawa sesetengah pelajar memerlukan pembelajaran yang bermakna dalam
menguasai sesuatu kemahiran yang hendak diterapkan dalam pembelajaran. Oleh itu, kajian
terhadap kaedah-kaedah pembelajaran bermakna yang boleh digunakan dalam proses PdPc
perlu diperincikan lagi.
1.0 PENDAHULUAN

KSSM Matematik merupakan mata pelajaran teras yang harus dilalui oleh semua
murid yang mengikuti Sistem Pendidikan Kebangsaan. Ia bermatlamat membentuk individu
yang berfikrah matematik iaitu individu yang berpemikiran matematik, kreatif dan inovatif
serta berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik secara
berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan,
berlandaskan sikap dan nilai agar berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian,
selaras dengan perkembangan sains dan teknologi dan cabaran abad ke-21.

Menurut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik


Tingkatan 1 (2015), kandungan yang dipelajari dalam Matematik di peringkat menengah
pada asasnya merupakan kesinambungan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari
peringkat sekolah rendah. Namun begitu, pelajar sering kali menghadapi masalah dalam
penguasaan matematik apabila menaiki sekolah menengah. Hal ini kerana pengetahuan
Matematik yang dipelajari di sekolah menengah adalah lebih abstrak berbanding yang
dipelajari di sekolah rendah.

Ungkapan Algebra merupakan satu topik yang dipelajari dalam KSSM Matematik
Tingkatan 1 dan merupakan sambungan daripada bidang pembelajaran Perkaitan dan Algebra
yang dipelajari di sekolah rendah. Topik ini merupakan topik yang penting kerana menjadi
asas kepada penyelesaian algebra yang perlu dipelajari sehingga ke tingkatan 5. Namun
begitu, sesetengah pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah yang terdapat dalam topik ini
kerana menghadapi masalah dalam memahami konsep sebenar ungkapan algebra.

Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini, kajian tindakan mengenai penguasaan topik
ungkapan algebra terhadap pelajar Tingkatan 1 telah dilaksanakan bagi memudahkan lagi
para pelajar memahami konsepnya yang sebenar. Usaha harus dilakukan agar suasana amalan
pengajaran yang lebih kreatif dapat diwujudkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang berlaku dalam bilik darjah di sekolah (Samsudin, Zainal, Razali, & Noraini, 2013).
2.0 KONTEKS

Pengkaji merupakan pelajar semester dua Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di
bawah program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Kajian tindakan ini merupakan
satu tugasan kumpulan bagi kursus DWP10703 Kajian Tindakan Dalam Pendidikan dan
bertujuan melatih bakal-bakal guru menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran
melalui penyelidikan tindakan.

Kami merupakan siswazah Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), kampus Gong Badak
Terengganu di bawah Program Diploma Lepasan Ijazah (DPLI) ambilan Oktober 2019. Kami
menjalani latihan perguruan di bawah program DPLI di UNISZA bagi opsyen Matematik dan
Asas Sains Komputer (ASK). Pada semester ketiga kelak, kami berpeluang menjalani
praktikum di sekolah pilihan masing-masing.

Terlebih dahulu pada semester kedua ini, kami dikehendaki menjalankan kajian
tindakan di sekolah pilihan kami. Oleh itu kami sebulat suara untuk menjalankan kajian
tindakan di salah sebuah sekolah kluster terbaik di sekitar Kota Bharu, Kelantan iaitu Sekolah
Kebangsaan Datu Hashim (1). Menurut Pengetuanya, Puan Hamidah bt Che Abdul Hamid,
sekolah ini senantiasa berada di dalam pemerhatian Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu dan
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dek kerana kecemerlangannya dalam kesemua aspek
seperti sukan, kokurikulum, persatuan dan terutamanya pencapaian akademik.

Sekolah Kebangsaan Datu Hashim (1) beralamat di Pengkalan Chepa, 16100 Kota
Bharu, Kelantan. Sekolah ini mempunyai dua peringkat sekolah iaitu peringkat prasekolah
dan peringkat sekolah rendah. Sesi persekolahan hanya mempunyai satu sesi sahaja iaitu sesi
pagi. Pada tahun 2020, jumlah pelajar yang didaftarkan adalah seramai 1,358 orang pelajar
yang dibimbing oleh 99 orang guru dan dibantu oleh 17 orang staf sokongan.

Sekolah ini mencatatkan kejayaan terbaik tahun demi tahun lantas menjadikannya
kerap menerima kunjungan tetamu dari luar negeri yang turut sama ingin berkongsi
pandangan tentang kejayaan sekolah ini yang berjaya mengekalkan kecemerlangan dari
dahulu sehingga kini. Di peringkat QIT (Quality Improvement Team) / Kumpulan
Meningkatkan Kualiti Pengkalan Chepa, Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim 1, mendahului
sekolah-sekolah lain di dalam QIT ini seperti Sekolah Kebangsaan Demit (1), Sekolah
Kebangsaan Kem, Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka, Sekolah Kebangsaan Sabak, Sekolah
Kebangsaan Panji, Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas, Sekolah Kebangsaan Pengkalan
Chepa, Sekolah Kebangsaan Demit2, Sekolah Kebangsaan Pulau Gajah, Sekolah Kebangsaan
Tapang, Sekolah Kebnagsaan Kemumin, Sekolah Kebangsaan Parang Puting dan Sekolah
Kebangsaan Dato' Hashim (2).

Anda mungkin juga menyukai