Anda di halaman 1dari 2

Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) dengan Pelengkap.

Sepertimana yang kita ketahui, KKTT ada yang diikuti dengan pelengkap dan ada juga yang diikuti
dengan penerang.

Hari ini, kita fokus KKTT yang menerima pelengkap.

🍓KKTT yang dapat menerima pelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap
sekiranya tidak diikuti oleh unsur PELENGKAP.

🍓Perlu diingat, unsur pelengkap ini bukannya OBJEK kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan.

Contoh Kata kerja tak transitif yang memerlukan PELENGKAP.

* beransur

* tinggal

* menjadi

* berbantalkan

* bertilamkan

🍓Terdapat tiga jenis unsur yang menjadi pelengkap kepada KKTT.

🍎Kata Adjektif sebagai pelengkap

Contohnya,

1. Kesihatan bapanya beransur baik.

baik (KA) - pelengkap

🍎Frasa sendi nama sebagai pelengkap

Contohnya,

1. Saya tinggal di kampung.

di kampung (FS) - pelengkap

2. Mereka berada di Kuala Lumpur.


di Kuala Lumpur (FS) - pelengkap

🍎Kata nama sebagai pelengkap

Terbahagi kepada dua:

a. Kata kerja berimbuhan ber...kan

Contohnya,

1. Dia berbantalkan lengan.

lengan (KN) - pelengkap

2. Pak Kaduk berbajukan kertas.

kertas (KN) - pelengkap.

b. 'menjadi' dan 'ada' diikuti KN sebagai pelengkap

Contohnya,

1. Dia menjadi guru.

guru - (KN) - pelengkap

2. Orang itu ada harta.

harta (KN) - pelengkap

Begitulah sedikit penerangan tentang KKTT dengan pelengkap.

🍋Perlu diingat PELENGKAP tidak boleh digugurkan, jika digugurkan, kata kerja tersebut tidak
mempunyai makna yang lengkap.

Terima kasih, semoga bermanfaat.🍓🍓

Anda mungkin juga menyukai