Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH

Mohon perhatian dan kerjasama daripada semua pelajar untuk berada dalam keadaan
yang tenang kerana majlis perhimpunan kita akan bermula sebentar lagi.. Harap maklum
dan sila ambil perhatian..

Mengumumkan ketibaan ibunda puan pengetua SMK Agama Kota Kinabalu masuk ke
dalam dewan diiringi bersama-sama guru-guru SMK Agama Kota kinabalu

Hadirin dipersilakan untuk duduk.

Bismillahirrahmanirrahim… alhamdulillahhirrabbilalamin, assolatuwassalamu ala


asyrofil anbiyai walmursalin waala alihi wasahbihi ajmain. Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Yang berusaha Puan Pengetua SMKA Kota Kinabalu Ustazah Jaimis Saiman, Penolong
Kanan Pentadbiran Cik. Kertina Madun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Ustaz
Zulkifli Mohammad, Penolong Kanan Kokurikulum Puan Halija Jonggang, Penolong
Kanan Pra-Universiti,Ustazah Siti Khadijatul Akmar, ketua-ketua Bidang, ketua-ketua
Panitia, guru-guru, siswa-siswi pra-Universiti, seterusnya rakan pelajar yang dikasihi
sekalian..

Memohon berkat menadah tangan,majlis dengan ini menjemput Al-Fadhil ____________


untuk memimpin bacaan doa, Falyatafaddhal mayskuro..

Amin ya Rabbal ’alamin.. Terima kasih diucapkan kepada Saudara _____________ di


atas bacaan doa itu tadi..

Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian,

Untuk menyerikan lagi majlis perhimpunan kita pada kali ini, marilah kita bersama-sama
menyanyikan 3 lagu dengan penuh semangat. Dengan ini dengan segala hormatnya majlis
menjemput guru-guru yang disayangi dan rakan-rakan yang dikasihi untuk sama-sama
berdiri bagi menyanyikan alunan nasyid “Asma Ul-Husna” lagu ”Negaraku” dan ”Sabah
Tanah Airku”.. Dengan sukacitanya majlis mempersilakan..

Mohon perhatian kerana lagu ini akan diiringi dengan muzik.

Terima kasih diucapkan.. Guru-Guru dijemput untuk duduk..


Majlis diteruskan lagi dengan menjemput pengawas yang bertugas saudara
_____________ bagi mengetuai bacaan ikrar..

Terima kasih diucapkan kepada Saudara _____________..

Para hadirin yang dimuliakan,

*jika ada guru yang mahu menyampaikan ucapan atau pengumuman sila jemput jika
tiada teruskan dengan guru bertugas..

Memulakan ucapan perhimpunan, dengan ini majlis menjemput guru yang bertugas
sepanjang minggu lalu untuk menyampaikan laporannya..Majlis Dengan itu dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada ____________ di atas ucapan dan laporan bertugasnya
sepanjang minggu lalu.. Diharapkan para pelajar mengambil tindakan positif di atas
teguran dan nasihat yang diberikan sebentar tadi..

Warga dewan yang dikasihi sekalian,

Majlis diteruskan lagi dgn menjemput _____________ untuk naik ke atas pentas bagi
menyampaikan sebarang pengumuman.. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.

Terima kasih di atas ucapan yang diberikan sebentar tadi..

Seterusnya,sama-samalah kita menyaksikan persembahan multimedia pelajar2 cemerlang


bahasa arab 2010,dan orientasi ;pelajar tingkatan satu__________________yang telah
diadakan pada_____mi9nggu lepas___________.

Guru-guru dan para pelajar sekalian,

Kini tibalah masa ucapan alu-aluan dan nasihat mahupun teguran oleh penolong kana hal
ehwal murid ...... Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan untuk menyampaikan
ucapannya.. Dipersilakan..

Terima kasih di atas ucapan mahupun amanat yang telah disampaikan oleh............ itu
sebentar tadi.. Moga-moga para pelajar akan mengambil teladan dengan ucapan yang
telah disampaikan oleh puan pengetua tadi..

Untuk meneruskan lagi perhimpunan kita pada hari ini, majlis sekali lagi menjemput
kepada semua warga dewan untuk berdiri bagi menyanyikan lagu sekolah..

Untuk pengakhirannya, apa yang baik itu datangnya daripada ALLAH SWT, yang buruk
itu datangnya daripada diri hambaNya sendiri,walaupun pada hakikatnya kedua-duanya
datang daripada ALLAH SWT.
Kita tutup majlis perhimpunan mingguan kita pada kali ini dengan tasbih kafarah dan
surah al-asr..

Sekian sahaja… Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh…

Terima kasih.

Mengumumkan keberangkatan keluar ibunda pengetua smk agama kota kinabalu diiringi
oleh guru-guru yang sayangi.

Disini ada pengumuman.

Anda mungkin juga menyukai