Anda di halaman 1dari 2

Esok Yang Baharu

Esok ,

Pagi yang sungguh indah,

Udara yang sungguh segar,

Cuaca yang sungguh cerah ,

Aku mulakan kehidupan baharu aku,

Esok ,

Andai semalam aku bersedih,

Andai semalam aku berduka,

Andai semalam aku menangis ,

Tapi tidak keesokkan hari ,

Esok ,

Aku mulakan hidup baru ,

Aku belajar untuk tersenyum ,

Aku belajar untuk tidak mengalah ,

Aku belajar untuk menjadi kuat,

Esok,

Aku tahu bukan aku seorang yang berduka,

Aku tahu bukan aku seorang yang bersedih,

Jadi aku memilih untuk tidak mengalah ,

Jadi aku memilih untuk bangkit semula,

Esok ,

Andai esok aku masih bernyawa ,

Aku tidak ingin merasa sakit lagi,

Aku tahu memang dunia bukan tempat yang tepat untuk merasa bahagia,

Tapi aku juga manusia yang tau erti penat lelah ,


Esok ,

Aku akan mulakan hidup baru semula,

Aku tidak akan menyerah kalah ,

Aku akan lawan semua kesakitan ,

Aku akan lawan apa yang aku rasa,

Esok ,

Terima kasih untuk diri sendiri,

Terima kasih kerana masih bertahan untuk esok ,

Terima kasih kerana tidak mengalah,

Terima kasih kerana tidak pergi dulu,

Esok ,

Pasti ada peluang,

Pasti ada harapan ,

Pasti ada takdir yang baharu ,

Percaya kepada takdir yang telah Allah S.w.t tetapkan,

Esok ,

Esok yang baharu,

Kehidupan yang baharu,

Nafas yang baharu,

Jadi jangan pernah berputus asa,

Esok,

Terima kasih ,

Terima kasih sudi mendengar luahan hati kecil aku ,

Terima kasih sudi bersabar dengan aku,

Terima kasih untuk segalanya .

Anda mungkin juga menyukai