NO. KP : 640531105668 KUMPULAN : SMI 1 AMBILAN 2/2016
TUGASAN WAJIB MODUL 5: HUBUNGAN SESAMA MANUSIA SUBMODUL 5.2 : KOMUNIKASI
a. Pendahuluan
Komunikasi merupakan elemen penting dan efektif dalam sesebuah
organisasi terutamanya antara pihak pengurusan dengan pekerja. Komunikasi ini samada verbal atau non verbal adalah amat penting kerana ia dapat memperlihatkan kewibawaan seseorang pemimpin. Kepimpinan pengurusan atasan dalam organisasi harus menunjukkan sikap dan menjadi role model yang baik kepada para pekerja. Natijahnya, para pekerja akan memandang tinggi dan menghormati pengurusan atasan apabila komunikasi kepimpinan yang berkesan dilaksanakan dan nilai-nilai murni akan terbentuk serta secara langsung akan membantu ke arah kestabilan dan pencapaian matlamat sesebuah organisasi. Komunikasi yang berlaku dalam sesebuah organisasi dapat mempengaruhi kepuasan kerja warga organisasi.
b. Isu-isu kesan daripada kelemahan komunikasi yang dikenalpasti
di sekolah
Kegagalan pemimpin untuk mengamalkan komunikasi berkesan boleh
menyebabkan timbul pelbagai isu negatif dalam kalangan warga sekolah. Antara isu yang dikenalpasti kesan daripada kelemahan komunikasi ialah;
1. Perasaan tidak puashati terhadap pemimpin
2. Wujud jurang antara pemimpin dan pekerja 3. Objektif pembelajaran tidak tercapai 4. Bosan dengan pengajaran guru 5. Ponteng kelas 6. Kemerosotan pencapaian sekolah 7. Hasil kerja tidak berkualiti 8. Ingkar dengan arahan pemimpin 9. Maklumat yang disampaikan tiak difahami
c. Cara mengenalpasti isu
Kelemahan komunikasi pemimpin boleh menjadi punca utama kepada perselisihan faham dalam organisasi kerana kemungkinan mesej atau maklumat yang hendak disampaikan oleh pemimpin tidak dapat difahami oleh guru yang akhirnya menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan guru. Perkara ini dapat dikenalpasti melalui pemerhatian yang dilakukan terhadap keberkesanan hasil kerja yang dipertanggungjawabkan kepada guru yang terlibat. Dapatan daripada perhatian tersebut menunjukkan bahawa hasil kerja guru tidak mencapai prestasi seperti yang dikehendaki. Hal ini berlaku kerana sifat keikhlasan dalam melaksanakan kerja tidak wujud dalam diri guru terlibat. Selain itu, isu yang berlaku juga dapat dikenalpasti melalui temu bual yang dilakukan terhadap rakan sejawat guru yang terlibat.
d. Punca tercetusnya isu
Berdasarkan dapatan daripada temu bual dan pemerhatian, rasa tidak
puashati guru terhadap pemimpin adalah disebabkan oleh gaya komunikasi pengetua yang terlalu tegas dalam memberi arahan dan tugasan kepada guru. Selain, mesej dan hasrat yang hendak disampaikan oleh pengetua tentang hala tuju tidak difahami secara mendalam oleh guru berkaitan. Guru merasa tertekan dan menganggap tugasan yang terima sebagai satu tugas baru dan bebanan kerja.
e. Kesan terhadap sekolah sekiranya isu tersebut tidak dikawal
Setiap manusia berkomunikasi dan menjalinkan interaksi dengan
persekitaran dan manusia lain. Justeru itu, konflik telah menjadi sesuatu yang lumrah iaitu asam garam manusia sehingga sukar dielakkan lagi. Menurut Amstrong dan Pages (1983), sesebuah organisasi tidak boleh lari daripada berhadapan dengan konflik kerana objektif, nilai dan kumpulan atau individu dalam organisasi tidak selalunya sama. Tidak kira sebesar manapun konflik yang berlaku sekiranya ridak dikawal ia boleh membawa kesan yang negatif terhadap pembangunan organisasi. Boleh menimbulkan sikap benci membenci, kemurungan, permusuhan, saling tidak percaya, tuduh menuduh, tiada kerjasama, sabotaj dan sebagainya. Yang pastinya semua ini dapat mengganggu keharmonian hubungan interpersonal dan jika ini berlaku dalam organisasi, ia akan membantutkan usaha untuk mencapai matlamat organisasi keeluruhannya.
f. Langkah-langkah menangani isu tersebut
Sebagai seorang pemimpin, perlu mengetahui atau menguasai kemahiran
tertentu untuk menyelesaikan sesuatu konflik terutama yang membawa kesan negatif. Diantara kemahiran yang boleh diamalkan oleh pemimpin bagi menangani isu tersebut ialah; 1. Kemahiran mempengaruhi.
Kemahiran ini menrupakan tindakan memujuk atau mengubah
pemikiran orang yang berkonflik. Pihak yang berkonflik akan dibawa bekerjasama ke arah perundingan. Peranan pemimpin adalah memberi pemahaman, mencari persefahaman dan mendengar secara aktif. Pemimpin juga digalakkan untuk mengambil berat terhadap orang yang ingin dipengaruhi. Semasa perbincangan , tidak dibenarkan berlaku perdebatan.
2. Kemahiran memujuk.
Melalui kemahiran ini, pemimpin perlu menggunakan kata-kata manis
untuk memikat hati pihak yang berkonflik.
3. Kemahiran perundingan
Langkah ini adalah yang terbaik kerana melalui perundingan dan
kerjasama kedua-dua pihak boleh melihat pendirian masing-masing mengenai perkara yang menimbulkan konflik dan mengenalpasti pilihan yang paling sesuai untuk menyelesaikannya.
g. Kebaikan kepada sekolah setelah isu tersebut dapat diselesaikan
Komunikasi yang baik seorang pemimpin dapat memberikan motivasi
kepada orang bawahan sekaligus dapat mempengaruhi orang bawahan untuk menjalankan tugas dengan baik dan secara sukarela. Komunikasi yang berkesan juga dapat mewujudkan iklim komunikasi yang baik di dalam organisasi seterusnya mewujudkan hubungan yang baik antara pemimpin dengan orang bawahan.
h. Kesimpulan
Kesimpulannya, pemimpin merupakan seorang yang amat penting
dalam sesebuah organisasi. Dalam sekolah pemimpin utama adalah pengetua. Pengetua adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengetuai pengurusan dan penradbiran sekolah agar mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Gaya kepimpinan pengetua akan mempengaruhi sistem yang dilaksanakan dalam sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah juga akan dipengaruhi oleh gaya kepimpinan pengetua. Sekiranya gaya autokratik yang digunakan kemungkinan para pelaksana yang menjalankan tugas iaitu guru tidak akan merasa senang hati dan ini akan menyebabkan matlamat sekolah tidak akan tercapai. Oleh itu kepimpinan yang berkesan perlu diamalkan oleh pengetua selaku pemimpin utama dalam sesebuah organisasi sekolah.
Untuk menghasilkan pemimpin yang efektif dan berkesan pelbagai
taktik kepimpinan yang boleh diamalkan seperti cara berkomunikasi, cara membuat keputusan, pengawalan terhadap tekanan, melalui pujukan nasional, taktik perundingan, motivasi, bertanggungjawab dan sebagainya.