Anda di halaman 1dari 3

SMKA SHARIFAH RODZIAH , TELOK MAS, 75460 MELAKA

PANDUAN OPERASI DI BENGKEL RBT


SEMASA PKPP COVID 19

1. Memastikan pembersihan pada permukaan yang sering disentuh dan pada paras
ketinggian yang boleh dicapai oleh tangan seperti tombol pintu, suis lampu, singki,
kepala paip sebelum dan selepas kelas berakhir menggunakan desinfektan.

2. Memastikan susunan meja bagi setiap bengkel mesti berada dalam jarak satu (1)
meter antara satu dengan yang lain. Sekiranya bilangan murid melebihi kapasiti
meja yang disediakan, lebihan murid perlu ditempatkan di bengkel yang lain.

3. Memastikan pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi bagi setiap bengkel


sebelum PdP bermula.

4. Memastikan sisa dibuang ke dalam tong sampah yang bertutup.

5. Memastikan pelajar mencuci tangan di meja sanitasi menggunakan sabun dan air
apabila masuk ke dalam bengkel.

6. Memastikan guru-guru dan murid-murid sentiasa mematuhi penjarakan sosial pada


setiap masa.

7. Memastikan guru yang memegang bahan bantu belajar (guna sama) seperti seperti
model mencuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan (hand
sanitizer).

8. Mengingatkan murid untuk mematuhi dan menggunakan laluan pergerakan yang


disediakan.

9. Memastikan semua kelengkapan dan peralatan telah dibersihkan sebelum aktiviti


PdP dilaksanakan.

10. Sekiranya terdapat murid yang bergejala perlu dibekalkan pelitup muka dan
mereka diasingkan di bilik kesihatan/sakit sementara menunggu ibu bapa/penjaga
membawa mereka pulang.

Kita sama-sama ambil tanggungjawab dan amanah


ini bersama.
Cegah Penularan COVID 19
SMKA SHARIFAH RODZIAH , TELOK MAS MELAKA
PANDUAN PdP BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL
SEMASA PKPP COVID 19

1. Sebarang aktiviti di luar waktu pembelajaran tidak dibenarkan.

2. Aktiviti PdP hendaklah mematuhi penjarakan sosial yang ditetapkan.

3. Penyelarasan perlaksanaan PdP dengan cara menyusun semula Rancangan


Pelajaran Tahunan.

4. Mengadakan sesi bimbingan berfokus untuk mendapat kemahiran melaksanakan


pembelajaran yang berkesan .

5. Mempelbagaikan kaedah penyampaian PdP di dalam kelas atau di rumah.

(a) Menggunakan kaedah PdP yang bersesuaian seperti pembelajaran dalam talian,
TV pendidikan, radio atau media sosial .
(b) Menjalankan PdP dalam talian dengan mengambil kira capaian Internet serta
keupayaan penggunaan alat peranti oleh pelajar.
(c) Memberi latihan dalam buku teks, buku kerja atau disediakan sendiri oleh guru
bagi murid yang tidak mempunyai akses Internet.
(d) Melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek dengan menggunakan sumber
yang mudah didapati oleh murid sekiranya bersesuaian.
(e) Menggunakan kaedah serahan bahan PdP oleh ibubapa pelajar yang
dimasukkan dalam kotak serahan yang diletakkan dalam pondok keselamatan
mengikut jadual yang ditetapkan.
(f) Melaksanakan pentaksiran bilik darjah berdasarkan hasil kerja murid seperti
latihan, kuiz , projek dan lain-lain yang boleh dikemukakan secara dalam talian
atau serahan tangan dilokasi yang dikenalpasti.
(g) Melaksanakan pentaksiran bilik darjah apabila sesi persekolahan bermula bagi
murid yang tidak dapat menyerahkan tugasan mereka secara dalam talian atau
serahan tangan.
(h) Melaksanakan pembelajaran teradun (Blended Learning) iaitu gabungan pengajaran
bersemuka dan penggunaan teknologi secara dalam talian;

6. Memastikan keselamatan dan kesihatan murid, guru dan staf di utamakan semasa
PdP

Kita sama-sama ambil tanggungjawab dan amanah ini bersama.


'Cabaran Revolusi Industri 4.0 dan bersedia menjadi generasi digital '
Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Anda mungkin juga menyukai