Anda di halaman 1dari 2

2.

AV Fistula
 Fistula arteriovenous atau AV adalah kaedah yang paling biasa dan kaedah akses vaskular
yang terbaik untuk hemodialisis jangka panjang kerana ia bertahan lebih lama dan kurang
berkemungkinan untuk mendapatkan pembekuan atau jangkitan kuman.
 Fistula AV dibentuk di lengan bawah berhampiran pergelangan tangan secara
pembedahan dengan menyambung arteri radial ke urat cephalic.
 Oleh kerana aliran darah dan tekanan lebih tinggi dalam arteri daripada vena, darah
mengalir dari arteri ke vena melalui saluran yang dibentuk semasa pembedahan. Selepas
beberapa minggu atau bulan, vena akan membesar dan dindingnya bertambah kuat dan
tebal.
 Pematangan fistula AV itu memerlukan masa, oleh itu, ia tidak boleh digunakan untuk
hemodialisis sejurus selepas dibentuk.
 Untuk hemodialisis dua jarum akan dimasukkan ke dalam fistula, satu untuk membawa
darah ke dialiser dan satu lagi untuk mengembalikan darah yang dibersihkan ke badan.
 Fistula AV berfungsi selama bertahun-tahun jika dijaga dengan baik. Semua aktiviti harian
yang biasa boleh dilakukan dengan tangan yang mempunyai fistula AV.
Penjagaan Fistula AV
Penjagaan yang betul dan perlindungan fistula AV memastikan penghantaran darah yang
mencukupi selama bertahun-tahun. Langkah berjaga-jaga yang penting agar fistula sihat dan
dapat berfungsi untuk tempoh yang lama adalah seperti berikut:

2.1. Mencegah jangkitan


Sentiasa pastikan tapak fistula bersih dengan mencuci lengan akses vaskular setiap hari dan
sebelum setiap rawatan dialisis. Ianya juga penting untuk menjalani teknik aseptik semasa
kanulasi dan sepanjang proses dialisis.

Fistula AV adalah "talian hayat" bagi pesakit CKD, tanpanya hemodialisis jangka panjang
tidak tidak dijalankan
2.2. Melindungi fistula AV
 Gunakan fistula AV hanya untuk dialisis. Jangan biarkan sesiapa memberi suntikan
intravena, pengambilan darah atau mengukur tekanan darah pada lengan yang
mempunyai fistula AV.
 Elakkan kecederaan pada fistula AV. Jangan memakai barang kemas, pakaian ketat atau
jam tangan pada lengan akses vaskular. Kecederaan tidak sengaja pada fistula AV boleh
mengakibatkan pendarahan serius yang boleh mengancam nyawa.
 Untuk mengawal pendarahan, segera gunakan tekanan yang kuat di tapak pendarahan
dengan tangan yang lain atau dengan pembalut yang ketat. Selepas pendarahan dikawal,
hubungi doktor anda. Terus ke hospital untuk mendapat bantuan tanpa usaha untuk
mengawal kehilangan darah adalah langkah yang tidak bijak serta merbahaya.
 Jangan angkat barang berat dengan menggunakan lengan yang mempunyai fistula AV dan
elakkan menekannya. Berhati-hati; jangan tidur di atas lengan dengan fistula AV.
2.3. Pastikan fistula AV berfungsi dengan sempurna.
Aliran darah melalui fistula AV perlu diperiksa secara berkala dengan merasakan getaran (juga
dikenali sebagai ‘thrill’) tiga kali sehari (sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam).
Sekiranya getaran tidak hadir, segera dihubungi doktor atau kakitangan pusat dialisis. Bekuan
darah mungkin terbentuk di dalam fistula dan pengesanan awal dan intervensi awal dengan
mencairkan atau membuangkan bekuan darah mungkin boleh menyelamatkan fistula AV.

 Tekanan darah rendah membawa risiko kegagalan fistula AV, dan oleh itu, harus dicegah.
Untuk memastikan penghantaran darah yang mencukupi dan rawatan haemodialisis
jangka panjang yang berkesan, penjagaan khas fistula AV adalah yang paling penting.

Anda mungkin juga menyukai