Anda di halaman 1dari 2

Soalan Tutorial

1. Jelaskan peranan dan kemahiran guru untuk memenuhi keperluan pendidikan pada masa
kini.
 Fasilitator pembelajaran murid. Guru hendaklah mewujudkan ruang pembelajaran
yang kondusif iaitu ruang yang mana murid berpeluang menyatakan pandangan dan
pendapat, memilih aktiviti yang lebih sesuai dengan minat mereka serta ruang yang
membenarkan murid mencuba dan meraih pengalaman. Pendekatan talk and chalk
haruslah dikurangkan dengan menggantikan pembelajaran berasaskan projek dan
pembelajaran berasaskan masalah.
 Pemikir strategis dan berkebolehan menguruskan perubahan secara cekap dan
berkesan. Guru dapat meneraju permuafakatan strategik dan menjadi penggerak
pembangunan komuniti pembelajaran seperti PLC untuk meningkatkan pengetahuan
dan ilmu diri berkenaan dengan perubahan pendidikan.
 Penggerak kualiti PdPc. Guru boleh menjalankan penyelidikan tindakan untuk
menambahbaikan amalan diri dalam PdPc. Melalui penyelidikan, guru dapat
mengesan kebaikan dan kelemahan amalan PdPc dan seterusnya membaiki
kelemahan dalam pada itu.
 Kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru termasuk berkebolehan membuat
keputusan menggunakan bukti dan data. Guru perlulah mahir mengesan masalah
yang berada dalam amalan pengajaran atau masalah murid yang disokong oleh bukti
yang jelas.
 Kemahiran menggerakkan orang untuk mencapai maklumat bersama. Guru haruslah
berkemampuan menginspirasikan semangat berpasukan yang tinggi supaya
mempunyai matlamat yang sama untuk mendepani cabaran yang akan dihadapi.
2. Ekspektasi (Jangkaan) anda yang pemimpin perlu tonjolkan
 Mengetahui visi dan misi dengan jelas
 Kepimpinan Melalui Teladan
 Bersistematik. Merancang aktiviti dengan memberi arahan yang jelas, mengatur
aktiviti secara berperingkat.
3. Nilai pemimpin di sekolah yang anda lihat memenuhi aspirasi sekolah.
 Seorang yang menjadi ‘role model’
 Prihatin terhadap keperluan atau keadaan guru
 Bertanggungjawab ke atas setiap tindak tanduk serta arahan yang dikeluarkan
 Menggunakan cara demokrasi. Menerima dan mengharapkan cadangan daripada
guru.

If we teach todays students as we teach yesterday, we rob them of tomorrow. (John


Dewey).
4. Jelaskan cabaran kepemimpinan guru di sekolah sama ada di sekolah aliran perdana,
inklusif dan murid berkeperluan khas.
 Sekolah aliran perdana – kesediaan guru-guru dalam membina daya pemikiran
murid untuk menyelesaikan masalah secara berkesan dan inovatif, menggunakan
komunikasi berkesan dan berkolaborasi.
 Sekolah inklusif – merancang aktiviti yang sesuai dengan murid aliran perdana dan
juga murid inklusif. Guru kurang bersedia dan mengganggap murid berkeperluan
khas melambatkan PdPc murid biasa.
 Sekolah murid berkeperluan khas – Sikap keterbukaan guru terhadap cara
pengajaran yang pelbagai. Sikap ibu bapa yang bekerjasama dengan pihak sekolah
dalam pengurusan pengajaran murid.

http://retibasa.blogspot.com/2010/08/pemimpin-dan-kepimpinan.html

Anda mungkin juga menyukai