Anda di halaman 1dari 10

NAMA : KHATIJAH BINTI ABDULLAH

TINGKATAN : 2 AL- KHAWARIZMI


TAJUK : KAEDAH PENCEGAHAN COVID-19 PADA MASA
KINI
TEMPOH PELAKSANAAN : 21 MEI HINGGA 7 JUN
TEMA
PENYELENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP

BIDANG PEMBELAJARAN
BAB 4 – KESIHATAN MANUSIA

STANDARD KANDUNGAN
4.1 – PENYAKIT BERJANGKIT DAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

STANDARD PEMBELAJARAN
MENCERAKINKAN PENYEBAB DAN PENULARAN PENYAKIT BERJANGKIT

STANDARD PRESTASI
MEMBUAT KAJIAN KES PENYAKIT PENDUDUK MALAYSIA BERDASARKAN
STATISTIK KEMENTERIAN KESIHATAN UNTUK MEMBINCANGKAN PERKARA
BERIKUT:

 Penyakit yang paling banyak dihidapi di Malaysia


 Jenis-jenis penyakit yang boleh berjangkit, penyebab dan cara menaganinya
 JADUAL PELAKSANAAN (DIARI)

TARIKH/HARI PERKARA
05 Mei 2020  Mendapat maklumat daripada guru subjek Biologi tentang
[ Selasa ] tajuk PBL yang akan dilaksanakan
22 Mei 2020  Membeli barang-barang keperluan untuk melaksanakan
[ Jumaat ] projek
23 Mei 2020  Mula menulis diari
[ Sabtu ]  Mula menggunting span bahu dari baju kurung lama atau
yang terpakai untuk dijadikan topeng
25 Mei 2020  Menjahit getah di bahagian atas kiri dan kanan topeng
[ Isnin ]  Menjahit getah di bahagian bawah kiri dan kanan topeng
26 Mei 2020  Menyeterika bahagian depan dan belakang topeng
[ Selasa ]
28 Mei 2020  Menjahit kain di hadapan topeng sebagai hiasan
[ Khamis ]
30 Mei 2020  Mengemaskini topeng
[ Sabtu ]  Topeng disiapkan dalam masa 7 hari
 SENARAI BAHAN YANG DIGUNAKAN

 Span bahu ( boleh didapatkan daripada baju kurung yang lama )


 Getah jahit
 Benang
 Jarum
 Gunting
 KOS PERBELANJAAN

BIL BAHAN HARGA SEUNIT JUMLAH HARGA


(RM) (RM)
1 Span bahu -
2 Getah 1.00 1.00
3 Benang 1.00 1.00
4 Jarum, 1.00 1.00
 CARA PENGHASILAN PRODUK

1. Ambil span yang telah digunting dari baju kurung yang terpakai untuk
dijadikan topeng dan getah jahit.

2. Jahit di bahagian atas


sebelah kanan span
dengan getah
menggunakan
jarum dan

benang.Pastikan jahitan berada di sebelah dalam span.


3. Jahit di bahagian bawah span dengan getah menggunakan benang dan
jarum.

4. Ulangi langkah jahitan 2 dan 3 bagi bahagian kiri span.


5. Seterikakan bahagian depan dan belakang span.

6. Akhir sekali, hias bahagian depan span dengan kain pelbagai corak.dengan
itu, siaplah sudah topeng boleh cuci anda.
CORONAVIRUS
( COVID-19)

 APA ITU CORONAVIRUS?


Penyakit Coronavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19 adalah penyakit
berjangkit yang disebabkan oleh coronavirus yang baru ditemui di Wuhan,China dan
sedang merebak ke seluruh dunia.Sebilangan besar orang yang dijangkiti virus
COVID-19 akan mengalami penyakit pernafasan ringan hingga sederhana dan pulih
tanpa memerlukan rawatan khas.
Orang yang lebih tua, dan mereka yang mempunyai masalah perubatan yang
mendasariseperti penyakit kardiovaskular, diabetes, penyakit pernafasan kronik, dan
barah cenderung untuk menghidap penyakit serius

 PUNCA JANGKITAN COVID-19


Virus COVID-19 akan tersebar terutamanya melalui titisan air liur atau keluar dari
hidung ketika orang yang dijangkiti batuk atau bersin,jadi penting agar anda juga
mengamalkan etika pernafasan ( misalnya, menutup mulut dan hidung ketika bersin)

 GEJALA DAN SIMPTOM COVID-19


COVID-19 mempengaruhi orang yang berbeza dengan cara yang
berbeza.Antaranya ialah ;

Gejala yang paling biasa :

 Demam
 Batuk kering
 Penat

Gejala yang kurang biasa:

 Sakit-sakit badan
 Sakit tekak
 Cirit-birit
 Konjungtivitis
 Sakit kepala
 Kehilangan rasa atau bau
 Ruam pada kulit, atau perubahan warna jari atau jari kaki

Gejala serius:
 Kesukaran bernafas atau kesesakan nafas
 Sakit dada atau tekanan
 Kehilangan pertuturan atau pergerakan

 CADANGAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN UNTUK


MENGELAKKAN JANGKITAN PENYAKIT COVID-19

Untuk mengelakkan jangkitan dan melambatkan penularan COVID-19, lakukan


perkara berikut:

 Basuh tangan dengan sabun dan air secara berkala, atau bersihkan dengan
sapu tangan berasaskan alcohol (hand-sanitizer)
 Jaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter antara anda dan orang yang batuk
atau bersin
 Elakkan menyentuh muka sebelum membersihkan tangan
 Tutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin
 Sebaiknya, kekal tinggal di rumah sekiranya tiada keperluan untuk keluar
ataupun jika merasa tidak sihat
 Elakkan perhimpunan beramai-ramai dan berkumpul untuk mengurangkan
penyebaran penyakit COVID-19

 BAGAIMANAKAH PRODUK TOPENG MUKA YANG SAYA


HASILKAN DAPAT DIGUNAKAN UNTUK MENGELAKKAN
JANGKITAN PENYAKIT COVID-19?

 Topeng muka yang saya hasilkan dapat menghalang virus daripada


menembusi lapisan topeng tersebut.Pengguna juga tidak perlu risau untuk
membeli topeng muka berulang kali kerana topeng muka yang saya hasilkan
boleh dicuci dan diguna semula. Kos untuk membuatnya juga tidaklah mahal.
Walaupun span yang saya gunakan untuk menghasilkan topeng sedikit
tebal,tetapi,ia tidak menghalang pernafasan pengguna yang memakainya.
Oleh itu, saya menggalakkan anda untuk mencuba produk yang saya
hasilkan untuk untuk mencegah anda dari terkena jangkitan COVID-19.

 SUMBER RUJUKAN
 https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019
 https://www.realsimple.com/health/preventative-health/homemade-face-mask
 http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan

Anda mungkin juga menyukai