Anda di halaman 1dari 4

FAKULTI PENDIDIKAN

SESI 2019/2020

GGGB3073 PEMERHATIAN KLINIKAL ANTARA DISIPLIN

TUGASAN :

ULASAN ARTIKEL JURNAL

PERKHIDMATAN MULTIDISIPLINARI MURID BERKEPERLUAN KHAS

NAMA PENSYARAH

DR. ALIZA BINTI ALIAS

ENCIK MOHD SYAZWAN BIN ZAINAL

DISEDIAKAN OLEH

AINUN NAJAH BINTI ABDULLAH (A166323)


LATAR BELAKANG JURNAL

NAMA ARTIKEL A Noteworthy Pathology in Children with Learning Disabilities:


JURNAL Late Latency response Failure in Central Auditory Processing
NAMA PENULIS Emre Mırıcı, Emre Ocak, Sevinç Bayrak, Deniz Kocaöz, Ekrem
ARTIKEL JURNAL Said Kankılıç, Elif Dağlı, Aydın Acar.
TAHUN TERBIT 2018
JURNAL
BILANGAN DAN -
NUMBER JURNAL
MUKA SURAT JURNAL 404 - 407

RUJUKAN LAMAN https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6354522/pdf/jiao-


WEB 14-3-404.pdf

Pengenalan

Masalah pembelajaran adalah gangguan perkembangan dan neurobiologi yang ditakrifkan


sebagai kekurangan pemerolehan membaca, menulis dan kemahiran matematik walaupun
mempunyai keupayaan intelektual yang mencukupi. Menurut The Diagnostic and Disorders-IV
(DSM-IV), masalah pembelajaran mula terjadi sejak dari zaman kanak-kanak dan terdiri dari
spektrum gangguan seperti dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia. Pemerhatian dan intervensi
terhadap kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran dengan menggunakan ujian
psikologi dapat menunjukkan hasil di mana setiap individu mempunyai perbezaan antara
keupayaan intelektual dan tahap pencapaian akademik. Kajian terdahulu memfokuskan
kepentingan persepsi visual dan audiologi terhadap rangsangan di central pathways. Cortical
auditory evoked potentials (CAEPs) digunakan untuk menilai pendengaran kortikal dengan
recording event-related potentials (ERPs) sebagai tindak balas terhadap rangsangan pendengaran.
Tujuan kajian ini ialah untuk membuat perbandingan pengukuhan pemprosesan pendengaran
kortikal kanak-kanak tipikal dan hipotesis patologi yang mempengaruhi kortikal pathways
dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
Demografi

Terdapat 195 orang pelajar melibatkan diri dalam kajian ini menggunakan kajian keratan rentas
Health in Adapted Youth Sports (HAYS) yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja berumur
10-19 tahun dengan penyakit kronik dan ketidakupayaan fizikal. Seterusnya, pengkaji
menggunakan data asas dari kajian Sports-2-Stay Fit (S2SF) iaitu percubaan klinikal secara
terkawal dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berumur 6-19 tahun dengan penyakit kronik
dan ketidakupayaan fizikal. Bagi kedua-dua kajian, kanak-kanak dan remaja dipilih melalui
organisasi pesakit, amalan terapi fizikal pediatrik, Wilhelmina Children’s Hospital di Utrecht, De
Hoogstraat Rehabilitation Centre, Fitkids dan sekolah (untuk pendidikan khas) di Netherlands.

Metodologi

Ringkasnya, kajian ini merupakan kajian klinikal mengikut prospektif yang dijalankan oleh klien
yang telah didiagnosis sebagai murid bermasalah pembelajaran yang melalui tempoh minimum
selama enam (6) bukan di Department of Child and Adolescent Psychiatry sebagai sampel
kumpulan kajian. Manakala, kumpulan terkawal terdiri daripada kanak-kanak tipikal. Selepas
pemeriksaan otolaryngological dan psikiatri, semua klien telah diuji dengan menggunakan pure-
tone audiometry, tympanometry, acoustic reflex, dan cortical auditory evoked potentials.

Dapatan

Kajian ini melibatkan seramai 60 orang kanak-kanak iaitu 30 orang kanak-kanak bermasalah
pembelajaran dan 30 orang kanak-kanak tipikal sebagai kumpulan terkawal. Hasilnya, kumpulan
kajian bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami dyslexia seramai 19 orang,
dyscalculia seramai 7 orang dan dysgraphia seramai 4 orang. Kanak-kanak yang mengalami
dyslexia 3 daripadanya mengalami attention deficit dan hyperactivity disorder.
Perbincangan

Lazimnya, masalah pembelajaran adalah gangguan yang berlaku dalam kalangan 5% kanak-
kanak dan tanda-tanda awal bagi kanak-kanak untuk cenderung mempunyai masalah
pembelajaran kebiasaannya boleh dikesan pada peringkat awal. Terdapat juga teori-teori yang
dijelaskan mengikut perspektif patologi berdasarkan aspek physiological, anatomical atau
behavioral disorders. Hal yang demikian, pengkaji lepas lebih memfokuskan kajian mengenai
penglibatan patologi dengan cortical auditory processing. Ramai pengkaji yang menyokong dan
membangkang pengkajian mengenai high cortical auditory pathway terhadap kanak-kanak yang
mengalami dyslexia. Terdapat pandangan lain menyatakan di mana penilaian terhadap kanak-
kanak bermasalah pembelajaran tidak terhad kepada dyslexia. Sebelum ini, Late Latency
Auditory Evoke Potentials dikaji melalui neurological dan physiological sciences untuk penyakit
seperti schizophrenia, dementia, attention deficit dan hyperactivity disorder, depression dan
autism. Potensi-potensi ini mempunyai kaitan dengan visual-orthographic dan auditory-
phonological systems. Kajian menunjukkan bahawa Late Latency Auditory Evoke Potentials juga
mempunyai kaitan dengan early orthographic dan late phonological integration deficits.
Terdapat juga kajian di mana kanak-kanak yang tidak berkeupayaan membaca merupakan satu
keabnormalan event-related potentials.

Kesimpulan

Kajian ini memberikan implikasi bahawa kanak-kanak bermasalah pembelajaran mungkin


mengalami gangguan pemprosesan pendengaran kortikal walaupun mereka telah membuat ujian
pendengaran. Justeru, ahli psikologi klinikal dalam patologi in late-latency evoked potentials
mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap etiologi klien (pesakit) yang mendapatkan
intervensi secara berperingkat dan tidak tertumpu kepada kanak-kanak dyslexia sahaja. Di
Malaysia, menurut portal rasmi Perkhidmatan Patologi Kebangsaan Kementerian Kesihatan
Malaysia, patologi merupakan di antara ilmu perubatan yang berkaitan dengan kajian penyakit,
perubahan struktur atau fungsi sesuatu organ yang disebabkan oleh sesuatu penyakit. Bidang
patologi yang utama terbahagi kepada empat (4) bahagian iaitu Hematologi, patologi kimia,
mikrobiologi dan patologi anatomik.

Anda mungkin juga menyukai