Anda di halaman 1dari 7

UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI

AUTO TERKINI RODA4 RODA2 PANDU UJI BIKIN KERETA AUTOTAINMENT

SEMBANG DERAS AKSESORI PR NEWSWIRE

#TahukahAnda: Kenapa 'Coolant' Enjin Sangat


Penting?
November 21, 2017 By AO — 1 Comment

SEPERTI bendalir lain dalam kereta anda, penyejuk atau 'coolant' enjin (selepas ini akan disebut coolant)
memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana kereta anda beroperasi dengan baik dan betapa perlu
ia disenggara secara konsisten. Kekerapan memeriksa coolant pula bergantung kepada jenis kenderaan, termasuk
keseluruhan keadaan mekanikal dan sejarah pemanduan.

BACA >>> Kenal Pasti Bendalir Apa yang Bocor Bawah Kereta Anda
Langkah mengabaikan kondisi UTAMA
bendalir dalam enjin bukanlah
EDITORIAL sikap yang bagus,
PENGIKLANAN KAMI coolant juga. Jadi, sangat
termasuk
HUBUNGI
penting bagi seseorang pemandu untuk memahami apakah fungsi coolant dan bagaimanakah menyenggara
bendalir tersebut.

KENAPA COOLANT PENTING?


Coolant enjin ialah campuran bendalir antara air dan antibeku (antifreeze) yang tersimpan dalam radiator
kenderaan. Coolant berfungsi menghalang enjin daripada mengalami masalah panas lampau (overheating) ketika
cuaca panas, dan membeku (freezing) dalam cuaca sejuk ekstrem yang mana kedua-dua kondisi alam itu mampu
menyebabkan kerosakan teruk ke atas enjin.

Amalan yang biasa dilakukan adalah mencampurkan air dan antibeku dalam nisbah 50:50 ke dalam sistem
penyejukan kereta. Namun, peraturan tersebut bukanlah mandatori, sebaliknya bergantung kepada kondisi cuaca
ketika kenderaan anda beroperasi. Campuran dua bendalir itu boleh saja diubah, sama ada meningkatkan titik didih
atau mengurangkan had titik beku. Apapun, memilih campuran yang dapat mengurangkan tekanan haba ke atas
enjin adalah cara paling ideal.

KENAPA PENYENGGARAAN COOLANT TIDAK PATUT DIABAIKAN?

Kegagalan menyenggara coolant mampu menyebabkan kesan buruk ke atas enjin kereta anda. Ramai tidak tahu,
coolant secara semula jadi akan mengalami degradasi daripada semasa ke semasa, dan juga disebabkan cara
pemanduan teruk. Ini termasuk kehadiran lembapan tidak diperlukan dalam sistem penyejukan enjin yang
memaksa sistem penyejukan bekerja lebih kuat berbanding normal, terutama apabila berlaku proses pengewapan
yang tanpa sedar memanaskan komponen besi dalam enjin.

Antara penyelesaian terbaik adalah menggunakan coolant bukan air (waterless coolant) dengan titik didih tinggi
dan titik beku rendah. Coolant jenis ini dapat mengelak elemen perlindungan terurai daripada partikel air dalam
jangka masa lama. Malah, titik UTAMA
didih tinggi 190°C pada coolant
EDITORIAL bukan air berbanding
PENGIKLANAN HUBUNGI 106°C
KAMI dalam coolant konvensional
jenis etilena glikol, mampu menghalang bendalir penyejuk itu berterusan mendidih dan menjana stim.

Kakisan (corrosion) pula adalah proses dalam sistem penyejukan yang sukar dikawal. Sesetengah pencemaran
dalam kakisan sangat sukar dibuang sepenuhnya walaupun selepas melakukan proses pengosongan atau ushing
menyeluruh. Jadi, perkara terbaik boleh dilakukan adalah cuba mengelak memulakan proses kakisan dengan hanya
menggunakan produk sah yang disarankan pengeluar.

KERETA LAMA VS KERETA BARU

Pelanggan perlu mengambil peduli tentang jadual penyenggaran coolant enjin. Sesetengah pengeluar, Toyota
sebagai contoh, melakukan perubahan ke atas jenis coolant yang digunakan dalam kenderaan mereka. Asalnya,
coolant adalah dalam bentuk tulen dan pekat, serta perlu dicairkan dengan air dalam nisbah tertentu (60 peratus
coolant dan 40 peratus air) supaya dapat bekerja dengan cekap.

Selepas 2004, Toyota mula mengubah tempoh jangka hayat coolant daripada 50,000km kepada 160,000km.
Coolant tersebut tidak perlu dicampurkan dengan air, malah dapat membantu mengesan kebocoran dalam sistem
penyejukan dengan lebih baik.

BACA >>> Ramai Pemandu UK Kurang Pengetahuan Senggara Kereta, Tidak Tahu Simbol Amaran Brek

Bagi memastikan coolant enjin bekerja secara optimum, jangan biarkan bendalir itu pada takat minimum seperti
tertera pada tangki pengembangan (expansion tank). Ini penting supaya sistem penyejukan dapat berfungsi seperti
sepatutnya.

Lain-lain syarikat seperti Audi dan Mercedes mempunyai jadual penyenggaraan coolant yang lebih singkat bagi
kenderaan baharu mereka. Contohnya, Audi menetapkan tempoh 29,000km, manakala Mercedes lebih singkat,
16,000km bagi kebanyakan barisan model petrol.

TANGGUNGJAWAB PEMILIK
UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI

Pemilik patut memberikan perhatian kepada arahan manual bagi coolant enjin yang dipilih. Setiap jenis coolant
memiliki peraturan tertentu dan sedikit kegagalan mematuhi arahan boleh menyebabkan bendalir itu tidak berfungsi
dengan cekap seperti diharapkan.

Pemilik wajib mematuhi spesi kasi ditetapkan pengeluar jika mahu menambah coolant enjin. Pengeluar kereta
sebenarnya sudah dimaklumkan terlebih dahulu oleh pengeluar bendalir tentang tetapan nisbah dan paras
coolant yang diperlukan produk mereka. Semua itu ditentukan berasaskan prestasi enjin dan standard penggunaan
bahan api sesebuah kenderaan. Ingat, setiap model dan jenama adalah tidak sama penggunaan coolant walaupun
berada dalam segmen sama.

BACA >>> #ApaNakBuat: DIY 14 Cara Tukar 'Coolant' Kereta

Tahukah anda, penggunaan bahan api boleh terjejas jika anda mengambil sambil lewa sahaja tentang prosedur
menambah coolant enjin? Apatah lagi apabila tiba masa sistem coolant itu perlu dikosongkan, tetapi tidak
dipedulikan.

Kesimpulannya, bukan sukar pun mahu menyenggara coolant enjin. Anda cuma perlu mematuhi arahan pengeluar
dari segi jenis dan bilakah perlu menambah coolant. Ini termasuk memahami dengan jelas apakah fungsi coolant
dalam memastikan enjin dapat beroperasi sempurna.

#ApaNakBuat: DIY 14 Cara Tukar Kenal Pasti Bendalir Apa yang Bocor #ApaNakBuat: Bagaimanakah
'Coolant' Kereta Bawah Kereta Anda Pastikan Enjin Diesel Anda Kekal Tip
February 27, 2017 October 9, 2017 Top?
In "Autotainment" In "Autotainment" July 25, 2019
In "Autotainment"
UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI

Filed Under: Autotainment, Roda4


Tagged With: apakah itu coolant, autotainment, coolant, coolant enjin, penyejuk, Roda4, tahukah anda

Comments

din says
February 13, 2018 at 10:27 PM

anda tidak menghurai secara detail berapa banyak nak pakai coolant.samaada dicampur dgn air atau
satu tangki penuh dgn coolant,saya pakai innova, guna coolant toyota sebanyak 5 liter penuh,tanpa di
campur air,

Reply

Leave a Reply
Your email address will not be published. Required elds are marked *

Comment

Name *

Email *

Website
UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI

POST COMMENT

CARIAN AUTO

Search the site ...

FACEBOOK

PILIHAN RAMAI

Proton Saga (2019)


Lancar Bulan Depan? Ini 5
Perkara Yang Kami Tahu
Setakat Ini

#BikinMotor: Pulsar
NS200 Kena Sumpah
Jadi Kawasaki Z1000

Penangan Winner X, Yamaha Exciter Vietnam Kini


Lebih Murah daripada Harga Cadangan

Pandang Pertama: Proton Persona Facelift


S
t
a
n
d
a
rd Manual (2019)
UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI #PanduUji: Proton
Persona (2019) Standard
Manual yang Riang
Dipandu

PANDU UJI

#PanduUji: Proton
Persona (2019)
Standard Manual
yang Riang Dipandu
PROTON Persona generasi
kedua dilancarkan kali
pertama pada 2016, … [Baca
Lagi...]

Pandang Pertama:
Proton Persona
Facelift Standard
Manual (2019)
PROTON Persona edisi
dipertingkat (facelift) 2019
diakui mendapat … [Baca
Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my

Anda mungkin juga menyukai