Anda di halaman 1dari 1

1) Kenal pasti ayat dasar berdasarkan petikan yang diberikan.

2) Nyatakan pola ayat dasar yang telah dikenal pasti.


3) Bina ayat lain berdasarkan pola ayat dasar tersebut.

Perusahaan Bot Fiber

Melaka terkenal dengan perusahaan pembuatan bot fiber. Perusahaan pembuatan bot ini terletak
di Pulau Gadong. Pembuatan bot fiber ialah suatu bentuk seni. Tidak banyak tukang yang mahir
dalam pembuatan bot atau kapal di negara ini. Pulau Gadong ini sememangnya terkenal dengan
pusat perusahaan pembuatan bot fiber. Pusat pembuatan bot fiber ini dikendalikan oleh Thein
Kim Chock dan adik-beradiknya. Mereka juga mempunyai ruang pameran di Klebang, Melaka
dan di Kuala Lumpur.

Kejayaan mereka dalam perusahaan ini berbekalkan minat, semangat dan impian. Mereka
menghasilkan sehingga 600 bot sebulan. Bot dihasilkan dalam pelbagai reka bentuk dan saiz.
Bot-bot itu besar. Selain itu, bot yang dihasilkan juga sangat kukuh. Mereka berjaya mengubah
pemikiran nelayan agar mempelbagaikan sumber pendapatan dengan menceburi bidang
pelancongan menggunakan bot yang dimiliki.

Kemahiran mereka ini setanding dengan kemahiran membuat bot fiber di luar negara.
Oleh sebab itu, bot fiber ini mendapat tempahan dari seluruh dunia. Hal ini membuktikan
bahawa perusahaan bot fiber di negara ini diterima pada peringkat antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai