Anda di halaman 1dari 85

PANDUAN MENTERNAK LEMBU PEDAGING PEKEBUN KECIL

Rekabentuk oleh:
Unit Kualiti & Produktiviti
Bhg. Pentadbiran dan Kejuruteraan
(mrr)
P rakata

Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah izinNya Manual Menternak
Lembu Pedaging secara Integrasi dan Fidlot untuk pekebun kecil dapat dihasilkan.

Panduan ini disediakan bertujuan untuk membantu pekebun kecil melaksanakan


aktiviti penternakan lembu sama ada secara integrasi atau fidlot dengan lebih baik dan
tersusun. Ianya juga disediakan bagi memenuhi keperluan penternak khususnya daripada
kalangan pekebun kecil yang inginkan satu piawai operasi (Standard Operating Procedures)
yang seragam dan mengikut amalan penternakan yang baik (Good Animal Husbandry
Practices).

Panduan ini diharap dapat digunakan oleh pegawai pengembangan RISDA yang
terlibat untuk memberikan bantuan khidmat nasihat mengenai pengurusan projek kepada
pekebun kecil berkenaan. Dengan cara ini industri ternakan negara akan berkembang di
samping menjana pendapatan tambahan kepada pekebun kecil.

Usaha untuk mengeluarkan panduan ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian
Negara Ke 3 yang menekankan peningkatan pengeluaran daging negara. Dalam masa yang
sama tahap penternakan lembu negara khususnya pekebun kecil perlu ditingkatkan sejajar
dengan teknologi yang diamalkan pada masa ini.

Akhir kata, saya merakamkan penghargaan serta terima kasih kepada semua pegawai
dan kakitangan RISDA dan Espek Livestock Sdn Bhd yang terlibat dalam usaha
menghasilkan panduan ini.

Terima Kasih.

Dato’ Mohammad Izat Hasan


Ketua Pengarah RISDA.

i
I isi Kandungan

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan iv
2.0 Pemilihan Baka 1

2.1 Perolehan Lembu 1


2.2 Kriteria Pemilihan Fizikal 1
2.3 Kriteria Kesihatan 2

3.0 Pengurusan Terimaan Ternakan 7


3.1 Sebelum Terima Lembu 7
3.2 Semasa Terima Lembu 7
3.3 Semasa Dalam Tempoh Tanggungan 9

4.0 Pengurusan Ternakan 13

4.1 Kaedah Penternakan 13


4.2 Pengurusan Induk Jantan 14
4.3 Pengurusan Induk Betina 14
4.4 Pengurusan Anak 16
4.5 Pengurusan Lembu Dara Dan Jantan Jaras 16
4.6 Pengurusan Kesihatan 17

5.0 Pengurusan Pemakanan 21

5.1 Pengurusan Rumput 21


5.2 Silaj 25
5.3 Makanan Tambahan 26
5.4 Air 28
5.5 Zat Nutrient 30
5.6 Pengurusan Pastura 31

6.0 Infrastruktur 35

6.1 Lokasi 35
6.2 Topografi 36
6.3 Bekalan Air Dan Elektrik 36
6.4 Kandang Fidlot 37

ii
BIL. PERKARA MUKA SURAT

7.0 Pengurusan Pembiakan Dan Kelahiran 45

7.1 Kaedah Pembiakan 45


7.2 Pengurusan Lembu Bunting 46
7.3 Pengurusan Anak 47

8.0 Pengurusan Kesihatan Ternakan Lembu 49

8.1 Pengenalan 49
8.2 Sifat-sifat Ternakan Sihat 49
8.3 Sifat-sifat Ternakan Tidak Sihat 50
8.4 Penerimaan Lembu Baru 50
8.5 Aktiviti Kandang Di Kuarantin 53
8.6 Program Kesihatan Semasa Kuarantin 53
8.7 Program Kesihatan Semasa Di Ladang 54
8.8 Pemantauan Penyakit 58
8.9 Pengurusan Ubatan 58

9.0 PENGURUSAN AM 61

9.1 Kawasan Integrasi Dan Kandang Fidlot 61


9.2 Pengurusan Buruh 62
9.3 Pengurusan Ternakan 62
9.4 Pengurusan Kandang 63
9.5 Pengurusan Pemakanan 64
9.6 Pengurusan Rekod 65

10.0 Pengurusan Dan Pemasaran Produk 71

10.1 Anak Lembu Jantan 71


10.2 Anak Lembu Betina 72
10.3 Lembu Takai 72
10.4 Baja Organik Berasaskan Tinja Lembu 72

11.0 Petunjuk Prestasi Utama (PPU) 75


12.0 Penutup 76
13.0 Rujukan 77
14.0 Penyumbang Bagi Menjayakan Penerbitan Panduan 78

iii
1. 0 PENGENALAN

Panduan Penternakan Lembu Pedaging ini disediakan untuk membantu pekebun kecil
meningkatkan tahap pengurusan ternakan lembu yang dilaksanakan samada secara
integrasi atau fidlot.

Pada ketika ini, kebanyakan pekebun kecil melaksanakan aktiviti penternakan secara
integrasi dan sebahagiannya secara fidlot. Apa pun pendekatan yang digunakan,
pekebun kecil perlu mengikut amalan penternakan yang baik atau “ Good Animal
Husbandry Practices (GAHP)”. untuk menghasilkan ternakan yang sihat.

Panduan ini menyediakan maklumat mengenai penternakan, pembiakan, pembekalan


dan pemasaran lembu bagi pekebun kecil yang terlibat. Pekebun kecil digesa
menggunakan maklumat ini untuk menambahbaik teknik penternakan yang sedang
digunakan dan dijadikan sebagai panduan. Selain daripada itu pekebun kecil hendaklah
sentiasa mendapatkan khidmat nasihat dan tunjukajar daripada Pegawai Jabatan
Perkhidmatan Haiwan dan pihak lain yang berpengalaman.

Panduan ini juga diharap dapat digunakan oleh pegawai pengembangan RISDA sebagai
bahan rujukan untuk membantu pekebun kecil yang melaksanakan projek ternakan
lembu di kawasan jagaan masing-masing. Sebagai pegawai pengembangan usaha perlu
dilakukan supaya penternak lembu dikalangan pekebun kecil mengubah kaedah
menternak daripada tradisional kepada kaedah yang lebih sesuai dengan keadaan
sekarang.

iv
2.0 PEMILIHAN BAKA

Terdapat beberapa baka lembu yang berpotensi untuk diternak bagi tujuan pengeluaran daging.
Baka-baka tersebut ialah lembu Kacukan Brahman, Droughtmaster, Kacukan Kedah Kelantan
(KK), ‘Yellow Cattle’ dan Bali.
Aktiviti utama memilih baka lembu untuk diternak adalah merupakan aktiviti penting bagi
penternakan kerana hanya baka yang berkualiti akan menghasilkan anak lembu yang bermutu.

Bab ini memberi panduan bagaimana untuk memilih baka jantan dan betina yang baik
khususnya dari segi fizikal dan kesihatan. Pemilihan dibuat apabila terdapat urusan perolehan
baka lembu.

2.1 Perolehan Lembu

Baka lembu jantan dan betina yang ditetapkan boleh diperolehi daripada pembekal
melalui belian terus, sebutharga atau mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

2.2 Kriteria Pemilihan Fizikal

2.2.1 Pejantan

Perkara asas semasa pemilihan lembu pejantan contohnya Baka Brahman Tulen adalah:
i. Berumur purata 36 bulan;
ii. Berat badan tidak kurang purata 350 kilogram;
iii. Sihat dan disahkan bebas dari sebarang penyakit berjangkit;
iv. Mempunyai organ pembiakan dan berfungsi dengan baik untuk
pembiakan;
v. Berbagai warna dari kelabu muda atau merah sehingga ada yang hitam.
Bagaimanapun kebanyakan lembu berwarna kelabu cerah atau sederhana
kelabu. Lembu jantan selalunya gelap dari lembu betina biasanya mempunyai
tompok hitam di atas bahu atau bawah kaki;
vi. Mempunyai bonggol yang besar di bahagian atas bahu dan tengkuk;
“processes” bergulung yang terletak di bawah bonggol dan memanjang &
mempunyai tisu yang tegap yang menutupinya;
vii. Biasanya tanduk bengkok ke atas dan kadang-kadang ke belakang,
mempunyai telinga yang besar dan berjuntai, bahagian tengkuk mempunyai
kulit yang menggelambir, mengeluarkan minyak yang berbau busuk dan
boleh membantu menghalau serangga;

1
viii. Bahagian bahunya tegap menampakkan wujudnya otot yang kuat, dengan
bahagian dadanya yang melebar;
ix. Mempunyai dua buah zakar dengan saiz yang sederhana, terletak dengan
baik di dalam satu kandul. Kedudukan testis dan organ pembiakan dalam
45°;
x. Disertakan Sijil Pedigree dengan nombor tag dan tatoo di telinganya sama
sepertimana di dalam sijil bagi setiap ekor Pejantan, sebagai pengesahan
bahawa lembu Pejantan tersebut adalah baka tulen.

2.2.2 Induk Betina

Perkara asas semasa pemilihan lembu induk betina contohnya bagi lembu betina
Kacukan Brahman adalah;
i. Berumur 18 bulan ke atas dan tidak melebihi 36 bulan;
ii. Berat tidak kurang dari 250 kg;
iii. Sihat dan disahkan bebas dari sebarang penyakit berjangkit;
iv. Mempunyai organ pembiakan yang baik dan boleh berfungsi dengan baik
untuk pembiakan;
v. Mempunyai tetek (ambing susu) yang baik dengan empat puting susu yang
sempurna kedudukannya dan boleh berfungsi dengan baik;
vi. Warna bulu putih kelabu atau merah keperangan;
vii. Berat dalam lingkungan 250 kg pada umur 24 bulan.

2.3 Kriteria Kesihatan

Setiap lembu pembaka yang dibeli perlu mempunyai:


i. Tahap kesihatan yang baik dan disahkan bebas dari sebarang penyakit
berjangkit seperti FMD, Rinderpest, Camphylobacteriosis, Trichomoniasis,
Leptospirosis, Babesiosis dan Anaplasmosis, Enzootic Bovine Leukosis Bovine
Spongiform Encephalopathy (BSE), Haemorrhagic Septicaemia dan Brucellosis;
ii. Sijil perakuan kesihatan daripada pihak berkuasa yang mengesahkan tahap
kesihatan lembu perlu disertakan dengan menyenaraikan nombor
pengenalan lembu sama sepertimana yang dibekalkan;
iii. Mempunyai organ pembiakan yang baik dan boleh berfungsi dengan baik
untuk pembiakan;
iv. Setiap ekor lembu yang diterima mestilah berkeadaan fizikal yang baik,
tidak cacat, tempang, buta, atau yang seumpamanya yang boleh
menjejaskan potensi pembiakan lembu berkenaan.

2
Gambar 1 :
Baka Lembu Jantan Kacukan
Brahman Tulen

Gambar 2 : Baka Lembu Betina


Kacukan Brahman

Gambar 3 : Baka Pejantan Kacukan


“Yellow Cattle”

3
Gambar 4 : Baka Induk
Betina Yellow Cattle

Gambar 5: Baka
Kedah Kelantan

Gambar 6 : Baka Pejantan


Kedah Kelantan

4
Gambar 7 : Baka Lembu Pejantan Bali

Gambar 8 : Baka Lembu Induk Bali

5
SENARAI SEMAK

1. Tindakan Pemilihan Baka Lembu Jantan contohnya Brahman Tulen

BIL. PERKARA STATUS

1. Body score 4 ke atas

2. Warna kepala/muka coklat

3. Ada Tanduk

4. Organ pembiakan sempurna

5. No. Pengenalan sama dalam Sijil Kesihatan

6. Kelakuan aktif

7. Gigi kekal 2 - 3 pasang

8. Periksa kesihatan (mata, kaki, badan, darah dan penyakit)

2. Tindakan Pemilihan Baka Lembu Betina contohnya Kacukan Brahman

BIL. PERKARA STATUS

1. Body score lebih 4-8

2. Warna kepala/muka coklat

3. Tanduk hala ke belakang

4. Organ pembiakan sempurna (tidak kasi)

5. No. Pengenalan sama dalam Sijil Kesihatan

6. Kelakuan aktif

7. Gigi kekal 1 - 2 pasang

8. Ambing susu sempurna dengan 4 puting (jelas)

9. Status kesihatan (mata, kaki, badan, darah dan penyakit)

6
3.0 PENGURUSAN TERIMAAN TERNAKAN

Setelah pemilihan lembu dilakukan, pembekal akan membuat penghantaran ke lokasi lembu
berkenaan akan diternak. Proses penghantaran akan mengambil masa dan pastinya, lembu-
lembu yang terlibat akan mengalami stress.

Oleh itu, adalah penting bagi penternak untuk membuat persiapan awal sebelum dan semasa
terimaan lembu. Tindakan yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:

3.1 Sebelum Terimaan Lembu

Sebelum ketibaan lembu, langkah berikut hendaklah diambil :


a. Pastikan kandang yang bakal digunakan untuk menerima lembu tersebut telah
siap sedia dan berkeadaan baik serta bersih untuk digunakan;
b. Bekas makanan dan minuman ada dan mencukupi mengikut bilangan lembu yang
bakal tiba;
c. Kandang dan segala peralatannya dibersihkan menggunakan disinfektan satu
minggu sebelum ketibaan;
d. Peralatan seperti alat timbangan, penanda (marker), buku catatan dan seumpamanya
perlulah disediakan;
e. Vitamin anti-stress juga perlu disediakan untuk tempoh lima hari,
f. Makanan seperti rumput, PKC ( Palm Kennel Cake ) dan garam jilat perlu disedia
dan diberikan sebaik sahaja lembu tiba;
g. Pekerja-pekerja berkenaan dimaklumkan akan jadual ketibaan lembu dan lantik
seorang pekerja khas untuk memantau kemajuan lembu-lembu tersebut sepanjang
masa selama tempoh 14 hari.

3.2 Semasa Terimaan Lembu

Sebaik sahaja lembu tiba, tindakan berikut perlu diambil :


a. Pastikan Nombor Pendaftaran lori adalah sama dengan maklumat asal dari pihak
pembekal;

7
b. Semak Nota Hantaran pembekal bagi memastikan bilangan dan jenis lembu yang
dihantar;
c. Timbang lori semasa sampai dan selepas lembu diturunkan;
d. Turunkan lembu dari lori ke dalam kandang yang ditetapkan;
e. Kira dan pastikan jumlah lembu yang diturunkan cukup sepertimana dalam Nota
Hantaran;
f. Asingkan lembu yang lemah kedalam petak berasingan;
g. Jika mati, dapatkan butiran ternakan dan buat postmortem;
h. Semasa proses menurunkan lembu dari lori, semak tanda pengenalan lembu dan
rekodkan untuk dibuat semakan dengan daftar oleh pembekal;
i. Periksa setiap ekor lembu yang diterima, bagi mengesahkan jantina, baka, nombor
pengenalan serta berat mengikut sepertimana syarat dan spesefikasi kontrak;
j. Untuk lima hari pertama, campurkan vitamin anti-stress ke dalam minuman lembu
setiap kali menukar air;
k. Berikan rumput basah pada kadar 30 hingga 36 kilogram seekor sehari untuk jantan
dan 24 kg sehari untuk betina;
l. Lembu yang berat badannya anggaran 200 kg, 5 hingga 8 kg PKC perlu diberikan
secara tambahan;
m. Jika lembu diberikan PKC sebagai makanan tambahan, 8 hingga 9 kg diperlukan
apabila lembu mencapai berat badan antara 350 hingga 400 kg.

8
Tag

Gambar 9 : Lembu di Tag sebagai tanda pengenalan untuk perekodan

3.3 Semasa Dalam Tempoh Tanggungan

Tertakluk kepada syarat kontrak, pembekal akan bertanggungjawab terhadap lembu


yang dibekalkan untuk satu tempoh tertentu. Biasanya tempoh tanggungan adalah
selama 14 hari daripada tarikh terimaan lembu di ladang. Sepanjang tempoh tanggungan
tersebut, tindakan berikut hendaklah diambil :

a. Kemaskini laporan harian tentang kesihatan lembu;


b. Jika berlaku kematian, rakamkan gambar, lakukan bedah siasat di ladang atau
di makmal JPH dan hantar sampel organ dan sebagainya yang diperlukan untuk
pengesanan punca kematian;
c. Di akhir tempoh tanggungan, buat satu laporan khas mengenai prestasi lembu
yang dibekalkan dan hantarkan kepada pembekal untuk tuntutan.

9
Gambar 10 : Kapal Pengangkut Ternakan

Gambar 11 : Suasana Dalam Kapal

10
Gambar 12 : Lembu dipandu masuk ke Ramp

Gambar 13 : Ternakan dihantar ke ladang oleh pembekal dengan menggunakan lori.

11
SENARAI SEMAK

1. Tindakan Sebelum Terima Lembu

BIL. PERKARA STATUS

1. Bersihkan kandang & peralatan

2. Disinfektan kandang & peralatan (1 minggu sebelum tiba).

3. Sediakan vitamin antistress

4. Sedia makanan dan minuman secukupnya

5. Jadual ketibaan dimaklumkan kepada pekerja.

2. Tindakan Semasa Terimaan Lembu

BIL. PERKARA STATUS

1. Semak tag dan nota hantaran

2. Asingkan lembu baru

3. Beri vitamin antistress

4. Beri makanan dan minuman secukupnya

5. Bertugas mengikut jadual

3. Tindakan Selepas Terimaan Lembu

BIL. PERKARA STATUS

1. Kemaskini laporan setiap hari

2. Rakam gambar dan buat post mortem (JPH) jika


berlaku kematian.

3. Akhir tempoh tanggungan 14 hari buat laporan khas


dan hantar kepada pembekal.

12
4.0 PENGURUSAN TERNAKAN

Pekebun Kecil boleh memilih beberapa kaedah untuk menternak lembu. Kaedah fidlot sesuai
sekiranya pekebun kecil mempunyai tanah yang terhad, manakala kaedah integrasi di bawah
sawit sekiranya ladang mempunyai rumput dan keluasan yang mencukupi. Apa pun kaedah
yang dipilih, penternak perlu menguruskan ternakannya dengan baik bagi mendapat hasil
pulangan yang diharapkan.

4.1 Kaedah Penternakan

a. Sistem Penternakan Fidlot

i. Memerlukan kandang yang sempurna, kerana lembu perlu diberi makan dan
minum setiap hari - konsentrat, rumput dan garam jilat. Seekor lembu
memerlukan 30 kaki persegi ruang lantai untuk penggemukan;

ii. Kebiasaannya diamalkan oleh penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut
atau untuk ibu lembu yang akan dan selepas beranak. Bagi lembu jantan baka,
kemungkinan terdedah kepada jangkitan penyakit adalah tinggi;

iii.Kandang hendaklah sentiasa bersih dan kering. Selain daripada itu, lembu
senang diawasi untuk tujuan rawatan dan pengesanan penyakit.

Gambar 14 :
Penternakan Secara
Fidlot

13
b. Sistem Penternakan Semi Fidlot.

i. Lembu dilepaskan pada siang hari dan dikurung di dalam kandang pada
waktu malam;
ii. Faedah perlindungan pada malam hari dan dari cuaca yang buruk, ianya
juga memberi kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih
baik;
iii. Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak lembu untuk bersenam dan
mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya;
iv. Pemeriksaan terhadap penyakit boleh dijalankan apabila lembu ini masuk
ke kandang pada petang hari;

4.2 Pengurusan Induk Jantan

a. Setiap baka jantan yang diterima akan diperiksa melalui dua (2) teknik iaitu :

i. Teknik pengamatan warna, kulit dan bulu, saiz, bentuk kepala, dada, leher
dan bahu, rangka, badan, buah zakar dan zakar, mata dan kaki;
ii. Teknik penilaian body score (gred).

b. Ciri-ciri Baka Brahman Tulen (jantan)

i. Mempunyai saiz badan yang besar dengan berat badan jantan adalah tidak
kurang dari 350 kg;
ii. Warna bulu putih kelabu atau merah dengan bonggol di bahagian belakang;
iii. Telinga tirus ke hadapan dan bertanduk;
iv. Pastikan ternakan bebas daripada penyakit berjangkit seperti FMD, Rinderpest,
Camphylobacteriosis, Trichomoniasis, Leptospirosis, Babesiosis dan Anaplasmosis,
Enzootic Bovine Leukosis Bovine Spongiform Encephalopathy (BSE), Haemorrhagic
Septicaemia dan Brucellosis dengan membuat pemeriksaan dan pemerhatian
setiap hari.
4.3 Pengurusan Induk Betina

a. Mengenalpasti lembu betina yang subur dan mempunyai tanda berahi seperti
berikut :
i. Tidak tenang (gelisah) dan mengasingkan diri;

ii. Mengibas-ngibas ekor dan menggosok-gosok badan ke kandang;

14
Gambar 15 : Lembu betina diternak untuk pembiakan pengeluaran
baka oleh pekebun kecil

iii.Mengemboh terus menerus;


iv. Sering kencing;
v. Kemaluan membengkak / keluar lendir kemerahan dan mengeluarkan susu
warna kekuningan sekiranya diperah;
vi. Lama masa berahi antara 12 hingga 48 jam dengan siklus (edaran) berahi
antara 18 hingga 24 hari;
vii. Boleh mula dibiakkan pada umur seawal lapan belas (18) bulan;
viii. Tempoh bunting adalah 9 bulan (283 hari);
ix. Pastikan setiap induk betina mempunyai rekod individu dan nombor tag
pengenalan sendiri;
x. Keadaan fizikal induk betina mestilah mempunyai organ pembiakan yang
sempurna dan berpotensi untuk membiak serta tidak mempunyai sebarang
kecacatan luaran;
b. Induk Betina dibiarkan bersama pejantan sepanjang tahun dengan nisbah jantan
betina sebanyak 1:20 bagi lembu dipelihara secara integrasi.

c. Induk Betina mula membiak adalah pada umur lapan belas (18) bulan atau pada
berat minima 250 kg.
d. Pembiakan semula boleh dilakukan setelah dua (2) bulan melahirkan anak.

e. Sebelum ia beranak perlu diasingkan dan dialas dengan rumput kering atau bahan
yang boleh menyerap air.

15
4.4 Pengurusan Anak

a. Pastikan anak mendapat susu awal daripada ibunya (Kolostrum) dalam masa 4 jam
pertama selepas kelahiran.
b. Sapukan antiseptik (iodine) pada tali pusat anak yang baru dilahirkan.
c. Menyediakan (stand-by) susu tepung (cow milk replacer) untuk diberikan kepada
anak lembu sekiranya perlu.
d. Anak disuntik Fe (iron dextron 5ml) dan diberi nombor tag pengenalan dan direkod.
e. Anak akan diperkenalkan ‘Creep Feeder’ 20 gm selepas dua minggu dilahirkan.

f. Anak lembu disapukan dengan ‘dehorning paste’ pada pusaran tanduk yang sebelum
itu perlu dikikis sedikit untuk membantutkan pertumbuhan tanduk jika perlu.
g. Timbang setiap anak yang dilahirkan setiap 6 bulan.
h. Asingkan kumpulan anak jantan yang berumur tiga bulan seperti berikut :

i. Asingkan kumpulan anak betina yang berumur tiga bulan yang terpilih untuk
anak betina dan jantan yang berumur tiga bulan yang terpilih untuk
dijadikan induk pembiakan dan dijual kepada pekebun kecil;
ii. Asingkan kumpulan anak jantan dan betina yang tidak ada potensi untuk
dijadikan baka dan induk;
iii. Biak ternakan daripada baka pejantan dan induk betina yang terpilih dan
terbaik untuk menjaga kualiti baka ternakan dan boleh dijual pada harga
yang paling tinggi;

i. Singkirkan anak anak yang cacat atau anak lembu yang sakit.

4.5 Pengurusan Lembu Dara dan Jantan Jaras.

a. Lembu betina yang sesuai dipilih untuk dijadikan pengganti apabila berumur 18
bulan bagi ternakan integrasi. Kriteria pemilihan boleh dirujuk kepada kepakaran
Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
b. Lembu jantan muda dipilih untuk menggantikan lembu baka dan diasingkan.
c. Baki lembu jantan muda dan lembu betina muda diasingkan untuk dipelihara
sebagai lembu fidlot atau “greenlotting”.
d. Lembu yang hendak dijual sebagai akikah dimasukkan ke dalam kandang 1 hingga
2 bulan dan digemukkan.
e. Lembu dara dan jantan jaras diuruskan dengan baik untuk tujuan pembiakan.
f. Pastikan lembu jantan jaras tidak menceroboh ke kawasan lembu dewasa untuk
mengelakkan “ In-breeding”.

16
4.6 Pengurusan Kesihatan

Pengurusan kesihatan gerompok merangkumi segala aktiviti pencegahan penyakit


berjangkit yang boleh mengurangkan produktiviti ternakan;

a. Patuhi dan laksanakan segala aktiviti pencegahan penyakit yang termaktub di


dalam protokol kesihatan gerompok.
b. Ternakan yang sakit hendaklah diasingkan segera dan rawat secara berasingan.
c. Program pemberian ubatan berdasarkan kepada keperluan dan keadaan tertentu.
d. Lembu yang mati mesti dilaporkan kepada pihak berkuasa veterinar terdekat dan
dibedah siasat dengan sempurna dan bangkai mesti dilupuskan dengan
menanamnya sekurang-kurangnya 7 kaki dalam.
e. Sebarang kejadian penyakit mesti dilaporkan kepada pejabat Perkhidmatan Haiwan
dalam tempoh 24 jam daripada tanda-tanda penyakit dikesan.

Gambar 16 : Kaedah penternakan lembu secara sistem


Intensif (Fidlot).

17
Gambar 17 : Kaedah penternakan
lembu secara sistem Integrasi
dalam tanaman getah.

Gambar 18 :
Kaedah penternakan lembu
secara sistem semi-intensif
penternak Negeri Johor.

Gambar 19 : Kaedah penternakan


lembu secara sistem integriti
dalam sawit.

18
Gambar 20 : Proses pengawanan
secara semulajadi (nature).

Gambar 21 :
Kaedah pengambilan sampel
air mani daripada Lembu
Jantan (Bull) bagi tujuan permanian
beradas.

Gambar 22 : Pengurusan anak


selepas pengasingan

19
SENARAI SEMAK

1. Tindakan Pengurusan Anak

BIL. PERKARA STATUS

1. Beri susu kolostrum dlm masa 4


jam pertama selepas kelahiran.

2. Sapu iodine pada tali pusat.

3 Beri no. tag.

4. Bantutkan tanduk jika perlu.

5. Asingkan lembu untuk baka dan penggemukan


selepas dicerai susu (weaning) 6-8 bulan.

2. Tindakan Pengurusan Baka Pejantan

BIL. PERKARA STATUS

1. Pastikan lembu jantan bebas dari penyakit.

2. Mendapat makanan yang mencukupi.

3 Organ Pembiakan berkeadaan baik.

4. Rajin Mengawan.

5. Subur

3. Tindakan Pengurusan Baka Betina

BIL. PERKARA STATUS

1. Pastikan lembu jantan bebas dari penyakit.

2. Mendapat makanan yang mencukupi.

3 Organ Pembiakan berkeadaan baik.

4. Berkeadaan subur

5. Pembiakan dilakukan 2 bulan selepas beranak

20
5.0 PENGURUSAN PEMAKANAN

Pengusaha ternakan hendaklah mengetahui dan memahami prinsip asas pemakanan sebelum
memberi makanan kepada ternakan. Ternakan perlu mendapat makanan yang secukupnya
dan seimbang bagi keperluan hariannya. Sehubungan dengan itu, penternak perlu tahu apakah
jenis dan berapa banyak makanan yang diperlukan oleh ternakan bagi mendapatkan
produktiviti yang tinggi.

5.1 Pengurusan Rumput

5.1.1 Pengurusan Rumput bagi Kaedah Ternakan Integrasi

Bagi kaedah ternakan secara integrasi di bawah sawit, keluasan kawasan ragutan
ternakan adalah faktor kritikal yang perlu diberikan perhatian yang serius sebelum
usaha-usaha pemeliharaan ternakan dimulakan. Oleh itu perkara-perkara berikut
amatlah penting bagi memastikan ternakan tidak bermasalah:-

a. Sebelum ternakan dibawa masuk atau dibiarkan meragut di kawasan-kawasan


ladang, pihak ladang hendaklah dapat mengenalpasti kawasan blok ladang yang
sesuai dari segi topografi;
b. Kawasan ladang hendaklah mempunyai sumber rumpai yang banyak, punca air
semulajadi dan kemudahan untuk membuat tempat kandang dan “cattleyard”;

Gambar 23 :
Sumber Rumpai Di dalam
Ladang Sawit

21
c. Tentukan keupayaan ternakan atau ‘stocking rate berdasarkan kepada sumber rumpai
sedia ada, iaitu pokok kelapa sawit > 6 tahun, kadar muatan 1 ekor: 2 hektar;
d. Aktiviti ladang seperti meracun dan membaja hendaklah diselaraskan dengan ragutan
giliran ternakan. Langkah ini akan dapat membantu menjimatkan kos merumpai
di ladang;
e. Kawasan ragutan ternakan hendaklah diawasi sebaik mungkin bagi mengelakkan
‘overgrazing;
f. Sebagai panduan keadaan rumpai sekurang-kurangnya pada paras ketinggian 6 inci
atau mempunyai dua kelopak daun;
g. Rumpai liar seperti clidemia hirta atau hyediotis sp hendaklah dihapuskan secara
mekanikal atau meracun.;
h. Pusingan ragutan secara giliran hendaklah pada setiap 2 3 bulan sekali bagi
membolehkan rumpai tumbuh semula;
i. Kandungan zat nutrien rumpai pada tahap tertinggi iaitu 12% pada umur kurang
dari 3 bulan dan selepas itu kandungan fiber/serat melebihi zat protein dan
menjejaskan palatability;
j. Pengawalan ternakan hendaklah menggunakan sistem pagar letrik mudah alih yang
ternyata berkesan dan dapat mengatasi lembu-lembu yang terbiar;

Gambar 24: Ternakan Lembu secara Integrasi

22
k. Ternakan baru perlu mengalami tempoh penyerasian (conditioning) selama beberapa
hari sebelum dilepaskan kekumpulan yang sedia ada;
l. Ternakan yang degil dan sukar dikawal selepas tempoh penyesuaian, hendaklah
disingkirkan;
m. Di dalam padok ragutan pastikan terdapat sumber-sumber air minuman semulajadi
dan sekiranya tiada, air akan dibekalkan;
n. Garam jilat perlu disediakan bagi mendapatkan prestasi berat badan yang tinggi;
o. Pastikan keadaan badan setiap ekor ternakan sentiasa baik dan memuaskan.

5.1.2 Pengurusan Rumput Bagi Kaedah Ternakan Fidlot

Pelbagai jenis rumput yang terdapat di negara ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan
makanan lembu, walau bagaimanapun pemilihan jenis rumput yang sesuai terutamanya
dari segi mudah mendapat sumber benih, mudah dijaga dan memberikan hasil yang
tinggi akan memastikan bekalan rumput yang mencukupi sepanjang waktu.

Gambar 25 : Penternak Negeri Pulau Pinang sedang memotong


rumput untuk ternakan.

23
Penjimatan rumput menjadi lebih kritikal sekiranya lembu diternak secara fidlot kerana
rumput terpaksa dituai dan diangkut setiap hari ke kandang.

a. Keperluan Rumput

i. Lembu memerlukan bahan kering di antara 3 peratus daripada berat badan.


Dianggarkan seekor lembu betina memerlukan di antara 24 kg rumput segar
sehari manakala lembu jantan perlu makan rumput segar di antara 30 36 kg.
Sehari;
ii. Rumput yang telah dituai dibawa ke setor memproses rumput menggunakan
lori atau traktor;
iii. Bagi setiap 100 ekor lembu dianggarkan 2,400 kg rumput segar diperlukan
sehari dan diberi makan sebanyak dua kali sehari;
iv. Di setor memproses, rumput tadi diracik menggunakan mesin meracik sama
ada menggunakan kuasa elektrik atau enjin diesel;
v. Rumput yang siap diracik dimasukkan ke dalam karung dalam anggaran 15
20 kg. setiap satu;
vi. Karung-karung berisi rumput yang diracik kemudiannya dibawa ke kandang
lembu;
vii. Bilangan karung bergantung kepada bilangan lembu yang ada di sesuatu
kandang;
viii. Aktiviti memproses dan memberi makan dilakukan dua kali sehari iaitu di
sebelah pagi dan petang;

Gambar 26 : Rumput yang


diracik diberi makan
kepada lembu

24
ix. Contoh pengiraan keperluan rumput Napier basah sehari bagi seekor ternakan
lembu;

b. Pengiraan Keperluan Rumput

Seekor ternakan lembu memerlukan 2% sehingga 3% bahan makanan kering


sehari mengikut umur ternakan lembu.

Membesar : 3.5% - 5%
Dewasa : 2% - 3%
Menyusu : 3% - 7%

ii. Kandungan bahan kering dalam tanaman rumput Napier adalah 20% hingga
25%;

Keperluan % Rumput
Purata berat BK Sehari 3% BK dalam diperlukan
dari berat badan rumput Napier (kg/ekor/hari)

100 kg 3 kg/hari 20% 15 kg

200 kg 6 kg/hari 20% 30 kg

300 kg 9 kg/hari 20% 45 kg

Nota* BK : Berat Kering Rumput Napier.

c. Penyelenggaraan

i. Makanan rumput dan pelet perlulah diberikan dengan nisbah 80:20 peratus.
ii. Rumput Napier perlu dipotong mengikut pusingan setiap 21 hari sekali

5.2 Silaj

Pada masa tertentu dimana terdapat lebihan bekalan rumput segar, ianya bolehlah
diproses menjadi silaj. Silaj yang diproses dengan baik, mampu disimpan sehingga
sekurang-kurangnya 24 bulan. Bagi menambah kandungan nutrien di dalam silaj, ianya
bolehlah dicampurkan dengan bahan-bahan lain semasa membuatnya seperti molases,
hampas, kacang soya dan lain-lain vitamin.

25
5.3 Makanan Tambahan

Memandangkan kandungan nutrien di dalam rumput dan dedaun adalah sekitar 9


hingga 11 peratus sahaja berbanding keperluan oleh lembu sebanyak 15 peratus, maka
makanan tambahan perlu untuk membekalkan tambahan nutrien sepertimana yang
diperlukan.

Makanan tambahan ini penting terutamanya semasa lembu sedang bunting, sedang
menyusu dan semasa cerai susu dimana tekanan akibat penceraian susu dan
penyesuaian makanan mungkin berlaku,

Pada kebiasaannya lembu yang kurus diberi antara 2 kg hingga 3 kg makanan


tambahan konsentrat seekor sehari dan ditambah 4 kg hingga 5 kg lagi semasa bunting
dan ketika menyusukan anak. Manakala anak lembu pula boleh mula diberikan
seawal umur 3 bulan secara beransur-ansur bermula dengan 500 gm seekor sehari
sehingga mencapai 1.5 kg sehari mengikut berat badan,

5.3.1 Makanan Konsentrat (Pellet)

a. Terdapat berbagai jenis makanan konsentrat (pellet) ‘beef pellet atau Palm Kernel
cake dipasaran dalam pelbagai jenama, bentuk dan kandungan nutrien
seperti ‘OPF beef pellet;
b. Pemilihan makanan konsentrat yang tepat mampu memberikan bekalan
nutrien yang diperlukan oleh lembu;
c. Makanan konsentrat yang baik selain mengandungi kandungan nutrien yang
tinggi, ianya juga perlu dipastikan diperbuat daripada bahan-bahan asas
yang mudah larut, mudah hadam dan tidak memberi kesan negatif kepada
lembu.

5.3.2 Lain-lain makanan tambahan


a. Garam Galian Jilat
Garam galian jilat yang dibeli atau dibuat sendiri bolehlah digantung atau
diletakkan di dalam bekas khas di dalam kandang. Ini hendaklah sentiasa
disediakan supaya lembu boleh mendapatkannya pada bila-bila masa sahaja.
Keperluan harian di antara 30 gm hingga 90 gm sekilo berat hidup sehari;

26
Gambar 27 : Makanan
Tambahan Berbentuk Pelet

Gambar 28 : Penyediaan Garam Jilat


Sebelum dibungkus

Gambar 29 : Pemberian Garam Jilat

27
b. Hampas Kacang Soya
Sebagai sumber protin yang tinggi, hampas kacang soya dari industri
tauhu dan minuman soya juga boleh digunakan;

c. Jagung
Jagung samada biji atau hancur juga boleh diberikan sebagai makanan
tambahan lembu. Selain protin, jagung juga mengandungi sumber
karbohiderat dan serat sebagai makanan tambahan kepada lembu.

5.3.3 Penyimpanan Makanan Tambahan

a. Setiap jenis makanan tambahan yang dibeli atau diproses sendiri mestilah
disimpan dengan baik di tempat yang selamat dan tertutup iaitu didalam
setor khas;

b. Setor makanan tambahan perlu sentiasa kering dan tidak dimasuki musuh
seperti tikus, burung dan seumpamanya;

c. Bahan makanan yang disimpan janganlah terlalu lama sehingga melewati


jangkamasa tertentu seperti berikut:-

i. Makanan Konsentrat - 30 hari


ii. Garam Galian Jilat - 60 hari
iii. Hampas kacang Soya - 24 jam atau 48 jam didalam Peti sejuk.
iv. Jagung - 30 hari
5.4 Air

Air merupakan satu unsur yang penting di dalam penternakan lembu. Oleh itu sumber
air mestilah berkualiti tinggi dan sentiasa ada setiap masa serta tidak berlaku pembaziran
atau tumpahan yang boleh menyebabkan lantai menjadi basah dan lembap.

Air yang bersih perlu disediakan di sepanjang masa. Bekas air yang digunakan mestilah
berkeadaan bersih dan ditukar airnya setiap hari.

Pada kebiasaannya, lembu memerlukan air sebanyak 21 hingga 30 liter seekor sehari.
Walau bagaimanapun faktor cuaca dan pengambilan bahan kering, jenis makanan, suhu
air dan keadaan fisiologi lembu sendiri akan mempengaruhi pengambilan air oleh lembu.
Diringkaskan nisbah bahan kering dan air ialah 1:4.

28
Gambar 30 : Penyediaan
Air Bersih Di Ladang

Gambar 31 :
Penyediaan Air
Bersih Di Ladang

Gambar 32 : Penyediaan Air Bersih


Di Padok

29
5.5 Zat dan Nutrient
Secara umumnya zat nutrien yang diperlukan oleh lembu adalah seperti berikut:-

ZAT KANDUNGAN FUNGSI

Bahan Kering 90.4% Memberi


tenaga,nutrien dan
vitamin yang cukup

Protien kasar 18.0% Tumbesaran bina sel dan daging

Lemak kasar 3.3% Memberi tenaga

Gentian kasar 8.1% Memberi tenaga

Abu 5.4% Memberi tenaga

Kalsium 0.05% Tulang dan gigi

Fosforus 0.43% Tulang dan gigi

Tenaga Metabolisma 12.12 mj/kg Memberi tenaga

Garam Selera makan dan


cecair badan

Vitamin ADEK Meningkatkan tahap


kesihatan ternakan

Masa yang paling sesuai untuk diberi makan adalah di waktu siang, sebaik-baiknya lebihkan
makanan pada sebelah pagi (3/4 dari keperluan harian) dalam jam 9.00 pagi dan selebihnya di
sebelah petang sebelum pukul 5.00 petang.

30
5.6 Pengurusan Pastura

5.6.1 Penyediaan Tanah

a. Tanah terlebih dahulu hendaklah dibersihkan dari segala sebarang penyakit;


b. Tumbuhan, batang-batang pokok, tunggul-tunggul kayu dan sebagainya
perlu dibersihkan;
c. Perparitan perlu dibuat sekiranya kawasan berair;
d. Tiga peringkat penyediaan tanah;
Membajak;
Menyikat/memecah;
Memutar;

e. Kerja-kerja ini sebaiknya dibuat di awal musim kering dan setiap peringkat
mesti dilakukan dengan sempurna untuk mendapatkan struktur tanah yang
sesuai disamping memperbaiki daya pegangan air semasa perkembangan
akar dan pertumbuhan rumput.

Gambar 33 : Kerja Penyediaan Tanah Sedang Dilakukan

31
5.6.2 Menanam Pastura.

Terdapat dua cara menanam:

a. Penanaman menggunakan biji benih;


Biji benih boleh ditabur dengan tangan atau menggunakan mesin seperti
‘seedavator’;
Kadar benih secara umumnya adalah antara 3 - 6 kg. sehektar.

b. Penanaman secara tampang


Menggunakan keratan batang, stolon atau anak;
Dilakukan ke atas pastura yang tidak berbunga atau berbunga tetapi tidak
boleh bercambah seperti Napier;
Keratan boleh ditanam mengikut barisan sama ada secara cucuk atau
baring, sekurang-kurangnya 5,800 keratan sepanjang 3 kaki diperlukan
bagi setiap ekar kawasan;
Keratan juga boleh ditabur dan diputar ke dalam tanah dengan
melakukan ‘rotovator;

Gambar 34 : Penuaian Rumput Napier

32
5.6.3 Pembajaan Rumput

a. Kapur hanya perlu ditabur apabila kemasaman (pH) tanah rendah;


b. Nilai pH tanah yang dikehendaki adalah di antara 5.0 hingga 7.0;
c. Kadar penggunaan bergantung kepada nilai pH tanah yang dianalisis, 2 – 3
tan kapur sehektar akan dapat menaikkan nilai pH sebanyak 0.5;
d. Mengapur dibuat sebaik sahaja tanah siap disediakan atau 2 minggu sebelum
menanam;
e. Jika kawasan berkenaan adalah tanah baru dibuka, hanya baja fosfat perlu
ditambah untuk menggalakkan pertumbuhan akar;
f. Baja TSP dengan kadar 250 kg sehektar adalah mencukupi;
g. Kadar pembajaan pengurusan secara am yang disyorkan adalah :
UREA (N) : 435 – 652 kg/ha/th
TSP (P) : 199 – 248 kg/ha/th
MOP (K) : 200 – 300 kg/ha/th
h. Masa yang sesuai untuk membaja adalah selepas rumput dipotong dan
selepas hujan;
i. Penggunaan semula najis ternakan dan air basuhan kandang adalah baik
dan sangat digalakkan.

5.6.4 Penyenggaraan

a. Rumpai yang tidak dikehendaki hendaklah dimusnahkan sama ada secara


manual atau menggunakan racun kimia jenis sentuh;
b. Penggunaan racun kimia perlu dilakukan selepas rumput dituai atau
sekurang-kurangnya 14 hari sebelum dituai;
c. Penyiraman menggunakan sprinkler perlu dilakukan terutamanya pada
musim kemarau bagi memastikan pertumbuhan rumput napier yang baik
dan subur sepanjang masa;
d. Sekurang-kurangnya sebuah kolam takungan air perlu dibina bagi tujuan
penyiraman tersebut dan dibina pada kedudukan yang strategik.

33
SENARAI SEMAK

1. Pemberian Makanan Rumput/Silaj - Fidlot

BIL. PERKARA STATUS

1. Berat kering 3 % dari berat badan sehari


@ 30-36 kg rumput segar.

2. Lembu diberi makan 2 kali sehari

3 Nisbah Rumput : Pellet ialah 80:20

4. Rumput yang dipotong berumur 21 hari sepusingan

5. Silaj digunakan sebagai rumput alternatif


semasa musim hujan.

2. Pemberian Makanan Pellet / Garam Jilat / Makanan Tambahan- Fidlot

BIL. PERKARA STATUS

1. Pastikan pellet jenis yang mudah larut,


mudah hadam dan tidak memberikan kesan
negatif kepada lembu.

2. Pastikan kenaikan berat badan harian seperti Indek Presatsi.

3 Berikan garam jilat 30 – 90 gm sehari.

4. Makanan tambahan sebanyak 2 hingga 3 kg


sehari perlu diberikan untuk mendapatkan nutrien
sehingga 15 % keperluan lembu.

3. Pemberian Air Bersih Fidlot dan Ladang

BIL. PERKARA STATUS

1. Pastikan air bersih sentiasa ada pada setiap masa

2. Keperluan air seekor lembu ialah 21 – 30 liter sehari

3 Air perlu ditukar setiap hari dan bekas perlu dibersihkan.

4. Tangki air perlu disediakan untuk lembu Integrasi di ladang.

34
6.0 INFRASTRUKTUR

6.1 Lokasi

6.1.1 Ternakan Secara Fidlot

Pemilihan tapak projek fidlot perlu mengambil kira beberapa faktor seperti topografi,
jenis tanah, kemudahan bekalan air dan elektrik, kesediaan sumber makanan ternakan,
sumber bekalan ternakan, sistem pengangkutan, pasaran dan pembuangan najis.

Seeloknya lokasi ladang fidlot terletak 1–2 km radius daripada kawasan perumahan
dan perindustrian. Tidak terlalu hampir dengan sungai atau sistem tali air bagi
mengelakkan limpahan apabila berlaku banjir atau hujan lebat. Sekeliling kawasan
ladang fidlot perlu dipagar (pagar perimeter) dan disulami dengan pokok-pokok
tanaman. Elakkan kawasan yang rendah dan mudah tenggelam apabila banjir berlaku.
Pastikan jalan keluar masuk ke kawasan ladang fidlot boleh dilalui sepanjang musim
serta dapat menampung kenderaan (lori) sehingga seberat 16 ton.

6.1.2 Ternakan Secara Integrasi.

Pemilihan lembu untuk menjalankan ternakan secara integrasi seelok eloknya


mempunyai rumput dan sumber bekalan air bersih yang mencukupi. Kebun juga
hendaklah berdekatan dengan penternak bagi mengelakkan kecurian. Lokasi ternakan
juga elok dipagar supaya ternakan tidak menceroboh kawasan kebun orang lain.

Gambar 35 : Tapak
projek lembu fidlot
perlu di kawasan yang
strategik dari aspek
topografi, persekitaran
dan kemudahan
prasarana

35
6.2 Topografi

Pemukaan tanah bagi projek fidlot perlulah rata dan mempunyai pengaliran yang baik. Bagi
kawasan yang kerap hujan, penempatan projek fidlot di kawasan berbukit lebih baik kerana
ini membolehkan pengaliran air yang baik disamping mengurangkan masalah tanah
berbecak. Bagaimanapun, pemilihan tapak projek fidlot di kawasan yang rata dapat
mengurangkan kos pembinaan jalan, pagar dan kemudahan-kemudahan lain dibandingkan
dengan kawasan berbukit. Bagi projek integrasi ternakan lembu memerlukan kawasan yang
rata bagi menghasilkan lembu yang baik.

6.3 Bekalan Air Dan Elektrik

Kemudahan sumber bekalan air perlu difikirkan semasa memilih tapak untuk projek fidlot.
Lembu yang mempunyai berat badan antara 200 - 400 kg memerlukan air minuman sebanyak
25 - 40 liter sehari. Penternak yang memelihara 100 ekor akan memerlukan sebanyak 2500 –
5000 liter air minuman sehari. Air diperlukan juga untuk mencuci kandang dan peralatan
fidlot. Perigi atau parit pengairan merupakan sumber air semula jadi yang sesuai selain bekalan
air daripada Jabatan Bekalan Air. Bagi projek yang besar atau projek yang berpotensi untuk
berkembang pada masa hadapan, sumber tenaga daripada bekalan elektrik diperlukan untuk
menjalankan kilang makanan. Bekalan elektrik juga diperlukan untuk menjalankan mesin-
mesin dan peralatan tertentu bagi projek fidlot secara mekanikal.

Gambar 36 :
Bekalan Letrik

36
6.4 Kandang Fidlot

Penentuan reka bentuk kandang fidlot yang betul dan sesuai adalah penting untuk penempatan
ternakan fidlot dalam persekitaran yang selesa, menentukan kos pemakanan dan pengurusan
yang menguntungkan. Reka bentuk kandang dipengaruhi oleh iklim, bilangan ternakan serta
rancangan perkembangan fidlot pada masa hadapan. Oleh kerana negara ini beriklim panas
dan hujan sepanjang tahun, kandang berbumbung adalah lebih sesuai daripada kandang
terbuka

Gambar 37 :
Rekabentuk Bangunan Fidlot

Gambar 38 :
Rekabentuk Bangunan Fidlot

37
Gambar 39 :
Contoh rekabentuk kandang
yang praktikal dan ekonomik
untuk projek lembu fidlot skala
sederhana (semi komersil)

Pembinaan kandang kurungan untuk lembu-lembu fidlot perlu mematuhi aspek-aspek


kemudahan infrastruktur yang ‘standard’ seperti berikut :

6.4.1 Ruang Kandang

Di negara beriklim tropika seperti Malaysia, kandang kurungan yang diperlukan


mestilah berbumbung supaya ternakan mendapat perlindungan daripada hujan dan
panas. Keluasan ruang kandang yang diperlukan bagi seekor lembu adalah diantara
2.0 – 2.5 meter persegi (25 – 30 kaki persegi).

Kandang perlu dibina sempurna, lengkap dengan kemudahan infrastruktur asas dan keluasan
ruang kurungan yang selesa bagi menjamin kesejahteraan dan produktiviti ternakan

Gambar 40 :
Ruangan Kandang

38
Besar kandang yang hendak dibina bergantung pada bilangan ternakan yang hendak
digemukkan. Kandang kurungan yang besar seelok-eloknya dibahagikan kepada
beberapa petak untuk memudahkan penjagaan dan pengurusan ternakan. Setiap petak
seeloknya sesuai untuk penempatan tidak lebih daripada 50 ekor lembu.Tinggi kandang
kurungan dari lantai ke bumbung yang paling sesuai adalah antara 3.0 – 4.5 meter (10
– 15 kaki). Ketinggian ini akan membolehkan sistem pengudaraan yang baik dan tidak
akan menganggu aktiviti-aktiviti operasi fidlot yang dijalankan.

6.4.2 Lantai

Lantai perlu dibuat daripada konkrit simen untuk mengelakkan keadaan becak atau
berlumpur. Prestasi ternakan akan menurun sekiranya ternakan dipelihara di tempat
yang berbecak kerana keadaan sebegini akan memudahkan serangan penyakit. Lantai
simen yang dibina mestilah mempunyai ketebalan sekurang-kurangnya 10 cm (4 inci)
dan ini juga tertakluk kepada kepadatan tanah dengan kecerunan 2 % menghala ke
parit.

6.4.3 Bumbung

Bumbung kandang fidlot perlu dibina untuk memberi perlindungan kepada ternakan
semasa hujan dan panas. Bumbung boleh dibina dengan menutup keseluruhan atau
sebahagian daripada kawasan lantai kandang, bergantung pada modal yang ada.
Kandang yang ditutup sebahagiannya dengan bumbung membolehkan cahaya matahari
mengeringkan lantai, justeru mengurangkan pertumbuhan organisma-organisma yang
boleh menyebabkan jangkitan penyakit kepada ternakan. Bahan-bahan yang boleh
digunakan untuk membina bumbung termasuklah zink, atap, asbestos dan lapisan
getah tar.

Gambar 41 : Rekabentuk
kandang menunjukkan bumbung
zing dan lantai konkrit yang
praktikal dan ekonomik
untuk projek lembu fidlot

39
Gambar 42 : Contoh rupa
bentuk bumbung

6.4.4 Sistem Saliran

Disediakan dengan sistem saliran (perparitan) yang lengkap supaya air dan najis ternakan
dapat dialirkan dengan sempurna. Sistem saliran yang tidak sempurna akan
menyulitkan kerja-kerja mencuci kandang. Air dan najis yang bertakung akan
menggalakkan pembiakan parasit dan seterusnya menjejaskan prestasi ternakan fidlot.

6.4.5 Palung Makanan

Palung makanan untuk lembu-lembu fidlot dibina di tepi kandang kurungan supaya
pemberian makanan mudah dijalankan. Palung makanan yang sesuai adalah yang
berukuran 61cm (24 inci) lebar dan 45cm (18 inci) tinggi. Seekor lembu memerlukan
15cm (6 inci) ruang makanan. Lantai simen di bahagian tempat makanan perlu
ditinggikan sedikit supaya air, najis dan makanan yang terbuang dapat dibersihkan
dengan mudah disamping mengelakkan kawasan kandang menjadi lembab dan
berbecak. Antara bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk membina tempat makanan/
palung makanan ialah konkrit dan tong polyetelene yang dipotong melintang.

6.4.6 Palung Air Minuman

Kedudukan palung minum bergantung pada reka bentuk kandang kurungan dan jenis
takungan air yang digunakan. Bagi kandang kurungan yang mempunyai beberapa petak,
palung airnya perlu ditempatkan di antara petak. Kandang kurungan yang menampung
50 ekor lembu perlu mempunyai palung air minuman yang tersendiri. Palung air
minuman yang sesuai ialah yang berukuran 46cm (18 inci) dan 60 cm (24 inci) tinggi.
Untuk membina palung air, konkrit merupakan bahan yang sesuai digunakan selain
daripada tong dram dan gelung konkrit sebagai alternatif.

40
Gambar 43 : Contoh
Palung Makanan

Rajah 1: Contoh Palung Makanan dan Minuman

Keratan tong drum Dari papan tebal

Culvert Keratan drum

41
Rajah 2: Contoh Palung Makanan

Dari culvert longkang

Gambar 44 :
Palung Makanan Fidlot

6.4.7 Takungan Najis

Kolam takungan najis untuk sisa buangan/kumbahan fidlot perlu disediakan untuk
mengelakkan najis dari kawasan fidlot mencemari sungai, mata air dan kawasan
persekitaran. Dengan adanya kolam takungan ini, kesemua najis yang dihasilkan dapat
dikumpulkan setempat. Saiz kolam takungan najis bergantung pada bilangan ternakan
yang dipelihara dan kegunaannya

6.4.8 Tempat Rawatan

Tempat atau lorong rawatan (travis) diperlukan untuk memudahkan rawatan ternakan.
Boleh juga digunakan sebagai tempat untuk menimbang ternakan.

42
Gambar 45 : Kolam
Takungan Najis Ternakan

Gambar 46 : Kandang lembu fidlot perlu


dilengkapi dengan loading ramp untuk
menurunkan lembu dari lori.

Gambar 47 : Kandang lembu fidlot perlu


dilengkapi dengan travis untuk
kemudahan mengawal lembu
dan rawatan

Gambar 48 : Tangki air perlu disediakan


bagi menjamin bekalan air bersih
yang berterusan dan mencukupi
untuk minuman lembu

43
SENARAI SEMAK

1. Tindakan Pengurusan Kandang - Fidlot

BIL. PERKARA STATUS

1. Bersihkan kandang dan peralatan setiap hari

2. Kumpulkan tinja ke dalam guni

3 Sentiasa melakukan pembersihan kepada


kolam air minuman

4 Sentiasa melakukan pembersihan kepada


kolam kumbahan najis

2. Tindakan Pengurusan Setor

BIL. PERKARA STATUS

1. Semak rekod stok

2. Pastikan berada dalam keadaan kemas dan teratur

3. Tindakan Pengurusan Ladang/Jalan - Integrasi

BIL. PERKARA STATUS

1. Racun rumpai setelah rumput napier dituai


3 kali setahun

2. Sentiasa mengawasi kawasan ragutan


supaya mencukupi

3 Racun pokok kayu yang tak diperlukan di ladang

4 Jalan ladang perlu diselenggara dengan baik

44
7.0 PENGURUSAN PEMBIAKAN DAN KELAHIRAN

Prestasi pembiakan lembu betina yang terbaik boleh dicapai melalui teknik pengurusan yang
baik. Aspek utama yang harus diberikan perhatian ialah dari segi pemakanan, pembiakan dan
kawalan penyakit. Sekiranya perkara ini dipatuhi, matlamat untuk memperolehi seekor anak
daripada setiap ekor induk setiap tahun akan tercapai.

Gambar 49 : Penternakan secara


semulajadi

Tindakan yang perlu diambil bagi mencapai matlamat tersebut adalah seperti berikut:-

7.1 Kaedah Pembiakan

7.1.1 Lembu Betina

a. Pastikan lembu dara mencapai umur 18 hingga 30 bulan dan berat badan
diantara 200 kg hingga 280 kg sebelum dapat dikahwinkan;
b. Keadaan fizikal lembu betina yang mempunyai organ pembiakan yang
lengkap dan berpotensi untuk membiak;
c. Dipilih dari kalangan gerombok lembu yang berprestasi pembiakan yang
tinggi. Seperti kadar kelahiran dan mempunyai ciri-ciri keibuan yang baik;
d. Tentukan setiap lembu induk mempunyai rekod individu dan nombor tag
pengenalan sendiri;
e. Ianya hendaklah bebas dari penyakit kelamin seperti Brucellosis, Vibriosis
atau Trichomoniasis;
f. Lembu betina dibiarkan bersama lembu pejantan selama 2 atau 3 bulan;
g. Kadar nisbah Pejantan dan lembu betina ialah 1:20;
h. Tanda-tanda lembu betina yang bersedia untuk dikahwinkan ialah:-
· Berdiri disatu tempat saja.

45
· Gelisah.
· Menguak.
· Menyondol sesama sendiri.
· Menjilat.
· Kelakuan menenggek oleh lembu jantan.
· Kemaluan membengkak dan keluar lendir jernih yang pekat.
· Tempoh masa berahi ialah 15 – 21 jam dengan siklus berahi antara
18 -24 hari.

7.1.2 Lembu Pejantan

a. Pastikan lembu Baka Pejantan mempunyai sifat fizikal yang lengkap seperti
buah zakar atau testes, zakar yang baik tanpa kecacatan.
b. Berumur 2 ½ ke 3 tahun dan mempunyai berat badan diantara 300 kg ke
400 kg.
c. Mempunyai tahap kesihatan yang bebas dari penyakit seperti
Brucellosis, Vibriosis, Trichomoniasis.
d. Pemeriksaan fizikal dan ujian darah boleh dilakukan sekali setahun, dengan
bantuan kakitangan JPH Daerah.
e. Nisbah pejantan dan betina ialah 1 : 20
f. Baka Pejantan dibiarkan bergaul dengan kumpulan betina selama 2 – 3 bulan.
g. Baka Pejantan dibiarkan berkhidmat selama 4 tahun sahaja.
h. Baka Pejantan yang didapati tidak aktif akibat penyakit perlulah disingkirkan.
i. Pemeriksaan semen baka pejantan dilakukan sekali setiap tahun.

7.2 Pengurusan Lembu Bunting

a. Induk betina bunting diantara 270 – 310 hari dan berupaya melahirkan anak
setiap tahun.
b. Pemeriksaan kebuntingan dilakukan selepas 3 bulan mengawan.
c. Asingkan lembu betina bunting daripada kumpulan yang tidak bunting dan
letakkan di padok khas.
d. Perhatian yang rapi terhadap lembu bunting dalam tempoh 2 bulan terakhir
dengan pemberian makanan tambahan yang bermutu seperti PKC.
e. Membuat pengamatan pada masalah kesukaran beranak oleh lembu induk muda
dan berikan bantuan jika perlu. Proses beranak (sakit beranak) antara 2 – 4 jam.
f. Tanda-tanda sebelum beranak:-
· Pangkal ekor kelihatan terangkat.
· Faraj membengkak
· Pundi susu kelihatan bengkak
· Gelisah dan sering bersendiri.

46
g. Pastikan uri peranakan keluar dengan sendirinya, jika tidak keluar selepas 1 jam
kelahiran, usahakan untuk menarik keluar uri tersebut.
h. Berikan ubat bolus antibiotic kedalam uterus untuk langkah pencegahan penyakit.
i. Lembu betina boleh dikawinkan semula selepas 40 hari.
j. Lembu betina yang mandul/tidak beranak dalam masa 2 tahun selepas kelahiran
pertama perlulah diperiksa dan disingkirkan jika perlu.
k. Induk yang mempunyai masaalah melahirkan anak seperti ‘Dystokia’, ’Retained
of Placenta’, dan ‘Uterine Prolapse’ perlu disingkirkan.
l. Induk tua ( 10 tahun ke atas atau 6 kali kelahiran perlu disingkirkan).

7.3 Pengurusan Anak

a. Biarkan ibu lembu menjilat anaknya sehingga semua lendir tidak kelihatan.
b. Tali pusat dipotong pada jarak 2 – 3 cm dari tubuh anak.
c. Bagi anak baru lahir, pastikan pusat disembur dengan gusanex atau iodine spray
setiap hari selama 4 hari.
d. Jika terdapat ulat atau maggot, keluarkan ulat dan cuci dengan Hidrogen peroxide.
Spraykan ubat iodine atau gusanex.
e. Pastikan anak lembu mendapat susu awal atau ‘colostrum’ yang cukup dalam
tempoh 24 jam.
f. Pastikan anak lembu tidak kehilangan ibu, jika ada bawa ke-kandang lembu dan
berikan susu tiruan (Calf Milk Replacer) setiap hari.
g. Berikan nombor pengenalan yang sesuai dan catatkan tarikh lahir, jantina, berat
lahir serta baka anak ke dalam buku rekod harian sebelum didaftarkan ke
dalam komputer.
h. Anak lembu mula meragut awal selepas berumur 2 minggu.
i. Pemotongan tanduk dilakukan ketika berumur 21 hari jika perlu.
j. Anak lembu dipisahkan daripada ibunya apabila mencapai umur 6 – 8 bulan.
k. Suntikan pelalian dan pemberian ubat cacing dilakukan pada umur 3 bulan dan
6 bulan.

Gambar 50 :
Pengurusan anak.

47
SENARAI SEMAK
1. Pembiakbaka Betina

BIL. PERKARA STATUS


1. Berumur antara 18 hingga 30 bulan dengan
berat antara 200 hingga 280 kg.
2. Keadaan fizikal memenuhi kriteria dan mempunyai
organ pembiakan yang lengkap dan berpotensi
untuk membiak.
3 Pastikan ia mempunyai rekod individu yang baik.
4. Nisbah betina 20:1
5. Setiap induk mempunyai rekod dan tag pengenalan
6. Bebas penyakit kelamin.

2. Pembiakbaka Jantan

BIL. PERKARA STATUS


1. Berumur antara 2.5 – 3 tahun dengan berat
badan 300 – 400 kg.
2. Keadaan fizikal memenuhi kriteria dan mempunyai
organ pembiakan yang lengkap dan berpotensi
untuk membiak.
3 Pastikan ia mempunyai rekod individu yang baik
4. Nisbah pejantan 1 : 20
5. Singkirkan pejantan tidak aktif
6. Bebas penyakit kelamin

3. Pengurusan Anak

BIL. PERKARA STATUS

1. Pusat disembur gusanex atau iodin spray selama 4 hari


2. Pastikan anak mendapat susu awal yang cukup
dalam tempoh 24 jam
3 Berikan Tag pengenalan dan catat rekod kelahiran
4. Suntikan pelalian dan pemberian ubat
cacing dilakukan pada umur 3 bulan hingga 6 bulan.
5. Anak lembu dipisahkan dari ibunya apabila mencapai
umur 6 – 8 bulan
6 Pastikan anak tidak kehilangan ibu,
jika ada bawa ke kandang untuk diberi susu tiruan.

48
8.0 PENGURUSAN KESIHATAN TERNAKAN LEMBU

8.1 Pengenalan

Aspek kesihatan ternakan di ladang adalah faktor utama dalam menentukan prestasi
ternakan secara keseluruhan. Amalan mengawal adalah lebih baik dari mengubati
penyakit menjadi ciri penting dalam sistem pemeliharaan ternakan di ladang.
Pada kebiasaannya prinsip rawatan ternakan adalah serupa dengan rawatan yang
dilakukan pada manusia iaitu untuk menyembuhkan penyakit dan mengawal penyakit.
Amalan rawatan penyakit ternakan adalah seperti berikut:

a. Pemeriksaan klinikal
b. Ambil contoh yang sesuai
c. Membuat diagnosa awal
d. Memilih ubat yang sesuai
e. Membuat rawatan mengikut kesesuaian
f. Merancang program pengawalan

Bagi memastikan kesihatan ternakan sentiasa berada dalam tahap yang terbaik,
pengurusan pusat pembakaan mestilah dapat memahami keadaan ternakan itu sendiri
melalui pemerhatian harian iaitu :

a. Memantau semua ternakan di ladang dengan melakukan pemeriksaan pada


setiap hari.
b. Mengenalpasti dan membuat rawatan ternakan yang sakit seawal mungkin.
c. Mengasingkan ternakan yang sakit dan membuat pemeriksaan yang rapi.
d. Rekodkan tanda-tanda penyakit dan rawatan yang dilakukan.
e. Maklumkan kepada pegawai veterinar atau pembantu bagi tujuan untuk
rawatan lanjut.

8.2 Sifat-Sifat Ternakan Sihat.

a. Pastikan ia berdiri tenang, cergas.


b. Pastikan berdiri/berjalan, kepala tegak.
c. Pastikan muncung sejuk dan lembap.
d. Pastikan ia menggerakkan ekor dan telinga.
e. Mempunyai mata cergas, bersinar, tidak berair.
f. Mengeluarkan najis lembut.
g. Mempunyai selera makan baik.
h. Suhu badan normal – 37.8’C – 39.2’C.
i. Pernafasan normal – 10 – 30 seminit;

49
Gambar 51 : Ternakan yang sihat

8.3 Sifat-sifat Ternakan Tidak Sihat.

a. Kelihatan lemah, tidak bermaya.


b. Selera makan berkurangan.
c. Keadaan muncung kering
d. Mata kuyu, berair.
e. Jalan dengan kepada tunduk, lemah
f. Bulu kasar dan berdiri.
g. Kurang melakukan pergerakan.
h. Najis keras dan cair;

8.4 Penerimaan Lembu Baru.

8.4.1 Pihak Pengurusan Ladang-ladang Pembakaan RISDA hendaklah memeriksa


dan menyempurnakan infrastruktur ladang yang akan terlibat dengan
penerimaan ternakan seperti jalan ladang, kandang dan travis, kawasan ragutan,
pagar keliling, set lengkap pagar elektrik, alatan timbangan dan sebagainya.

50
Gambar 52 : Ramp yang dibina untuk penerimaan Lembu di ladang

8.4.2 Bekalan makanan tambahan dan air bersih, garam, bahan sucihama, ubatan
dan vaksin (jika perlu) dan lain-lain keperluan juga perlu disediakan.

8.4.3 Lori-lori akan disembur dengan larutan sucihama atau akan melalui ‘vehicle
dip’ semasa ketibaan di ladang dan lembu terus dibawa ke kandang untuk
dikuarantinkan.

8.4.4 Pastikan makanan dan minuman disediakan di kandang untuk kegunaan


ternakan apabila sampai di ladang.

8.4.5 Ternakan yang baru tiba ini hendaklah diletakkan di dalam kandang yang baik
dan tidak bercampur dengan ternakan lain.

8.4.6 Kawasan berpagar di luar kandang hendaklah disediakan bagi tujuan


penyesuaian kepada sistem integrasi.

8.4.7 Pastikan dokumen berkaitan lengkap meliputi sijil kesihatan, permit import/
sijil pergerakan ternakan dan sijil pengenalan.

51
Gambar 53 : Treller dirapatkan ke Ramp
bagi menurunkan lembu

Gambar 54 : Ramp sedang


dibuka untuk menurunkan lembu

Gambar 55: Lembu sedang


menuruni Ramp ke Padok

Gambar 56: Lembu dikuarantin


di dalam Padok

52
8.5 Aktiviti Di Kandang Kuarantin.

8.5.1 Menjalankan pemeriksaan fizikal keatas ternakan baru.


8.5.2 Konformasi badan di antara 4 hingga 6 (skala 1 hingga 8).
8.5.3 Palpasi rectal dijalankan untuk pemeriksaan bunting.
8.5.4 Umur ditentukan melalui pemeriksaan gigi ternakan dan rekod ternakan.
8.5.5 Menimbang berat badan secara individu dan direkodkan.
8.5.6 Memantau kesihatan ternakan melalui pengambilan sampel darah dan tinja
untuk ujian makmal.
8.5.7 Rekodkan butir-butir pemeriksaan di dalam borang dan failkan.

8.6 Program Kesihatan Semasa Kuarantin.

8.6.1 Satu program kesihatan yang terperinci dirangka untuk ketibaan ternakan
oleh ladang RISDA dengan kerjasama JPH yang berdekatan bagi tempoh 30
hari.
8.6.2 Semua ternakan hendaklah dimandikan dengan larutan ubat pencegah kutu
menggunakan dip atau spray, sebelum dilepaskan ke padok ragutan.
8.6.3 Semua ternakan tersebut akan disimpan di dalam padok kuarantin bagi tujuan
pemerhatian dan membuat rawatan serta pemeriksaan kesihatan.
8.6.4 Suntikan pencegahan jangkitan parasit darah (imizol) dibuat serta merta selepas
ketibaan.
8.6.5 Suntikan vaksin bagi pencegahan penyakit sampar dan sakit kuku dan mulut
(jika perlu) mesti dibuat dalam tempoh pemerhatian.
8.6.6 ‘Mandian’ ubat pencegah kutu hendaklah diulang pada minggu kedua dan
sejurus sebelum ternakan dilepaskan bebas ke padok ragutan apabila tempoh
pemerhatian tamat.
8.6.7 Jika perlu, rawatan dari serangan cacing boleh dibuat berpandukan bebanan
telur cacing di dalam sampel najis.
8.6.8 Larutan elektrolit diberikan kepada semua ternakan di dalam air minuman.

53
8.6.9 Pemeriksaan rutin baka pejantan dari penyakit kelamin juga perlu dilakukan di
dalam program kesihatan ternakan.
8.6.10 Semua ternakan yang lemah, cedera atau luka dan memerlukan rawatan dan
pemerhatian individu hendaklah diasingkan dan mendapat penjagaan rapi.
8.6.11 Sebarang program kesihatan dan pengurusan yang dijalankan di dalam tempoh
pemerhatian hendaklah dilakukan dengan berhati-hati supaya masalah ‘stress’
dapat dikurangkan ke tahap yang paling minima.
8.6.12 Semua kematian hendaklah dibuat satu laporan “post-mortem” lengkap dengan
sampel-sampel makmal yang rutin dan spesifik.
8.6.13 Laporan “post-mortem” sebab-sebab kematian hendaklah disiapkan dalam
tempoh 14 hari.

8.7 Program Kesihatan Semasa Di Ladang.

8.7.1 Pastikan lembu di ladang mendapat makanan yang cukup dan nutrien yang
seimbang.
8.7.2 Gantungkan garam jilat di dalam padok tempat lembu meragut.
8.7.3 Air minuman yang bersih perlu disediakan setiap masa untuk ternakan dalam
setiap padok ragutan.
8.7.4 Kurangkan ‘stress’ semasa mengawal, mengendalikan atau memasukkan lembu
ke dalam kandang semasa program suntikan atau timbangan.
8.7.5 Minuman anti ‘stress’ diberikan di dalam air minuman semasa program
kesihatan dibuat.
8.7.6 Program suntikan vaksin seperti di dalam Jadual 1.
8.7.7 Program kawalan penyakit yang biasa pada lembu seperti di Jadual 2. Gunakan
jenis ubat yang sesuai mengikut peringkat umur.
8.7.8 Program kawalan kutu perlu diwujudkan dan sekiranya terdapat kutu yang
banyak, semua lembu dalam kumpulan tersebut perlu disembur dengan ubat
kutu seperti “Bayticol pour on“ atau “ivomectin”.
8.7.9 Sekiranya berlaku sesuatu penyakit, lembu yang diserangi penyakit perlu
diasingkan dan diberi rawatan dengan segera. Hubungi Pegawai Veterinar yang
berdekatan untuk tindakan lanjut.

54
Jadual 1. Program Pemvaksinan Untuk Lembu Pedaging

Tujuan Penyuntikan Umur Jenis Vaksin Cara /kekerapan pemberian

1. Pencegahan Anak Adjuven minyak Suntikan 5 ml vaksin


penyakit hawar (2-3 bulan) (mati) (P.Multocida ke dalam otot setahun
berdarah type B) sekali sebelum jangkaan
musim hujan

Pada semua lembu yang


Dewasa Broth bacteri ada di sekitar kawasan
yang sedang mengalami
wabak penyakit hawar
berdarah

Suntikan 2 ml vaksin
2. Pencegahan Anak Tak aktif bivalen ) di celah kulit (penyuntikan
penyakit kuku (2-3 bulan) dan Asia-1 vaksin subkutis) pada anak
dan mulut lembu betina di ladang
tempat bruselosis
menjadi endemik

Setahun sekali terutama


Dewasa di Utara Semenanjung
Malaysia

3. Pencegahan Suntikan 2ml vaksin


penyakit di celah kulit (penyuntikan
bruselosis Anak > 6 bulan RB51 subkutis) pada anak lembu
betina di ladang tempat
brucelosis menjadi endemik

Suntikan 5 ml vaksin
4. Pencegahan Anak dan dewasa Adjuven ke dalam otot lembu
penyakit minyak –jenis mati di ladang tempat salmonelosis
salmonelosis (Salmonella dublin/ menjadi endemik terutama
typhimurium) pada anak lembu yang
berumur lebih 3 bulan dan
induk betina yang sedang
bunting (kurang daripada 6
minggu sebelum beranak)

55
Jadual 2 : Penyakit, Tanda-tanda, Pengawalan dan Rawatan

Penyakit Tanda Kawalan Rawatan

1. Hawar berdarah Lemah, kembung. Sesak Asingkan ternakan sakit Sulfomaid


- bakteria pernafasan. Lendir keluar dari Pemvaksinan
(pasteurella) hidung dan mulut. Deman
(104 –106 F). Tengkok Bengkak.

2. Bruselosis Keguguran, uri tersangkut.


- bakteria Metritis. Bengkak buah zakar Asingkan /singkirkan Tiada
(Brucella abortus) (Skrotum) (Orchittis). ternakan jika ujian
serologi positif
Pemvaksinan

3. Salmonelosis Anak – lemah, kurang selera


- bakteria makan dan demam Asingkan ternakan sakit
(Salmonella (105-107F). Cirit Birit.
dublin/
typhimurium) Dewasa - cirit birit, najis berbau Hadkan pergerakan Sulfomanid
busuk, berlendir dan berdarah. ternakan Chloramphemicol
Keguguran. Nitrofurazon
Penvaksinan

4. Johne’s - Berak cair, mula-mula sedikit Asingkan ternakan jika Tiada


bakteria kemudian menjadi teruk. ujian serologi dan kultur
(Mycobacterium Berat badan menurun, menjadi najis positif
paratubercullosis) kurus kering. Asingkan ternakan yang
menunjukkan tanda
sakit

5. Mata merah Selaput mata merah, Kornea Asingkan ternakan yang Ubat mata
jambu -bakteria kelabu, Mata berair dan putih. sakit. teramision
dan virus chloramphenicol,
(Moroxella bovis) cecair/krim

6. Kolibasilosis Cirit-birit, najis cair, berwarna Pastikan anak lembu Koalin + pektin
(E.coli) kekuningan dan berbau busuk. mendapat susu julung Koapektin, ‘Normal
Ekor anak lembu berlumur saline’/glukosa atau
dengan tahi. Lemah, tiada larutan dekstrosa
selera makan dan menyusu. diberi jika ternakan
lemah dan berlaku
penyahairan

7. Kuku dan Kudis pada bibir, mulut , lidah, di Pemvaksinan (perlu Tiada
mulut -virus sekeliling tetek dan di celah-celah dilaporkan kepada
(jenis O dan kuku. Air liur meleleh. Berjalan Jabatan Haiwan dengan
Asia-1) tempang. segera apabila penyakit
ini disyaki

8. Demam Demam Ketegangan. Tempang – Suntikan antibiotik


efemera biasanya satu atau dua belah untuk mencegah
virus kaki, kadang-kadang terbaring, Tiada penyakit lain
Tiada selera makan.

9. Demam Deman 1-2 hari, Berhingus, Mata Asingkan Lembu Tiada


katar malignan berair, kornea putih, mata
- virus menjadi merah. Dinding mulut
merah kebiruan dan bisul.

Sambungan muka sebelah

56
Penyakit Tanda Kawalan Rawatan

10. Serangan helmin Kelihatan lemah, Pertumbuhan Program ubat cacing Piperazin/sitrat
terbantut, Anemia, Cirit-birit, tiap-tiap bulan bagi anak lembu
Penyahairan, Bulu Kelihatan kasar yang berumur
kurang daripda 3
bulan, Fenotiazin
bagi lembu dewasa

11. Serangan kutu Anemia, lemah lesu dan Membasmi kutu yang Mandikan dengan
(Bophilus lembap. Terdapat kutu di bawah membawa protozoon ubat kutu Asuntol
microplus) ekor, ditelinga dan atau Bovinax
celah, -celah kelangkang

12. Babesiosis - Kencing berdarah, pucat , Membasmi kutu yang ‘Imidocarb’


protozoon lemah, Jaundis, kurang membawa protozoon Berenil
(Babsia bovis) selera makan

13. Anaplasmosis, Membasmikan kutu Klorotetrasiklin,


-protozoon, Demam, Anemia, lemah dan Oksitetrsasklin
(Anaplasma terlalu kurus
marginale)

14. Koksidiosis –
protozoon Najis cair dan berdarah Asingkan ternakan Sulfonamid
(Eimeria yang sakit Amprolium
bovis/zurnii) dalam air

15. Luka berulat, Terdapat ulat di dalam luka. Luka dicuci segera Bunuh semua ulat
-ulat (maggot Berbau busuk dengan serbuk
wound) Negasunt. Buangkan
semua ulat dan
cuci luka

57
8.8 Pemantauan Penyakit.

8.8.1 Sediakan dokumen bertulis program kesihatan dan laksanakan dengan betul.

8.8.2 Pantau status penyakit di ladang secara berjadual, dan rekodkan pemantauan
secara teratur dan kemaskini.

8.8.3 Ambil tindakan segera apabila dikesan berlaku penyakit di ladang.

8.8.4 Segala perancangan dan pelaksanaan program kesihatan ternakan diawasi oleh
Pengurus Ternakan ESPEK.
8.8.5 Antara penyakit utama yang perlu diberikan perhatian termasuklah:-
a. Penyakit Kuku dan Mulut
i. Suntikan pelalian Penyakit Kuku dan Mulut perlu dilakukan setiap 6
bulan sekali.
ii. Ujian NSP perlu dibuat bagi ladang yang terlibat dengan penjualan dan
pembakaan.

b. Brucellosis
i. Ujian seroloji/darah setahun sekali ke atas lembu umur > 12 bulan.
ii. Suntikan vaksin RB51 keatas lembu betina yang negatif atau kadar
reaktor < 2 %.
c. Hawa Berdarah (HS)

Pelalian keatas lembu berumur > 3 bulan (di kawasan yang pernah diketahui status penyakit)
sekali setahun.

8.9 Pengurusan Ubatan.

8.9.1 Semua ubatan veterinary disimpan dalam kabinet yang khas di dalam stor atau peti
sejuk serta dikawalselia dengan rapi.

8.9.2 Penggunaan ubat untuk rawatan dilakukan dan dikawalselia oleh Doktor Veterinar
atau pihak pengurusan ladang yang telah dikenalpasti.

58
Contoh-contoh ubatan ternakan yang lazim digunakan untuk merawat ternakan adalah seperti
mana dalam Jadual 3.

Jadual 3. Jenis Ubatan yang biasa digunapakai di ladang.

Jenis Ubatan Kegunaan Kaedah Rawatan

Cobaphos Diberi pada ternakan yang kurus


dan kekurangan darah Secara suntikan

Multivitamin Memperbaiki masalah kekurangan Secara suntikan atau


vitamin seperti kurus, tiada selera dibancuh dalam air minuman
makan, pucat dan fungsi badan
yang tak normal.

Terramycin Untuk penyakit mata seperti Semburan pada mata


Pinkeye spray kemerahan, berair dan
tanda-tanda kegatalan.

Terramycin L.A Untuk membunuh bacteria/virus Secara suntikan


penyakit pernafasan,
penghadaman dan sistemik.

Systamex 2.26% Untuk membunuh cacing gelang. Diberi melalui mulut

Acriflavin cream Untuk pertumbuhan tisu kulit Sapu pada luka


dan menghindar jangkitan luar.

Lindores 30 Untuk pembasmian kuman dan Dibancuh dalam air takungan


sebagai ubat semburan luka. pembasmi kuman.

59
SENARAI SEMAK

1. Tindakan Biosekuriti Ladang

BIL. PERKARA STATUS

1. Pastikan kawasan ladang dipagar

2. Letakkan tanda amaran yang jelas di lokasi strategik

3 Kawal pintu masuk utama dengan menyediakan takungan laluan.

4. Sediakan landskap

5. Pekerja sentiasa berada bersama ternakan.

6. Tentukan kawasan ragutan dengan buat padok

2. Tindakan Pengurusan Kesihatan

BIL. PERKARA STATUS

1. Memantau kesihatan ternakan setiap masa

2. Asingkan ternakan yang sakit dan lakukan rawatan

3 Laksanakan amalan kesihatan gerompok secara berkala

4. Sentiasa berkerjasama dengan JPH/ Agensi lain

5. Takai ternakan yang berpenyakit berbahaya.

60
9.0 PENGURUSAN AM

Pengurusan kawasan ternak (fidlot dan Integrasi) , personel dan ternakan yang cekap dan
sistematik adalah penting bagi menjamin kesihatan ternakan. Peningkatan berat badan harian
yang maksimum, dan kawalan kos operasi yang minimum akan menghasilkan keuntungan
yang maksimum.

9.1 Kawasan Integrasi dan Kandang Fidlot

Untuk ternakan secara integrasi pengurusan kawasan ragutan hendaklah dikawal supaya tidak
di”over-grazing” dan seterusnya memberi peluang rumput untuk tumbuh semula. Bagi
ternakan secara fidlot, pengurusan kawasan kandang meliputi kawasan kandang, perparitan
atau longkang hendaklah sempurna. Najis dikumpulkan jauh daripada kandang. Tindakan
berikut perlu dilakukan bagi memastikan perkara di atas diikuti ;

a. Kandang perlulah diselenggarakan setiap hari dengan mencuci lantai dari kencing
dan najis sebaiknya diwaktu pagi;
b. Bekas makanan dan minuman perlu dibersihkan setiap kali hendak memberi
ternakan makanan dan minuman. Kekotoran dari najis boleh menjadi punca
penyakit.

Gambar 57 : Bekas minuman sentiasa bersih

61
9.2 Pengurusan Buruh

Kebanyakan pengusaha atau pemilik projek fidlot tidak melakukan pengurusan ternakan
secara langsung, sebaliknya menggaji tenaga pekerja yang diperlukan. Oleh yang demikian
pengurusan personel adalah mustahak dan merangkumi aktiviti berikut :-
a. Menentukan bilangan pekerja diperlukan tertakluk kepada bilangan lembu, saiz
dan jenis operasi fidlot yang diusahakan.
b. Kadar pekerja yang cekap dan optimum berbanding bilangan lembu dan jenis
operasi fidlot adalah :-
Operasi fidlot secara manual
1 Pekerja : 200 ekor Lembu
Operasi fidlot secara mekanikal
1 Pekerja : 400 ekor Lembu

Jadual bertugas atau jadual kerja harian yang perlu disediakan untuk kemudahan rujukan
pekerja supaya penyelenggaraan operasi dan pengurusan harian lebih mudah dan cekap.

9.3 Pengurusan Ternakan

Lembu Fidlot khususnya baka import perlu dimandikan sekurang kurangnya satu kali sehari
untuk mengurangkan bebanan haba ( Heat Stress ). Tindakan ini didapati membantu
meningkatkan selera pemakanan ( Feed Intake ) yang menentukan peningkatan berat badan
harian yang tinggi .

Pemerhatian dan pemeriksaan secara rawak perlu dilakukan dari masa ke semasa bagi
mempastikan keselesaan, kesihatan, pemakanan dan prestasi peningkatan berat badan ternakan.

Setiap ternakan perlu ditimbang pada minggu pertama kemasukan bagi merekod berat awal
dan bulan pertama atau kedua tempoh pemeliharaan bagi merekod berat akhir sebelum jualan

62
Gambar 58 : Lembu sedang
dimandikan untuk kurangkan
heat stress

9.4 Pengurusan Kandang

Kandang Fidlot perlu disediakan dengan sempurna termasuk penjagaan kebersihan harian,
penyelenggaraan peralatan dan kemudahan infrastruktur. Kandang perlu dibersihkan sekurang
kurangnya satu kali sehari, pada waktu pagi.

Kandang yang kotor dan dipenuhi najis akan memudahkan jangkitan penyakit kepada lembu
fidlot dalam kurungan seperti penyakit pernafasan dan radang paru paru, kembung atau cirit
birit dan masalah kuku.

Gambar 59 : Pembersihan
kandang dari najis perlu
dibuat secara rutin

63
9.5 Pengurusan Pemakanan

Pengurusan pemakanan lembu fidlot sangat kritikal kerana ianya merupakan faktor utama
yang mempengaruhi peningkatan berat badan harian ( Daily Weight Gain ). Ini seterusnya
akan menentukan samada projek ternakan fidlot yang diusahakan memberikan keuntungan
atau sebaliknya.

Gambar 60 : Pemberian makanan untuk Lembu Fidlot

Lembu fidlot perlu diberikan makanan antara 4 hingga 6 kg seekor sehari pada peringkat
akhir pemeliharaan. ( Berat Badan 350 – 400 kg ). Bagaimanapun, kiraan kadar pemberian
makanan adalah juga tertakluk kepada jenis makanan, seperti 100 peratus PKC sahaja atau
campuran PKC dan rumput atau lain lain jenis bahan hasilan pertanian.

Jadual pemberian makanan perlu tetap, iaitu 2 kali sehari. Pemberian makanan pertama
seeloknya awal pagi, antara jam 7 pagi dan selewat lewatnya jam 9 pagi.

Pemberian makanan kedua pula seelok eloknya selepas 6 jam berikutnya, iaitu antara jam 1
petang dan selewat lewatnya jam 3 petang. Lembu fidlot juga perlu disediakan garam jilatan,
( Mineral Block ) yang mencukupi sepanjang masa sebagai bekalan tambahan keperluan
mineral. Bekalan air minuman yang bersih dan mencukupi perlu sentiasa tersedia.

64
Gambar 61 : Makanan Hijau
untuk diracik

Gambar 62 :
Pemberian Garam Jilat

9.6 Pengurusan Rekod

Pengurusan Rekod adalah penting untuk memudahkan penilaian projek fidlot yang diusahakan,
seperti menilai prestasi peningkatan berat badan harian, jumlah makanan yang dimakan, kos
pemakanan, kos ubat-ubatan, kos penyelenggaraan dan kos operasi fidlot berbanding
keuntungan dan kerugian.

Rekod rekod berikut adalah penting :- (Lampiran 1,2,3 dan 4)


Rekod Pembelian Lembu
Rekod Pemberian Makanan
Rekod Peningkatan Berat Badan Harian
Rekod Kesihatan dan Kematian
Rekod Pemasaran / Jualan Lembu
Rekod Personal
Rekod Kewangan

65
REKOD STOK TERNAKAN Lampiran 1
NAMA LADANG :

KUMPULAN TERNAKAN :

TARIKH MASUK :

TARIKH BELIAN MATI SINGKIR JUAL STOK CATATAN


MASUK SEMASA
(EKOR) (EKOR) (EKOR) (EKOR) (EKOR) (EKOR)

66
JUMLAH

DI SEDIAKAN OLEH :

DISEMAK OLEH :
REKOD PURATA KENAIKAN BERAT BADAN (ADG) Lampiran 2
NAMA LADANG :

KUMPULAN TERNAKAN :

TARIKH MASUK :

TARIKH NO. TAG BERAT BERAT PERBEZAAN TEMPOH ADG CATATAN


AWAL SEKARANG BERAT PELIHARA

(KG) (KG) (KG) (HARI) (KG)

67
DI SEDIAKAN OLEH :

DISEMAK OLEH :
REKOD JUALAN TERNAKAN
Lampiran 3
NAMA LADANG :

KUMPULAN TERNAKAN :

TARIKH MASUK :

TARIKH NO. TAG JANTINA BERAT HARGA PEMBELI CATATAN


MASUK BADAN JUALAN (NAMA & ALAMAT)
(KG) (RM)

68
DI SEDIAKAN OLEH :

DISEMAK OLEH :
REKOD TUNAI (CASH FLOW) TERNAKAN Lampiran 4
NAMA LADANG :

KUMPULAN TERNAKAN :

TARIKH MASUK :

KOS
TARIKH BIL. STOK BILANGAN BIL. BIL. BIL. STOK JUALAN OPERASI UNTUNG/
AWAL JUALAN MATI SINGKIR SEMASA TUNAI SELURUH RUGI
(EKOR) (EKOR) (EKOR) (EKOR) (EKOR) (RM) (RM) (RM)

69
DI SEDIAKAN OLEH :

DISEMAK OLEH :
SENARAI SEMAK

1. Tindakan Pengurusan Am- Fidlot

BIL. PERKARA STATUS

1. Pastikan kawasan ladang, kandang dan peralatan sentiasa bersih


dan bebas daripada punca penyakit

2. Pasang Tag

3 Sediakan rekod ternakan dan simpan dalam fail

4. Rawatan penyakit secara berkala

5. Senarai kerja Buruh teratur

6. Sediakan Rekod kewangan / Buku stok inventori

2. Tindakan Pengurusan Am-Integrasi

BIL. PERKARA STATUS

1. Pastikan kawasan ladang mempunyai pastura dan


rumput yang cukup.

2. Buat kiraan “Stock” dan rawatan setiap 3 bulan

3 Sediakan rekod ternakan dan lapuran bulanan

4. Sediakan pusingan kawasan ragutan di ladang

5. Sediakan senarai tugas buruh

70
10.0 PENGURUSAN DAN PEMASARAN PRODUK

Pengurusan produk penting bagi memastikan semua produk yang dihasilkan dapat dipasarkan
dengan harga yang paling kompetitif. Produk utama ternakan adalah anak-anak lembu jantan
dan betina yang bermutu. Disamping itu juga, pemasaran lembu hidup, lembu yang ditakai
(cull) dan baja tinja juga dilaksanakan.

Gambar 63 : Anak Lembu yang sihat

Produk yang memenuhi spesifikasi dan mempunyai ciri berkualiti akan mendapat permintaan
yang baik. Berikut adalah persediaan yang perlu dilakukan oleh penternak kepada produk
yang akan dipasarkan supaya ianya ada nilai tambah dan mendapat harga yang terbaik.

10.1 Anak Lembu Jantan

a. Sebelum cerai susu diberi suntikan vitamin ADEK dan ubat cacing.
b. Anak lembu dibiarkan rehat 7 – 8 hari selepas suntikan.
c. Anak lembu yang berumur 15 hingga 18 bulan boleh dijual kepada pekebun
kecil untuk tujuan penggemukan.
d. Pembeli datang tengok dan pilih yang sesuai untuk diternak.

71
Gambar 64 :
Anak-anak jantan Bali

10.2 Anak Lembu Betina

a. Sebelum cerai susu, anak lembu perlu diberi suntikan vitamin ADEK dan ubat
cacing.
b. Anak dibiarkan rehat 7 hingga 8 hari selepas suntikan.
c. Anak lembu yang berumur 15 hingga 18 bulan boleh dijual kepada pekebun kecil
untuk tujuan pembiakan.
d. Pembeli datang tengok dan pilih yang sesuai untuk diternak.

10.3 Lembu Takai (cull)

a. Lembu yang ditakai adalah lembu yang uzur, sakit dan bermasalah.
b. Baka pejantan yang tidak mampu membiak.
c. Induk betina yang tidak beranak selama 3 tahun berturut-turut juga perlu ditakai.
d. Lembu jantan atau betina yang tidak mempunyai body score selari dengan umur
harus juga ditakai.
e. Lembu pejantan yang tidak produktif dan mengalah kepada pesaing hendaklah
juga ditakai.
10.4 Baja Organik Berasaskan Tinja Lembu.

a. Tinja Lembu dikumpulkan di kawasan berasingan daripada kandang dan


dikeringkan di bawah sinaran matahari secara membalik-balikkan seminggu
sekali.

72
Gambar 65 : Lembu yang cedera
akan ditakai dan disembelih untuk
jualan daging.

b. Bahan pengurai seperti “Starbio” dicampurkan untuk menghilangkan bau dan


mempercepatkan proses penguraian tinja.
c. Adunan sedia menjadi baja organik selepas minggu ketujuh.
d. Adunan boleh dicampur dengan kulit koko, hampas padi, jerami padi atau
lain-lain bahan sebelum dikisar halus dan seterusnya dibungkus mengikut
keperluan pasaran.
e. Bungkusan 1 kg atau 5 kg biasanya untuk jualan runcit. Pek 10 kg atau 25 kg
adalah untuk jualan borong kepada pengusaha perkebunan atau ladang.
Penternak boleh menyediakan perkhidmatan membekalkan benih rumput, ubat-ubatan,
peralatan ternakan, makanan ternakan dan lain-lain makanan tambahan dimasa akan datang
apabila permintaan bertambah dari masa kesemasa.

Gambar 66 : Tinja lembu dimasukkan


ke dalam guni

73
SENARAI SEMAK

1. Tindakan Pengurusan Dan Pemasaran Anak Lembu

BIL. PERKARA STATUS

1. Kenalpasti anak yang boleh dijual

2. Asingkan anak betina dan jantan mengikut gred

3. Pastikan kesihatan ternakan yang akan dijual

4. Pastikan Harga Berpatutan

2. Tindakan Pengurusan Dan Pemasaran Lembu Takai

BIL. PERKARA STATUS

1. Kenalpasti ternakan yang perlu ditakai

2. Pastikan ia bebas vaksinasi satu bulan sebelum dijual

3. Hantar ke rumah sembelihan

4. Maklumkan kepada agen jualan

3. Tindakan Pengurusan Dan Pemasaran Tinja Lembu

BIL. PERKARA STATUS

1. Kumpul di kawasan berasingan dari kandang

2. Campurkan bahan pengurai dan adun secara


membalik-balik setiap 7 hari.

3. Campurkan lain-lain bahan dan kisar menjadi halus.

4. Bungkus mengikut pek yang dikehendaki.

5. Pasar dan hantar kepada pembeli.

74
11. 0 PETUNJUK PRESTASI UTAMA (PPU)

Petunjuk Prestasi Utama (PPU) atau “Key Performance Indicator” adalah pengukuran yang
digunakan dalam industri untuk memastikan sesuatu projek itu berjaya atau sebaliknya.

Berikut adalah PPU bagi industri ternakan Lembu yang perlu digunakan oleh pekebun kecil
yang menjalankan penternakan lembu bagi mengukur kecekapan pengurusan dan produktiviti
Lembu :

PPU
PETUNJUK FORMULA Integrasi Fidlot

1. Kadar Kelahiran (ekor) Jumlah kelahiran/Jumlah 60%


Induk x 100

2. Kadar Kematian (%) Jumlah Mati/Jumlah Hidup x 100 <5% <3%

3. Kadar kenaikan berat Berat semasa - Berat sehari sebelum 300g 700g
badan sehari (gram)

4. Kos Seekor sebulan Kos Operasi/Bil.ternakan RM21 RM205


(RM)

5. Kos seekor sehari Kos seekor sebulan/30 hari RM0.70 RM3.50


(RM)

Sekiranya prestasi tidak mencapai PPU yang ditetapkan, penternak hendaklah mengambil
tindakan segera untuk mengatasi perkara berkenaan.

75
12.0 PENUTUP

Buku panduan penternakan lembu ini diharap dapat membantu pekebun


kecil menjadi usahawan ternakan yang lebih berjaya. Untuk itu buku ini
bukan sahaja dimuatkan dengan tajuk-tajuk berkaitan dengan teknik
menternak lembu tetapi juga kaedah penternakan secara sistematik mengikut
amalan penternakan yang baik atau “Good Animal Husbandry Practices”
(GAHP). Produk- produk yang boleh dihasilkan berasaskan ternakan lembu
dan perkara-perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam perniagaan.
Buku ini juga diharapkan dapat membantu pekebun kecil meningkatkan
produktiviti ternakan masing-masing.

76
13.0 RUJUKAN

1. Manual Teknologi Penggandaan Lembu Brakmas Di Ladang Kelapa Sawit


Oleh MARDI , Johari Jiken Abdullah

2. Beef Production For Malaysian Entrepreneurs


Oleh MARDI, Dr. Zainal Alsmi Binti Sharif AND Dr. Wan Zahari B. Mohamed

3. Teknologi Ternakan Jil.1 Bil. 2 ( Nov,1985 )


Oleh MARDI

4. Teknologi Ternakan Jil. 7 ( 1991 )


Oleh MARDI

5. Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Di Ladang Tanaman Kekal


Oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Edisi ke 3

6. Manual Penternakan Lembu Fidlot


Oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

7. Dairy Farming Business Guide


Department of Veterinary Services

8. Kertas Kerja Projek Fidlot Inas, Negeri Sembilan


Espek Livestock Sdn Bhd.

77
PENYUMBANG BAGI MENJAYAKAN PENERBITAN PANDUAN INI :-

1. Dato’ Haji Ali Nordin Bin Wahiduddin

2. Tuan Haji Mohd. Najib Bin A. Samad

3. En. Wan Ahmad Shabri Zainuddin Bin Wan Mohamad

4. Tuan Haji Zainon Bin Harun

5. En. Kamarulazizi Bin Mat Zin

6. Tuan Haji Rahman Bin Yunus

7. Dr. Harun Bin Ongah

8. Puan Norlijah Binti Husin

9. En. Abu Kassim Bin Yaacob

10. Puan Latifah Binti Abd. Hamid

11. Puan Sapiah Binti Othman

12. Puan Noorazian Binti Md. Sharif

13. Puan Norziah Binti Yaakub

14. Kamaruddin Bin Mahmud

15. En. Ibrahim Bin Baba

16. En. Sallehuddin B. Abd. Rahman

17. En. Mazli Bin Radin Rashid

78

Anda mungkin juga menyukai