Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

MUKA
BIL TAJUK
SURAT
i. ISI KANDUNGAN 1

ii. PENGHARGAAN 2
TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK 3

1.0 PENGENALAN 4

2.0 LATAR BELAKANG ISU 5

2.1 PENGENALAN ISU

2.2 FAKTOR ISU

3.0 ANALISIS TINDAKAN GURU 6

3.1 KOD ETIKA PERGURUAN

iii. 3.2 PERATURAN DAN AKTA 8

3.2.1 PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN

TATATERTIB) 1993

3.2.2 AKTA KANAK-KANAK 2001 9

3.2.3 AKTA PENDIDIKAN 1996

3.2.4 KANUN KESEKSAAN MALAYSIA (AKTA 574) 10

3.3 STANDARD GURU MALAYSIA

4.0 KESIMPULAN 11

iv. RUJUKAN 12

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU


1
TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK

Berdasarkan keratan akhbar, anda dikehendaki menganalisis


tindakan guru tadika berkenaan. Perincikan kewajaran tindakan
guru tadika berkenaan berdasarkan Kod Etika Perguruan dan Akta-
Akta Perundangan yang berkaitan.

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU


2
PENGHARGAAN

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih ditunjukan buat pensyarah subjek, pensyarah kursus EDUP 3083 – Asas
Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru, Pn. Intan Zalinda binti Ahmad
Zaini, pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul
Halim dengan segala curahan ilmu, bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang kajian pengajian
ini. Semogo Tuhan mengurniakan beliau sebaik-baik ganjaran atas segala jasa baik yang
diberikan. Terima kasih khusus kepada ibu bapa saya yang turut sama memberi saranan
serta pengalaman dalam menyiapkan kajian ini. Turut dirakamkan ucapan terima kasih
kepada rakan-rakan saya serta kaum keluarga sekalian dan semangat yang cukup
berharga.

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU


3
1.0 PENGENALAN

Guru diibaratkan seperti lilin yang membakar diri demi menerangi kehidupan anak-anak
muridnya dengan cahaya ilmu. Menurut (Abdul Rahin, Ahmad Johari, Jamaluddin, & Rosliza
(2012), profesion perguruan merupakan sejenis pekerjaan yang agak mencabar. Hal ini
demikian kerana guru bukan sahaja mendedahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
kepada murid-murid, tetapi guru juga memainkan peranan yang sangat dominan dalam
mendidik murid-murid untuk menjadi insan yang berguna dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial. Contohnya, dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru
sentiasa mendedahkan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai-nilai murni supaya
murid-murid dapat mempunyai perkembangan yang sempurna dari pelbagai aspek. Selain
daripada peranan sebagai pendidik, guru juga patut menunjukkan kompetensi yang tinggi
misalnya bersikap positif dan ceria, berkemahiran, bersifat kreatif dan berpengetahuan.
(Roslan, 2014) Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2016), Model Guru
Malaysia yang dihasratkan merupakan seseorang individu yang mempunyai kemahiran yang
tinggi dalam tiga aspek, iaitu pengetahuan dan kemahiran, jati diri dan kenegaraan serta roh
dan Jiwa Guru. Jadi, boleh dilihat bahawa guru merupakan sejenis profesion yang sangat
penting dan profesional terhadap komuniti serta negara kita.

Oleh itu, untuk menjamin kualiti dan profesionalisme guru di negara kita, setiap guru
perlu mematuhi akta-akta dan kod etika keguruan yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Hal ini juga bertujuan untuk menjaga imej, maruah dan status
keperibadian seseorang guru. (Syamimi, 2013) Antaranya, akta-akta dan kod etika
keguruan yang patut dipatuhi oleh guru di Malaysia termasuk Kod Etika Perguruan,
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Akta Pendidikan 1996
serta Standard Guru Malaysia. (Cikgu Share, 2016) Menurut KPM (2016) juga, akta-akta
dan peraturan yang dirangka juga bertujuan untuk memastikan pegawai awam (termasuk
guru) dapat melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah, bertanggungjawab serta
mengurangkan risiko pegawai awam melanggar peraturan atau melakukan kesalahan dan
seterusnya diberi hukuman. Namun, sejak kebelakangan ini, masih terdapat juga beberapa
guru yang bertindak kurang profesional dan melakukan kesalahan sehingga melanggar
peraturan yang ditetapkan. Hal ini telah menyebabkan guru-guru tersebut diberi hukuman
dan imej profesional keguruan ini terjejas. Misalnya, terdapat seorang guru telah melakukan
sesuatu kes penderaan terhadap anak muridnya secara serius.

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU


4
2.0 LATAR BELAKANG ISU

2.1 Pengenalan Isu

Berdasarkan berita dari Berita Harian Online pada 19 Oktober 2019, terdapat
seorang guru Tadika telah ditahan di Balai Polis Daerah Kuching atas sebab didakwa
bahawa dia melakukan penderaan terhadap seorang murid Tadika yang berumur 4
tahun di Sarawak. Guru wanita yang berumur 26 tahun tersebut telah didakwa
bahawa dia melakukan penderaan terhadap muridnya dengan menggunakan
“stapler” dan hal ini telah menyebabkan telinga kiri murid tersebut cedera. Ibu murid
tersebut menyedari tentang kecederaan anaknya semasa dia mengambil anaknya
dari tadika pada jam 11.30 pagi selepas waktu persekolahan. Namun, Ketua Polis
Daerah Kuching, iaitu Asisten Komisioner Awang Din Ghani telah menyatakan
bahawa kes ini masih dalam siasatan mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan atas
kesalahan dengan sengaja mendatangan keceraan terhadap seseorang individu.

2.2 Faktor Isu

Berdasarkan kes penderaan di atas, boleh dilihat bahawa guru tersebut telah
menunjukkan suatu perkara yang kurang rasional dan kurang profesional. Jadi,
terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan kes ini berlaku. Antaranya,
guru kurang memahami tentang etika profesional perguruan seperti yang termaktub
dan wajib diikuti oleh setiap lapisan guru di negara kita. Guru ini berkemungkinan
kurang memahami tentang perkara yang boleh dilakukan serta perkara yang dilarang
melakukan semasa melaksanakan tugas. Selain itu, faktor kedua yang
menyebabkan guru tersebut melakukan penderaan tersebut terhadap murid ialah
guru tersebut kurang berminat dalam mendidik murid. Semasa guru kurang
mempunyai minat dalam mendidik murid, mereka tidak dapat menunjukkan sikap
positif seperti sabar, kasih sayang dan prihatin terhadap muridnya. Jadi, hal ini juga
menyebabkan ketidakstabilan emosi dalam kalangan guru dan akhirnya guru
menggunakan cara yang tidak rasional seperti mendera murid untuk mengurangkan
tekanan dan kemarahannya. (Siti Rohani, 2013)

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU


5
3.0 ANALISIS TINDAKAN GURU

Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa peraturan yang patut dipatuhi oleh guru
semasa menjalankan tugas. Antaranya, Kod Etika Perguruan, Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Akta Pendidikan 1996 serta Standard Guru Malaysia
merupakan peraturan yang patut dipatuhi oleh guru.

3.1 Kod Etika Perguruan

Menurut KPM (2018), Kod Etika merupakan satu “alat kawalan” sosial yang
digunakan sebagai panduan dalam mendisiplinkan diri ke arah yang lebih beretika
dalam satu bidang profesion. Bagi Kod Etika Perguruan pula, Kod Etika Perguruan
digunakan untuk mendisiplinkan guru supaya guru dapat lebih beretika dan bersifat
profesional dalam bidang perguruan ini. KPM (2018) menyatakan bahawa guru perlu
mematuhi kod etika ini demi menjaga imej, maruah, status, akhlak dan keperbadian.
Hal ini demikian kerana imej yang dipertontonkan oleh seseorang guru sentiasa
diteladani oleh anak-anak muridnya. Jadi, menurut Kod Etika Perguruan, secara
perincinya, guru mempunyai tanggungjawab terhadap empat pihak, iaitu terhadap
murid, terhadap ibu bapa, terhadap masyarakat dan negara serta terhadap rakan
sejawat dan profesion keguruan. Hal ini dapat dikaitkan dengan kes penderaan
murid dengan menggunakan “stapler” di atas.

Antaranya, seperti yang terdapat dalam Kod Etika Perguruan, dari aspek
tanggungjawab terhadap murid, guru patut lebih mengutamakan kebajikan dan
keselamatan murid kami daripada hal-hal lain. Dalam kes penderaan ini, guru kurang
menjaga keselamatan murid dan seterusnya guru melaksanakan sesuatu yang tidak
sepatutnya, iaitu mendera murid secara sengaja dengan menggunakan stapler. Hal
ini telah membawa kesan yang negatif dari aspek fizikal serta mental murid. Perkara
ini telah menunjukkan sikap guru yang kurang profesional dan melanggar Kod Etika
Perguruan ini. Selain itu, guru juga tidak menunjukkan tingkah laku yang dapat
memberi contoh yang baik kepada murid. Tingkah laku penderaan yang dilakukan
oleh guru ini telah memberi imej yang negatif kepada anak muridnya. Hal ini mungkin
menyebabkan murid berasa kebimbingan dan takut semasa datang ke Tadika
setelah kes ini berlaku. Hal ini juga menyebabkan murid-murid meniru perlakuan
guru ini yang mungkin menimbulkan isu-isu yang lain pada masa yang akan datang.

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU


6
Jadi, dalam kes ini, boleh dilihat bahawa guru tidak memikul tanggungjawab yang
baik terhadap murid. (Chan & Abdull, 2015)

Selain itu, dari aspek tanggungjawab terhadap ibu bapa, guru dalam kes ini
telah melakukan perkara yang mempengaruhi waris murid tersebut. Antaranya, guru
ini tidak menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
Guru tersebut telah melakukan penderaan terhadap muridnya secara teruk tanpa
kebenaran dan komunikasi dengan waris murid. Guru sepatunya sentiasa
melaporkan masalah murid dan berkomunikasi dengan ibu bapa berkaitan dengan
masalah murid sebelum guru memberi denda terhadap murid. Hal ini juga selaras
dengan perkara yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan, iaitu guru patut
memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerja sama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumah tangga. Sekiranya guru dapat sentiasa membuat
perbincangan berkaitan dengan masalah murid, ibu bapa murid dapat mengambil
tindakan yang sewajarnya terhadap anak mereka di luar waktu persekolahan untuk
membantu anak mereka. Jelaslah bahawa guru ini juga telah melanggar Kod Etika
Perguruan dari segi tanggungjawab terhadap ibu bapa.

Seterusnya, dari aspek tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara,


guru tersebut juga melanggar Kod Etika Perguruan dari aspek tidak menggalakkan
kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan
dengan masyarakat. Guru tersebut juga tidak memberi sumbangan untuk
meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendiakawanan masyarakat.
Misalnya, guru tersebut telah menunjukkan satu imej yang amat negatif terhadap
masyarakat dan ibu bapa. Hal ini telah menyebabkan masyarakat setempat tersebut
berasa takut dan risau untuk menghantar anak mereka ke pusat Tadika untuk
belajar. Hal ini telah menunjukkan bahawa kerjasama antara pihak guru dengan
masyarakat setempat tersebut terjejas. Perkara ini telah membawa impak yang
negatif dalam kehidupan moral masyarakat kerana hal ini mungkin ditiru dan berlaku
lagi oleh orang yang lain selepas kes ini berlaku. Jelas bahawa guru tersebut tidak
bersifat tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

Di samping itu, guru dalam kes penderaan ini telah melanggar Kod Etika
Perguruan dari aspek tidak memikul tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion keguruan. Hal ini demikian kerana guru ini tidak mengawasi diri supaya
tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Dalam kes penderaan ini, guru
gagal mengawasi diri daripada melakukan sikap negatif seperti mendera murid

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU


7
dengan menggunakan “stapler”. Hal ini telah menyebabkan imej profesion keguruan
terjatuh dan dicemar serta kepercayaan daripada masyarakat terhadap profesion
keguruan ini juga akan terjejas. Guru tersebut juga tidak berusaha dalam
menunaikan tanggungjawab sebagai seorang guru, misalnya guru tersebut tidak
menjaga murid dengan baik. Oleh itu, boleh dilihat bahawa guru tersebut tidak
bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan diri sendiri.

Jadi, berdasarkan Kod Etika Perguruan, jelas bahawa guru telah melanggar
Kod Etika Perguruan tersebut dan perlakuan ini dianggap kurang profesional dan
tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang guru.

3.2 Peraturan dan Akta

Sebagai seorang guru, terdapat beberapa peraturan dan akta yang patut dipatuhi
oleh guru. Antaranya, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,
Akta Pendidikan 1996, Akta Kanak-kanak 2001.

3.2.1 Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Menurut Bahagian (II) 4 (d) dalam Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993, seseorang pegawai awam tidak boleh berkelakuan dengan
sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama
perkhidmatan awam. Dalam kes penderaan dengan menggunakan “stapler”
ini, guru tersebut telah melakukan sesuatu perkara, iaitu mendera muridnya
dengan menggunakan “stapler”. Hal ini telah menyebabkan nama profesion
guru tercemar. Selain itu, dalam Bahagian (II) 4 (f) dan (g) juga yang
menyatakan bahawa seseorang pegawai awam tidak boleh melaksanakan
tugas dengan tidak jujur atau tidak amanah serta tidak bertanggungjawab.
Dalam kes penderaan ini, guru tersebut tidak bersikap amanah dan
bertanggungjawab untuk menjamin keselamatan muridnya, sebaliknya, guru
tersebut juga melakukan penderaan tersebut terhadap muridnya. Selain itu,
guru juga tidak bersifat jujur terhadap apa yang dilakukan olehnya, misalnya,
dia tidak menyatakan situasi muridnya dengan ibu murid semasa ibu
mengambil anaknya dari Tadika. Hal ini telah menunjukkan guru tersebut
telah melanggar peraturan dan patut diberi hukuman seperti amaran,
pelucutan hak emolumen atau tindakan lain seperti denda dari aspek gaji dan
buang kerja.

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU


8
3.3.2 Akta Kanak-Kanak 2001

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (2016), Akta Kanak-kanak 2001 juga


merupakan sesuatu akta yang patut dipatuhi dan difahami oleh guru-guru
semasa melaksanakan tugas. Dalam Akta Kanak-Kanak 2001, terdapat
beberapa perkara yang mungkin menyebabkan perkembangan murid terjejas,
iaitu pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. Penderaan kanak-
kanak juga boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu penderaan fizikal, emosi
dan seksual. Dalam kes ini, guru tersebut telah melakukan penderaan fizikal
terhadap muridnya. Hal ini telah mencederakan tubuh murid tersebut dan
perkara ini mungkin akan membawa kesan yang negatif terhadap tubuh
badan murid tersebut, terutamanya bahagian telinga kiri.

Untuk mencegah penderaan dan melindungi kanak-kanak, satu dasar


yang mengandungi pernyataan mengenai prinsip perlindungan kanak-kanak
selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001 dan Konvensyen Mengenai Hak
Kanak-Kanak (CRC) telah diperkenalkan, iaitu Dasar Perlindungan Kanak-
Kanak. Jadi, menurut Dasar Perlindungan Kanak-kanak, dalam langkah
Advokasi, terdapat dasar dan peraturan mengenai perlindungan kanak-kanak
diperkenalkan. Dalam langkah pencegahan juga, mekanisme amaran awal
diwujudkan dan sistem saring, pengiktirafan dan latihan diwujudkan bagi
mereka yang bekerja secara langsung dengan kanak-kanak. Jadi, dalam kes
penderaan ini, jelas bahawa guru tersebut perlu diberi amaran dan juga
latihan untuk mengelakkan masalah penderaan tersebut berulang.

3.3.3 Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996 merupakan satu akta untuk mengadakan peruntukan


bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Dalam
Akta Pendidikan 1996 telah menyatakan bahawa tujuan pendidikan adalah
untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan
nilai murni. Dalam Akta Pendidikan 1996, guru mempunyai tafsiran sebagai
seseorang yang mengajar murid di sesuatu institusi atau menyediakan atau
mengeluarkan bahan pelajaran. Jadi, menurut Akta Pendidikan 1996, guru
perlu memahami tentang tujuan pendidikan di negara kita serta memikul

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU


9
tanggungjawab dalam mengajar dan mendidik murid-murid. Namun, dalam
kes penderaan ini, guru tersebut melakukan perkara yang tidak
bertanggungjawab, iaitu guru tersebut mendera muridnya dengan
menggunakan “stapler”. Hal ini telah menunjukkan bahawa guru tersebut
tidak mematuhi apa yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, iaitu
menyediakan pendidikan yang berkualiti dan berusaha mengajar murid
dengan baik.

3.3.4 Kanun Keseksaan Malaysia (Akta 574)

Kanun Keseksaan Malaysia (Akta 574) merupakan suatu akta yang digubal
bagi memboleh seseorang ini diseksa atas kesabitan jenayah. Dalam kes ini,
guru tersebut telah disiasat dengan mengikut seksyen 324 dalam akta ini,
iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan
senjata atau lain-lain benda yang berbahaya. “Stapler” merupakan sesuatu
alat yang sangat berbahaya terhadap murid-murid. Jadi, dalam kes ini, guru
yang melakukan penderaan terhadap murid telah melanggar Kanun
Keseksaan Malaysia, iaitu guru tersebut menggunakan alat yang berbahaya
untuk mencederakan murid. Jadi, guru tersebut boleh diberi hukuman yang
serius di bawah Kanun Keseksaan Malaysia ini.

3.3 Standard Guru Malaysia

Berdasarkan KPM (2009), Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan


kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru. SGM merupakan dokumen dan
panduan kepada guru untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Menurut
SGM, guru yang berkompeten merupakan guru yang mempunyai standard dan
keperluan yang tinggi. Standard termasuk tiga aspek, iaitu aspek amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman dan kemahiran PdP.
Keperluan pula merujuk kepada kelayakan guru untuk menjadi seorang guru. Dalam
standard yang ditetapkan, setiap guru perlu mempunyai amalan nilai profesionalisme
keguruan yang tinggi. Standard ini pula mempunyai tiga domain utama, iaitu domain
diri, domain profesion dan domain sosial. Dalam kes penderaan murid dengan
menggunakan “stapler” ini, dari domain diri, guru tidak memegang nilai diri guru yang
dapat memberi sumbangan yang berkesan kepada profesion keguruan. Guru
tersebut tidak menunjukkan sikap kasih sayang dan efisien semasa mendidik anak

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU


10
muridnya. Misalnya, dia menggunakan cara yang kurang sesuai dan tidak
mempertimbangkan perasaan murid semasa melakukan sesuatu perkara terhadap
anak muridnya. Dari aspek domain profesion, guru tersebut tidak mengamalkan nilai
secara telus sebagai seorang guru yang profesional. Guru tersebut menunjukkan
sikap yang tidak berketerampilan diri yang tinggi semasa menjalankan tugasnya.
Bukan itu sahaja, guru juga tidak melaksanakan peranannya sebagai agen
sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat seperti yang ditetapkan
dalam domain sosial. Guru tidak mengamalkan kemahiran sosial yang baik dengan
ibu bapa murid dan hal ini telah menyebabkan guru melaksanakan kes penderaan
terhadap murid tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa guru dalam kes penderaan murid
tersebut tidak mematuhi Standard Guru Malaysia yang ditetapkan. Hal ini telah
menunjukkan sikap kurang profesional dan tidak berketrampilan diri yang tinggi pada
guru tersebut.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kes yang telah berlaku ini telah menunjukkan bahawa setiap guru patut
memahami dan patuh kepada akta-akta dan peraturan yang ditetapkan. Hal ini demikian
kerana guru bukan sahaja merupakan seorang pengajar, tetapi juga seorang pendidik dan
sentiasa menunjukkan teladan kepada murid-murid serta masyarakat. Guru dikenali sebagai
golongan yang agak penting dalam masyarakat kerana guru mempunyai tanggungjawab
dalam melahirkan generasi-generasi baru yang berguna. Jadi, setiap guru harus memegang
kuat kepada akta-akta dan peraturan yang ditetapkan supaya kualiti guru dapat terjamin.
Diharapkan perkara yang seperti kes penderaan murid dengan menggunakan “stapler” ini
tidak ditiru dan diulangi oleh guru-guru yang lain dan juga membawa impak negatif yang
besar terhadap profesion keguruan ini. Akhir sekali, profesion keguruan ini merupakan satu
profesion yang amat penting terhadap negara kita dan patut dihormati oleh masyarakat.
Jadi, guru patut sentiasa menunjukkan profesionalisme yang tinggi supaya imej dan nama
guru tidak tercemar. Dengan adanya guru yang berkualiti, sistem pendidikan negara kita
juga akan menjadi lebih berkualiti, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga dapat dicapai
dengan lebih mudah.

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU


11
RUJUKAN

Abdul Rahin, H., Ahmad Johari, S., Jamaluddin, R., & Rosliza, H. (n.d.). Persepsi Guru
terhadap Profesion Pergurusan Masa Kini. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Akta 574. Kanun Keseksaan Malaysia. Penal Code & Seksyen 324.

Alis, P. (2016). Model Akram: Model Etika Kerja Guru Malaysia. Dimuat turun dari Research
Gate:https://www.researchgate.net/publication/314282515_Model_AKRAM_Model_E
tika_Kerja Guru_Malaysia

Chan, C. dan Abdul, S. (2015). Perkaitan antara Sikap dan Tindakan Guru-guru Sekolah
terhadap Penganiayaan Kanak-Kanak. Universiti Utara Malaysia: Kedah.

Izlan Farhani, Z. dan Nurhidayah, A. (2012). Guru dan Perundangan: Peraturan-peraturan


Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993 (Pindaan 2002). Dimuat turun
daripada SlideShare: https://www.slideshare.net/farhani87/guru-dan-cabaran-
semasa-guru-dan-perundangan-11

Jabatan Kebajikan Masyarakat. (n.d.). Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Standard Guru Malaysia. Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Modul Asas Pendidikan EDUPD2013 Falsafah


dan Pendidikan di Malaysia. Institut Pendidikan Guru Malaysia: Cyberjaya.

Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993. Bahagian (ii) 4 d.

Siti Rohani, A. (2014). Guru Tidak Mematuhi Kod Etika Profesion Keguruan. Dimuat turun
dari Academia.edu: https://www.academia.edu/25632747/Profesionalisma_Guru

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU


12
Syamimi, O. (2013). Kod Etika Keguruan. Dimuat turun daripada SlideShare:
https://www.slideshare.net/nursyamimiahmadothman/tajuk-kod-etika-keguruan

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU


13

Anda mungkin juga menyukai