Anda di halaman 1dari 3

Dunia yang semakin maju pada hari ini menuntut bidang

terknologi turut berkembang. Internet mejadi suatu kemestian


dalam kehidupan masyarakat moden. Pelbagai faedah boleh
diperoleh daripada penggunaan internet. Sebagai contoh, pelbagai
maklumat, informasi dan berita dapat diperoleh dengan melayari
internet. Sesuatu maklumat itu bukan sahaja boleh diperoleh dalam
beberapa saat sahaja malah hanya dengan sekali klik.
Bagaimanapun, disebalik manfaat internet ini masih terdapat
sesetengah pihak menjadikan internet sebagai medan untuk
melakukan jenayah. Perbuatan jenayah di alam maya ini dikenali
sebagai jenayah siber. Persoalannya, apakah faktor - faktor yang
menyebabkan jenayah ini banyak dilakukan secara globalisasi.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sikap manusia yang


sukar dikawal akan mengakibatkan jenayah siber sukar
dibendung.Jenayah ini sering dilakukan oleh manusia yang
mempunyai kelakuan yang negative. Teruatamanya dijalankan oleh
remaja yang belum matang dan kurang dididikkan pelajaran moral.
Salah satu sebab penjenayah menyerang system hanya sekadar
suka-suka ataupun ingin mencuba ilmu yang baru mereka pelajari.
Kebanyakan mereka ini adalah remaja yang disebutkan Hal ini
demikian kerana mereka belum cukup matang untuk berfikir
tentang akibat jenayah yang mereka lakukan. Sebenarnya mereka
ini mahir tentang computer tetapi mereka telah salah guna
kemahiran yang dimiliki oleh mereka.Konklusinya, undang-undang
siber tidak bermakna lagi jika masih terrdapat orang yang bersikap
negative dan menggunakan kemajuan ckomputer ke arah negatif.

Dilihat dari aspek yang lain, masyarakat yang kekurangan


pengetahuan dalam pengendalian komputer juga merupakan punca
berlakunya jenayah siber. Kebanyakan penjenayah siber ini adalah
golongan berpengetahuan ataupun professional dalam pengendalian
komputer. Dengan hal ini, penjenayah siber boleh menggunakan
berbagai-bagai cara untuk menipu para pengguna komputer yang
cetek dalam pengedalian komputer.Contohnya, menghantarkan
virus komputer kepada mangsa yang ditentukan supaya
menggodam komputer mangsa dan mendapat maklumat peribadi
mangsa itu. Walaupun terdapat jabatan yang mengawal perjadian
kes jenayah siber, tetapi ramai orang masih menjadi sasaran
golongan penjenayah siber kerana mereka tidak ketahui cara-cara
untuk mengelak diri daripada ancaman jenayah siber.Natijahnya,
pengetahuan yang cetek dalam masyarakat merupakan salah satu
faktor yang menyebabkan kes jenayah siber dapat banyak
dilakukan.
Jika ditelusuri secara mendalam, kelakuan ibu bapa juga
merupakan aspek yang penting dalam menyebabkan kes jenayah
siber. Ibu bapa yang mementingkan kerjayaan sendiri dan
mengabaikan anak-anak mereka mungkin akan menyebabkan
anak-anak terlibat dalam jenayah siber ini.Hal ini disebut demikian
kerana mereka tidak mengambil masa untuk menemani anak
mereka melayari internet tetapi hanya tahu member kekayaan
kepada anak dan ini akan mengabaikan fikiran mereka. Anak yang
ingin mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka dengan
melakukan pelbagai jenayah seperti jenayah siber. Selain itu,
sebahagian remaja yang ingin memperoleh kekayaan melalui cara
yang kesenangan juga mungkin terlibatkan diri dalam jenayah
siber. Tambahan pula, disebabkan anak-anak yang kurang ditemani
oleh ibu bapa apabila melayari Internet, juga mungkin akan
menjadi mangsa kes jenayah siber.Konklusinya, ibu bapa harulah
sering menemani anak - anak apabila mereka melayari Internet
supaya mereka tidak akan terlibat dalam kelakuan jenayah siber
atau menjadi mangsa kes jenayah siber juga.

Walau bagaimanapun, kita kena mengambil langkah untuk


melindungi sistem komputer kita sendiri. Kita perlu melengkapkan
diri sendiri dengan ilmu pengetahuan computer dan mungkin kita
boleh lindungi sistem computer dengan perisian yang ada di
pasaran.Dengan adanya pengetahuan ini, kita tidak mudah ditipu
oleh pihak lain melalui layaran internet dan dapat membezakan
antara maklumat yang betul atau salah. Selain itu, kelas komputer
juga harus diwajibkan di semua sekolah untuk mengajar pelajar
tentang pengetahuan komputer serta internet di samping
menjelaskan langkah untuk mengelakkan diri pelajar daripada
menjadi mangsa jenayah siber. Natijahnya, pelajar akan lebih
memahami tentang kewujudan jenayah ini dan elakkan diri
daripada melakukan jenayah ini.
Daripada perspektif yang lain, kerajaan boleh menjalankan
kempen memberikan kesedaran kepada masyarakat akan ancaman
sebenar jenayah siber yang boleh memudaratkan kehidupan
mangsa. Kempen melalui iklan di media cetak mahupun digital perlu
diperluaskan dan mencapai seluruh ahli masyarakat terutamanya
yang mempunyai pengetahuan cetek akan penggunaan teknologi
hari ini. Pelbagai taktik yang licik digunakan penjenayah siber untuk
memerangkap mangsa oleh itu, pengasimilasi dalam iklan dan
kempen yang dijalankan adalah perlu supaya masyarakat betul-
betul memahami dan mengambil serius akan langkah keselamatan
apabila menggunakan aplikasi-aplikasi di telefon pintar masing-
masing. Masyarakat juga perlu bersikap inteligensia dan madani
dalam menggunakan aplikasi teknologi hari ini dan peka akan
taktik-taktik baru yang digunakan penjenayah siber. Setiap input
atau masalah yang berkaitan dengan jenayah siber hendaklah
dikongsikan agar ia menjadi rujukan kepada golongan yang pakar
dalam memastikan perkara yang telah berlaku tidak berulang serta
mengenal pasti potensi ancaman keselamatan siber.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas,


pelbagai faktor yang akan menyebabkan jenayah siber berlaku
termaksuklah sikap manusia yang ingin berkelakuan negatif,
masyarakat yang kekurangan pengetahuan dalam komputer dan
pengabaian ibu bapa terhadap anak dalam melayari Internet. Selain
itu, beberapa langkah yang efektif juga haruslah diamalkan oleh
masyarakat supaya mengelakkan menjadi mangsa jenayah siber.
Masyarakat perlu cakna terhadap segala inisiatif yang akan
memastikan keselamatan siber diaplikasikan di setiap sudut
penggunaan teknologi harian kita. Di samping itu, kita juga
mestilah mengelakkan sikap apati dan tidak peduli apabila
seseorang individu menegur atau menasihati kita akan kesalahan
yang kita lakukan. Akhirnya, kerajaan dan pihak pengurusan atasan
syarikat serta organisasi perlulah berganding bahu untuk
menangani risiko ancaman siber dari perspektif yang menyeluruh.
Semoga masyarakat kita terhindar daripada salah laku siber dan
bebas daripada jenayah siber sekali gus menjamin keselamatan dan
keamanan negara yang telah kita mencapai hari ini.

Anda mungkin juga menyukai