Anda di halaman 1dari 21

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Tel : 03-8884 5154


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, Faks : 03-8884 5047
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN Laman Web
PERSEKUTUAN, http://www.bptv.edu.my
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 1

SEMESTER SEMESTER 2 SVM SESI

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL & PEMBUATAN

PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMATIF / SVM

KOD/KURSUS MTA 2013 PENYENGGARAAN ENJIN

KOMPETENSI 1. ENGINE SERVICE

1.Change Lubrication Oil & Oil Filter


2.Lubrication Compliance
3. Engine Drive Belt And Tensioner Replacement
4. Cooling System Pressure Test
5. Radiator Pressure Cap Replacement
KOMPETENSI
6. Engine Cooling System’s Components Condition
UNIT
7. Engine Cooling System’s Thermostat Replacement
8. Exhaust System’s Component’s Condition
9. Air Filter Replacement
10. Fuel Filter Replacement
11. Spark Plugs Replacement

Trainee must be able to:


● Change lubrication oil & oil filter
● Confirm lubrication compliance
● Carry out engine drive belt and tensioner replacement
● Conduct cooling system pressure test
● Carry out radiator pressure cap replacement
KOMPETENSI
● Inspect engine cooling system’s components condition
PEMBELAJARAN
● Carry out engine cooling system’s thermostat replacement
● Inspect exhaust system’s component’s condition
● Change air filter replacement
● Change fuel filter replacement
● Change spark plugs replacement

MTA 2013/K 1/NK 01-09


NO KOD
EDISI 2/MEI 2017
MUKA : 01 DARIPADA 20
NO KOD JPK TP-333-1:2014-C04
NO. KOD MTA 2013/K1/NK 01-09 Muka : 2 drp : 21

1. SISTEM PELINCIRAN (ENGINE LUBRICATING SYSTEM)

PENERANGAN :
Pelinciran adalah satu siri asas (basic element) bagi sesuatu mesin atau
jentera.Jika tidak memenuhi syarat – syarat yang diingini oleh enjin ia akan
cepat rosak.Kebiasaanya enjin akan bekerja pada tekanan suhu yang tinggi.

Rajah 1 : aliran perjalanan pelinciran di dalam sesebuah enjin.

TUJUAN SISTEM PELINCIRAN.

Melancarkan pergerakkan komponen enjin yang bergerak bagi tujuan untuk


mengelakan kehausan pada komponen enjin dan ia juga bertujuan
menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke
bahagian lain. Lebih baik kualiti minyak pelincir,maka lebih baik perlindungan
dan prestasinya.

SIFAT MINYAK PELINCIR.

1. Mempunyai kelikatan yang tinggi.


2. Aliran yang rendah.
NO. KOD MTA 2013/K1/NK 01-09 Muka : 3 drp : 21

3. Taham pada tekanan.


4. Sesuai dengan keadaan suhu.
5. Menghalang dari kekaratan
6. Tidak terpelwapan.

FUNGSI SISTEM PELINCIRAN.

1. Meminimumkan kehausan dan geseran komponen enjin.


2. Sebagai ejen penyejukan untuk membantu menyejukan komponen enjin yang
bergerak.
3. Sebagai penyerap hentakan supaya pergerakkan enjin senyap.
4. Menutup pada permukaan yang tidak rata.
5. Sebagai ejen pembersih.

TUGAS SISTEM PELINCIRAN.

1. Good oil Quality adalah tahap yang baik dikehendaki pada minyak pelincir supaya ia
meliputi ruang permukaan bahagian yang bersentuhan.
2. Mengurangkan terjadinya karbon dan memindahkan kelodak (kekotoran) dari
cylinder.
3. Stability (perseimbangan)
4. Non Corrasive ( tidak menghakis)

KIND OF ADDITIVE

Sejenis bahan tambahan yang ditambah ke dalam Lube oil untuk mengelakkan kebekuan
dan kecairan pada lube oil. Additive terdiri daripada :

1. ANTI
▪ INI MEMANJANGKAN PENGGUNAAN
OXIDANT
MINYAK PELINCIR.
ADDITIVE
▪ MENCUCI DAN MEMENDAPKAN
2. CLEANING
PERMUKAAN BESI DAN LOGAM DARI
ADDITIVE
KARAT.
3. ANTI
▪ MENJAGA PERMUKAAN BESI DAN LOGAM
CORRISION
DARI KARAT
ADDITIVE

4. FOAM ▪ MENGAWAL DAN MENGURANGKAN


NO. KOD MTA 2013/K1/NK 01-09 Muka : 4 drp : 21

SUPRESSO
MINYAK DARI BERBUIH
R ADDITIVE
5. FLOW POINT ▪ MENGAWAL MINYAK KE SUHU YANG
LOWERING RENDAH
6. VISCOCITY
▪ INI MENGAWAL DARI PENUKARAN
IMPROVING
VISCOCITY KEPADA PENUKARAN SUHU
ADDITIVE
7. ANTI
ELECTROST ▪ MENGHALANG DARI TERJADINYA
ATIC ELECTROSTATIC DALAM PELINCIRAN
ADDITIVE
▪ MENAMBAH POLAR GROUP BAGI
8. OIL QUALITY MEMBAIKI PERLAPISAN PERMUKAAN
IMPROVING UNTUK MENGHALANG LOGAM BERGESEL
SECARA BERTERUSAN

VISCOSITY
Pengukuran viscosity sentiasa dibuat dengan ketentuan suhu. Pada amnya minyak
menurun ( bertambah cair ) apabila dipanaskan. Alat yang digunakan untuk mengukur
ahíla viscometer iaitu saybolt universal dan viscometer tube.

VISCOSITY INDEX
Kaedah bernombor bagi menetukan tahap mana viscosity minyak berubah dengan
perubahan suhu yang lebih tinggi viscosity index, maka kurangnya perubahan viscosity
apabila berubah.

MULTI VISCOSITY OIL


Kebanyakan minyak enjin hari ini menggunakan multi viscosity oil. Ia dibuat supaya ia
dapat digunakan dalam 2 keadaan berbeza-beza viscosity minyak kurang berubah
samaada bagi yang sejuk atau di waktu panas terik.

KELIKATAN GRED PELINCIRAN.


Kelikatan dikaitkan sebagai kepekatan atau kecairan minyak pelincir melawan
pengaliran. Gred [pelinciran terbahagi lepada 2 bahagian:

1. Badan.
2. Kebendaliran.
NO. KOD MTA 2013/K1/NK 01-09 Muka : 5 drp : 21

BADAN
Bermaksud keupayaan minyak pelincir dari pecah semasa menerima hentakan
contohnya ketika lejang kuasa. Ia juga sebagai andang diantara dinding selinder
dengan piston. Ia juga berfungsi sebagai lapisan pada semua permukaan bearing

KEBENDALIRAN

Keupayaan minyak pelincir mengalir dan merebak pada sesuatu permukaan bearing.
Kelikatan dipengaruhi oleh

1. Suhu
2. Jenis enjin
3. Cuaca/ Iklim

2. KLASIFIKASI SISTEM PELINCIRAN

2.1 NO S.A.E
S.A.E ádalah singkatan bagi The Society Of Automotive Engineer (Persatuan
Jurutera Automotif). Ia diukur dengan menggunakan jangka kelikatan. Semakin besar
nombor s.a.e semakin tinggi kelikatan mimyak pelincir. Kelikatan yang rendah sesuai
bagi enjin baru dimana kelegaan bearing dan piston hádala kecil (baru). S.A.E
membahagikan kelikatan minyak pelincir kepada 2 iaitu :
Musim sejuk Selain musim sejuk
S.A.E 5W, S.A.E 10W, S.A.E S.A.E 10, S.A.E 20,
20W S.A.E 40

1. Musim Sejuk
2. Selain musim sejuk

2.2 SISTEM A.P.I

Singakatan nama bagi American Petroleum Institute. Ia bertujuan untuk membuat


rawatan enjin. Ia dicipta bersama American Society Of Testing Material (A.S.T.M)
iaitu persatuan menguji bahan Amerika.
NO. KOD MTA 2013/K1/NK 01-09 Muka : 6 drp : 21

JENIS RAWATAN

PETROL DIESEL
MS DS
MM MM
ML DG

Rawatan MS

Untuk enjin yang memerlukan rawatan yang berat disebabkan oleh kenderaan yang
dipandu pada jarak yang dekat dan suhu enjin tidak cukup tinggi.kenderaan yang
membawa muatan yang berlebihan seperti lori.

Rawatan MM
Untuk enjin yang memerlukan rawatan yang sederhana seperti kenderaan dipandu
dengan laju tetapi pada jarak yang dekat dan suhu enjin yang sentiasa tinggi.

Rawatan ML
Enjin yang memerlukan rawatan ringan dimana kenderaan dipandu pada jarak melebihi
dari 10 batu. Suhu enjin yang sederhana dan tidak membawa muatan yang berlebihan.

Rawatan DS
Enjin yang memerlukan rawatan yang berat yang disebabkan oleh suhu enjin yang
rendah dan kenderaan membawa beban yang ringan. Dan suhu enjin yang tinggi dan
kenderaan membawa beban yang berlebihan.

Rawatan DG

Untuk enjin yang memerlukan rawatan yang ringan

Rawatan DM

Untuk enjin yang memerlukan rawatan yang sederhana.


NO. KOD MTA 2013/K1/NK 01-09 Muka : 7 drp : 21
NO. KOD MTA 2013/K1/NK 01-09 Muka : 8 drp : 21

BINAAN SISTEM PELINCIRAN

1. LUBRICATION OIL.
2. STRAINER.
3. PRESSURE RELIEF VALVE.
4. OIL FILTER/ BY PASS VALVE.
5. OIL PUMP.
6. OIL PRESSURE GAUGE.
7. OIL COOLER.
8. OIL SUMP & DIP STICK.
9. OIL GALLERY (SALURAN MINYAK)

STRAINER

Menapis kekotoran yang besar dari minyak pelincir di oil sump sebelum dihantar ke oil
pump.

OIL PUMP

Menyediakan tekanan dan mengepam minyak ke bahagian bergerak. terdapat 3 oil


pump iaitu:
NO. KOD MTA 2013/K1/NK 01-09 Muka : 9 drp : 21

1. Rotor pump (trokoid).


2. Gear pump.
3. Plunger pump.
4. Vane pump.

PRESSURE RELIEF VALVE.


Menyelaraskan tekanan minyak dan mengawal sistem dari tekanan yang berlebihan.
untuk tekanan minyak melebihi hadnya.

OIL FILTER.
Menentukan dan menapis minyak dari kekotoran yang akan merosakkan bahagian
enjin.

BY PASS VALVE.
Bertindak sebagai membenarkan minyak tidak ditapis lalu menerusinya walaupun
minyak itu kotor ia tetap ia tetap akan melicinkan bahagian yang bergerak agar
terselamat dari seize (jammed).

OIL PRESSURE GAUGE.

Memberitahu kepada penjaga enjin samada enjin berjalan pada tekanan yang tetap
dan betul.

OIL SUMP.

Tempat takungan minyak pelincir.

OIL COOLER.

Untuk menyejukan minyak yang panas sebelum digunakan semula.


NO. KOD MTA 2013/K1/NK 01-09 Muka : 10 drp : 21

2.3 KATEGORI JENIS MINYAK PELINCIR.

Minyak pelincir cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta
boleh bergerak dengan lancar. Ia perlu ditukar pada setiap 5,000 atau 10,000
kilometer mengikut jenis dan grednya.
Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak pelincir, ia boleh
dilakukan pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar
dan pengedar. Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan
bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan
mengasingkan udara panas ke bahagian lain. Lebih baik kualiti minyak
pelincir,maka lebih baik perlindungan dan prestasinya. Terdapat tiga kategori
jeniis minyak.

1. MINERAL
Ataupun dikenali sebagai motor oil, boleh dikatakan sebagai 'minyak mentah'
kerana ia ditapis daripada minyak petroleum dan tiada sebarang tambahan
'formula' pada minyak jenis ini.

2. SINTETIK
Ia adalah 'minyak berformula' yang bermaksud minyak yang telah ditambah
formula supaya minyak akan lebih bermutu & berkualiti. Kelebihan sintetik
NO. KOD MTA 2013/K1/NK 01-09 Muka : 11 drp : 21

begantung kepada formula yang dimasukkan ke dalam minyak tersebut.


Secara am, kelebihan minyak sintetik ialah ia mempunyai tahap ketahanan
panas yang lebih tinggi & juga mempunyai daya ketahanan yang kuat. oleh
disebabkan itu minyak sintetik tidak mudah terbakar (menjadi hitam).

Sintetik juga lebih bersih. oleh itu ianya dapat memberi penjagaan enjin yang
lebih baik berbanding dengan minyak mineral. Sintetik juga mempunyai
kelikatan yang rendah, kadar kelikatan yang rendah bermakna 'pick up'
kenderaan akan menjadi lebih baik (enjin lebih ringan).

3. MINYAK PELINCIR SINTETIK SEPENUHNYA (FULLY SYNTHETIC)


Minyak pelincir jenis Sintetik Sepenuhnya (Fully Synthetic) sudah tidak asing
lagi dikalangan pengguna kenderaan di negara kita. Minyak pelincir jenis ini
lebih mahal dan biasanya dijual dengan harga melebihi RM100 (tertakluk
kepada jenama pengeluar). Antara kadar kelikatan yang popular digunakan
ialah 0W/30, 5W/40, 5W/50 atau 10W/40.
Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ diasaskan daripada 2 jenis bahan utama, iaitu
‘Polyalphaolefins (PAOs)’ dan ‘Ester’. ‘PAOs’ dihasilkan melalui jalinan
molekul bahan kimia bersama ‘Ethylene’ untuk membentuk satu rangkaian
yang seimbang serta berupaya mengekalkan kelicinan di dalam enjin.
Sementara ‘Ester’ pula terhasil daripada reaksi alkohol dengan sejenis asid.
Bahan-bahan ini akan diadun (blend) bersama aditif-aditif lain menggunakan
kepakaran teknologi terkini mengikut formula tertentu. Proses ini akan dapat
mengubah struktur molekul sintetik dan seterusnya menghasilkan produk
minyak pelincir ‘Fully Synthetic ‘ untuk pasaran.
Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ adalah lebih sesuai untuk kegunaan enjin-
enjin moden dan kurang sesuai untuk enjin-enjin lama. Ini kerana kadar
kelikatannya yang rendah akan menyebabkan minyak pelincir tadi terpeluwap
(vapourised). Ramai dikalangan pengguna tidak memahami faktor ini dan
akibatnya mereka akan mengalami masalah minyak pelincir yang semakin hari
semakin berkurangan.
Sebagai contoh: 10w-40 W = Wet/Winter 10 = Kelikatan minyak semasa sejuk.
40 = Kelikatan minyak semasa panas. (Gred diatas ni dikenali sebagai multi
NO. KOD MTA 2013/K1/NK 01-09 Muka : 12 drp : 21

grade.) Multi Grade = Boleh berubah dari cair ke pekat mengikut perubahan
suhu.

3. PENAPIS MINYAK PELINCIR

Penapis minyak (oil filter) pula dipasang di sebelah enjin yang mana ia berfungsi
untuk menapis minyak pelincir yang membawa segala kotoran yang datang dari
bawah enjin seperti debu,cebisan-cebisan logam dan endapan-endapan
karbon.Kotoran-kotoran ini jika tidak ditapis maka ia akan merosakkan minyak
pelincir dan seterusnya mempercepatkan berlakunya kehausan.

Jaring-jaring pada minyak pelincir pada penapis boleh tersumbat oleh kotoran
setelah jangka waktu pemakaian yang cukup lama.Penapis tidak akan dapat lagi
berfungsi dengan baik dan perjalanan minyak pelincir juga akan terganggu jika ia
tidak diatasi.Oleh itu penapis minyak ini perlulah dibersihkan selalu.

Penapis minyak terbahagi kepada 2 iaitu :


i.Jenis yang bolej dibuka
ii.Jenis katrij (tidak boleh dibuka).
NO. KOD MTA 2013/K1/NK 01-09 Muka : 13 drp : 21

Kedua-dua fungsinya adalah sama cuma dari segi reka bentuknya sahaja yang
berlainan. Jenis katrij memerlukan special toolnya tersendiri untuk membukanya.

4. Jadual carta perkhidmatan penyelenggaraan

Jangka waktu penggunaannya juga adalah merupakan satu faktor yang diambil
kira dalam Sistem Pelinciran. Ini adalah untuk membolehkan pengguna
menggunakan minyak pelincir dalam jangka masa yang tertentu. Jangka waktu
penggantian minyak pelincir mestilah sesuai dengan petunjuk-petunjuk yang telah
diberikan oleh pembuat kenderaan. Tetapi,pada umumnya penggantian minyak
pelincir enjin kenderaan penumpang dilakukan pada setiap 5000 Km jarak
perjalanan. Sedangkan untuk kenderaan berat seperti bas dan trak pula adalah pada
setiap 3000 Km. Namun demikian hendaklah menggantikan minyak pelincir apabila
keadaannya sudah kurang memuaskan,meskipun jaraknya belum sampai. Minyak
pelincir enjin kenderaan yang sering dihidupkan dan dimatikan (di dalam kota) mesti
lebih cepat diganti. Penggantian minyak pelincir hendaklah dilakukan semasa enjin
dalam keadaan panas. Ini adalah kerana pada masa ini minyak pelincir yang sudah
terpakai dengan mudah mengalir keluar dari enjin. Ini dapat dilakukan dengan
membuka Bolt pengikat yang berada di bawah bekas engkol.
NO. KOD MTA 2013/K1/NK 01-09 Muka : 14 drp : 21

5. PENGUKURAN MINYAK PELINCIR


NO. KOD MTA 2013/K1/NK 01-09 Muka : 15 drp : 21

Apabila memeriksa paras minyak di dalam enjin, kereta mestilah dalam


keadaan rata dan mestilah enjin dalam berkeadaan sejuk. Sekiranya enggan
membuka ‘crankcase’ atas sepenuhnya, dan mereka selalu memeriksa ‘dipstick’
sejurus mematikan enjin kenderaan.
Memeriksa paras minyak dengan cara ini memberi bacaan yang
mengelirukan kerana kuantiti minyak (biasanya setengah liter) sebahagiannya masih
terdapat di ‘oilway’ dan ‘passages’ di dalam enjin, dan mengambil masa untuk
mengalir turun ke ‘crankcase’. (di dalam gambar; bahagian berwarna biru
menunjukkan di mana minyak masih mengalir turun ke dalam ‘sump’). Dalam
keadaan paras minyak enjin yang bukan sebenar seperti tertera pada ‘dipstick’,
mereka kemudian menambah lagi minyak ke dalam enjin. ‘Oilways’ dan ‘passages’
yang kosong, dan kemudian enjin dipenuhi lebih minyak pelincir, melebihi paras
penanda ‘MAX’ pada ‘dipstick’.

Apabila paras minyak pelincir enjin melebihi tahap ‘MAX’

Anda telah menambah minyak pelincir ke dalam enjin setelah enjin panas dan
selepas melihat paras minyak pada ‘dipstick’ yang tidak tepat, atau anda mengisi
minyak pelincir melebihi tahap .

Berikutnya, tidak beberapa lama kemudian, pelindung ‘bearing’ utama bahagian


belakang akan pecah dan enjin akan bocor. Jika anda menggunakan gear manual,
ini bermaksud minyak yang bocor akan terkena pada flywheel dan permukaan
cakera klac. Klac yang berminyak membawa pada situasi yang tidak bagus. Jika
anda masih tidak perasan kebocoran ini, ia seterusnya akan menjejaskan pelindung
‘bearing’ utama bahagian hadapan pula, serta enjin akan memercikkan lagi minyak
(atau ia akan mula menumpahkan minyak di setiap laluan). Secara kasarnya
daripada minyak yang bocor ia boleh mendatangkan kerosakan terhadap
kesuluruhan enjin termasuk cakera brek.
NO. KOD MTA 2013/K1/NK 01-09 Muka : 16 drp : 21

Pada masa yang sama ia juga boleh memburukkan keadaan dalam enjin. Seperti
yang boleh kita lihat pada gambar rajah, paras minyak yang sebenar terletak
berhampiran dengan ‘crank’ / engkol yang berpusing. Apabila minyak melebihi paras
yang sepatutnya ‘crank’ akan tenggelam ke dalam minyak dan menghasilkan buih.
Buih sangat diperlukan pada setiap kopi yang sedap :P tapi ia tidak bagus untuk
enjin.

Pencapuran minyak dengan udara akan mmberi tekanan kepada ‘bearing’ dan untuk
pengetahuan anda udara bukanlah bahan pelincir. Pada asasnya ‘bearing’ akan
rosak secara berterusan lebih-lebih lagi apabila anda memandu di jalan raya. Anda
akan tahu ‘bearing’ enjin anda rosak bila situasi ini betul-betul berlaku kepada anda.
Enjin anda akan berbau seperti minyak enjin yang terbakar dan bunyi bising akan
kedengaran. Dalam situasi yang lebih teruk minyak enjin boleh memasuki ruang
pembakaran minyak petrol dan menjejaskan prestasi enjin dan keadaan bahagian
pembakaranpetrol.

Waktu sesuai untuk memeriksa paras minyak pelincir enjin.

1. Ketika enjin kenderaan sejuk boleh terus periksa paras minyak enjin anda. Minyak
pelincir telah pun mengalir sepenuhnya ke dasar tangki. Cuma pastikan kedudukan
kenderaan yang rata.

2. Jika enjin masih panas (setelah dipandu) maka anda perlula tunggu lebih kurang
30 minit supaya kebanyakan minyak betul-betul mengalir ke bawah. TetapiI ada
sesetengah kenderaan (seperti di sarankan oleh pengilang kenderaan di dalam
Manual) perlu diperiksa ketika enjin beroperasi atau pada suhu tertentu seperti
Porcshe Carrera ’92.

6. LAMPU AMARAN SISTEM PELINCIRAN

Perbezaan Antara Lampu Amaran Dashboard dan Petunjuk


NO. KOD MTA 2013/K1/NK 01-09 Muka : 17 drp : 21

lampu amaran papan pemuka - mewakili masalah mekanikal yang serius dan
harus ditangani sebelum kerosakan yang lebih besar berlaku.

Lampu amaran sering merah atau kuning - menunjukkan isu mekanikal atau
keselamatan.

contoh lampu peringatan pada dashboard - termasuk cahaya periksa enjin,


amaran lampu bahan api rendah dan tekanan rendah minyak.

Lampu penunjuk di sisi lain, bertujuan untuk memberi isyarat kepada anda
kepada isu yang berpotensi atau untuk menunjukkan bahawa sistem atau ciri
telah diaktifkan. Lampu penunjuk standard biasanya lampu penunjuk hijau atau
biru dan biasa termasuk - penunjuk rasuk yang tinggi, isyarat putaran dan
penunjuk memandu ECO. Lihatlah beberapa lampu amaran papan tanda utama
dan petunjuk di bawah. Perlu diingat bahawa tidak semua lampu amaran papan
pemuka adalah universal - semak manual pemilik anda untuk maklumat lanjut.

Lampu periksa engine /Check Engine

Lampu enjin cek boleh mewakili sebarang masalah serius yang melibatkan sensor
oksigen yang rosak ,penukar pemangkin yang rosak atau palam pencucuh . Apabila
anda melihat lampu enjin cek, adalah penting agar anda mendapatkan servis
kenderaan anda secepat mungkin .
NO. KOD MTA 2013/K1/NK 01-09 Muka : 18 drp : 21

Lampu amaran/ Low Oil Pressure Warning Light

Tekanan minyak enjin rendah boleh membawa kepada isu-isu penting di jalan raya
dan boleh menyebabkan kerosakan serius kepada unsur-unsur mekanikal di dalam
kenderaan anda sebagai tambahan kepada kegagalan enjin. Apabila lampu amaran
tekanan enjin minyak rendah datang, ia memerlukan perhatian serta-merta dan jika
tidak dijaga dapat menyebabkan kerosakan atau kemalangan jika anda terus
memandu dengan lampu amaran ini. Periksa tahap minyak dan tekanan.

Oil Pressure Switch


Kandungan minyak pelincir yang dihantar oleh pam ke komponen akan melalui main
gallery atau oil gallery. Sekiranya pam rosak atau kandungan minyak pelincir kurang
atau tiada di dalam sistem oil pressure switch yang berada pada main gallery ada
juga pengeluar yang memasangkan pada perumah penapis (oil filter housing) akan
mengesan tekanan dan menghantar isyarat kepada pemandu dengan cara
menyalakan lampu penunjuk pada panel pemuka (dash board).
NO. KOD MTA 2013/K1/NK 01-09 Muka : 19 drp : 21

Oil Pressure Switch

Oil pressure switch akan beroperasi apabila ignition switch di “on”kan yang mana oil
warning lamp dengan gambarajah berbentuk seperti lampu alladdin atau dengan
tulisan “oil” pada papan pemuka (dash board) menyala. Apabila enjin dihidupkan
lampu ini akan padam dan sekiranya lampu ini mesih bernyala ini berkemungkinan
ada masalah pada sistem pelinciran yang mana minyak pelincir tidak mampu untuk
menolak suis yang berada didalam oil pressure switch.
Pemeriksaan pada sistem pelinciran dengan memeriksa kandungan minyak pelincir.
Periksa litar pendawaian oil pressure switch dan oil warning lamp. Periksa tekanan
minyak pelincir dengan menggunakan oil pressure gauge.

Oil Pressure Gauge

Litar Oil Pressure Switch


NO. KOD MTA 2013/K1/NK 01-09 Muka : 20 drp : 21

Oil Pressure Gauge


Pada umumnya bagi hampir kesemua kereta diseluruh dunia dari keluaran
tahun 1983 hingga 1997 tekanan yang minyak pelincir yang dihantar oleh pam
ke setiap komponen sekitar 25 - 75 psi dengan pusingan enjin sebanyak 2000
pusingan per minit. Oil pressure gauge akan dipasangkan pada tempat oil
pressure switch. Apabila enjin dihidupkan tekanan minyak pelincir yang
melalui main gallery akan menolak valve didalam oil pressure gauge, dengan
ini bacaan dapat dibuat.

7. JENIS ALAT YANG DIPERLUKAN UNTUK SISTEM PELINCIRAN

BIL ITEM

1.
Kenderaan yang lengkap dengan sistem pelinciran
2.
Service manual
3.
Peralatan tangan
4.
Oil filter wrench
5.
Oil filter
6.
Minyak pelincir
NO. KOD MTA 2013/K1/NK 01-09 Muka : 21 drp : 21

7.
Kain pengelap
8.
Takungan (tray)

Anda mungkin juga menyukai