Anda di halaman 1dari 10

MASJID AL-AQSA

Palestin merupakan salah satu tanah suci umat Islam dan di sana juga diutuskan ramai para
anbiya’ (nabi) dan rasul. Di samping itu juga, telah menjadi satu kewajipan buat umat Islam
untuk mengasihi dan mencintai Bait al-Maqdis kerana kota suci ini disebut di dalam al-
Qur’an sebagai ssebuah kota yang diberkati oleh Allah SWT sekelilingnya kerana tempat
tersebut telah menjadi tempat perjalanan Nabi SAW pada peristiwa Isra’ dan Mi’raj:

Maksudnya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada
malam hari dari masjid al-Haram (di Makkah) ke masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami
berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan
kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.”

Menurut Syeikh Wahbah al-Zuhaili di dalam tafsirnya yang masyhur, masjid al-Aqsa di dalam
surah al-Isra’ ini adalah Bait al-Maqdis. Dinamakan masjid al-Aqsa adalah disebabkan
jaraknya yang jauh daripada masjid al-Haram. Adapun, ia juga merupakan masjid yang
paling jauh daripada ahli Makkah di atas muka bumi ini yang dituntut atau disyariatkan bagi
kita untuk menziarahinya. [Lihat: Tafsir al-Munir, 13/15]

PINTU – PINTU MASJID AL-AQSA

Masjid al-Aqsa mempunyai keluasan 144,000 Meter persegi bersamaan 35 Hektar.


Masjid Al-Aqsa terdapat sepuluh pintu masuk yang sehingga sekarang masih digunakan.
Pintu-pintu ini terdapat di sebelah utara dan barat masjid. Ada empat pintu lainnya sudah
ditutup menjadi dinding atas alasan keselamatan. Pintu yang ditutup ini merupakan pintu
pagar yang bersempadan langsung dengan kota suci Al-Quds. Pintu-pintu ini terdapat di
sebelah timur dan selatan masjid. Berikut adalah nama pintu yang terdapat di Masjid Al-
Aqsa dan sejarah pembinaannya.

1. Pintu Al-Asbat

Pintu ini terletak di sebelah utara paling kiri Masjid Al-Aqsa. Ia telah diperbaharui pada masa
pemerintahan Ayyubiyah pada tahun 610 Hijriah. Pintu ini diperbaharui lagi ketika kerja-
kerja baik pulih lorong utara. Pada penjuru pintu di bahagian dalam terdapat tangga yang
terhubung terus ke lorong utara, sedangkan pintu di bahagian luar masjid berbentuk persegi
panjang melengkung yang runcing dengan lebar sekitar 2 meter dan mempunyai tinggi 4
meter. Pintu masuk ini
mempunyai dua daun pintu yang dibuat daripada kayu. Jenis kayu pintu menujukkan ianya
dibuat pada zaman kini.
2. Pintu Hittah (Remission Gate)

Pintu ini terletak di antara pintu kuno masjid yang terletak di sebelah utara, di lorong utara.
Kedudukannya di antara Madrasah al-Karimiyah dan Madrasah at-Turbah al-Auhadiyah Ia
diperbaharui pada masa pemerintahan Ayyubiyah tahun 617 Hijriah ketika al-Malik al-
Mu’adzam Isa berkuasa.

3. Pintu Al-Atam (King Faisal’s Gate)

Pintu ini berada terletak Pintu Hittah dan Pintu Ghawanimah di sebelah utara Masjid al-Aqsa.
Orang-orang Baitulmaqdis menamakannya dengan Al-Atam, yang bererti gelap. Ada
beberapa nama lain dari pintu ini, di antaranya Pintu Raja Faisal yang dinisbatkan kepada
raja Faisal bin Husain, iaitu raja Syiria yang datang ke Masjid Al-Aqsha pada tahun 1930 M
dan masuk melalui pintu ini. Nama lainnya adalah Pintu ad-Duwaidariyah, karena di
sampingnya terdapat Madrasah ad-Duwaidariyah dan pintu ini dinisbatkan kepadanya. Juga
disebut sebagai Pintu Syaraf al-Anbiya. Pintu ini diperbaharui pada masa pemerintahan al-
Malik al-Mu’adzam bin al-Malik al-Adil Abu Bakar bin Ayyub dari kesultanan Ayyubiyah pada
tahun 610 Hijriah, iaitu ketika kerja-kerja renovasi lorong utara dijalankan.

4. Pintu Al-Gawanimah (Gate of The Bani Ghanim)

Pintu Al-Ghawanimah merupakan pintu pertama di lorong barat. Ia terletak di sebelah timur
laut dari Masjid Al-Aqsa. Pintu ini dibina pada masa Umawiyah, dan dikenali juga dengan
sebutan pintu al-Walid, dinisbatkan kepada al-Walid bin Abdul Malik. Ia diperbaharui pada
masa pemerintahan Ayyubiyah tahun 707 Hijriah ketika lorong barat mula dibina. Pintu ini
agak kecil, bentuknya persegi panjang. Pintu masuknyadibuat daripada kayu dan terdapat
satu daun pintu untuk laluan keluar masuk orang. Untuk memasuki pintu ini, seseorang
perlu menaiki lapan anak tangga. Di atasnya terdapat rumah penduduk. Pintu ini pernah
dibakar oleh pendatang Yahudi pada tahun 1998, kemudian diperbaiki.

5. Pintu An-Nazir (Al-Nazir Gate)

Pintu An-Nazir juga disebut sebagai Pintu al-Habs, yang bermaksud penjara. Dinamakan
dengan Pintu al-Habs kerana ia terletak dekat dengan penjara pada masa kesultanan
Uthmaniah. Nama lainnya adalah Pintu al-Majlis. Pintu ini terletak di sebelah barat Masjid Al-
Aqsha. Ia telah diperbaharui pada masa pemerintahan Ayyubiyah pada tahun 600 Hijriah.

6. Pintu Al-Hadid (Iron Gate)

Pintu Al-Hadid terletak di sebelah barat Masjid Al-Aqsha. Pintu ini adalah salah satu daripada
beberapa pintu yang merupakan cabang dari Jalan Bab al-‘Amud, iaitu salah satu jalan
masuk tembok Al-Quds. Ia dinamakan juga sebagai Pintu Argun kerana diperbaharui pada
masa Amir Argun, yang wafat tahun 758 Hijriah. Argun dalam Bahasa Arab bermaksud al-
Hadid (Besi). Jauh di atas pintu ini terdapat ruangan yang pernah digunakan pada masa
Mamalik. Di tengah-tengahnya terdapat jendela segi empat yang dikelilingi batu dengan
ornament melengkung berbentuk zig zag.

7. Pintu Al-Qatanin (Gate of the Cotton Merchants)

Pintu Al-Qatanin terletak di sebelah barat dari Masjid Al-Aqsa. Ia merupakan antara
pintu masjid yang paling utama dan paling besar, sejajar dengan pasar Qathanin. Ketika
Sultan Mameluk Muhammad Qalawun berkuasa, beliau telah memerintahkan gabenornya al-
Amir Saifuddin an-Nashiri untuk merenovasi pintu ini pada tahun 737 Hijriah.

8. Pintu Al-Mitharah (Ablution Gate)

Pintu Al-Mitharah terletak di sebelah barat Masjid Al-Aqsa, yang mengarah langsung ke
tempat mengambil wuduk. Oleh itu ia dinamakan Pintu al-Mitharah, yang bermaksud
pembersihan. Pintu ini merupakan sebuah pintu lama, sebagaimana pintu-pintu lainnya. Ia
diperbaharui pada masa pemerintahan Mamalik tahun 665 Hijriah oleh al-Amir Adaghidi,
serta tahun 666 Hijriah oleh al-Amir Alauddin al-Bashiri.

9. Pintu As-Silsilah (Chain Gate)

Pintu As-Silsilah terletak di sebelah barat Masjid Al-Aqsa, yang bersilang dengan lorong
barat. Sebahagian pendapat mengatakan pintu ini ada dua, bukan satu. Pintu pertama
dinamakan As-Silsilah (rantai) kerana diyakini dahulunya terdapat rantai yang tergantung di
pintu. Pintu kedua dinamakan As-Sakinah. Pintu kedua ditutup dan akan dibuka hanya
dalam keadaan darurat. Pintu yang selalu dibuka adalah pintu As-Silsilah. Pintu ini
diperbaharui pada masa pemerintahan Ayyubiyah tahun 600 Hijriah ketika al-Malik al-Adil
Saifuddin Abu Bakar memerintah.Bahagian atas pintu As-Silsilah tertutup oleh kubah, di
mana kubah ini berdiri di atas dinding-dinding pintu. Dekorasi kubah sangat indah kerana ia
berbentuk persegi lapan. Bagian atas pintu terdapat bangunan berupa ruangan, yang
sejarah pembinaanya kembali ke zaman Mameluk dan Kesultanan Uthmaniah.

10. Pintu Al-Magharibah (Marocco Gate)

Pintu Al-Magharibah juga dikenali dengan sebutan Pintu An-Nabi atau Pintu Al-Buraq. Ini
adalah kerana diyakini melalui pintu ini Rasulullah SAW masuk ke dalam Masjid Al- Aqsa
ketika malam Isra’. Sedangkan ia dinamakan dengan pintu Al-Magharibah kerana pintu ini
mempunyai akses langsung ke perkampungan orang-orang Maroko (Morocco district).
Kampung ini sudah dimusnahkan dan digantikan dengan perkampungan Yahudi. Ia telah
diperbaharui pada masa Kesultanan Mameluk pada tahun 737 Hijriah ketika Sultan Nasir
Muhammad Qalawun berkuasa. Dari arah luar masjid, pintu ini berbentuk melengkung di
atasnya. Dari arah dalam masjid, pintu ini berbentuk persegi panjang dengan perbandingan
panjang dan lebar adalah 2:3. Ia dibuat dari kayu dengan satu daun pintu. Pintu ini
beratapkan dua kubah. Di sebelah utara pintu ini terdapat masjid kecil yang dinamakan
Masjid Al-Buraq. Masjid ini dibina pada masa Mameluk pada tahun 707-737 H. Masjid ini
berbentuk persegi empat dengan ketinggian mencapai 3 meter.
11. Pintu Al-Janaiz

Pintu Al-Janaiz terletak di sebelah timur Masjid Al-Aqsa. Pagar masjid sebelah timur juga
merupakan tembok kota al-Quds. Di tembok ini hanya ada dua pintu, iaitu Pintu Al-Janaiz
dan Pintu Ar-Rahmah. Pintu Al-Janaiz khusus digunakan untuk membawa janazah dari
masjid ke perkuburan Rahmah, di sebelah masjid. Ia ditutup pada masa Sultan Salahuddin
untuk menjaga masjid dan al-Quds dari berbagai serangan.

12. Pintu Ar-Rahmah dan At-Taubah (Az-Zahabi/ Golden Gate)

Pintu Ar-Rahmah merupakan pintu kedua di sebelah timur Masjid Al-Aqsa. Ia terdiri dari dua
pintu masuk, yang dinamakan dengan Ar-Rahmah dan at-Taubah. Pintu Ar-Rahmah berada
di sebelah selatan dan pintu At-Taubah berada di utara Masjid Al-Aqsa. Suatu ketika dahulu
pintu ini terbuka hingga tibanya perang salib. Tentara salib menjadikan pintu ini sebagai
pintu masuk untuk menyerang Masjid Al-Aqsa dan Kota al-Quds. Kemudian pintu ini ditutup
pada masa Sultan Salahuddin untuk menjaga masjid dan al-Quds dari berbagai serangan. Di
dalam pintu ini Salahuddin menuliskan salah sepotong ayat al-Qur’an dari surah al-Hadid
ayat 13

“Pada hari orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang
beriman: Tunggulah kami! Kami ingin mengambil cahayamu. Kepada mereka dikatakan:
Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu). Lalu di antara mereka
dipasang dinding (pemisah) yang berpintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di luarnya
hanya ada azab”.

Adapun orang-orang Yahudi dan Nasrani menyebut pintu ini dengan sebutan pintu Az-
Zahabi (emas) dan meyakini bahawa Isa bin Maryam akan datang melalui pintu ini pada akir
zaman.

13. Pintu Ats-Tsulasi

Pintu Ats-Tsulasi terletak di selatan masjid dan menjadi pintu masuk ke musolla Marwani. Ia
ditutup atas perintah Sultan Salahuddin untuk menjaga masjid dan al-Quds dari serangan.
Dalam tahun 1990-an, rejim Zonis membina tangga untuk mencapai pintu ini, demi
menguasai musolla Marwani, tetapi dicegah oleh Yayasan al-Aqsa yang dengan segera
memperbaiki musolla dan menjadikannya sebagai tempat solat. Rancangan Zionis gagal.

14. Pintu Al-Muzdawij

Pintu Al-Muzdawij, yang bermaksud dua, dinamakan sedemikian kerana pintu tersebut
berjumlah dua. Ia terletak di selatan masjid Aqsa. Pintu ini dibina sebagai pintu masuk Amir
dan Sultan untuk mendirikan solat di Masjid Qibli sebagai imam. Kerana pintu ini
berhimpitan langsung dengan istana Bani Umayyah yang berada di selatan masjid, ia
ditutup atas perintah Sultan Salahuddin Al-Ayubi untuk menjaga masjid dan al-Quds dari
serangan. Ini adalah kerana pagar Masjid Al-Aqsa di sebelah selatan juga menjadi pagar
Kota al-Quds.
15. Pintu Al-Munfarid

Tidak banyak bahan sejarah yang menjelaskan tentang Pintu Al-Munfarid kerana
keadaannya yang telah tertutup ketika masa Sultan Salahuddin Al-Ayubi mengalahkan
tentera Salib dan membebaskan Masjid Al-Aqsa

Terdapat empat menara di Masjid Al-Aqsa dan sejarah pembinaannya kembali ke zaman
Mameluki. Ada pendapat yang mengatakan bahawa beberapa menara Masjid Al-Aqsa yang
ada sekarang ini berdiri di atas runtuhan menara yang lama, yang sejarahnya kembali pada
masa Abdul Malik bin Marwan, iaitu di zaman Bani Umayyah.

1. Menara Pintu Al-Magharibah

Menara ini dinamakan juga Menara Al-Fakhriyah kerana dibina oleh al-Qadhi Syarafuddin
Abdurrahman bin Ash-Shahib Fakhruddin Al-Khalili pada masa Sultan Malik Sa’id Muhammad
Nasiruddin Barkah Khan dari Kesultanan Mamalik al-Bahriyah pada tahun 677 Hijriah,
dengan bentuk seperti yang ada sekarang ini. Bahagian atas menara ini pernah hancur
akibat gempa bumi pada tahun 1922 M, kemudian dibina semula pada tahun yang sama. Ini
adalah menara Masjid Al-Aqsa yang paling kecil, dengan ketinggian 23.5 meter dan
diameter 2.5 meter. Struktur bangunannnya berbentuk empat segi, dan sebahagian
tapaknya berhimpitan dengan Masjid an-Nisa’.
2. Menara Pintu As-Silsilah

Menara ini dinamakan juga Menara Mahkamah kerana ia berdampingan dengan Madrasah
Tankaziyah yang berubah menjadi bangunan mahkamah pada masa kesultanan Uthmaniah.
Ia dibina pada masa Mamalik pada tahun 730 Hijriah oleh Amir Saifuddin Tankiz an-Nashiri
pada masa Sultan Malik Nashir Muhammad bin Qalawun dari kesultanan ketiga Uthmaniah,
dengan bentuk bangunan seperti yang ada sekarang ini.Ia direnovasi pada tahun 1922
selepas berlakunya gempabumi. Menara ini terletak di sebelah barat Masjid Al-Aqsa, di
samping pintu As-Silsilah di sebelah utara, dan Madrasah Asyrafiyah di sebelah selatan.
Madrasah Asyrafiyah kini berubah menjadi perpusakaan Masjid Al-Aqsa.

3. Menara Pintu Al-Ghawanimah

Menara ini berada di timur laut dari Masjid Al-Aqsa, di sudut pertemuan antara pagar utara
dan barat masjid. Nama Al-Ghawanimah diambil dari kampung yang berada di sekitar pintu
tersebut. Dinamakan juga Menara Qalawun dan Menara As-Sarai pada masa Mameluk.
Menara ini dibina pada masa Mamalik tahun 697 Hijriah oleh al-Qadhi Syafafuddin
Abdurrahman bin Ash-Shahib al-Wazir Fakhruddin al-Khalili. Ia kemudian diperbaharui pada
tahun 730 Hijriah oleh al-Amir Saifuddin at-Tankizi an-Nashiri ketika membina Menara Pintu
As-Silsilah. Menara ini adalah menara tertinggi di Masjid Al-Aqsa dengan ketinggian 38.5
meter dan diameter tapak 5.5 meter serta diameter badan menara 4.5 meter.

4. Menara Pintu Al-Asbat

Menara ini berada diantara pintu Al-Asbat dan pintu Hittah, di sebelah utara Masjid Al-Aqsa.
Ini adalah satu-satunya menara di utara Masjid Al-Aqsa. Ia dibina pada masa Mameluk pada
tahun 769 Hijriah oleh Al-Amir Saifuddin, pengawas dua kota suci (al-Quds dan al-Khalil)
ketika Sultan Malik Asyraf Sya’ban bin Hasan bin Sultan Malik Nasir bin Muhammad bin
Qalawun memerintah. Informasi tersebut terukir di menara.

Pada tahun 1927, terjadi gempa bumi sehinggakan bahagian atas menara ini hancur. Ia
kemudian direnovasi pada tahun yang sama oleh Dewan Tinggi Islam dengan merubah
bentuk asal. Sekarang ia berbentuk tabung silinder dan menjadi satu-satunya menara
dengan bentuk seperti itu. Sebelum terjadi gempa, menara ini dikatakan berbentuk segi
empat. Tinggi menara ini mencecah 28.5 meter dengan lebar tapaknya 4.5 meter dan
diameter tabung silindernya berukuran 3 meter.
1. Masjid Qibli

Masjid Al-Qibli juga disebut sebagai Al-Jami’ Al-Qibli. Umumnya orang mengenalinya
dengan panggilan Masjid Al-Aqsa, panggilan tersebut tidak tepat kerana ia
merupakan salah satu bahagian daripada Masjid Al-Aqsa yang terdiri daripada tanah
dan bangunan serta binaan lain.Ia terletak di sebelah selatan Masjid Al-Aqsa iaitu
tempat paling hujung mengarah kiblat. Kerana kedudukannya arah kiblat, maka
dinamakan dengan Al-Qibli.Masjid al-Qibli dibina oleh Khalifah Abdul Malik bin
Marwan dari Bani Umayyah dan disempurnakan pada masa anaknya Al-Walid bin
Abdul Malik antara tahun 86-96 Hijriah. Ketika dibina pertama kali, masjid ini
mempunyai 15 lorong, kemudian diperbaharui menjadi tujuh lorong seperti
sekarang ini oleh Az-Zahir li I‘zazi Dinillah pada masa dinasti Fathimiyah, setelah
terjadi gempa bumi.

Sejarah awalnya, ketika Khalifah Umar bin Khathab RA datang ke Al-Quds untuk
membebaskan Baitulmaqdis pada tahun 15 Hijriah, beliau bertanya kepada Ka’bu Al-
Ahbar tentang lokasi yang baik untuk membina tempat solat. Ka’bu Al-Ahbar
menjawab: Menghadap ke ash-Shakhrah, sehingga dapat menghimpun kiblat Nabi
Musa dan Nabi Muhammad. Tetapi Umar RA menolak usul ini dan memilih tempat
yang sekarang terbinanya Masjid Al-Qibli. Kemudian Umar membina masjid yang
dikenali dengan nama Jami’ Umar (Masjid Umar).Bahan bangunan masjid terdiri
daripada kayu dan batang pohon sebagaimana Masjid Nabawi dahulu. Pada waktu
itu ia dapat menampung 1,000 orang ahli jamaah. Kemudian ia diperbaharui dan
diperluas oleh Khalifah Mu’awiyah bin Sufyan sehingga dapat menampung 3,000
orang.

Ketika tentera Salib menguasai al-Quds, mereka membahagi Masjid Al-Qibli menjadi
tiga bahagian: Pertama, dijadikan sebagai pejabat komando pimpinan tentara Salib.
Kedua, Masjid Al-Qibli dijadikan tempat tinggal pasukan berkuda dan ketiga,
dijadikan gereja. Ketika Salahuddin Al-Ayyubi membebaskan Al-Quds pada tahun
583 Hijriah, beliau mengembalikan fungsi Masjid Al-Qibli sebagaimana sebelumnya.
Masjid Al-Qibli sering diperbaharui bangunanya semasa fasa - fasa pemerintahan
Islam, di antaranya pada masa Mameluk, masa Utnmani dan ketika awal penjajahan
British ke atas Palestin. Masjid ini terdiri dari satu lorong besar di tengah dan tiga
lorong masing-masing di sisi kanan dan kirinya. Ia memiliki satu kubah besar yang
terbuat dari kayu di sisi dalamnya dan dilapisi timah di sisi luarnya, dengan tinggi 17
meter. Panjang masjid ini mencapai 80 meter dan lebarnya 55 meter. Luasnya
mencapai 4000 meter persegi. Di dalamnya terdapat 11 pintu masuk dan sekarang
ini dapat menampung 5500 orang ahli Jemaah.

2. Masjid Kubah As-Sakhrah

Masjid Kubah As-Sakhrah atau dikenali sebagai Masjid Kubah Batu adalah salah satu
mercu bangunan Islam terkenal di dunia. Ia dibina oleh Khalifah Abdul Malik bin
Marwan. Pembinaannya bermula pada tahun 66 Hijriah dan selesai pada tahun 72
Hijriah. Pembinaan ini diketuai oleh dua orang arkitek, iaitu Roja’ bin Hiwah al-
Kanadi yang merupakan seorang tabi’in yang berasal dari kota Bisan di Palestin, dan
Yazid bin Salam, iaitu anak didik Abdul Malik bin Marwan yang juga seorang arkitek
bangunan dari tanah Al-Quds. Bangunan bersegi lapan ini merupakan antara
bangunan yang paling baik. ia terletak di tengah-tengah jantung Masjid Al-Aqsa. Di
tengah bangunan ini terdapat As-Sakhrah Al-Musyarrafah (batu yang dimuliakan).
Posisi Ah-Sakhrah berada di ketinggian 1.5 meter dari tanah dan bentuknya tidak
sekata.

3. Musalla Al-Marwani

Musalla Al-Marwani terletak di sebelah tenggara Masjid al-Aqsa. Ia dibina ketika Al-
Quds di perintah oleh Dinasti Umawiyah dengan tujuan agar halaman sebelah
selatan dan utara Masjid Al-Aqsa sama rata. Oleh kerana itu, dahulu bangunan ini
dikenali dengan nama “Taswiyah Syarqiyah” (Pemerataan Tanah Bahagian Timur).
Bangunan besar ini mempunyai keluasan lebih dari 4000 meter persegi.Musalla ini
terdiri dari 16 lorong. Ini merupakan tempat solat beratap terbesar yang ada di
Masjid Al-Aqsa. Tentera Salib menjadikan musolla ini sebagai kandang kuda,
sehinggalah Salahuddin membebaskannya. Ketika Shalahuddin membebaskannya,
beliau mengembalikan fungsi bangunan ini sebagaimana asalnya, iaitu sebagai
tempat pemerataan antara bahagian utara dan selatan Masjid Al-Aqsa dan sebagai
tempat penyimpanan (gudang) sehinggalah Zionis menjajah kawasan Masjid Al-
Aqsa. Di dalam Musalla Al-Mawarni terdapatnya Mihrab Siti Maryam iaitu Ibu kepada
Nabi Isa a.s

4. Masjid Qadim

Masjid Qadim merupakan bangunan kuno yang terletak tepat di sebelah selatan
Masjid Al-Aqsa dan di bawah Masjid Al-Qibli. Masjid ini dibina pada masa Umawiyah
dan terdiri daripada dua lorong. Lorong ini mengarah ke Pintu Al-Muzdawij, iaitu
pintu di selatan Masjid Al-Aqsa yang sudah ditutup. Dari pintu Al-Muzdawij ini boleh
menuju terus ke istana Umawiyah di selatan masjid. Tujuan pembangunan masjid
Al-Qadim adalah untuk meratakan bahagian selatan halaman al-Aqsa agar sama
rata dengan bahagian utara. Selama berabad-abad, Masjid Al-Qadim tidak terurus
dan banyak debu serta batu hinggalah dibuka kembali pada tahun 1420 Hijriah oleh
Yayasan al-Aqsa untuk pembangunan kota suci ini. Masjid ini dapat menampung
1,000 orang ahli jemaah solat di dalamnya.

5. Masjid Al-Buraq

Masjid Al-Buraq terletak di barat daya Masjid Al-Aqsa dan berada di bawah pintu Al-
Magharibah. Untuk memasukinya, seseorang perlu melalui tangga turun dari ruwak
gharbi (lorong barat). Terdapat 38 anak tangga menuju ke bawah. Masjid ini dibuka
pada hari Jumaat untuk diziarahi. Ia dinamakan Al-Buraq kerana tempat tersebut
dipercayai sebagai tempat Nabi Muhammad SAW meletakkan kenderaannya Buraq
pada malam Israk dan Mikraj. Di dalamnya terdapat ‘halqah’ (lingkaran besi) di
mana dikatakan tempat Nabi SAW mengikat buraq pada malam tersebut. Di sebelah
barat masjid, dahulunya terdapat pintu yang dinamakan Pintu Al-Buraq. Pintu ini
sudah ditutup setelah masa Umawiyah. Pintu ini boleh membuka laluan terus ke
halaman buraq yang berada di luar Masjid Al-Aqsa.

6. Masjid Al-Magharibah

Masjid Al-Magharibah terletak di sudut barat daya Masjid Al-Aqsa atau sebelah
selatan dinding Al-Buraq. Masjid ini mempunyai dua pintu, satu di sebelah utara
(sekarang tertutup) dan satu lagi sebelah timur (terbuka). Masjid ini dibina oleh
Sultan Salahuddin al-Ayyubi pada tahun 590 Hijriah. Ketika itu ia diguna sebagai
tempat solat mazhab Imam Malik. Sekarang ini Masjid Al-Magharibah diguna
sebagai ruangan utama muzium Islam. Muzium ini diwujudkan sejak tahun 1929 M,
yang merupakan perpindahan dari Rabat pada masa al-Manshury ke masjid ini.

7. Masjid An-Nisa’

Masjid An-Nisa merupakan bangunan besar di sisi barat Masjid Al-Qibli, terbentang
hingga ke dinding barat Masjid al-Aqsa. Ada yang mengatakan, masjid ini dibina
pada masa tentera Salib menguasai Masjid Al-Aqsa untuk dijadikan gereja di dalam
masjid. Kemudian datang Salahuddin dan membersihkan tempat tersebut serta
menjadikannya tempat solat untuk wanita. Sekarang ini Masjid An-Nisa’ dibahagi
menjadi tiga bahagian: pertama, untuk tambahan bangunan muzium yang berada di
paling barat masjid, kedua untuk perpustakaan umum yang berada di tengah, dan
ketiga untuk gudang (dindingnya bersambung dengan masjid Al-Qibli).

Anda mungkin juga menyukai