Anda di halaman 1dari 7

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

TAJUK : KRITIKAN JURNAL

RAMPRAKASH PERIAKARUPPAN A/L VELLASAMY GB03701

SKPX 3103 : PSIKOLOGI KESIHATAN

SET 2 PJJ 2 2019/2020

NAMA PENSYARAH :

CIK DANIELLA MARYAM BINTI MOHAMED MOKHTAR

1
ISI KANDUNGAN

MUKA
BIL KANDUNGAN SURAT

1.0 PENGENALAN 4

2.0 METODOLOGI 4

3.0 HASIL KAJIAN 6

4.0 PERBINCANGAN 7

5.0 KESIMPULAN 7

6.0 RUJUKAN 7

7.0 HYPERLINK 7

2
KRITIKAN JURNAL

TAJUK JURNAL : Perbezaan Gender Tekanan Psikologikal dan Kesihatan Mental dalam
Kalangan Pelajar Prasiswazah.

Sebuah jurnal tempatan telah dipilih oleh saya bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan
kepada saya selaku pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Psikologi). Tajuk jurnal ini adalah
Perbezaan Gender Tekanan Psikologikal dan Kesihatan Mental dalam Kalangan Pelajar
Prasiswazah. Jurnal ini diterbitkan oleh Pusat Penyelidikan Psikologi dan Kesejahteraan Manusia
(PsiTRA) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
(Jurnal Personlia Pelajar 21 (1) : 55-66).

Berdasarkan tajuk yang diilih oleh penulis iaitu “Perbezaan Gender Tekanan Psikologikal
dan Kesihatan Mental dalam Kalangan Pelajar Prasiswazah” didapati agak ringkas. Tajuk yang
terlalu ringkas akan membawa implikasi kefahaman kepada pembaca. Selain itu, tajuk tersebut
juga tidak memaparkan skop kajian yang ingin dibincangkan. Berdasarkan hasil pembacaan,
antara tajuk yang sesuai dengan hasil penulisan jurnal ini adalah “Perbezaan Gender Tekanan
Psikologikal dan Kesihatan Mental dalam Kalangan Pelajar Prasiswazah Universiti Kebangsaan
Malaysia”. Berdasarkan tajuk yang dicadangkan, ia dapat memberi implikasi kefahaman secara
mendalam kepada pembaca berkenaan skop kajian yang ditulis oleh penulis.

ABSTRAK

Dalam penulisan abstrak, penulis jurnal memberi gambaran yang jelas dan menyeluruh
berkenaan isi kandungan yang terdapat dalam jurnal. Malah, abstrak yang ditulis juga
merangkumi keseluruhan aspek-aspek kajian dalam jurnal secara ringkas dan padat seperti
menyatakan populasi, jenis sampel dan instrumen kajian yang digunakan. Oleh yang demikian,
kandungan penulisan abstrak bagi jurnal ini adalah menepati kriteria kandungan abstrak yang
sebenar dalam kajian dimana abstrak adalah gambaran menyeluruh mengenai kegiatan penelitian
yang dibuat secara ringkas.

3
1.0 PENGENALAN

Dalam kertas ini saya akan cuba menghuraikan jurnal penulis dan akan memberi pandangan
tentang aspek-aspek yang tertentu, mengenalpasti beberapa kriteria-kriteria yang seharusnya
terdapat dalam jurnal sebagai jurnal yang baik dan berkualiti untuk pembaca memanfaatkan isi
kandungan jurnal tersebut. Selain itu, komen tambahan juga akan diberikan kepada sebarang
penemuan penyelidikan yang akan membantu dalam pemahaman pada keadaan semasa, tentang
perbezaan gender tekanan psikologikal dan kesihatan mental dalam kalangan pelajar
prasiswazah.

2.0 METODOLOGI

Kajian ini membincangkan mengenai status umum kesihatan mental dan tekanan psikologi di
kalangan pelajar sarjana UKM, memberi tumpuan utama kepada perbezaan jantina. Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan Kuesioner Kesihatan Umum (GHQ-12) dan
Kesihatan Mental Inventori (MHI) sebagai instrumen kajian. Kajian ini melibatkan saiz sampel
seramai 200 orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia daripada pelbagai latar belakang
yang berbeza. Pemilihan responden adalah secara persampelan mudah (convenient). Semua
responden direkrut secara sukarela dan dimaklumkan tentang objektif kajian ini. Data direkodkan
dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS) versi 19. Semua
data yang dikumpulkan dianalisis secara deskriptif dan inferensi.

Melalui pembacaan jurnal ini, metodologi atau kaedah kajian yang dijalankan adalah
menggunakan pendekatan yang tepat untuk menjawab persoalan atau objektif dalam kajian ini.
Pendekatan kuantitatif digunakan dengan kaedah tinjauan soal selidik. Oleh yang demikian,
kaedah yang digunakan dalam kajian ini menepati kualiti bagi menjawab semua permasalahan
yang telah diutarakan oleh penyelidik dalam jurnal ini. Walaubagaimanapun, penulis juga boleh
menambaik kaedah kajian ini dengan dengan mengunakan kaedah campuran iaitu kuantitatif dan
kualitatif untuk mengetahui faktor-faktor / punca-punca perbezaan gender yang mempengaruhi
tekanan psikologikal dan kesihatan mental dalam kalangan pelajar prasiswazah Universiti
Kebangsaan Malaysia.

4
Populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar prasiswazah di Universiti Kebangsaan
Malaysia UKM. Walaubagaimanapun, jumlah populasi sebenar tidak dinyatakan dalam jurnal
artikel kajian ini. Namun begitu, artikel jurnal ini ada menerangkan dan menentukan dengan
jelas populasi yang telah dipilih pelajar dari semua fakulti yang ada di kampus induk, Bangi
sahaja tetapi tidak termasuk kampus kesihatan dan perubatan. Populasi adalah satu set ciri yang
menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek
(Mohd Majid Konting, 2005).

Sampel bagi kajian ini dipilih berdasarkan kaedah persampelan mudah (convenient)
dengan seramai 200 pelajar prasiswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia UKM. Prosedur
persampelan dinyatakan dengan spesifik dalam artikel jurnal dimana ia amat penting dalam
penentuan ukuran ke atas keseluruhan populasi dan kefahaman pembaca terhadap kajian yang
telah dilakukan. Namun begitu, saiz sampel kajian yang dipilih ini adalah kecil jika
dibandingkan dengan jumlah pelajar yang mendaftar di UKM. Malah, adalah lebih baik
sekiranya kaedah persampelan rawak dilakukan ke atas populasi kajian yang dipilih agar hasil
kajian ini dapat dilihat dengan lebih menyeluruh.

Jurnal ini juga ada menyatakan tentang instrumen kajian yang telah digunakan iaitu
borang soal selidik. Terdapat tiga bahagian borang soal selidik iaitu yang pertama adalah
bahagian A adalah maklumat diri responden yang mengandungi 9 item, yang kedua bahagian B
yang terdiri daripada 12 item alat ukuran yang digunakan untuk mengesan tahap tekanan
psikologikal terutamanya dalam mengesan gangguan emosi. Manakala bahagian terakhir adalah
bahagian C pula terdiri daripada 18 item yang dipecahkan kepada empat sub-skala kesihatan
mental iaitu kebimbangan, kemurungan, kawalan tingkah laku dan perasaan positif
(positif afektif) untuk menilai isu kesihatan mental meliputi pelbagai emosi negatif dan positif.
Pembahagian konstruk dan kategori-kategori pembolehubah dinyatakan oleh penulis dengan
jelas. Hal ini demikian membentuk suatu pengukuran yang relevan sesuai dengan kehendak
tujuan dan objektif yang telah dibina.

5
Kajian rintis yang dinyatakan dalam jurnal ini adalah sesuai dan bertepatan
dengan prosedur penyelidikan yang sebenar dengan menunjukkan kesahan konstruk dan
kebolehpercayaan yang tinggi pada nilai Cronbach Alpha Realibility = 0.88. Tahap tekanan
psikologikal ditentukan berdasarkan skor pencapaian keseluruhan bagi 12 item GHQ-12
mengikut kiraan 0-0-1-1 bagi pengiraan 4 skala Likert. Walaubagaimanapun, penyelidik boleh
memperbaiki artikel jurnal ini dengan menyatakan kesahan konstruk dan nilai kebolehpercayaan
bagi alat ukuran Mental Health Inventory (MHI) yang mengandungi 18 item.

Selain itu, bagi prosedur pengumpulan data dalam jurnal ini tidak dinyatakan secara
terperinci dalam kaedah penyelidikan seperti penggunaan ujian-t, min, peratusan, kekerapan dan
sisihan piawai yang digunakan untuk menganalisis data. Penerangan yang jelas tentang
kriteria-kriteria atau kaedah-kaedah penganalisian data yang akan digunakan tidak dinyatakan
dengan jelas dalam kaedah penyelidikan. Hal ini demikian akan menyebabkan keraguan kepada
penilai tentang aspek pengukuhan analisis dapatan data kajian.

3.0 HASIL KAJIAN

Hasil dapatan kajian yang dinyatakan dalam artikel jurnal ini adalah bertepatan dengan objektif
yang dinyatakan dan menjawab permasalahan kajian yang dinyatakan. Penyelidik menghurai dan
menjelaskan hasil dapatan bermula daripada dapatan bahagian A iaitu dapatan maklumat
responden dan seterusnya dapatan bahagian B dan diikuti bahagian C. Teknik penjelasan hasil
dapatan kajian adalah teratur dan mudah difahami pembaca. Contohnya hasil yang diperolehi
pada bahagian B bagi Jadual 3 menjawab objektif kajian terdapat perbezaan yang signifikan
antara jantina dengan tahap tekanan psikologikal di kalangan pelajar prasiswazah UKM.
Berdasarkan hasil dapatan tersebut, penyelidik menyokong dapatan tersebut dengan hasil
dapatan kajian lepas yang sama diperolehi daripada Srividhya (2007). Oleh yang demikian, ini
akan memberi keyakinan dan membuktikan hasil kajian yang relevan kepada pembaca. Malah,
penyelidik juga memberi hasil kajian lepas yang tidak konsisten dengan hasil dapatan yang
diperolehi. Ini menunjukan skill penulis artikel yang bersifat neutral untuk menarik minat
pembaca terhadap artikel jurnal ini.

6
Walaupun jurnal ini telah menjelaskan hasil dapatan dengan baik dan menepati bagi
menjawab permasalahan dan objektif kajian. Bagi memudahkan dan mengukuhkan lagi proses
pemahaman pembaca adalah dicadangkan agar hasil dapatan ini juga dinyatakan dalam bentuk
carta graf, supaya dapat menarik perhatian dan memudahkan lagi pemahaman pembaca
berkenaan hasil dapatan yang diperolehi.

4.0 PERBINCANGAN

Secara umumnya, kajian ini telah berjaya membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan di
antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dari aspek tekanan psikologikal dan kesihatan mental
secara umum. Jurnal ini juga merupakan terbitan yang terkini iaitu pada tahun 2018. Pada
pandangan saya, alat kajian yang digunakan sangat bersesuaian dengan kajian ini dan perkara
yang wajar diberikan pujian. Pengkaji melakukan prosidur kajian secara teratur, teliti dan
berstruktur. Tambahan pula, jurnal ini mempunyai prosedur penyelidikan yang baik seperti
pernyataan masalah kajian, kajian lepas dan kaedah penyelidikan.

5.0 KESIMPULAN

Kritikan ke atas sesuatu artikel tidak bertujuan untuk merendahkan artikel tersebut ataupun
memalukan penyelidik tersebut. Sebaliknya, ianya hanya bermotifkan untuk pengkaji dan
pengkritik saling bertukar-tukar pendapat dan dapat memupuk satu sifat yang sangat neutral iaitu
keterbukaan dalam menerima nasihat serta komen daripada individu lain. Kritikan juga tidak
hanya bertujuan untuk menghentam dan hanya mencari point dari aspek negatif sahaja, bahkan
memberi komentar yang membina serta menyatakan perkara yang benar. Justeru itu, perkara
yang salah dikatakan salah manakala yang benar wajar diberikan perhatian dan pujian.

6.0 RUJUKAN

Artikel yang diterbitkan ini juga dilihat lengkap dengan sorotan literatur kajian yang lepas
dan setiap rujukan kajian dipetik daripada bahan atau data yang benar dan kukuh serta
mempunyai rujukan bibliografi yang tepat.

7.0 HYPERLINK

1. http://www.ukm.my/personalia/wp-content/uploads/2018/12/Artikel-7_Suhaimi_final.pdf

Anda mungkin juga menyukai