Anda di halaman 1dari 16

Murid pemulihan

SYAR MEEZE MOHD RASHID


Siapa murid pemulihan ?

 Murid-murid pemulihan biasanya ialah murid-murid yang menghadapi masalah


/ kesulitan :-

Membaca

Menulis

Mengira
SIAPAKAH MURID
PEMULIHAN ?
kanak-kanak pemulihan adalah kanak-
kanak yang mempunyai intelek dan
kecerdasan yang rendah dan kuarang
kebolehan menerima pendidikan biasa.
(A.E. Tansley dan Gulliford)

kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak


yang kurang daya taakul, kurang
kemampuan membuat sesuatu keputusan
atau kesimpulan dan kurang memahami
tentang perkara yang abstrak. (M.F.
Clough)
CIRI-CIRI MURID PEMULIHAN
Emosi dan
tingkah laku

Pengamatan Sosial

Murid
pemulihan

Kesediaan
Kesihatan
belajar
Emosi dan tingkah laku

• Mempunyai perasaan rendah diri dan risau.


• Mempunyai perasaan sedih, hiba atau duka.
• Cepat berasa bosan atau jemu terhadap pelajaran.
• Mempunyai perasaan takut akan perkara-perkara baru.
• Bersikap degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka
melawan.
• Bersikap pasif.
• Malas
Sosial

• Sentiasa berasa gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta
mengganggu kawan-kawan.
• Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
• Mempunyai perangai ganjil seperti gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
• Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
• Suka berbohong dan kadang-kadang mencuri.
• Hyper aktif.
Kesihatan

• Tidak bertenaga serta kurang zat makanan.


• Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
• Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
• Lemah gerakan motor-kasar dan halus.
• Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
• Kurang menjaga kebersihan diri.
Kesediaan belajar

• Belum bersedia untuk belajar.


• Perbendaharaan kata kurang.
• Lemah pemahaman.
• Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
• Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.
Pengamatan
• Tidak boleh mengenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
• Lemah terhadap pendengaran bunyi dan rentak.
• Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
• Lambat mengelaskan benda atau nombor.
• Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
• Tidak dapat menyelesaikan masalah.
• Sukar mengambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
• Tidak dapat membuat kerja-kerja yang kreatif.
• Lemah pergerakan dan perbuatan.
• Lemah daya pemikiran/ingatan.
• Tidak boleh mengingat kembali apa yang telah dipelajari.
• Sukar untuk membuat kenyataan am
KATEGORI MURID PEMULIHAN
Masalah yang dikenal pasti murid
pemulihan

Masalah tulisan

Masalah membaca

Masalah ejaan

Masalah kiraan
Mengapakah kelas pemulihan perlu
diwujudkan ?
1. Menguasai kemahiran asas 3M
2. Meneruskan pembelajaran di kelas biasa
3. Membina keyakinan diri dan bersikap positif terhadap pembelajaran
Proses pelaksanaan pemulihan
Percalonan murid

 Guru kelas
 Guru mata pelajaran
 Guru besar
 Ibu bapa / penjaga
Pengumpulan maklumat

1. Butir-butir individu dan prestasi murid akan menolong guru pemulihan


memahami murid yang dicalonkan. Ini akan membolehkan seorang guru
pemulihan membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program
pemulihan atau tidak.
2. Daripada rekod individu guru pemulihan dapat tahu tentang beberapa aspek
penting seperti kesihatan, taraf ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah
yang mungkin ada hubungan dengan kegagalan murid.
3. Kemajuan akademik dapat menunjukkan prestasi murid dalam mata pelajaran-
mata pelajaran asas.
Pengumpulan maklumat
4. Lain-lain sumber :-
Guru Besar boleh campurtangan berdasarkan peninjauan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan.

Guru kelas boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran, ketepatan
masa ke sekolah, kadar dan taraf kerja, kebiasaan-kebiasaan serta perhubungan dengan murid-murid lain.

Ibu bapa boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang ia tidak gemar
serta sikapnya terhadap pelajaran.

Borang rujukan yang boleh menunjukkan secara umum kelemahan


kelemahan murid :-
a) Kemahiran asas membaca
b) Kemahiran asas mengira
c) Kemahiran asas menulis
d) Tingkah laku

Anda mungkin juga menyukai