Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PERMOHONAN KELULUSAN

PROGRAM MOTIVASI
SATU DESA SEJUTA KASIH

“Ukhwah Dibina, Bahagia Tercipta”

TARIKH:
26 – 28 JULAI 20158

ANJURAN:
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRA UNIVERSITI
SMK DATO’ ONN
1.0 Tujuan

Memohon pertimbangan dan kelulusan, peralatan dan pengangkutan dari pihak SMK
Dato’ Onn dan pihak Kampung Penyabong Pantai untuk menjayakan program
Motivasi, Satu Desa Sejuta Kasih.

2.0 Pengenalan

Program Motivasi, Satu Desa Sejuta Kasih merupakan program yang melibatkan
antara penduduk Kampung Penyabong Pantai dan pelajar pra universiti SMK Dato’
Onn. Program ini dijalankan di Kampung Penyabong Pantai dimana salah satu
kampung yang menjadi tarikan pelancong yang semakin terkenal di daerah Endau
Mersing. Penglibatan aktiviti melibatkan semua komuniti Pantai Penyabung dan
pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Penyabong.

Sebagai pelajar pra universiti, bersesuaian dengan moto Sedekad Memacu


Kegemilangan, program ini sebenarnya ingin membentuk para pelajar pra universiti
untuk berbakti kepada masyarakat dengan segala ilmu di dada. Di samping itu,
program ini dapat mengajak pelajar ke arah mewujudkan masyarakat yang memiliki
keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, ahklak dan jasmaniah,
bertanggungjawab, bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi penggerak
kepada kemajuan dan kemakmuran negara.

3.0 Misi dan Objektif Program

3.1 Misi

Untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang semangat kerjasama, dan
meningkatkan pengetahuan serta memperoleh pengalaman dalam lapangan
kepimpinan dengan jayanya.

3.2. Objektif

3.2.1. Antara objektif program ini dijalankan adalah:

i. Memupuk keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat


sebagai seorang pelajar pra universiti yang berilmu dan
berpengetahuan.

ii. Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat dalam kegiatan


khas secara bersama-sama dan mewujudkan suasana muhibbah
secara sedar dan terancang.

iii. Memberi pendedahan kepada para siswa kepada sikap


kepimpinan sekaligus dapat melahirkan kemahiran insaniah dalam
diri pelajar.

2
4.0 Anjuran

Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti SMK Dato’ Onn, Simpang Lima

5.0 Tarikh, Masa & Tempat

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 26, 27 dan 28 Julai 2018


Masa : Rujuk Tentatif Program
Tempat : Kampung Penyabong Pantai, Mersing, Johor.

6.0 Penglibatan Ahli-Ahli Program

Jumlah pelajar : 44 orang


Jumlah Guru : 10 orang
Jumlah : 54 orang

7.0 Tentatif Program

Tempat Yang Dilawati


Tarikh Masa
(Catatkan nama tempat/ negeri yang berkenaan)
Khamis 5.45 am Pelajar berkumpul di SMK Dato’ Onn
26.7.18 6.00 am Bertolak ke kampung Pantai Penyabong
8.00 am Tiba di Kampung Pantai Penyabong
Sarapan
8.30 am ” School Attack” di SK Penyabong
12.00 pm Bergerak ke tempat penginapan
Makan tengahari, Urus diri dan solat
3.00 pm Program khidmat masyarakat
Gotong royong membersihkan kubur dan surau
6.30 pm Bergerak ke tempat penginapan
Makan malam, Urus diri dan Solat berjemaah
9.00 pm Motivasi pelajar
11.00 pm Urus diri dan Rehat
Jumaat 5.30 am Urus diri dan solat
27.7.18 6.30 am Senam robik
8.00 am Makan pagi dan Urus diri
8.30 am Sukan Rakyat
12.00 pm Makan tengahari, Urus diri dan solat
2.00 pm ”Free & Easy”
4.00 pm Explorace
6.30 pm Makan malam, Urus diri dan Solat berjemaah
9.00 pm Malam Kebudayaan
11.00 pm Urus diri dan Rehat
Sabtu 5.30 am Urus diri dan solat

3
28.7.18 6.30 am Senam robik
8.00 am Makan pagi dan Urus diri
9.00 am Khidmat Masyarakat Membersihkan Kawasan Pantai Penyabong
10.30 am Majlis Penyampaian Hadiah
11.30 am Urus diri dan berkemas
12.30 pm Jelajah Mersing
2.30 pm Bertolak Pulang ke SMK Dato’ Onn
5.00 pm Tiba di SMK Dato’ Onn

8.0 Perincian Program

10.1 “School Attack”


School Attack bermatlamat meningkatkan semangat belajar dan bekerjasama
dalam slot team building dalam kalangan pelajar Darjah 6 Sekolah
Kebangsaan Penyabung. Seramai 47 orang fasilitator akan mengendalikan
program tersebut. Slot yang dilakukan meliputi aspek meningkatkan
semangat dalam belajar dan menyuntik semangat pelajar untuk
menyambung pelajaran hingga ke IPTA. Fasilitator juga akan membimbing
dan membantu pelajar secara berterusan melalui hubungan di laman sosial.
10.2 Program Gotong-royong (CSR)
Gotong-royong ini melibatkan beberapa kawasan di mana para siswa akan
membersihkan dan menceriakan sekitar surau/masjid dan kawasan tanah
perkuburan dengan kerjasama dan penglibatan penduduk kampung. Tujuan
aktiviti ini adalah membuktikan keprihatinan para siswa dalam menjaga
kebersihan kawasan sekitar malah untuk merapatkan lagi hubungan antara
warga kampung dengan para siswa PMM.
10.4 Sukan Rakyat
Sukan rakyat diadakan bertujuan untuk mengajak penduduk kampung turut
serta beriadah bersama-sama para siswa. Antara permainan tradisional yang
dijalankan adalah tarik upih, bowling kelapa, bola kampung dan sebagainya.
Sukan rakyat ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara
penduduk kampung dan para siswa.
10.6 Malam kebudayaan
Memperkenalkan dan memperlihatkan bakat-bakat yang ada dalam diri para
siswa yang terlibat dalam program ini. Di samping itu juga, penduduk
kampung juga dapat memperlihatkan kebudayaan yang ada di kampung
mereka.

9.0 Impak

4
11.1 Penduduk kampung
i. Memberi impak positif dan menambah baik keadaan sosial dalam
komuniti serta memberi lebih banyak ruang kepada kesejahteraan
hidup.
ii. Mewujudkan pengalaman baru bagi penduduk kampung penyabong
pantai serta memberi suasana yang berbeza.
iii. Menghasilkan satu platform untuk memperkenalkan Kampung
Penyabong Pantai dimata masyarakat Malaysia.

11.2 Penganjur
i. Menjalinkan hubungan ukhwah yang utuh antara pihak penganjur
serta penduduk yang terlibat dalam program ini.
ii. Membetuk satu persekitaran yang sesuai buat penganjur daripada
terjebak dalam kancah negatif yang sering kita lihat.

10.0 Belanjawan

i. Punca Kewangan

a) Sumbangan Koperasi Sekolah : RM 500.00


b) Sumbangan PIBG : RM 1000.00
c) Sumbangan Luar : RM 7915.00
Jumlah : RM 9415.00

ii. Perbelanjaan

a) Bayaran Bas : RM 2000.00


b) Penginapan : RM 4625.00
c) Makanan/ Minuman : RM 2970.00
d) Insurans : RM 500.00
e) Jurulatih : RM 1000.00
Jumlah : RM 9415.00

11.0 Penutup

5
Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat bantuan
kewangan, peralatan dan pengangkutan. Semoga program ini berjalan lancar dan
seterusnya mencapai matlamat serta objektif yang telah ditetapkan. Terima kasih
kepada pihak SMK Dato’ onn dan pihak Kampung Penyabong Pantai atas kerjasama
dan sokongan yang diberikan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................................................... ................................................................
Cik Nurul Hafiza binti Abdul Muin En. Nik Mohd Huzaidi bin Nik Li
Guru penasihat MPPU Guru Kokurikulum T6

Disokong oleh, Diluluskan oleh,

......................................................... .................................................................
Pn. Rozilla binti Mohd Akhiak Tn. Hj. Fauzan bin Sukimi
Penolong Kanan T6 Pengetua SMK Dato’ Onn

Anda mungkin juga menyukai