Anda di halaman 1dari 6

JENIS-JENIS KEPEKAKAN

 Pekak Jenis Konduktif

 Pekak Jenis Sensori Neural

 Pekak Jenis Campuran

Pekak Jenis Konduktif

 Biasanya boleh dirawat.

 Terjadi apabila terdapat halangan atau kecacatan di bahagian

telinga luar atau telinga tengah( dari cuping telinga hingga ke

tingkap bujur (oval window).Halangan ini menyekat pengaliran

gelombang bunyi ke telinga dalam. Sekatan ini disebabkan oleh

kewujudan bendasing atau cecair di bahagian tersebut.

Faktor-faktor menyebabkan pekak jenis konduktif

 Ketidakfungsian/kecacatan pembentukan bahagian telinga luar

dan bahagian telinga tengah kerana:

o meatus salur auditory luar tersumbat/tertutup dan kurang

sempurna

o membran timpanik berliang

o atresia – tiada lubang telinga

o otitis media

o otoskelerosis
o stenosis:lubang telinga terlalu kecil.

o microtia; cuping telinga tidak terbentuk dengan sempurna.

o tulang-tulang osikel rosak.

o factor genetik: Treacher-Collin Syndrome

 Salur auditori tersumbat oleh serumen (tahi telinga)

-menghalang membran timpanik dari gelombang bunyi.

 Jangkitan pada telinga luar (Otitis External) - bila

kuman/jangkitan fungus menyerang kulit atau telinga luar.

Seperti jerawat, kudis @ ketulan benda keras( ketumbuhan),

gigitan serangga dan tabiat menggaru. Kulit itu bengkak &

menutupi saluran auditori menyebabkan gelombang bunyi tidak

boleh sampai ke membran tempanik.

 Jangkitan telinga tengah -seperti jolokan benda-benda tajam,

serangga dan kemasukan kuman menyebabkan telinga bernanah.

 Jangkitan telinga luar/medium (otitis media) - akibat demam

selsema. Biasanya saluran eutachio menghalang pergerakan

udara masuk ke bahagian telinga menyebabkan tisi-tisu di

telinga tengah akan menggunakan oksigen yang ada, ini

menyebabkan membran tempanik tertekan oleh udara luar untuk

masuk ke dalam. Tulang-tulang menjadi tegang/keras/reput

(boleh menghalang tranmisi bunyi ke koklea) dan tidak dapat

bergerak dengan baik menyebabkan kurang pendengaran.


 Tamparan atau ketukan yang kuat pada bahagian telinga - pecah

@ kecederaan di gegendang telinga. Bahagian telinga tengah

mengalami kecederaan.

 Lain-lain faktor - bersin atau selsema yang berpanjangan dan

kerap menghembuskan dengan cara yang tidak berapa betul,

lama kelamaan menyebabkan kepekakan.

7.2 Pekak Jenis Sensori Neural

 Selalunya terjadi di bahagian saraf pendengaran seperti :

i. saraf pendengaran

ii. pada bahagian koklea

 Biasanya sukar dirawat.

Pekak Jenis Sensori Neural

 Terjadi apabila terdapat ketidakfungsian telinga dalam kerana:

o Kerosakan pada bahagian koklea dan saraf auditori, iaitu

saraf ke lapan yang menghantar impuls ke otak

menyebabkan seseorang tidak dapat mendengar dan pekak

profound.

o Sesetengah kanak-kanak masih mempunyai baki

pendengaran (residual hearing) yang boleh membantu

mereka mendengar dengan bantuan alat bantu dengar.


Namun begitu, bunyi yang didengar biasanya tidak jelas dan

mereka sukar membezakan bunyi.

o Kepekakan jenis ini tidak boleh dirawat. Akan tetapi ,kini

terdapat kemajuan sains dengan menjalankan pacakan

koklea “cochlea implant” untuk menstimulasikan koklea

secara elektronik.

Punca Pekak Sensori Neural

 Kerosakan pendengaran sejak lahir (congenital)

 Faktor genetik (Waardenberg’s syndrome).

 Meniere’s disease (tinnitus,vertigo dan kerosakan pendengaran)

 Jangkitan (rubella, syphilis,demam kuning dll)

 Ketumbuhan pada saraf pendengaran.

 Keracunan (dadah/bahan kimia).

 Dentuman atau bunyi bising yang terlalu kuat dan berterusan

menyebabkan sel-sel rambut dalam koklea musnah.

 Faktor usia iaitu proses penuaan (Presbyacusis)

 Kemalangan yang teruk di bahagian telinga.

Pekak Jenis Campuran

 Biasanya mempunyai ciri-ciri pekak konduktif dan sensori neural

iaitu yg berkaitan dgn saraf.

 Biasanya disebabkan mengalami kepekakan sejak lahir.


PERBANDINGAN PEKAK KONDUKTIF DGN. SENSORI NEURAL

KONDUKTIF SENSORI NEURAL


 Berlaku kecacatan di telinga  Berlaku kecacatan di telinga dalam

luar dan tengah seperti : seperti pada:

# Membran timpanik # Koklea : ‘Organ of Corti’

# Osikel auditori # Salur Separa Bulat

# Salur eustachio
 Hilang pendengaran secara  Hilang pendengaran secara konduksi

konduksi udara udara dan tulang


 Keputusan ujian pendengaran  Keputusan ujian pendengaran sering

sering menunjukkan berlaku menunjukkan berlaku kehilangan

kehilangan pendengaran yang pendengaran jenis teruk ke sangat

sederhana (55 – 60 dB) teruk.


 Sensitiviti yang sama untuk  Kehilangan sensitiviti pada bunyi

kehilangan bunyi pada semua frekuensi tinggi lebih besar dari

frekuensi. frekuensi rendah.

 Kurang diganggu oleh bunyi 

bising & boleh mendengar  Bunyi bising adalah menyakitkan &

suara menjerit. tiada respon pada suara menjerit.


 Alat pendengaran biasanya  Alat pendengaran tidak/tidak

membantu dan berkesan.

berkemungkinan boleh

berkomunikasi melalui
telefon.

 Bermasalah mengaplikasikan  Mempunyai masalah membezakan

bunyi. bunyi pertuturan.

 Kebolehan membezakan  Boleh mendengar tetapi tidak dapat

bunyi pertuturan adalah menerima bunyi frekuensi tinggi.

normal.
 Pertuturan boleh  Perkembangan pertuturan,

dikembangkan. kebolehan memahami bahasa dan

 Kecacatan dari segi bahasa fungsi artikulasi adalah terhad.

adalah tidak serius.  Tidak dapat menyebut perkataan

frekuensi tinggi.
 Boleh mendengar suara  Sering bercakap dengan nada tinggi.

sendiri melalui konduksi

tulang.

 Sering bercakap dengan

nada perlahan.

Anda mungkin juga menyukai