Anda di halaman 1dari 4

PROJEK

MPU 1341 (PENDIDIKAN MORAL 2)

TAJUK: JENAYAH SIBER

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA: ELIJAH A/l THINAGARAN


NO. MATRIK :A02SKE20F001
KELAS :SKE 3A

PENSYARAH MODUL :

PN. ROSLINA BINTI AWANG NIK


PENSYARAH MODUL MPU 1341
ARTIKEL 1 :
 

Kejadian jenayah siber semakin berleluasa di negara kita seiring dengan


perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT). Jenayah siber ini
berleluasa di negara kita kerana didorong oleh beberapa faktor penyebab. 

A) Peningkatan penggunaan internet merupakan salah satu penyebab kejadian


jenayah siber berleluasa di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana,
peningkatan pengguna internet mendorong ramai pengguna internet
menyalahgunakan maklumat dalam internet untuk pelbagai tujuan tanpa
mengira betul atau salah.

Misalnya, pengguna internet akan menggunakan pelbagai maklumat dalam


internet untuk tujuan penipuan dan aktiviti tidak sihat. Seterusnya,
peningkatan pengguna internet mendorong ramai ramai pengguna internet
menyalahgunakan kepakaran mereka dalam bidang teknologi maklumat(IT)
dengan cara menggodam sistem-sistem keselamatan bank, menyebarkan virus
dan sebagainya.

B) Usaha yang paling utama dan efisien adalah cara komunikasi dan pergaulan
antara ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa khususnya perlu bijak
dalam hal mendidk anak agar tidak terjerumus dalam perkara social seperti
gejala jenayah ini. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” merupakan satu
ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalam mengajar dan
mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi pendidikan
yang berkaitan hal agama sejak kecil supaya anak-anak menyedari perkara
tersebut sama ada salah atau betul.
ARTIKEL 2 :
A) Kekurangan pakar-pakar yang mahir dalam bidang forensik komputer
menyebabkan penjenayah siber sukar untuk dikesan. Sebagai contoh,
kekurangan pakar forensik komputer menyebabkan banyak kejadian-kejadian
penggodaman sistem bank dan kecurian maklumat di internet tidak dapat
dikesan.
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah menyebabkan siasatan terhadap
jenayah siber mengambil masa yang lama dan banyak kes tertangguh. Hal ini
dikatakan demikian kerana kurangnya keseriusan agensi-agensi kerajaan dalam
menangani jenayah siber. Misalnya, agensi-agensi kerajaan tidak saling
bekerjasama antara satu sama lain.
b) Memberikan kesedaran melalui kempen dan iklan kepada masyarakat akan
ancaman sebenar jenayah siber yang boleh memudaratkan kehidupan mangsa.
Mengkaji dan mewujudkan undang - undang siber yang mampu menghalang
jenayah siber ini berlaku dalam negara kita. Pihak kerajaan seharusnya
mengumpulkan pakar-pakar teknologi dalam memanifestasikan fikiran agar
sebuah rangka undang-undang dapat diwujudkan dalam mencegas jenayah
siber.

Rumusan
Konklusinya, pelbagai langkah boleh dilaksanakan setiap pihak bagi
mengatasi kes-kes jenayah siber hari ini. Tiada jalan pintas dalam
menangani ancaman jenayah siber. Tindakan yang terbaik ialah
setiap individu memainkan peranan masing-masing dalam linkungan
kuasa dan kemampuan yang ada. Elakkan sikap tidak peduli apabila
seseorang individu menegur atau menasihati kita akan kesalahan
yang kita lakukan. Semoga masyarakat kita terhindar daripada salah
laku siber dan bebas daripada jenayah siber sekaligus keselamatan
dan keamanan negara yang telah kita kecapi hari ini.

Anda mungkin juga menyukai